Thursday, September 18, 2008

Pak Lah Memandang Rendah Terhadap Orang Bersara?

Terdapat pelbagai teori kenapa Pak Lah enggan meletak jawatan. Antaranya adalah kerana beliau mahu terus melindungi dan memajukan aspirasi anak-pinaknya, kebimbangan yang kes-kes rasuah pada eranya akan diadili serta lebih teruk lagi, kerana menurut perintah Singapura dan Amerika Syarikat.

Namun kata-katanya semalam dan tindak-tanduknya kebelakangan ini mungkin memberikan kita gambaran berlainan. Adakah kemungkinan yang Pak Lah memandang rendah terhadap golongan pesara? Adakah juga kemungkinan yang kerana itu, beliau sendiri tidak ingin bersara kerana tak ingin disertakan dalam golongan tersebut?

Kemungkinan tercetus diminda ini akibat melihat komentar Pak Lah tentang saranan Mubarak, iaitu persatuan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, yang beliau harus meninggalkan jawatannya sebelum tarikh 16 Disember ini. Jawapan Pak Lah apabila diajukan perkara ini oleh pemberita yang dipetik dari laporan akhbar the Star adalah,“Let them say whatever. They are pensioners after all”, atau lebih kurang,"Biarlah mereka mengatakan apa-apa sahaja. Lagipun mereka golongan pesara."... !!!

Ini mungkin juga antara sebab Pak Lah terus-menerus tidak mengendahkan berita Tun Dr M ingin kembali ke UMNO. Semalam MKT bertemu buat kali kedua sejak berita Tun ingin kembali, tetapi isu penerimaan semula beliau masih tidak dibincangkan! Kononnya isu tersebut tidak berbangkit. Kalau begitu, kenapakah Pak Lah sendiri tidak membangkitkannya, memandangkan hutang budi Tun Dr M yang paling berat dipikul oleh beliau?

Kalau Pak Lah bersifat begini terhadap pesara, yang amnya orang tua-tua, berpengalaman hidup dan berbudi belaka, apa lagi yang tinggal pada beliau untuk diteladani golongan muda?

8 comments:

  1. Betul tu kata saudara,

    Sebenarnya dollah tidak tahu bahawa orang pencen merupakan aset kepada negara pengalaman mereka lebih bernilai drp diri beliau sendiri sbg pemimpin wlp belum bersara yg telah berjaya memusnahkan iklim ekonomi dan politik Malaysia yang kita cintai.Dia lebih percaya kepada org muda spt kaum keluarganya yang tiada jasa kpd negara malah menjadi liabiliti kpd umno.

    ReplyDelete
  2. Saya berharap Pak Lah dapat membuat keputusan yang betul demi perjuangan agama, bangsa dan negara.

    Salam

    Nobisha
    http://nobisha.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. POKBODOLAH dah la ketegaq tak mo resign. dia lebih sayang KJ/Kalimullah/Kamarudin and Jin dari rakyat Malaysia. so sebelum dia bersara, dia make sure anak beranak and isteri tercinta dapat habuan masing-masing. lagipon dia apa nak heran. mahligai rm60 juta sedia menanti bersama bot dia dia di sydney. kalau ditentukan dia nak bersara mesti kena stylo.

    ReplyDelete
  4. Masa itu sudah hampir tiba, semakin lama paklah berada di putrajaya, paklah hanya makin menggali kuburnya sendiri yang makin mendalam, tidak ada penyelesaiaan kerana paklah sendiri adalah ibu kepada segala masalah.

    Apakah hari hari selepas PRU13 paklah mampu besenang lenang, nyenyak tidor pada hakikatnya sedangkan dari masa ke semasa ia terus tertekan dengan pelbagai isu dan pastinya dihambat kesilapan dan kesalahan sendiri hingga ke hari hari akhir pengundurannya kelak. Malah tetap dihantui hingga akhir hayatnya, diungkit dibangkit generasi demi generasi, penuh dengan maki dan sumpah seranah.

