Kabus mitos yang menyelubungi persepsi ramai penyokong PAS kini sudah lerai ditiup badai kebenaran. Jelas TG Nik Aziz tidak maksum, samalah bagaimana Pak Lah juga tidak sempurna kepimpinannya apabila menaruh terlalu banyak kepercayaan kepada menantu beliau! Maaflah kalau ada yang marah TG Nik Aziz disamakan dengan Pak Lah, tetapi hakikat ini harus diterima; Kedua-duanya orang kuat agama yang dibawa sesat oleh anak menantu tersayang...Tuesday, November 24, 2009
Mampukah Yang Taksub Menerima TG Nik Aziz Tidak Maksum?
Kabus mitos yang menyelubungi persepsi ramai penyokong PAS kini sudah lerai ditiup badai kebenaran. Jelas TG Nik Aziz tidak maksum, samalah bagaimana Pak Lah juga tidak sempurna kepimpinannya apabila menaruh terlalu banyak kepercayaan kepada menantu beliau! Maaflah kalau ada yang marah TG Nik Aziz disamakan dengan Pak Lah, tetapi hakikat ini harus diterima; Kedua-duanya orang kuat agama yang dibawa sesat oleh anak menantu tersayang...| Reactions: |
Tuesday, November 17, 2009
Masa Depan Anwar Semakin Cerah?

- Serangan terbaru beliau terhadap DS Najib melalui Malaysia-Today mengingatkan kembali segelintir rakyat akan fitnah-fitnah lapuk terhadap DS Najib. Namun boleh lagi DS Anwar dilayan dengan senyum-tawa di Perlimen. DS Anwar pasti merasa sungguh kehebatannya.
- Beliau dilantik penasihat ekonomi dengan gaji RM 1! Saya rasa gaji tu tak penting, sudah pasti DS Anwar cukup berpengalaman untuk meraih lebih dari RM 1 gajinya dari jawatan tersebut! Tambah pula, jawatan tersebut akan memberinya 'glamer free' memandangkan banyak usaha ekonomi kroni-kroni DAP bakal diumumkan di Selangor... pasti DS Anwarlah akan dikatakan pemankinnya!
- DUN Kota Siputeh bakal dikosongkan, dan memandangkan 'faktor Mukhriz' tidak timbul serta calon terbaik UMNO iaitu ADUN sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif akan dipertikaikan pencalonan semulanya, ada lah peluang DS Anwar nak menebus malu di Bagan Pinang di sebuah kubu tradisi PAS.
- PAS semakin bergoncang hasil kerja kuncu-kuncu DS Anwar, baik cyber-trooper Anwar bertopengkan PAS mahupun pemimpin PAS yang berjiwa ABIM (ramai benar ni!), IKD (Kamaruddin Jaafar, dll) atau Yayasan Anda (Husam Musam, dll). Sekarang TG Nik Aziz pun terdedah ada unsur Rasuah dan Nepotisma dalam gerak kerjanya! Seronoklah DS Anwar!
- Anak buah kesayangannya Azmin Ali semakin gagah di PKR dan berjaya menunjukkan 'kejantanan' beliau dengan menyingkir Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Jeffrey Kitingan. Manalah tak bangga DS Anwar, sehingga 'fan' beliau KJ pun turut berusaha menaikkan nama Azmin dengan menyerangnya... padahal Azmin Ali tak relevan pun sebagai seorang pemimpin peringkat nasional...
Ah, gembira sungguh DS Anwar, pasti.... cuma ada kes liwat aje...
| Reactions: |
Friday, November 13, 2009
PAS Kata Bai'ah Talak Tiga Salah? Eh... Dah Tanya TG Nik Aziz Belum?
Saya tahu PAS mengamalkan bai'ah talak 3, bukan dari YB Khalid Samad, tetapi dari seorang Ahli Perlimen dari Kelantan. Semasa beliau menjelaskannya, ada pemimpin atasan PAS yang turut hadir mengangguk setuju. Maka, saya merasa agak terkejut apabila melihat 'spin' dari Datuk Mustafa Ali yang kononnya PAS tak pernah buat kerja bai'ah ini.- Ia menjadi suatu lagi bukti sah yang PAS mengalatkan agama untuk politik. Ia mengesyorkan jurublog ini bahawa pilihannya untuk tidak menyokong PAS kerana takut terpesong perjuangan adalah betul.
