Wednesday, June 10, 2009

Perpecahan PAS: Jangan Dilupai Faktor Kelantan...

Pelbagai berita berkumandang kini tentang perpecahan yang berterusan dalam PAS. Ada yang menyatakan ini gara-gara niat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Bagi saya, teori 2 mazhab di mana golongan Erdogan tidak dapat menerima kekalahan Husam Musa tempohari merupakan punca utama perpecahan tersebut... biasalah anak buah DS Anwar Ibrahim... mana reti nak mengalah!

Tetapi pada saya, yang sepatutnya lebih membimbangkan lagi bagi PAS adalah bagaimana tokoh-tokoh dari Kelantan kelihatan tersisih dari barisan kepimpinan yang baru. Mungkinlah ini salah taktik atau nasib sususan hasil demokrasi ala-PAS, tetapi agak menghairankan apabila Kelantan, yakni kubu PAS, tiada wakil walau di peringkat Naib Presiden pun. Malah, orang Johor dan Pahang pula berjaya mempertahankan atau langsung merebut kuasa... padahal kubu UMNO...!

Sekadar ini sahajalah pemerhatian saya buat masa ini... menarik untuk terus perhati...

No comments:

Post a Comment