Sunday, September 28, 2008

Najib Mula Mendapat Sokongan Terbuka Ketua-Ketua Bahagian Merebut Presiden Pada Bulan Disember 2008

Pada sebuah majlis berbuka puasa bersama Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua-Ketua Bahagian UMNO Cheras dan Titiwangsa telah mengisytiharkan niat mereka untuk mencalonkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO pada mesyuarat Bahagian bulan depan.

Mereka, yakni YB Senator Datuk Syed Ali Al-Habshee (Cheras) dan Datuk Suleiman Mohamad (Titiwangsa) juga melafazkan niat untuk mencalonkan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti, sebagai gandingan mantap bersama DS Najib untuk menyelamatkan parti dari kepincangan kepimpinan yang sedia ada.

Menarik sekali, ini tidak dilaporkan oleh mediamasa utama negara hari ini, walaupun acara tersebut ada menerima
sedikit liputan. Mungkin ada yang menghindar?

Kemaskini...

Rupa-rupanya, ada juga bahagian lain mencalonkan DS Najib sebagai Presiden UMNO selain dua yang dilaporkan di sini, dan ada pula mediamasa utama melaporkannya! Syabas UMNO Bahagian Besut dan Berita Harian! Yang mengejutkan sedikit, hebat sangatkah gandingan Najib-Muhyiddin sehingga Datuk Seri Idris Jusoh dan Berita Harian kedua-duanya meninggalkan Pak Lah?Diharapkan ia bukan wayang kulit dan kita bersyukur berhati terbuka Ramadhan...

Terima kasih Nitro atas komentar...

11 comments:

  1. rupa-rupanya selepas pak lah pilihan kami hanya antara seorang yang dituduh bersubahat membunuh dan seorang yang dituduh peliwat sebagai perdana menteri

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cheras & Titiwangsa!

    Bahagian yang lain harus mencontohi Cheras & Titiwangsa.

    Presiden = DS Najib
    Timbalan = TS Muhyidin
    Ketua Pemuda = Datuk Mukhriz

    Tetapkan pendirian demi alif, ba & ta!

    ReplyDelete
  3. sebenarnya selain dari cheras dan titiwangsa, besut pon dah announce secara terbuka sokongan terhadap najib dan muhyidin.

    sampai keluar berita harian beb. berita harian dah buat uturn?

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080928231546/Article/index_html

    besut mesorat 11 october, antara yang terawal.

    ReplyDelete
  4. Apakah Ketua Bahagian mewakili akar umbi??

    Ketua2 Bahagian yang mengumumkan sokongan kepada Najib dan Muhyiddin samalah statusnya dengan Ketua2 Bahagian yang menyokong Dolah sebelum ini. Aplikasi bodek dan ampu berterusan, tiada perubahan.

    Kenapa tidak dibiarkan akar umbi membuat keputusan ketika Mesyuarat Agung Bahagian itu sendiri, Ketua Bahagian sepatutnya mengistiharkan bersikap terbuka kepada mana mana pencalonan, biarlah adil kepada KuLi dan lain lain calon jika mereka selama ini menuntut keadilan dari pihak lain.

    ReplyDelete
  5. Memang Bahagian tidak melambangkan suara akar umbi. Suara akar umbi boleh didengar melalui Cawangan.

    Walau bagaimanapun Cawangan tidak mempunyai kuasa menentukan kedudukan jawatan peringkat tertinggi. Namun walaupun tidak mempunyai kuasa itu, desakan akar umbi adalah jelas dengan turut mengusulkan pengunduran Dato' Seri Abdullah.

    Berkenaan YBM Ku Li, saya rasa mesih terdapat Bahagian yang bakal mencalonkan beliau jika dilihat dari suara akar umbi di peringakt Cawangan pada mesyuarat yang lalu yang banyak mengusulkan menyokong pencalonan Ku Li sebagai Presiden.

    Penentuan sokongan memang sepatutnya diserahkan kepada setiap Cawangan untuk menentukan jawatan No 1 & 2 di mesyuarat Bahagian nanti. Yang pastinya teruskan memberikan tekanan agar Bahagian tidak mencalonkan Pak Lah.

