http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/5/4/columnists/joceline/21116058&sec=joceline
Secara amnya, apa yang diulas merujuk kepada peralihan kuasa dari Datuk Hishamuddin kepada 3 calon:
- Datuk Mukhriz Mahathir yang kelihatan lebih digemari anak-anak muda Melayu yang condong ke-UMNO amnya, tetapi tidak semestinya perwakilan Pemuda UMNO
- Dato' Dr Khir Toyo yang dahulunya utuh kedudukannya tetapi sekarang tercemar oleh pelbagai isu buatan musuh-musuh di luar dan dalam parti serta kian tergugat selesai kekalahan BN di Selangor
- Khairy Jamaluddin, atau KJ, anasir yang semakin ternyata dikaitkan dengan merudumnya kedudukan UMNO dan kuasa Melayu di Malaysia
- Pautan kita kepada Islam. Islam memartabatkan Melayu dan tanpanya nescaya kita binasa. Namun terlalu ramai pemimpin, dan terikut-ikut yang dipimpin, mengejar CV Islam lebih dari mengamalkannya. Islam Hadhari mungkin bukan buah fikiran Pemuda, tetapi tiada pula yang mempersoalkannya...ini subahat. Dan kenapakah kita tidak bersama mengusung panji menentang kes Lina Joy... ini juga seharusnya tugas kita.
- Sopan-santun kita terlihat juga berkurangan. Beberapa tahun dahulu, seorang anak muda bersijilkan nikah menolak jalan untuk naik ke kedudukan no 2 Pemuda. Orang yang lebih layak dan perpengalaman terlalu ramai yang 'memberi laluan'. Anak Melayu jenis apakah yang menghina orang yang lebih tua, kononnya mereka tak buat kerja, semata-mata merebut kuasa. Anak melayu memohon izin kalau ingin berlalu. Adakah ini pemimpin yang kita mahu?
- Nilai sopan-santun dan kenangan Budi dibawa mati juga menidakkan tindak-tanduk mengenepikan pemimpin tua. Apabila terlalu pedih hamburan kata terhadap Tun Dr M, kenapakah Pemuda tidak bersuara menegur sesetengah pemimpin kita? Kenapa ada pula Pemuda yang turut serta atau bersorak sama? Kehilangan nilai ini lebih membawa sangsi kepada rakan kongsi kaum lain terhadap kita, bukan sekadar julangan sebilah keris sahaja.
- Budi juga dibawa Bahasa. Siapa yang mengajar anak-anak Melayu UMNO berlagak samseng merata-rata? Di Ijok sehingga berbaling-baling botol pula! Bagaimanakah kedudukan kita sebagai sayap muda parti PEMIMPIN negara jika dalam hal berarak-berkempen pun sudah bisa hilang budi-bahasa? Ini baru perkara kecil, belum lagi dalam menangani senario glokal di 5+1 mahupun peringkat antarabangsa.
- Tahukah anak-anak Melayu akan sejarah, kenapa UMNO itu ada, apa yang terjadi pada 13 Mei, kenapa UMNO diharamkan, kenapa para hakim tertentu diturunkan oleh Raja-Raja, bagaimana dasar ekonomi Anwar Ibrahim hampir menggadai negara kita pada 1998? Ini semua sejarah yang harus diperturunkan. Mahukah Pemuda tahu sejarah ini? Cukup sedarkah mereka...
Dengan menerima kepincangan pada nilai-nilai yang sedia ada, kita boleh mula mgorak langkah menjawab soalan 'Untuk Apa Perjuangan?' Berdasarkan nilai jugalah patutnya kita memutuskan siapakah harus memimpin kita...
I read the same article and commented the same, definitely on the same wavelength.
ReplyDelete