There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Tuesday, October 31, 2006
Apakah di sebalik usaha memecat Tun Dr M dari 3 berkait syarikat kerajaan (GLC), LADA, Proton dan Petronas. Dalam kesibukan hidup kita semua, rasanya ada pentingnya kebenaran tentang perkara ini diutarakan.
Kemungkinan sekali, niat di sebalik usaha pemecatan Tun Dr M dari menasihati Petronas adalah yang paling parah. Sejak awal tahun ini, anasir anasir rakus yang mempengaruhi The Edge dan NST telah mengutarakan ide-ide penswastaan Petronas. Di ambang perjanjian perdagangan bebas dengan US (FTA), usaha ini ternyata untuk membuang Tun Dr M dari pengaruhnya untuk menghalang pengelelongan khazanah negara yang paling lumayan ini, hasil bumi kita dan syarikat terbesar negara, Petronas.
Dalam masa Tun Dr M memerintah dan menasihati Petronas, kalaupun ada salah guna pengagihan wang Petronas, setidak-tidaknya, banyak juga wang Petronas yang memanfaatkan segenap lapis rakyat Malaysia, paling kurang dalam pengurangan kadar cukai dan harga Petrol dan Disel. Tetapi dengan pembuangan Tun Dr M dari Petronas, ia bakal mempermudahkan jalan untuk Petronas dilelong selesai penyokong-penyokong Tun Dr M yang berkesan dan Nasionalis separti Tan Sri Hassan Merican di buang juga.
Cerita Proton cerita lama. Selesai usaha dalang Tingkat 4 si Azlan Hashim menghancurkan syarikat tersebut, niat yang tersirat adalah untuk melelong Proton juga, tetapi lebih sebagai mercu tanda 'kegagalan' usaha Tun Dr M memajukan Malaysia oleh pendukung Lah-isma.
Hal pemecatan dari LADA sebenarnya kecil sedikit. Ia sekadar memberi helah untuk MB Kedah digunakan untuk mengutarakan cadangan pemecatan tersebut.
Saudara-saudari sekelian. Pendek-kata, Lah-isma semakin menular mengganggu-gugat kesejahteraan dan kemerdekaan ekonomi negara. Kini kemungkinan besar Petronas ingin dilelong pula.
Pada Pak Lah, mungkin alasan yang diberi oleh Kali dan sekutunya adalah ia kerana kejayaan Petronas masih terlalu berhubung-kait dengan hadirnya Tun Dr M sebagai penasihat. (Memang betul pun... enjin yang jual kat negara China pun sebab program F1 ilham Dr M, dan Pak Lah masa Petronas bermasalah di Chad, tak nak tolong pun!).
Namun sedarlah bahawa pertelingkahan dengan Pak Lah cuma sekadar helah pemecatan Tun Dr M. Sebenarnya, pemecatan Tun Dr M membuka jalan untuk Petronas dilelong hasil usaha sang-sang rakus yang bertenggek di bahu Pak Lah didalangi anasir luar negara.
Thursday, October 12, 2006
Apabila Putar-Belit Media Tidak Ke Mana Melainkan Mengancam Kedudukan Kerajaan UMNO (When Spinning Leads To No-Where - Part III)
Putaran berita sekitar laporan penyelidikan Dr TG Lim dan Dr ET Gomez di bawah naungan ASLI-CPPS mengenai peratusan pegangan ekuiti Melayu yang mempertikaikan pencapaian Dasar Ekonomi Baru dan penyambungnya, Dasar Ekonomi Nasional (DEB/DEN) sudah dibiar membara-semarak terlalu lama. Soalnya, kenapakah persoalan isu ini dibiarkan, malah pada awalnya diapi-apikan oleh media kawalan Tingkat 4 dan sekutu mereka?
Mungkinkah ini juga sebahagian usaha memperburukan nama Tun Dr M melalui keluarganya, memandangkan ASLI telah dibangunkan dan diketuai oleh anak beliau, Dato' Mirzan Mahathir? Persoalan ini timbul kerana tindakan Khairy Jamaluddin yang mengherdik penarikan balik hasil penyelidikan dan pohonan maaf Dato' Mirzan terhadap laporan ASLI-CPPS tersebut yang diakuinya kurang wajar.
