Wednesday, May 07, 2008

Kerajaan BN Lemah Hasil Terhakisnya Nilai-Nilai Kepimpinan Dan Tumpuan Usaha Mencari 'Idola'

Saya telah pun sebelum ini mengulas sedikit tentang hujah Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kesan negatif Kerajaan yang lemah terhadap Malaysia pada versi Bahasa Inggeris. Ingin saya tambah di sini pendapat bahawa masalah terbesar yang selagi dibiarkan membiak, akan terus menjejaskan kekuatan UMNO dan penerimaan Barisan Nasional oleh rakyat sebagai parti kerajaan yang berwibawa adalah masalah 'Idola Semasa' dan 'Penghakisan Nilai-Nilai Kepimpinan'.

Masyarakat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya terlalu mengharapkan agar seorang idola baru atau 'Idola Semasa' akan bakal timbul untuk menyelamatkannya. Mungkin ini lumrah manusia yang 'marhain', mengharapkan kurniaan Allah akan pemimpin untuk membawa rakyat ke arah kemakmuran. Namun hasilnya terlihat di dalam kemelut berterusan dalam arus politik Malaysia pasca-PRU 12.

Pada pihak pembangkang, usaha Anwar untuk menonjolkan dirinya semula di mata dan hati rakyat jelas mengambil kesempatan akan sifat rakyat yang tercari-cari 'Idola Semasa' untuk era politik masa kini. Ini ditimbal-balas oleh perangai Karpal Singh yang terlihat menjadi-jadi kebelakangan ini baik di Parlimen, mahupun dalam penentangan beliau terhadap nasihat Tun Dr untuk Pak Lah berundur dan menjadi-jadi dengan penghinaannya terhadap Sultan Perak.

Usaha yang terlihat di sebelah UMNO pula agak pelik dan lebih merunsingkan. Terlihat sekarang usaha untuk mencemarkan nama pemimpin-pemimpin UMNO yang terlihat berpeluang menggugat kedudukan Pak Lah sebagai calon-calon baru Idola Semasa.

Sudah tentu
salah tafsir cadangan Datuk Seri Rais Yatim untuk mendaftar izin dari ibu-bapa bagi anak-anak di bawah umur 21 tahun yang ingin berjalan keluar negara oleh media perdana berniat mencemarkan nama baik beliau, terutama sekali di kalangan kaum wanita. Yang peliknya, Rais Yatim sebagai seorang berketurunan Minang, berAdat Pepatih yang mengagungkan kaum-kerabat wanita, kurang mungkin mencadangkan sesuatu yang merendahkan kaum hawa! Adakah ini contoh mencemar calon Idola Semasa?

Dan dalam hal Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Baru sahaja beliau mula bangun menjawab tuduhan dan tohmahan terhadap beliau berkenaan kes Altantuya dan pembelian perkakas serta alat peperangan, tiba-tiba dibawa
Raja Petra Kamaruddin (RPK) menghadap mahkamah atas tuduhan menghasut kerana menulis tentang Najib dan isterinya. Saya sendiri berada bersama orang kuat Najib apabila berita kes RPK mula keluar dan kekecewaan terlakar dimuka beliau. Punahkah harapan Najib menjadi Idola Semasa?

Tidakkah merunsingkan apabila dilihat pemimpin teratas UMNO kini terlalu sibuk mencemar calon-calon Idola Semasa untuk menumpukan perhatian menyelesaikan perkara yang lebih merbahaya kepada parti dan negara? Masalah tersebut adalah Penghakisan Nilai-Nilai Kepimpinan yang patut dipupuk di kalangan pemimpin, malah setiap ahli parti. Nilai-nilai tersebut pernah dicanang berulang kali oleh seorang bekas Ketua Penerangan, Setiausaha Agung dan Naib Presiden Parti, yakni:

