Datuk Seri Anwar Ibrahim memang pakar bermain proksi. Tanyakanlah padanya berapa banyak syarikat dipegang proksinya sewaktu beliau Menteri Kewangan. Harta yang dikautnya pada masa itulah yang membiayai PKR sekarang.
Dalam politik pun Anwar rajin berproksi. Dulu rata Malaysia, terkenal proksi-proksinya, dari Dato' Sng di Sabah ke Dato' Kamaruddin Jaafar di Tumpat, Kelantan dan kini PAS.
Malah, isterinya pun dijadikannya proksi hingga kini sebagai Presiden PKR. Sampai ke Parlimen Permatang Pauh pun Datuk Seri Wan Azizah setia menjadi proksi dahulu. Tetapi yang ini, orang faham...
Tetapi kini terlihat Wakil Rakyat & ADUN PKR pun rupa-rupanya proksi Anwar. Jadi, betulkah mereka ini wakil Rakyat, atau adakah ADUN-ADUN & Wakil-Wakil Rakyat PKR ini sebenarnya WAKIL ANWAR?!
Kini sudah terbongkar segalanya, gara-gara kepanikan Anwar di Perak...
Dengan DS Wan Azizah, tidak perlu ada perjanjian mengikat proksi dari lari, tetapi lazimnya proksi diikat dengan suatu perjanjian, surat penyerahan kuasa, syer ataupun perletakan jawatan yang tak bertarikh. Yalah, surat seperti yang di
kemukakan Speaker DUN Perak yang kononnya membuktikan perletakan jawatan 2 ADUN PKR... yang dalam kepanikan, masih tak bertarikh!!!
Apa ni DS Anwar... wakil rakyat pun nak diproksikan ke? Jadi mereka ni bukan wakil RAKYATlah... tapi WAKIL ANWAR?!
Maaf kalau tak kemas, dikemas-kini melalui HTC TytnII saya...
yang dok offer rm50 juta... rm5 juta tu apa charita...???
ReplyDeleteYang dok istihar tubuh kerajaan sebab MP BN nak lompat dulu tu sapa..
ReplyDeleteAnwar desperate untuk menubuhkan kerajaan dengan mengekalkan Dolah sebagai PM bagi memastikan kes mahkamahnya 'selesai'.
Sebijak bijak anwar, dia cukup takut dengan najib hingga bayang najib pun dia dah mengggeletar..
Kalau nampak kelibat mamak Tun, tentulah dia terkencing dalam seluaq..
Salam. Pagi yang ceria!. Negeri Perak telah mendapat rohnya kembali. Perak telah bebas dari pemerintahan suku-sakat Chin Peng yang bersembunyi di bawah kopiah PAS!
ReplyDeleteYa ALLAH, selamatlah Negeri Perak Darul Ridzuan!
ada bukti ke tentang offer duit tu? kalau takat cakap saja, tak boleh pakai.
ReplyDeleteyang anwar dok suruh mp bn lompat, ingat free ke? we are not born yesterday lah. kalau bn offer duit, the same goes to pr.
dulu anwar juga dok gah (read dengan riak & takbur) canang ramai mp bn nak lompat. selamba saja dia senang-senang nak pinch mp bn.
rupa-rupanya dia lagi teruk. adun dia sendiri kena pre-sign surat resign dulu. tak malu punya spesis.
manusia jenis apa anwar ni. tu pun dia tak ada rasa malu. la ni dok melalak satu dunia heboh bn pinch adun dia.