Persoalan yang lebih merunsingkan adalah, kenapakah intipati laporan tersebut yang menimbulkan kontroversi tidak dibangkitkan apabila ia mula-mula dikemukakan kepada Unit Dasar Jabatan Perdana Menteri dan EPU sebagai bahan asas penggubalan RMK-9? Adakah ini kerana Unit Dasar JPM (sebahagian dari 'Tingkat 4') bersetuju dengan intipati laporan tersebut? Adalah harapan ramai yang ini bukanlah unsur 'Lah-isma' yang baru menjelma.
Ramai di kalangan profesional Melayu yang kononnya diwakili oleh anak-anak muda 'Tingkat 4' agak kecewa dengan kepincangan usaha kerajaan Pak Lah dalam mematikan isu ini. Kenapakah kenyataan Pak Lah dan pentadbirannya dalam menyangkal laporan tersebut tidak disertai hujah-hujah yang lebih tegar seperti:
- Pernilaian ASLI-CPPS yang ekuiti syarikat milik kerajaan (GLC) seperti TNB, Telekom dan MAS dinilai seolah-olah 70% dimilik Bumiputra (berdasarkan penguasaan GLC oleh kerajaan berkepimpinan UMNO) memanfaatkan Melayu lebih dari bangsa lain mempunyai beberapa kelemahan:
- Ia tidak berdasarkan kepada pengagihan ekuiti sebenar, iaitu setara dengan demografi rakyat Malaysia yang merupakan pemilik sebenar saham kerajaan dalam GLC-GLC tersebut.
- Tidak banyak syarikat Melayu atau Bumiputra yang 100% Bumiputra miliknya di kalangan pembekal dan pemegang kontrek GLC. Tambahan pula, banyak pemegang kontrek GLC bergantung kepada pelbagai syarikat lain yang lazimnya milik bukan Melayu ataupun asing.
- Ia memberi tanggapan yang GLC-GLC pada zaman Pak Lah masih memberi keutamaan kepada syarikat pembekal Melayu, apabila sebenarnya, kebanyakan GLC di bawah naungan Khazanah kini mengutamakan syarikat pembekal milik asing yang memberi 'kos rendah' lebih dari syarikat Malaysia, tak kira milik Melayu atau bukan Melayu.
Ini kerana, sesuai dengan prinsip 'Lah-isma', GLC-GLC Khazanah kini menumpukan perhatian kepada KPI, bukan lagi kepada usaha membangunkan industri tempatan melalui 'trickle-down effect'. Ajukan sahaja pertanyaan kepada MAS bagaimana pembekal-pembekal mereka kini dipilih dengan sistem yang tidak langsung memberi kepentingan kepada pembekal Melayu, mahupun syarikat Malaysia milik bukan-Melayu. - Sebenarnya tatacara pengiraan peratusan milik Bumiputra yang begitu diperdebatan ini tidaklah begitu penting. Ini adalah Malaysia sebuah negara demokrasi. Oleh itu, apa-apa hak yang wujud bagi mana-mana golongan masyarakat Malaysia, sama ada menerusi pembahagian agama, bangsa, umur, jantina, dsb, hanya boleh dihapuskan atau dipinda dengan persetujuan majoriti rakyat Malaysia.
Fikirlah sejenak, memandangkan DEB/DEN memberi kelebihan kepada majoriti rakyat Malaysia yang kiat berkembang % penduduknya (hampir 60% berbangsa Melayu dan Bumiputra), tiada kerajaan di Malaysia yang boleh kekal di tampuk pemerintahan atas agenda menghapuskan hak-hak yang kini dinikmati golongan majoriti ini menerusi DEB/DEN. - Terlalu mudah DEB/DEN dituduh hanya memberi kepentingan kepada segelintir orang atasan UMNO dan komponen BN lain. Sebenarnya, DEB dinikmati oleh anak tani yang bermimpi ke Universiti dengan biasiswa, pengusaha kecil yang mengharapkan kontrek kecil untuk memulakan perniagaannya, kontraktor-kontraktor Kelas D, E dan F yang sedia menerima usaha membaiki dinding sekolah atau mencat bangunan sekalipun.
Inilah golongan yang harus diyakinkan bahawa DEB/DEN tidak diperlukan lagi. Selagi ada golongan yang benar-benar percaya mereka memerlukannya, ia akan terus wujud kerana ia didukung oleh hak demokrasi majoriti negara ini yang merasakan keperluannya. - Ke'tidak-adil'an DEB/DEN sebenarnya ditanggung oleh masyarakat Melayu dan Bumiputra juga. Mereka harus menerima yang dasar ini hanya mendukung setakat 30% pemilikan ekonomi negara oleh masyarakat pribumi, padahal masyarakat ini merupakan majoriti rakyat yang juga kian meningkat.
