Wednesday, January 10, 2007

Permulaan Usaha Murni

Malaysia bakal tersungkur ke juram penguasaan asing, tetapi rakyatnya masih lena. Bangunlah rakyat Malaysia!

Menjelang pertengahan tahun 2007, kerajaan Malaysia bakal memetrai Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement - FTA) dengan Amerika Syarikat(US). Perjanjian ini kini dan kelak juga pasti dikatakan berpotensi merealisasikan impian Wawasan 2020 oleh mereka yang menjaguhinya.

Namun rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu khususnya, mungkin kurang menyedari yang menjelang Malaysia menyambut 50 tahun Merdeka, perjanjian USFTA inilah sesuatu perjanjian yang bakal mengembalikan Malaysia ke belenggu penjajahan kuasa Barat, kali ini oleh Amerika Syarikat.

Kami sekumpulan profesional bertekad menyertai gerakan menentang USFTA, dengan menumpukan usaha terhadap mencelikan mata masyarakat majoriti Melayu Malaysia yang harus digembeling daya serta pengaruhnya bagi memastikan kejayaan pembentengan ini.

Usaha kami yang tidak seberapa ini kini bertumpu kepada pengumpulan maklumat kadalam blog kami, dengan niat mengumpul sumber berbahasa melayu atau mengalih-bahasakan yang berbahasa Inggeris kelak. Oleh itu, kami ingin menjemput mana-mana kumpulan atau individu untuk memberi sumbangan yang sesuai untuk disertakan ke dalam blog kami, dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris sekalipun.

http://usftamalaysia.blogspot.com/

Adalah niat kami untuk kemudian mengagihkan maklumat ini dengan cara yang lebih sesuai kepada golongan yang lebih berpengaruh dengan harapan kedudukan rakyat Malaysia terpelihara dari belenggu USFTA yang sudah amnya terbukti durjana apabila dijangkiti oleh negara membangun lain sebelum ini.

No comments:

Post a Comment