Saturday, May 10, 2008

Kenapakah PAS Sayangkan Musuh Islam Lebih Dari Pelindung Ummah?

Semakin sedih saya lihat, teman-teman PAS di internet begitu asyik mempertahankan Karpal Singh dan begitu sedia mengecam bekas Ketua Hakim Tun Fairuz Sheikh Halim. Karpal tu kafir Harbi yang terbukti menidakkan Islam dan keutamaannya di bumi Malaysia. Fairuz pula pemimpin Islam yang menghalang Lina Joy dari menyebabkan bersubahat umat Islam dalam murtadnya.

Kenapa PAS sayangkan Karpal dan bencikan Fairuz? Adakah rakan kongsi kuasa, walaupun yang memusuhi Islam, lebih sedia diterima PAS dari hakim yang berjasa kepada umat Islam?
Situasi begini menyebabkan begitu ramai orang seperti saya terus menolak PAS. Kerana PAS menjadi-jadi terlihat mengalatkan Islam semata-mata untuk mencapai kuasa, dan apabila kuasa sudah tercapai, Islam tinggal buah mulut sahaja. Salah...

Pada masa yang sama, tindakan PAS juga yang tak putus-putus mendefinisikan sokongan terhadap parti sebagai bukti Islamnya seseorang juga terpesong dari akidah, sama lah dengan Islam Hadhari buatan Pak Lah. Padahal Islam bukan milik Pak Lah mahupun PAS untuk diolah sesuka hati. Islam kurniaan Allah untuk semua umat manusia.

Kemudian apabila PAS mengatakan ia memperjuangkan Islam, ini juga sama hasilnya dengan konsep 'Hadhari', ia mengelirukan ummah. Islam agama Allah dan tidak perlu diperjuangkan. Islam malah memperjuangkan kita. Mengatakan Islam perlu diperjuangkan terlalu riak sekali.

Sedarlah dahulu teman-teman PAS sebelum berbicara. Setidak-tidaknya, UMNO kalau pemimpinnya terpesong ke arah Hadhari seperti Pak Lah pun, ada ahlinya yang berperang saudara untuk mengembalikan UMNO kearah yang betul. Yang PAS bilakah mahu membetulkan dirinya sendiri?

Apatah lagi memerintah...

No comments:

Post a Comment