    Alang-alang Pak Lah sudah dengan rela mahu perubahan pucuk pimpinan, maka Bahagian mestilah merealisasikan kehendaknya itu. Jangan ada dolak dalih lagi.

    ReplyDelete
  6. Insha’allah, many issues will continue to unfold for the betterment of UMNO from 1st Shawal when the grassroots exercise their rights without fear and favor. We must intensify the pressure until we achieve the necessary objectives of strengthening and consolidating the premier political party, restoring confidence and economic development to our blessed Nation.

    Selamat Hari Raya. Maafar Dzahir & Batin to you and your family. It has been interesting blogging with you.

    ReplyDelete
  7. tambahan.

    UMNO bahagian batu pahat pon dah keluarkan statement sokongan secara terbuka dan bersedia mencalonkan najib/muhyiddin dan dilaporkan dalam The Star.

    check artikel joceline tan 28/9/08

    http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2008/9/28/columnists/joceline/2113057&sec=Joceline

    antara lain artikel itu menyebut:

    Dr Puad, who is also Batu Pahat division chief, was among the early voices to call for a leadership change in Umno and he has not changed his stance.

    His division had initially fixed their AGM for Oct 18 but he has brought it forward to Oct 12.

    “We want to give a strong signal for change. We are going to nominate Datuk Seri Najib and Tan Sri Muhyiddin for the top posts,” he said.

    divisional meeting is 9 days away tapi dah 4 bahagian keluar statement untuk calonkan najib/muhyiddin.

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin dan KuLi juga patut mendapat pencalonan yang cukup untuk jawatan Presiden sebagai satu persediaan jika kedapatan Najib dan dolah bersekongkol lagi atas kepentingan mereka sendiri. Walaupun agak mustahil tetapi semuanya haus berwaspada.

    Hari Raya memberi peluang bermaaf maafan tetapi dalam masa yang sama inilah peluang untuk terus berkempen dan bertukar fikiran. Pastinya bualan atau topik politik tetap menjadi tajuk utama ketika berkumpul sesama sanak saudara. Jelasnya kita dapat meluaskan lagi nilaian sejauh mana Dolah disukai atau memang sudah sampai masanya...

    Selamat Harii Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelayar.

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:31 pm

    The beginning of the End of Pak Lah. We gave you a chance but you "flip-flopped". Now you get to feel what TDM felt when you are no more in power. Adios amigos.

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:13 pm

    Your posting truly reflects what I feel towards Pak Lah's leadership. He lacks vision and the will to complete any task, even the easiest and simplest. He only listens to his small group of advisors and interferes with professional decisions. For every professional decision that was overturned in favour of his cronies he has been cruel to the person that truly deserved the job.I'm tired of seeing him undoing whatever progress this nation has enjoyed in the last 15 years. I feel like things are back to the late 80s again.
    Yes Pak Lah you are getting a big dose of your own medicine which you were so trigger happy to prescribe to so many people. When you say your farewell.. many will rejoice. Tyranny has no place anywhere.Ketua yang zalim hilang hak untuk dihormati.Pak Lah lupa pesanan aruah ibu nya dan ini lah balasannya. Adios amigos

    ReplyDelete
  11. Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? (Bahagian 3): Sanggup Bunuh Untuk Lepaskan Diri

    Dalam bahagian ini, kami mengupas isu hangat pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibuu dan pengbabitan terus Najib Tun Razak dan isteri durjananya Rosmah. Pendedahan ini semata-mata mendidik ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pasangan suami isteri yang barangkali bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara tidak beberapa lama lagi. Moga-moga ia akan menginsafkan kita semua supaya berwaspada terhadapa gandingan Najib-Rosmah ini dan memantau gerak-geri mereka selepas jawatan Perdana Menteri disandang hasil taktik tikam belakangnya terhadap Abdullah Badawi, yang walau banyak cacat-celanya sebagai pemimpin, tidak langsung menampakkan perangai rakus ala-Najib.