    Pada saya, biarlah paklah teruskan berada di puncak kuasa selama mana dia mahu, kerana itu bukanlah jalan 'ketenangan' yang dia akan dapat. Semakin lama, semakin tinggi dia berkuasa, semakin 'sakit' apabila jatuh nanti.

    Apakah kita ragu ragu bahawa 'masa' itu akan sampai juga ? Atau kita tidak sabar sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. Hakikatnya, UMNO dan BN tidak terbentuk secara auto. Ianya adalah hasil jerih-perih orang dulu yang dah meninggalkan kita ataupun dah pencen.

    Abdullah cuma pewaris no1 je. Betul kata saudara, ini bukan satu tauladan yang baik untuk anak muda.

    Saya menulis di ruangan komentar di blog Tun semalam dan saya tulis semula di sini antara lain:

    1. Saya sebagai rakyat Malaysia menuntut Abdullah Badawi untuk letak jawatan serta merta.

    2. Serta merta juga, pasport Abdullah dan keluarganya harus dirampas oleh pihak kerajaan.

    3. Abdullah Badawi harus dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

    ReplyDelete
  6. Pak Lah sign pencen umur 125....

    ReplyDelete
  7. Biarlah Pak lah cakap apa pun, time dia nak blah pun dah nak sampai. Lagi PM cakap bongkak dan memperlekeh-lekehkan, lagi rakyat tahu perangai beliau sebenarnya dan lagi tekanan terhadap beliau untuk melepas kuasa. PM terlau terdesak ketika ini, oleh demikian beliau turut merapu. Let’s just keep the pressure on PM relentlessly, it be good and timely for the country so that he goes off soonest.

    Ada banyak strategi yang perlu difikirkan terutama menanakap orang biadap seperti Teresa Kok dengan cara betul mengikut landasan undang undang yang sedia ada dan juga DSAI yang ingin memecah belah kaum Melayu dan merosakkan politik Negara untuk kepentingan dan maruah beliau tersendiri.

    ReplyDelete
  8. Benar, Teresa Kok, Raja Petra hatta DSAI sendiripun sebenarnya perlu ditangkap, 'diajar' dan dihumban dengan cara yang betul, bukan gertakan melalui I.S.A yang sudah dijadikan bahan 'kritikan' antarabangsa kerana skopnya yang khusus nampak seperti disalahguna, kerajaan dan polis teperangkap dengan isu ini dan mahu tidak mahu terpaksa 'melepaskan' untuk meedakan ketegangan.

    Sepatutnya disinilah peranan Zaid menggunakan kepala otaknya yang dikepala dan dikepala lutut dan di kepala siku dalam membantu dolah menghalalkan penangkapan ke atas mereka dengan cara yang betul bukannya dia sekadar menentang cara penangkapan ISA tanpa memberi pilihan bijak untuk dolah.

    Walaupun dolah dianggap lama dalam politik, sudah tua - tetapi nampaknya gagal dalam kategori mahir, bijak dan berwibawa dalam tangani isu, dia lebih trampil dengan flip flopnya, sudah sinonim..dalam lain perkataan, DSAI, teresa, raja putra tidak bertemu seperti buku bertemu ruas, kita tentu tahu..siapa yang mereka gentar untuk berhadapan. Bertemu dengan 'orang ini' sudah tentu hidung mereka akan berdarah...

    Kita teruskanlah berpuasa, terus menyusun strategi ekonomi sendiri untuk menghadap kegawatan yang akan melanda, lupakanlah mimpi bantuan kerajaan untuk rakyat, tak banyak peubahan dalam jangkapendek yang mampu najib jalankan, di atas sana..mereka lebih sebok dan bercelaru dengan nasib masa depan politik mereka. Jika mereka tewas, mereka tewas dengan bekal harta yang tidak habis 7 keturunan.

    ReplyDelete