Kenapakah pindaan DEB kearah pengagihan kemewahan negara menepati demografi negara tidak dicadangkan? Kenapakah usaha kearah menyama-ratakan pendapatan masyarakat Malaysia tidak diajukan, apabila statistik terkini menunjukan purata berpendapatan bulanan masyarakat Cina sehingga 2 kali ganda pendapatan masyarakat-masyarakat lain?
Ini kerana berdasarkan prinsip muhibah, masyarakat majoriti Bumiputra Malaysia tidak rakus dan meredhai yang masyarakat Cina atau masyarakat serta golongan manapun berhak memegang kuasa ekonomi yang lebih berdasarkan usaha, ilham dan titik-peluh mereka. Kenapakah sifat toleransi masyarakat Melayu dalam hal ini tidak pernah diketengahkan?
Maka, tuduhan, sangkalan dan tikam-tepis di sekitar paparan pendapat penyelidik pimpinan ahli-ahli pemikir Malaysia yang kebetulan berbangsa bukan Bumiputra sebenarnya tidak membawa banyak makna selagi pengundi majoriti Bumiputra berpendapatan kecil atau kecil-sederhana menerimanya. Jadi kenapakah isu ini tetap dibiar membara?
Ada yang mengesyaki bahawa pendapat yang diajukan Dr Lim dan Dr Gomez ini dipegang juga oleh segolongan ahli Khazanah dan 'Tingkat 4'. Inikah sebabnya pendapat ini tidak disankal apabila dikemukakan ke 'Tingkat 4' dalam penggubalan RMK9? Mungkinkah isu ini belum lagi dimatikan oleh kerajaan kerana penasihat terdekat Pak Lah bersetuju dengan pendapat tersebut? Adakah ini suatu unsur baru 'Lah-isma' yang mula terserlah?
Namun kerana golongan Tingkat 4 tersebut tidak mewakili majoriti profesional muda segenerasi dengan mereka, apatah lagi penduduk Bumiputra majoriti yang disebut di atas, pendapat mereka juga seharusnya tidak relevan dalam konteks usaha mengekalkan, membaik-pulih atau meminda DEB/DEN. Oleh itu, bukankah lebih baik isu ini dimatikan langsung dengan segera oleh pentadbiran Pak Lah?
Melainkan Pak Lah sedia untuk UMNO menerima pukulan maut menjelang pilihanraya kelak....
Saturday, October 07, 2006
Usually I don't post something new until the last post has 'run its course'. However, as I am still annoyed by the attempt of 'someone' to muzzle me by attacking me at work, and have my first nice chunk of free time since then, I thought I'd open my mouth wider.
A typical defence of "Lah-ism" by the 4th Floor and co. is that the corruption currently rife in Pak Lah's era is due to the legacy of corruption over the years of the Dr M era. The further spin around the ineffectiveness of "Lah-ism" to quickly eliminate this corruption is that "changes takes time, in fact many years" and that "instant changes are not possible as it would result in chaos" and further still that "patience is a virtue" that "Lah-ism" holds strongly too.
Let me respond in 2 ways.
Firstly, I quote historical evidence that it is possible to fix many years, decades of corruption even, in a matter of a few years. I present to you the example of former Korean President Kim Young Sam:
http://en.wikipedia.org/wiki/Kim_Young_Sam
Kim Young Sam took less than 1 term to clean up much of the corruption in Korea, even driving the successful conviction of his 2 predecessors as Korean President in the process! This resulted in Korea's ability to quickly re-emerge from the Asian Crisis supported by an already clean beauracracy.
However, as Wiki notes, his anti-corruption drive resulted in himself being implicated in a corruption scandal! What Wiki doesn't note was that prior to than, Kim Young Sam also had to stand aside and watch as his own son was convicted through his anti-corruption drive.
I doubt Malaysia's corruption when Pak Lah took over was any worse than post-dictatorship Korea's, so I reject the idea that Pak Lah's administration can't get something TANGIBLE going at least just because of history. He's had 3 years after all! Over the same period, Kim Young Sam, whilst leading a larger economy and population, was >60% done with his clean-up!