  1. Amanah - Bukan sahaja dalam menjalankan tanggungjawab dan mengotakan janji. Bukan sahaja dalam mengelakan diri dari menyeleweng. Tetapi dalam membawa negara kehadapan tanpa putus usaha walaupun hilang kelapangan diri...
  2. Berani - Bukan sahaja dalam menghadapi jiran yang kerdil tetapi juga dalam menjalankan yang benar walaupun menjejaskan peribadi dan ditentang oleh yang lebih berkuasa
  3. Disiplin - Bukan sekadar sampai ke majlis tepat masa atau menyelesaikan masalah berpada-pada, tetapi berusaha hingga menjadi teladan untuk semua
  4. Rajin - Bukan sekadar tidak perlu akhbar mewar-warkan yang pemimpin 'bekerja keras', tetapi rakyat sendiri membayangkan betapa rajinnya pemimpin sehingga kemakmuran mereka lebih dari terjaga
  5. Setia - Bukan sekadar mengampu dan sedia terampu, tetapi sanggup menggadai segalanya atas dasar budi baik dan pegangan keatas nilai tertentu. Tidak melupakan jasa yang lepas sebagi harapan dalam menabur jasa untuk masa hadapan...

Nilai-nilai inilah harus dikembalikan kepada kepimpinan UMNO untuk membolehkan rakyat kembali meyakini pemerintahan BN. Nilai-nilai tersebut merupakan tunggak kekuatan pemimpin individu dalam menangani masalah negara dan memacu kemajuan ekonomi serta menjamin kemakmuran rakyat. Tetapi penerapan nilai-nilai ini harus disegerakan dan diberi tumpuan oleh pemimpin teratas.

Sekiranya kepimpinan teratas UMNO tidak mahu atau mungkin tidak mampu mengembalikan nilai-nilai tersebut, malah menjadi antara punca Penghakisan Nilai-Nilai Kepimpinan tersebut... lebih baik pemimpin terlibat berundur...

5 comments:

  1. The country’s in a total mess, no doubt about it and as you and bigdog rightly put it and is substantially due to the acute weaknesses of PM and his inability to continue governing. Refusing to acknowledge the pressures he has to make way sooner than later, PM’s diehards will continue to enhance their standing with whatever ruthless means at the expense and loss of UMNO and its capable UMNO leaders (includes your Idola Semasa). That is unfortunately “collateral damage” but may not be too serious a problem as these affected leaders could still continue to play a part. Neither should we be overly concerned by the despicable actions of the DAP and its aging top leadership in belittling the Malay political power and attempt to change the theme of our National anthem. Any calls for a review of the “social contract” by Lim it Siang and any belittlement of the Role of the Agong and Sultans by Kapal Singh and many similar other actions and comments which would hurt the feelings of the Malays, although we abhor such remarks, would fit perfectly in moulding the psychic and animosity of the Melayu including PAS and PKR members against them The likes of Kapal Singh and especially Lim Kit Siang should be repeatedly warned of their transgressions but not be put behind bars as yet, they should be allowed the freedom to express their insolent views which will subsequently be capitalized and spun to UMNO’s and the Malays’ advantage. These to me are worrying issues but are secondary.
    It is the enemy or enemies within UMNO itself that we must not loose sight of and which is priority. We must have the little patience to ensure that such pests are rid off quickly.
    The search for a newly identified strong figure like that of TDM to command the respect of the grassroots in unifying UMNO could be at the moment a fantasy but it should not hinder UMNO to regain its respectful place in the governance of the country. In this respect, in terms of organizational survival, I would refer to the many significances of the Prophet (PBUH) last sermon at Mount Arafat in which he said among others “O People, NO PROPHET OR APOSTLE WILL COME AFTER ME AND NO NEW FAITH WILL BE BORN. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the QURAN and my example, the SUNNAH and if you follow these you will never go astray”. It may be “heresy” for me to compare UMNO to Islam or any of UMNO’s leaders to that of the Prophet (PBUH). However UMNO members are Malay Muslims and the Muslim culture is well embedded within UMNO. We have to admit that UMNO and many of its members may have gone astray (even for that matter PAS and PKR themselves cannot deny they too may have gone astray). We should also remember that Islam spread much faster and stronger after the death of the Prophet (PBUH). Thus if UMNO and its members see such similarities with this significance to their present predicament, there is no reason to fear albeit the absence of that strong a leader.
    Thus as a consequence of leadership change, UMNO generals with their various mind sets and their legionnaires have to come to common grounds with mutual respect, understanding and sacrifices to identify the “catalyst(s) of change” required in UMNO to ensure that the party not only survives but is poised for its next level of growth and achievement. In the meantime we bloggers have to continue voicing out our despair and frustrations over the present leadership and its unhealthy cultures while such crucial matters continues unabatedly to be brought out at the respective avenues until such change eventually crystallizes.

