Tuesday, March 18, 2008

Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy?

Sudah pun dikemukakan petanda kekalnya pengaruh Khairy dari analisa Pak Lah akan sebab kekalahan BN. Pak Lah memberi gambaran ini kerana golongan muda Melayu menolak DEB/DPB, apabila sebenarnya Khairy dan pemesong DEB/DPB lain yang ditolak; lagi pun sudah lama disyaki Khairylah hipokrit pembenci serta musuh dalam selimut DEB/DPB. Di sini ingin diajukan sedikit 'bukti' kekalnya Khairy sebagai pengemudi pentadbiran Pak Lah berdasarkan susunan kabinet.

Melihat prestasi buruk BN pada PRU-12 dan berdasarkan desakan lantang menggesa perletakan jawatan beliau, Pak Lah beraksi dengan begitu licik sekali. Sudah kembali ahli politik yang berjaya hidup begitu lama dalam UMNO walaupun dikelilingi musuh yang berkuku-taring lebih tajam. Malang sekali yang kepintaran tersebut agak kurang dalam menangani pentadbiran negara, mahupun menguruskan pilihanraya umum, tetapi di dalam UMNO, Pak Lah tetap gagah.

Setelah menerima maklumat jelas bahawa perlindungan dan kuasa tidak rasmi yang dikurniakan beliau kepada Khairy merupakan antara tunas kekalahan BN, Pak Lah mengambil kesempatan terdekat untuk:
  1. Mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet.
  2. Membenarkan propaganda menular yang nyawa politik Khairy sudah hampir hilang di media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider.
  3. Membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Mukhriz Mahathir tidak dikenakan hukuman disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan Pak Lah sendiri.

Ini menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya sekarang. Tambah pula:

  1. Menteri yang kurang popular seperti Rafidah Aziz dan Radzi Sheikh Ahmad digugurkan.
  2. General-general setia Pak Lah seperti Noh Omar diberi pangkat menteri sebagai persediaan perhimpunan agung UMNO.
  3. Panglima-panglima pemimpin lain seperti Shabery Cheek diberikan kedudukan menteri dalam usaha menarik sokongan mereka.
  4. Panglima-panglima yang sudah pasti tidak akan dapat ditarik kesetiaan kepada Pak Lah, seperti Tengku Adnan dan Jamaluddin Jarjis telah digugurkan, walaupun prestasi mereka yang lepas boleh tahan juga.
  5. Pemimpin UMNO yang sering lantang mengkritik dari luar seperti Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim pula cuba didiamkan dengan kedudukan baru.
  6. Dibawa masuk juga sepahi upahan Muhamad Muhamad Taib sebagai menteri yang terjamin setia kerana kembalinya ke tampuk kuasa atas jasa Pak Lah.

Pemilihan kabinet Pak Lah tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO. Namun, Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali. Contohnya:

  1. Wan Ahmad Farid, teman setia Khairy yang melicinkan pengagihan projek di Terengganu suatu masa dahulu kini dilantik menjadi Timbalan Menteri.
  2. Azalina, rakan sejawat Khairy semasa beliau menjadi pengacara TV dahulu, menonjol sebagai satu-satunya wakil Wanita UMNO di kabinet. Adakah ini petanda beliau bakal merampas kuasa kepimpinan wanita kelak? Khairy masih terhutang budi kepada Azalina yang lebih berhak menjadi wakil rakyat di Rembau, kampung asal-usul bapanya.

Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat kekal walaupun hanya ala-kadar. Mungkin perlantikan pada peringkat agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau diketepikan dari kabinet.

8 comments:

  1. Radzi resigned and rafidah will resigned. A group of angry makcik will not help ones cause.

    ReplyDelete
  2. errm...bossss
    dulu umno takde pun kat nusantara, gugusan melayu boleh dikatakan mempunyai empayarnya sendiri di rantau ini.
    kalau tebal sangat semangat kebangsaannya tu yang rm200 boleh beli undi perwakilan.
    perjuangan???

    ReplyDelete
  3. "Saya hairan , kenapa buat pertama kali dalam sejarah tidak ada wakil wanita UMNO dalam kabinet , Yang ada Ketua Wanita MCA ( Ng Yen Yen ) ".. said Rafidah in her latest press conference .

    Ehh.. Isn't Azalina the tourism minister ? Isn't she Wanita UMNO ? I mean , she was Puteri UMNO chief before but when you've reached the age limit , automatically you are Wanita UMNO. Unless... Rafidah does not regard Azalina as a WANITA ... hehehehe..controversial...

    Labels: Malaysia

    ReplyDelete
  4. It looks like the new line-up is not a Save-UMNO line-up but a planned and camouflaged KJ cronies-link cabinet to ensure SIL to have a greater influence in overall administration of the sucked UMNO/BN government. I'm very anxious to know if this true.
    Please refer to - http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ah..life.. it's not perfect here you know.. and it's not much better overseas either..
    that's why there's akhirat.. where we get what we deserve.

    ReplyDelete
  6. Dari dulu aku tengok budak2 UMNO ni macam pencacai, tak de semangat perjuangan, berjuang kerana poket, Khairi disembah, dijulang macam la dia perfect. Kalau bukan menantu pm rasanya nak dapat ketua pemuda cawangan pun payah. Hairan mentaliti Melayu sekarang ni, jangan kata nak membela bangsa,agama dan negara, bela itik pun mintak subsidi. Maaf, bukan semua! tetapi kebanyakkan!!!!

    ReplyDelete
  7. to adzz
    kalau takde subsidi ko bole idup ke kat malaysia ni ?

    Ko mandi pun subsidi gak,semua rkayat dapat..........

    Cuba cari la cara untuk hapuskan pengkhianat negara,hentikanlah komen pasal subsidi ni....

    ReplyDelete
  8. Tugas Khairy belum selesai...

    This guy thought he is the best among the best. He thought he is a superman.Without Pak Lah he is nobody.

    Would advise Khairy to step down as Rembau MP and the father in law to follow suit.

    He should have foresees what is going around him now and tell Pak Lah to resign. Appoint Ku Li to be next PM and Muhydin to be TPM instead of Najib.

    ReplyDelete