    Bagi yang mendapat info dari SB dan mereka-mereka yang dekat dengan individu-individu berkaitan, tidak syak lagi bahawa Najib-Rosmah memang mengenali Altantuya dan memang terlibat dalam pembunuhan wanita itu. Ceritanya cukup dramatis dan layak dijadikan skrip untuk sebuah filem Oscar.

    Segala-galanya bermula sekali lagi dengan amalan korupsi Najib. Skandal kapal selam buatan Perancis SSK Scorpene wujud semata-mata kerana sebuah klien Perancis untuk firma guaman Rosmah. (Pelik bin ajaib, firma guaman Rosmah ini hanya mempunyai satu klien Perancis itu sahaja!) Dalam rundingan kontrak ini, Razak Bagindalah yang menjadi broker Najib, sepertimana yang lama dia lakukan selama bertahun-tahun sebelum ini. Untuk menggelapkan duit rakyat, komisen perjanjian Kementerian Pertahanan-SSK Scorpene ini serta wang haram Najib-Rosmah diberi terus kepada Razak Baginda yang 'menyimpan' wang itu untuk Najib-Rosmah, agar salahlaku Najib ini lebih sukar dikesan Kerajaan atau BPR.

    Tapi dalam proses perundingan untuk kontrak SSK Scorpene ini muncul seorang wanita Mongolia bernama Altantuya yang dikenalkan oleh Najib kepada Razak untuk membantunya kerana fasih berbahasa Perancis. Tapi Altantuya tidaklah sebodoh mana yang disangka Najib: dia sedar bahawa rundingan untuk SSK Scorpene ini sebenarnya berbau rasuah, dan dia juga tahu bahawa jika dibongkarkan kepada umum, nescaya hancurlah karier politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

    Apa tidaknya, rahsia kelamin Najib pun mampu dibongkarkan Altantuya yang beberapa kali meniduri Najib, lelaki yang terkenal gila seks dan skandal.

    Maka berbekalkan keyakinan, Altantuya pun mula meminta semacam 'wang perlindungan' dari Najib, melalui Razak Baginda, untuk menyimpan rahsia-rahsia Najib. Razak yang sudah sekian lama tidak tahan dengan Altantuya pun memohon Najib melakukan 'sesuatu'. Dengan rangkaian kenalan polis dan tenteranya itu, Najib pun mengizinkan Razak Baginda melakukan apa yang perlu untuk 'menutup mulut' Altantuya sekaligus! Walaupun kami tidak mengatakan bahawa Najib sendiri yang membunuh Altantuya, tetapi hakikatnya Najib benar-benar mahukan masalah Altantuya ini diselesaikan segera dengan apa cara sekalipun, dan pembunuhan ngeri Altantuya ini dilakukan atas restu Najib sendiri.

    Tapi Najib mana mampu bergerak tanpa isteri durjananya. Tiada suatu kisah pun yang lengkap tanpa pendedahan pengbabitan si durjana Rosmah itu. Tentunya anda ingat kes kenyataan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang juga bekas anggota SB di khalayak ramai didampingi Anwar Ibrahim, bahawa Najib memang mengenali Altantuya cukup rapat sekali. Tapi keesokannya Bala menarik balik kenyataannya dan terus melarikan diri dari negara ini dan kini bersembunyi di Kolkata.

    Hai, takkan lah tarik balik terus lari jika tiada 'arahan' yang dikeluarkan atau takut nyawanya diancam. Dan mana mampu Anwar Ibrahim itu mengancam nyawa Bala pun! Yang sebenar-benarnya, Rosmah sendiri yang memberi wang RM500 ribu kepada Bala pada hari itu untuk dia menarik balik kenyataan bersumpahnya itu dan cabut keluar negara; jika dia sekali-kali pulang tanpa izin Rosmah nescaya akan ada peluru menantinya.

    Begitulah kisah Altantuya dan penglibatan Najib-Rosmah ini. Gandingan inikah yang akan memimpin Melayu dan Malaysia? Sedih aku dibuatnya!

    ReplyDelete