So, is Pak Lah not moving forward in his anti-corruption drive because the problem has become so much bigger since he came to power, or because he doesn't know how to deal with it and neither do his advisers, or because he and his followers are afraid an anti-corruption drive would convict his son/son-in-law/ friends/whatever?
Secondly, if the 4th Floor does not want Dr M to take credit for the bulk of Malaysia's current and coming successes, like our 'first Malaysian in space' for instance, then they cannot expect him to take all the blame for corruption today. Such a thing only creates a convenient scapegoat of all of Pak Lah's failings whilst he rides the remnants of the wavecrest of success created by his predecessor.
We citizens should always maintain that the government of the day has to be held accountable for the problems of the day. And sure, the past government may not have left things easy to handle, but then the measure on the present government should also be on how well it remediates any past mistakes.
However much Dr M may have benefited or damaged the country, his time is over. When we criticise the current government, we should do so with the hope for change for the present and future, not as a throwback to past events. And this includes criticism of Pak Lah's administration for not getting even an inch of real progress righting past wrongs and continuing to drag its feet on implementing its own publicly expressed priority of reigning in corruption!
Lah-ism's proponents should stop apologising for Pak Lah's shortcomings and indeed themselves embark on constructive criticism of him. Criticism of Dr M and his time as a method of apologising for the weakness of the Pak Lah's administration just puts a needless finger of blame to history and is pointless, unproductive, and truly not in the spirit of Vision 2020.
Friday, October 06, 2006
I had a bad experience of having 'someone' who didn't like my writing on "Lah-ism" trying to silence me by sabotaging me at work. Fortunately, the higher-ups at my company are quite enlightened and just request I don't start dragging them into it, seeing as to them these 'someone' appear quite malicious by their attack on me.
Since then, I've been too busy to really write, but I did get some notes of support and advise by those I vented my spleen to (which amounts to a few thousand people in the NGOs I post messages to). Though I am grateful for much of the suppport, I am not agreeable to some advice that I should calm down as such a thing is normal when one embarks on discourses such as I have.
(I call my discourses 'the truth', but others may not agree.)
Anyway, I do not accept that just because something is the norm that it is necessarily right. So, I persist, only now, with some vengeance...
So on the topic above, the NST tried to spin Pak Lah's admin out of trouble again recently. This time it was on the Geneva-based World Economic Forum's "World Competitive Index" that showed Malaysia under Pak Lah has become less competitive in ranking against other nations, dropping 1 spot to 26th out of 125 nations from 25th last year.
The 'spin' was that we're one of the Top 10 most competitive in Asia and No 2 in ASEAN; we're 6th in Asia below Japan, South Korea, Hong Kong, Taiwan and the "Pretending Lion".
Funny that Pak Lah's media guardians bothered to spin this, Dr M would have just ignored such a thing, but I'm looking for the URL for your viewing pleasure.
In the meantime, my comments are:
What other country is there for us to be better than in Asia than the ones we're already above? Thailand was the biggest threat but is now in trouble. The problem is whether we can stay up and improve against others especially as we seem to be slipping against the rest of the world!
Let's put aside Dr M here and focus solely on Pak Lah's performance here. So, what has Pak Lah done to help us improve our competitiveness globally which has resulted in us dropping a spot from last year when I believe we already were supposed to be improving?
The report said Malaysia's competitiveness would be improved: "if the (Pak Lah) government was more successful in reducing the public sector deficit. Improving the health of the workforce and access to education would also do much to enhance the country's competitiveness"
Comment: Hold on, I thought Pak Lah was doing nothing but reducing public sector deficit, so much so that we are suffering record inflation. And after all the hype that Pak Lah's 'new' focus is education, what's up with this criticism?
The report also said:"The "notable competitive disadvantage" and the "most problematic factors for doing business" in Malaysia include inefficient government bureaucracy, corruption, crime and theft, restrictive labour requirements and inadequately educated workforce."
Comment: Hmmm... I thought these were also the focus areas of Pak lah's admin. So, despite all the hype of 'had work' in these areas, why is the criticism still strong against our bereaucracy, corruption and rising crime? Already commentted on the education focus hype.
So based on all the hard work and focus by Pak Lah's admin on the quoted problem areas, Malaysia has GONE DOWN in global competitiveness, specifically because we are WEAK in PAK LAH'S ADMIN'S supposed AREAS OF FOCUS!
So forget about Dr M. Why is Pak Lah's team not reaching his own established and much hyped targets for the nation? That's the real question Pak Lah's apologists should be answering from reading this report.