Tuesday, May 13, 2008

Kembalikanlah UMNO Kepada Melayu, Selamatkanlah UMNO Dari Cengkaman Maut Pak Lah

Kebingungan Melayu apabila sambutan ulangtahun ke 62 UMNO pada 11 Mei 2008 menjadi medan mempertahankan peribadi, keluarga dan kedudukan seorang pemimpin semata-mata. Beginikah ajal merapati UMNO, yang dahulu berjasa membela nasib Melayu, kini tinggal sekadar kuda tunggangan orang berkepentingan?

Di manakah akan ku lindungi anak dan zuriatku kiranya UMNO tiada?
Mana bisa diharap parti berpaksikan kejaran kuasa seorang lagi Sang Rakus yang berbuih "Ketuanan Rakyat" di bibir sahaja?
Mana bisa kita berharap kepada parti yang dakyah Islamnya membencikan Melayu sebagai suatu bangsa sehingga sanggup segelintir pemimpinnya ditunggangi kafir harbi berbayar sekadar tempias kuasa?

Harus dikembalikan UMNO kepada Melayu dengan segera.
Harus dikembalikan UMNO kepada arus perjuangan asalnya sebelum bukan sekadar wakil rakyat berketagih kedudukan sahaja yang meninggalkannya.
Harus segera dibebaskan UMNO dari cengkaman maut Pak Lah sebelum ia ketandusan anak muda Melayu pewaris bangsa.

Biar kami... hanya tinggal nama...

6 comments:

  1. Mr AM Ubaidah. I guess u're DS sanusi Joned's hero. Am i right. Well that's not the problem. I wish I can meet u personally as we can share a lot of common things. I'm a regular visitor of chedet blog.I had my latest comment on UMNO in chedet's blog under the name of jaim(sorry , upon checking,not yet published). I'm the UMNO Information Chief for bahagain Labis (waiting to be sacked) u can reach me at jaimyunus@yahoo.com. Let me write in BM in the next future cos I came from Malay school whis has no good command in English. Hope to hear from u soon.

    ReplyDelete
  2. HIDUP MALAYSIA, HIDUP MELAYU HIDUP ISLAM. HIDUP AGONG & SULTAN-SULTAN MELAYU, HIDUP UMNO.

    PERGI JAHANAM KJ, PERGI JAHANAM BROTHER ANNUAR BIN IBRAHIM, PERGI JAHANAM LIM KIT SIANG & KAPAL SINGH.

    ReplyDelete
  3. Negara sekarang berada di persimpangan jalan. Kalau dibiarkan saja keadaan sekarang, pembangkang akan memerintah. DSAI mempunyai ajendanya tersendiri. Produknya 'Made IN Malaysia' tapi 'Patented In USA'

    Kalau disingkirkan pimpinan sekarang kerajaan selamat, negara pun selamat.

    Sejarah telah membuktikan UMNO telah berjaya menumbangkan Malayan Union. UMNO mempunyai dua pilihan. Biarkan kerajaan sekarang jatuh ke tangan pembangkang dan ahli2 UMNO bersatu menumbangkan 'kerajaan baru' atau tumbangkan pemimpin sekarang dan selamatkan agama, bangsa dan negara.

    Mulai sekarang semua cawangan UMNO perlu berbincang dari hati ke hati apakah sikap ahli2 terhadap kelemahan pimpinan sekarang, kerakusan KJ dan gengnya, korupsi yang bermaharajalela,penderitaan rakyat jelata, penipuan pemimpin2 UMNO pada ahli2 UMNO dan rakyat.

    Kalau UMNO membiarkan segala kepincangan dalam agama, bangsa dan negara berlaku tanpa bantahan maka negara akan hancur, UMNO pun akan hancur sama.


    Untuk menyelamatkan UMNO, letakkan kain rentang di semua rumah cawangan UMNO dan istiharkan kemerdekan dari cengkaman Pak Lah, KJ dan kuncu2nya. Ini akan memberi isyarat jelas kepada Ketua2 Bahagian untuk terus menolak kepimpinan Pak Lah. Rakyat sudah tak mau dia apatah lagi ahli2 UMNO.

    Jangan membiarkan barah ini membunoh seluruh badan UMNO. Pak Lah sudah sampai HAD HARI nya.
    Paklah telah diberi kepercayan oleh TDM untuk memimpin UMNO dan Negara. Ternyata dia gagal. Apa guna simpan dia lagi. Dalam hidup ini ada pepatah mengatakan 'PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI'

    Mesti ada demokrasi dalam UMNO baru demokrasi dalam negara boleh wujud. Satu lidi orang boleh patah, tetapi berjuta2 lidi siapa boleh patah?

