Gambar foto DS Anwar minum bersama DS Najib di Parlimen menjadi topik perbincangan pagi ini. Jelas sekali masa depan DS Anwar semakin cerah... Sejak minggu lepas, banyak berita yang pasti menggembirakan DS Anwar:
- Serangan terbaru beliau terhadap DS Najib melalui Malaysia-Today mengingatkan kembali segelintir rakyat akan fitnah-fitnah lapuk terhadap DS Najib. Namun boleh lagi DS Anwar dilayan dengan senyum-tawa di Perlimen. DS Anwar pasti merasa sungguh kehebatannya.
- Beliau dilantik penasihat ekonomi dengan gaji RM 1! Saya rasa gaji tu tak penting, sudah pasti DS Anwar cukup berpengalaman untuk meraih lebih dari RM 1 gajinya dari jawatan tersebut! Tambah pula, jawatan tersebut akan memberinya 'glamer free' memandangkan banyak usaha ekonomi kroni-kroni DAP bakal diumumkan di Selangor... pasti DS Anwarlah akan dikatakan pemankinnya!
- DUN Kota Siputeh bakal dikosongkan, dan memandangkan 'faktor Mukhriz' tidak timbul serta calon terbaik UMNO iaitu ADUN sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif akan dipertikaikan pencalonan semulanya, ada lah peluang DS Anwar nak menebus malu di Bagan Pinang di sebuah kubu tradisi PAS.
- PAS semakin bergoncang hasil kerja kuncu-kuncu DS Anwar, baik cyber-trooper Anwar bertopengkan PAS mahupun pemimpin PAS yang berjiwa ABIM (ramai benar ni!), IKD (Kamaruddin Jaafar, dll) atau Yayasan Anda (Husam Musam, dll). Sekarang TG Nik Aziz pun terdedah ada unsur Rasuah dan Nepotisma dalam gerak kerjanya! Seronoklah DS Anwar!
- Anak buah kesayangannya Azmin Ali semakin gagah di PKR dan berjaya menunjukkan 'kejantanan' beliau dengan menyingkir Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Jeffrey Kitingan. Manalah tak bangga DS Anwar, sehingga 'fan' beliau KJ pun turut berusaha menaikkan nama Azmin dengan menyerangnya... padahal Azmin Ali tak relevan pun sebagai seorang pemimpin peringkat nasional...
Ah, gembira sungguh DS Anwar, pasti.... cuma ada kes liwat aje...
Kahkahkah Bagaimana dengan saya? Adakah saya juga juak Anwar Ibrahim?
ReplyDeleteEh... Tulang Besi... sdr kan UMNO asset? Mestilah... tak pernah saya tengok penulis UMNO yang lebih berjaya membuka pekung didada PAS seperti sdr!
ReplyDeleteBetul Akhram, bullet supplier to UMNO, hehe!
ReplyDelete