- Ia mengesyorkan bahawa intipati perjuangan PAS sebenarnya tidaklah begitu kuat berpaut di hati walau pemimpinnya yang cukup hebat sehingga boleh menjadi calon pilihanraya sehingga memerlukan bai'ah sedemikian. Maka adalah harapan untuk kita memikat ahli PAS walau betapa tinggi jawatan pun untuk kembali ke arus asal perjuangan UMNO. (PAS kan serpihan...)
- Ia memberi tanda kepimpinan PAS sendiri tidak yakin akan kualiti calon-calon pilihanrayanya. Kalau begitu, apakah patut mengundi menaruh kepercayaan kepada mereka? Apakah 'bai'ah' wakil rakyat PAS terhadap Rakyat lebih diperlukan.
- Bai'ah seperti ini lambat-laun akan melalaikan PAS terhadap kesetiaan pemimpinnya, sehingga suntikan semangat perjuangan sebenar mungkin diabaikan. Contoh terbaik adalah YB Khalid Samad sendiri yang kini lebih merupakan wakil rakyat DAP dari PAS! Padahal yang berjawatanlah patut selalu diperingati...
- Pendedahan penyelewengan fungsi deen Islam ini parti akan menggoncang persepsi rakyat, terutama sekali masyarakat Islam, walau yang makan-minum-tidur berpaksikan PAS, terhadap segala aspek parti tersebut; baik dakyah kewujudannya langsung terhadap kewibawaan pemimpinnya... Buktinya? Spin Datuk Mustafa Ali kan untuk menangani masalah ini?
- dll
- dll
- dsb...
Namun walau ada pelbagai hikmah yang melemahkan PAS dari amalan Bai'ah ini, memanglah bagus ia didedahkan sekarang, malah ahlinya haruslah berterima-kasih kepada UMNO, BN serta barisan jentera medianya kerana menegur secara bertubi-tubi agar PAS kembali ke jalan benar. Ini kan tanggungjawab sesama Islam, dan mungkin dengan cara ini, UMNO juga dapat menunjukkan kepada PAS bagaimana seteru harusnya tegur-menegur, tanpa perlunya kafir-mengkafir...
Dari segi tokoh, 'spin' Datuk Mustafa Ali juga mengesyorkan pengamat sejarah ini bahawa mungkin ada harapan beliau menyertai UMNO suatu hari nanti. Beliau sendiri mengakui kesalahan PAS dengan menidakkan bai'ah ini, maka mungkinkah Datuk Mustafa juga akan mengikut jejak langkah bekas Presiden PAS, arwah Datuk Asri Muda, yang sempat menyertai UMNO sebelum meninggalnya sebagai petanda maafnya dari dosa PAS mengkafirkan UMNO pada zaman kepimpinannya.
Eh, tapi... Datuk Mustafa dah periksakah dengan TG Nik Aziz tentang hal ini? Soalnya, kerajaan TG dah memastikan bai'ah ini 'halal', setidak-tidaknya di negeri Kelantan, melalui Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002. Malah, akhbar pro-Pakatan Sinar adapun mendedahkan betapa 'halal'nya bai'ah sebegini menurut Mahkamah Syariah Kelantan.
Eh, tapi ini mengelirukan... kalau mahkamah syariah TG Nik Aziz khabar bai'ah ini 'halal', kenapa Datuk Mustafa rancak sekali dengan 'spin'-nya? Janganlah sampai patah harapan TG Hj Hadi agar selesai perkara dengan timbulnya kekeliruan baru antara dua paksi PAS lagi!
Saya mengharap Datuk Mustafa dan pemimpin-pemimpin PAS lain yang insaf selamatlah dari dalang-dalang yang menusuk nista, fitnah dan benci ke telinga TG Nik Aziz sekarang. TG Nik Aziz pun anak buah ulama utama yang membawa PAS masuk BN dahulu, TG Hj Mat Nur Teliar, TG Hj Mat Nur Selising dan TG Hj Umar Daud kan? Mungkin ada pemumpin PAS yang ikhlas serta insaf mahu memperingati beliau yang ketiga-tiga ulama ini arwahnya sebagai ahli UMNO...
| Reactions: |
Thursday, November 12, 2009
The 'Best' Senior Politician In Malaysia For November 2009 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek!