    Bacalah ayat ini kepada Pak Lah: MASA KAU TELAH TIBA. UNDURLAH SEBELUM KAMU DIUNDURKAN.
    PRU12 ada hikmah untuk renungan UMNO. Berfikir saja tak cukup. Bertindak sekarang.

    Demi Agama, Bangsa dan Negara kita perlu korbankan Pak Lah.

    ReplyDelete
  4. Tajuk seperti ini sudah banyak dipaparkan.
    Pertama kita mesti kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
    Untuk itu beberapa perkara perlu diberi perhatian. Ini disebabkan UMNO adalah tunjang kepada BM. UMNO ibarat sebuah lokomotif, kepala terjun ekor akan turut sama. Penyakit UMNO sebenarnya adalah ibarat bumbung rumah yang bocor. Yang perlu diganti adalah bumbung yang bocor bukan robohkan keseluruhan rumah kerana kosnya tentu mahal.

    Penyakit yang paling ketara dalam UMNO adalah terletak dalam minda sebahagian ahli-ahlinya, diikuti dengan pemimpin-pemimpin yang sudah lupa pada tanggung jawab. Oleh itu semua ahli UMNO bertanggung jawab memulihkan penyakit ini, terutama kepada segelintir pemimpin yang sudah "tenat" penyakitnya.

    Apa yang ahli-ahli wajib buat - keluar beramai-ramai , hadiri mesyuarat cawangan masing-masing, guna kuasa dan hak sebagai ahli. Tolak ketua2 cawangan yang "sakit" , begitu juga dengan Ketua bahagian dan barisannya yang sama-sama "sakit". Pilih perwakilan bahagian yang mindanya mahu memperjuangkan parti dengan harapan mereka akan terjemahkan amanah ahli dengan tepat. Pada ketika itulah kita hukum pemimpin2 yang gagal tunaikan tanggungjawab . Pastikan tangan di cuci terlebih dahulu daripada kotoran politik wang. Kita semua tahu siapa yang perlu kita tolak, terutama yang sudah tenat, takut menjangkiti yang lain-lain. Kemudian sebarluaskan maklumat ke seluruh pelosok negara kerana ramai dikalangan ahli UMNO ketinggalan maklumat, tak mahu ambil tahu, buat-buat tak tahu atau memang tak tahu. Jika perlu kempen keseluruh negara , bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pemimpin , tetapi menanam kesedaran kepada kesemua ahli akan peranan dan tanggung jawab mereka yang sebenar, agar ahli-ahli UMNO tidak dok "syok" sendiri . Jumpa lagi

    ReplyDelete
  5. Untuk mengembalikan UMNO kepada Melayu nesti ada melayu yang memimpinnya. Jika Pak Lah dah tak relevan,Soalnya siapa?
    Ada beberapa nama yang boleh diutarakan.

    1.DSAI - dilihat sebagai pemimpin Melayu yang tak boleh diharap. Pengkhianat dan pembelot bangsa. Mementingkan agenda peribadi, cakap tak serupa bikin. Keutamaannya adalah kepuasan diri. Biar Melayu hancur asalkan dendam terbalas.

    2. DSN - dilihat layak diatas kertas, berdasarkan jawatan Timbalan, lama dalam kabinet, latar belakang keluarga, setia? Namun kontrovesi yang menyelubungi beliau akan menyulitkan lagi keadaan . Dilihat Lebih menguntungkan pembangkang daripada parti sendiri. Jawapannya - GAGAL

    3. TRH - pernah berjasa kepada negara, ada sokongan tetapi selalu dikhianati. Kekurangan beliau adalah kerana berada diluar. Datangnya dari negeri yang dikuasai pembangkang agak menyulitkan beliau. Pandangan ramai, jika negeri sendiri gagal dibantu bagaimana mahu memerintah negara. Tetapi calon ini tidak boleh diketepikan.

    4. TSMY - calon yang dilihat paling layak setakat ini. Berani, ada kesamaan gaya dengan TDM, Tidak pernah gagal melaksanakan tanggung jawab dalam semua kementerian yang dipegangnya, ada karisma, mempunyai kemahiran berhujah dalam BM dan BI, tegas, tidak lembik, punya visi punya idea tersendiri. LAYAK.
    Masalahnya ada "rumors" kononnya beliau hanya ingin menduduki kerusi no 2 sahaja. Jika ini benar, maka disinilah peluang TRH dilihat cerah. Sekian

    ReplyDelete
  6. Dear sir!

    Could u please leave your phone no in my email cos I couldnt reach yours

    ReplyDelete