Alhamdulillah, jurublog dapat berkomunikasi dengan Ayah buat kali pertama menjelang Maghrib sebentar tadi. Oleh kerana mulutnya masih penuh dengan saluran pernafasan, beliau hanya mampu menulis beberapa perkataan di atas kertas untuk meminta sesuatu, bertanya atau meluahkan perasaan. Antara lain, beliau bertanyakan khabar blog ini.
Insya'Allah, ini petanda beliau semakin pulih, namun Dr masih mahukan beliau diberi perhatian terperinci barang 1-2 malam lagi.
Saya berdoa agar ayah tuan cepat sembuh
ReplyDeleteInsyaAllah ayah tuan akan cepat semboh... saya adalah penggemar tulisan beliau..
ReplyDeletesaya mendoakan semoga Tan Sri cepat sembuh.. saya meminati ucapan dan nukilan pena Tan Sri..
ReplyDeletebuku "SANUSI JUNID pencetus idea pemikir bangsa" karangan Zakry Abadi adalah rujukan saya..