Friday, September 27, 2013

Kenyataan Akhramsyah Sanusi, Calon Ketua Pemuda UMNO, Tentang Kontroversi Enchant1MST

Blogger dan Pemuda UMNO ini ingin menggesa kerajaan Malaysia untuk menyiasat dengan seberapa segera pelan membina pusat 1Malaysia Spiritual Tourism di Negeri Pahang oleh kumpulan Enchant (Enchant1MST). Ini kerana usaha tersebut pasti akan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, sekaligus mencemar wadah 1Malaysia yang dibawa oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, terutama sekali dengan pengakuan pemaju yang projek tersebut telah menerima kelulusan bantuan peruntukan kerajaan Malaysia!

Dalam sejarah Islam, perlumbaan penarikan pelawat ke pusat-pusat keagamaan semata-mata demi menjana ekonomi sesuatu tempat telah terbukti mencetuskan rasa tidak puas hati sehinggalah berlaku peperangan. Menerusi Surah Al-Fil, umat Islam diajar bagaimana Abrahah, seorang pemimpin Habsyah telah menempa kemusnahan apabila beliau menyerang Mekah kerana pusat keagamaan yang dibangunkannya gagal menyaingi Ka'abah di Mekah sebagai daya tarikan para saudagar pada zaman itu.

Ternyata, niat adalah penting dalam pembinaan bangunan-bangunan keagamaan. Ianya haruslah pertamanya berlandaskan niat menunaikan kehendak keagamaan, bukan berdasarkan kehendak perniagaan yang ternyata begitu keduniaan! Sebagai pemimpin beragama Islam, saya bukan sahaja terpanggil untuk mengkritik projek Enchant1MST ini kerana ia tidak sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi kerana niat pembinaannya yang melencong jauh dari nilai keagamaan.

Apabila kita melihat penggunaan 1Malaysia serta imej YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri diputar-belitkan untuk mempromosikan, malah seolah-olah menghalalkan program Enchant1MST ini, yang dirisaukan bakal menempah keaiban, saya terpanggil untuk membuat gesaan ini kepada pihak berkuasa; siasatlah program Enchant1MST dan ambilah tindakan dengan seberapa segera terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam memajukannya.

HIDUP MELAYU!

Calon Anda... Akhramsyah Sanusi

Rujukan: http://enchant1mst.com/index.html

3 comments:

  1. Anonymous10:51 am

    Dah gila ke mereka ini? 1Malaysia Spiritual Tourism, apa benda pulak ni?

    IMalaysia derives from the IMalaysia expression, bolih lah diterima, tapi 'Spiritual', spiritual apa yang hendak diguna pakai nanti? Tourism, apa benda yang hendak dilihat dan dihayati olih spiritual tourists yang berkunjung disana nanti? Misti ada  sasautu benda spiritual yang hendak dialami di tempat zone pertama itu kelak. Apa dia? ......mungkin spiritual Everythingnism kot!! Yang mana semua agama sama rata. Selalu kita laungkan, "Malaysia bolih" tapi ini project "tak bolih" Beb. 

    What being said, "this project has been conceptualized by a group of established businessmen, entrepreneurs and professionals." Kalau begitu dari kepakaran yang sedia ada, buat lah resort saja dan namakan 1Malaysia Grand Resort Pahang.

    Jangan lah nak berninyaga gunakan berbagai concept agama, lama kelamaan jadi macam tempat Ayah Pin dan the founder of the 1Malaysia Spiritual Tourism akan di sembah pulak. Lagipun Spiritual, spiritual dari Holy Spirit ke atau spirit hantu Nenek ke? Binggung dibuatnya  Beb! Pada saya ini satu usha untuk mencemarkan lagi landskap dan corak keagamaan yang sedia ada.
     

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:52 am

    Kepimpinan negara kita sebenarnya sedang berada di PERSIMPANGAN LEBUHRAYA.

    Apakah Malaysia akan menjelmakan identity 'rojak' yang akan didominasi budaya 'Cina ala-barat' seperti di Singapura.

    Atau mahu mengekalkan budaya Melayu/Islam sebagai asas budaya negara kita.

    Bagi yang masih belum mampu mengambil sikap yang bijak, aku ingin ingatkan kita semua, bahawa bangsa-bangsa PENDATANG ni sememangnya 'diberi betis hendak paha'.

    Kalau kita dah beri betis, pastikan tangannya tidak sampai ke paha, buruk padahnya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:00 am

    APA PUN DOAKAN KEMENANGAN SAUDARA SEBAGAI KETUA PEMUDA

    SINGKIRKAN KJ...
    KALAU KJ MENANG..MAKNANYA PEMUDA UMNO TIDAK ADA TRANSFORMASI..MEREKA RELA UMNO DICEMARI

    pemuda Pendang Kedah

    ReplyDelete