Saya menulis di sini sebab merasa agak pelik dan kasihan terhadap musibah tuduhan yang mungkin fitnah dihamburkan terhadap Dato' Najib Tun Razak tentang kes ini. Macamlah kalau Razak Baginda tu bekas kawan dan kroni beliau ia menjadi bukti kukuh membolehkan tuduhan sedemikian. Saya rasa lebih adil kita sekarang mangambil tangen membuka skop tuduhan lebih luas kepada orang lain yang patut disyaki seperti...
- Semua tahu yang lazimnya para ahli UTK ini melindungi kedua-dua VVIP jaguhan kita, PM dan DPM, dan juga kaum keluarga mereka apabila keluarga mengiring bersama dalam apa-apa acara, bukan Dato' Najib sahaja. Ya la, susah sikit nak percaya yang Pak Lah berupaya celik untuk mengganas sedemikian rupa, tapi yang si K, K dan pelbagai kawan-kawan K mereka macam mana? Adakah mereka juga pemangsa Altantuya?
- Sebenarnya, Razak Baginda ni rapat dengan geng-geng Tingkat 4. Ya la, kan semuanya berintelek. Korek punya korek, mesti akan ada yang sedar mereka semua mula berkenalan sejak bebudak Tingkat 4 di Universiti lagi. Malah, boleh dikatakan Razak ada juga membantu beberapa dari mereka ke Tingkat 4 dan menyertai pejabat Najib. Adakah mungkin mereka begitu rapat sehingga terlibat?
- UTK-UTK ini pun pernah melindungi bekas PM dan DPM lain. Mungkinkah Tun Dr M, Anwar Ibrahim dan Tun Musa juga patut disyaki terbabit dalam kes ini? Masya'Allah!
- Para ahli kabinet, para ahli Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahli perniagaan yang pernah melawat ke luar negera dengan PM serta DPM dahulu dan sekarang mesti ada yang sudah mengenali UTK-UTK ataupun Razak Baginda sebelum ini. Mungkinkah mereka ini juga ada yang terlibat?
- Tambah pula, UTK-UTK ini pun ada kawan lain. Razak Baginda pun ada kawan lain juga. Apakah semua perlu disyaki?
- Alamak... saya rasa saya pernah jumpa-lah Razak Baginda. UTK-UTK ni pun ada hadir kalau saya menghadiri majlis dengan PM dan DPM. Adakah saya juga patut disyaki? Adakah anda?
OK lah, pada saya mungkin kerja tuduh ramai-ramai ni taklah baik sangat, jadi baik kita tak suka-suka tuduh sembarangan siapa-siapa pun! Biar polis dan pejabat peguam negara sahaja yang meneruskan kerja tuduh-menuduh ini. Buat orang marah dan semakin sedih pulak! Tetapi apa pun berlaku, yang ingin sekali saya tahu tentang kes ini ialah...
Macam mana polis boleh dengan begitu mudah sekali menjumpai taburan tulang Altantuya yang sudah berkecai dibom di cerok belukar hutan yang kera sekalipun, apatah lagi manusia, tak minat nak lawat? Kalau sayalah yang menjumpai tulang macam itu, mesti saya ingat tulang binatang punya! Jadi macam mana boleh jumpa dan bagaimana polis tahu? Ada orang yang cerita ka...?