For all his weaknesses, I must say that DS Dr Chua Soi Lek is one of my favourite politicians. Notwithstanding his 'Hollier than thou' incident, having some of the bad habits of other locals senior politicians, like advancing their sons into their place (his son replaced him as MP for Labis) and other disagreements on issues, he stands out today as one of the most cunning and competent senior politicians across both sides of the political divide. | Reactions: |
Wednesday, October 28, 2009
At Last, "Satu Sekolah Untuk Semua" Makes An Appearance In Parliament...
OK, seriously speaking, SSS didn't really appear in Parliament, and I am not even sure if the web campaign was mentioned, but kudos to YB Ir. Hamim Samuri from Ledang, Johor, for urging the government to move to a single stream school system when debating the budget in parliament yesterday, the stream obviously being Malay, in the interest of racial unity. The proposal seemed to have cross-floor support in the Dewan, with PAS and PKR reps standing and voicing so.- Restricting the move to Secondary Schools only, leaving Primary education very much in the current state. I seemed to think this is winding back the clock a bit... but you know, sometimes clocks need winding back.
- Suggesting such a move would be in line, and indeed should be made part of, the 1Malaysia effort - it certainly is in tune with the concept with regards to unity!
| Reactions: |
Tuesday, October 27, 2009
Berdialog Santai Sejenak Dengan YB Dato' Dr Hassan Ali Dan YB Nasaruddin Mat Isa
Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!- Salah-betul pendirian mereka, kedua-dua pemimpin PAS ini kelihatan sopan dan berlaku benar dalam memberi penjelasan. YB Nasa dengan terus terang menjelaskan mandat yang diamanahkan kepada beliau oleh majlis-majlis kepimpinan/ulama PAS untuk berbincang dengan UMNO di mana sesuai sejak PRU-12. Intipatinya tidak boleh saya huraikan di sini, tetapi beliau selesa juga mengatakan perbincangan dengan UMNO tidak berhasil.
- Dato' Hassan juga memberi kepastian kepada jurublog ini yang sebab beliau tidak ingin meninggalkan Pakatan Selangor adalah kerana beliau dan pemimpin PAS sebaris dengannyalah satu-satunya suara mempertahankan hak umat Melayu Islam Selangor di dalam kerajaan Pakatan tersebut! 'Melayu' yang lain kelihatan kelu apabila berdepan dengan DAP mahupun dicabar ahli PKR yang bukan Islam!
- Kedua-dua pemimpin ini kelihatan agak hormat terhadap TG Nik Aziz, sehingga tidak membalas bidasan Tok Guru, selain menjelaskan harapan mereka yang mesyuarat khas pada hari Rabu akan meleraikan segala persengketaan. Malah, apabila ditanya tentang pengetahuan TG Nik Aziz tentang keputusan kepimpinan mahupun Dewan Ulama PAS, mereka kelihatan tersipu-sipu menjelaskan yang Tok Guru sering tidak hadir!
- Berdasarkan di atas, saya rasa harus ada keyakinan pada pengikut PAS untuk terus yakin akan kepimpinan YB Nasa, dan utama sekali, umat Islam di Selangor, tak kiralah parti mana, sepatutnya menyokong usaha-usaha Dato' Hassan yang betul! Ini termasuklah usahanya menghalang arak dijual meleluasa di Selangor (akta negerinya pun yang UMNO/BN luluskan dahulu!) dan mempertahankan maruah Melayu dari tohmahan Harbi di SelCAT!
Kini sebenarnya saya merasa pelik sedikit... rupa-rupanya sudah ada banyak blog PAS yang menggunakan kehadiran saya dan memutar-belitkan perjalanan majlis semata-mata untuk membantai Dato' Hassan dan YB Nasa! Tak patut, dan tak matang! Padahal saya hadir bukan sebagai 'orang UMNO' tetapi ahli Muslim Bloggers' Alliance! Mungkinkah ini hasilnya politik fanatik dan taksubkan ikon tertentu di dalam PAS, seperti TG Nik Aziz, sehinggakan ia kini seolah-olah makan tuan! Wallahualam...| Reactions: |
Sunday, October 25, 2009
Memahami Nik Aziz...
"Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it""Kuasa tanpa had sering mengkorup minda pemegang kuasa tersebut"
| Reactions: |