    ReplyDelete
  2. Give the guy a break, will you guys? He's like America's Bush during the second term, despite 49% of the Americans voted against him. At least, Pak Lah did not invade another country with missiles and cruisers. Anyway, the act of TDM's one man show type leadership must be balanced by one of a team of capable leaders, keeping everyone in check creating a culture of competence, integrity and openness to questioning and not dictatorial commands. The current calls for the removal of quota for the presidency post contest is valid as it will hinder politicking from keeping good people down.

    ReplyDelete
  3. Just kick AA Badawi Out. He never perform as Prime Minister.

    ReplyDelete
  4. Pulau Batu Putih

    Satu contoh/bukti klasik bahawa kelemahan kepimpinan Melayu itu bermula lama dahulu lagi.

    Kehilangan Pulau Batu Putih adalah simbol kelemahan ,kelekaan, kealpaan, kecuaian, kegagalan dan ketidaktegasan tindakan serta gagal melihat jauh akan kesan dan implikasi sesuatu tindakan oleh pemimpin terdahulu lagi.

    Ini mungkin disebabkan bahawa kita sentiasa yakin bahawa negara ini akan sentiasa menjadi hak milik kita, tanpa menyedari bahawa kita juga boleh kehilangan hak keatas apa yang kita miliki. Tanpa memikirkan bahawa suatu hari nanti orang boleh menuntut apa yang kita anggap hak kita. Kita selalu dibuai dengan dongeng Hang Tuah " Tak Akan Melayu Hilang Didunia" sehingga kita menjadi leka.

    Jika Pulau Singapura kita boleh serahkan secara percuma kepada orang lain, mengapa kita mesti tangisi kehilangan Pulau Batu Putih yang hanya selonggok batu. Yang memang kita tidak pernah ambil peduli dari awal lagi.Jika kita bercakap dari sudut strategik, Pulau Singapura itu jauh lebih strategiknya. Jikalah TDM memerintah pada ketika itu, mungkin hal ini tidak akan terjadi.

    Bersandarkan kepada pengalaman -pengalaman inilah , mengapa kita perlu mempunyai pemimpin yang berani,bijaksana, tegas, karismatik, dedikasi,tidak cuai pada tanggungjawab dan yang lebih penting semangat menjaga negara melebihi segala-galanya.

    Dan saya lihat DSAB bukan orang yang layak memikul tanggung jawab itu.

    ReplyDelete
  5. UMNO tunjang kepada BN. Lemah UMNO lemah BN.

    Mengapa UMNO lemah?

    Kerana UMNO telah didaftarkan menjadi sebuah syarikat

    NAMA SYARIKAT : UMNO SDN BHD

    CEO : ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI

    CHAIRMAN : KHAIRY JAMALUDIN

    LEMBAGA PENGARAH : (PEMEGANG SAHAMTERBESAR)
    NAJIB RAZAK
    RAFIDAH AZIZ
    MOHAMAD NAZRI
    ZAHID IBRAHIM
    SHAHRIR ABD SAMAD
    ZAHID HAMIDI

    PEGAWAI / KAKITANGAN :(PEMEGANG SAHAM MINORITI)
    SEMUA MENTERI UMNO

    PEMEGANG SAHAM KOSONG :
    AHLI-AHLI UMNO YANG SETIA KEPADA DSAB

    PENASIHAT : MUSA HITAM

    PEMEGANG SAHAM TERBESAR DALAM PILIHANRAYA :
    AHLI-AHLI UMNO (YANG KELUAR SEMENTARA ATAU TIDAK KELUAR)

    Bagaimana syarikat hendak untung jika dipimpin oleh CEO YANG LEMAH?

    ReplyDelete