Thursday, July 10, 2008

Pak Lah Letak Jawatan 2010... HAH! TIDAAAAAAK!!!

Terlebih dahulu, kita harus bersyukur Alhamdulillah kerana para pemimpin UMNO yang masih ikhlas berjuang berjaya menangkis usul tiada pertandingan untuk kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO menjelang Disember 2008. Ongkosnya mungkinlah pengisytiharan Najib yang beliau akan mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden, tetapi masakan Najib akan menolak desakan dari bawah untuk mecabar kedudukan Pak Lah kelak?

Tetapi, janji Pak Lah yang beliau akan meletakan jawatan Presiden UMNO pada 2010 susah nak percaya; selepas janji kosongnya tentang tarikh PRU-12, tarikh naik petrol dan pelbagai kepalsuan yang dijaja anak-anak buahnya.... Semasa taklimat pun Pak Lah boleh lupa Najib bukanlah pilihannya sebagai TPM. Tetapi kami ingat... Pak Lah dahulu bercadang memilih TS Muhyiddin sebagai TPM kerana beliau ingin seseorang yang lebih mudah diketepikan... oleh menantunya?

Lagi pun, 2010 tu lama sangat nak tunggu untuk dia letak jawatan. Khabarnya, 500 orang yang hadir dari kalangan G4 pada majlis taklimat tersebut memberi tepukan gemuruh bila Pak Lah isytihar akan meletakan jawatan... TEPUKAN GEMURUH! Masa zaman Tun Dr M isytihar letak jawatan dahulu, semua pakat terkejut, terdiam, kemudian ada yang menangis atau menjerit,"Tidak! Jangan!". Ini Pak Lah isytihar letak jawatan, depa sorak! Pak Lah, toksah la sampai 2010...

(Cerita yang tak rasmi pula mengatakan G4 yang hadir cuma sekadar 300 orang, kurang dari 40% jumlah G4 dalam UMNO, dan majoritinya dari kalangan yang lebih cenderung kearah Pak Lah... sikit ni pun gemuruh noh Dewan Merdeka!)

Tetapi Rakyat, baik Melayu mahupun bukan Melayu, semua cemas yang Pak Lah ingin tetap kekal begitu lama. Dalam masa 2 tahun menjelang 2010, macam-macam bencana Lah yang boleh menimpa negara! Nanti bila tiba masa peralihan kuasa, katalah betul Pak Lah nak letak jawatan pada 2010, adakah Pak Lah bercadang untuk menyerahkan puing-puing sahaja kepada penggantinya? Bagaimana kalau Najib pun sudah dipenggal-ganti oleh Khairy pada masa itu?

Makanya, orang-orang UMNO di pelbagai peringkat tidak boleh dilamun-leka oleh 'janji' baru Pak Lah. Orang-orang UMNO yang ikhlas memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu haruslah terus berontak melawan ide kekalnya Pak Lah sehingga 2010. Lagi cepat Pak Lah pergi, lagi bagus! Mari kita calonkan juga Najib sebagai Presiden. Yang nak KuLi pun KuLi lah. Yang Rais atau Mahyuddin pun depa lah! Biar Pak Lah tak dapat cukup pencalonan pun untuk Disember ini!

Kalau tak sedia mendengar seruan saya... kerana siapalah saya, seorang anak muda sahaja... bukan menantu Perdana Menteri pun... dengarlah saranan orang-orang yang lebih ulung dan lebih berjasa...

10 comments:

  1. Aku menyahut seruan hang walaupun hang bukan anak menantu PM...hehhehe....

    MT berjaya menolak usul agar Presiden dan Timb. Presiden tidak dipertandingkan. Maknanya majority MT sendiri dah tak nak Pak Lah jadi "boss" depa.

    Najib pernah berkata sebelum ni bahawa dia takkan tolak pencalonan yang diberikan padanya, sekiranya ada. Maknanya, dia setuju akan bertanding sekiranya ada pencalonan yang cukup. Jadi, kita mestilah pastikan bahawa Najib dapat cukup kuota pencalonan!

    Begitu juga untuk Ketua Pemuda dan barisan Exco Pemuda. Undi Pemuda sekarang ni amat mahal! Sebab pemuda ni payah sikit, suka main kotoq kat belakang, kat depan bukan main elok lagi! Ketepikan KJ secara total dalam Pemuda! Pastikan Ketua yang tak sebulu dengan Pak Lah! Dan barisan Exco Pemuda yang buleh harap untuk buat kerja, vocal dan mendesak! Most Exco yang ada sekarang ni pun akar umbi Pemuda tak kenai! Hanya segelintir sahaja yang dikenali, antara Bro. Mukhriz dan Sazmi...itu pun through mass media!

    So, we have to make the right choice among this UMNO election. Sama ada peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri! ermmm...banyak kerja nak kena buat...tapi tu la...ramai yang berjuang sorang2...takdak pun pemimpin yang datang nak membantu or jadi mentor.."takut depa mintak duit!" katanya...ishhhh..!!!!!

    ReplyDelete
  2. abang akram...
    saya setuju dgn memberontak suruh pak lah turun. tapi tak berapa setuju dgn Najib jadi pengganti dia.

    ada orang lain untuk diketengahkan tak. biar la yg bersih sikit. perjuangan kita bukan setakat untuk bangsa Melayu kita saja. tapi jugak untuk Umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. "500 orang yang hadir dari kalangan G4 pada majlis taklimat tersebut memberi tepukan gemuruh bila Pak Lah isytihar akan meletakan jawatan... TEPUKAN GEMURUH! Masa zaman Tun Dr M isytihar letak jawatan dahulu, semua pakat terkejut, terdiam, kemudian ada yang menangis atau menjerit,"Tidak! Jangan!". Ini Pak Lah isytihar letak jawatan, depa sorak! Pak Lah, toksah la sampai 2010..."

    haha

    " Umno sayang saya, rakyat sayang saya,saya PM Malaysia"

    piiiraahhhh ...

    ReplyDelete
  4. Paklah telah BERJAYA mendapat persetujuan bahawa 'cadangannnya' untuk menyerahkan jawatan kepada TPM tetapi GAGAL untuk mendapat majoriti supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

    Apakah semudah itu Dolah akur kepada KEGAGALAN tersebut, Jika dilihat kepada kepentingan dua perkara di atas, Dolah akan lebih selamat jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dan beliau mengharap penyerahan kuasa mendapat tentangan.

    Tingkat 4 akan terus dibei tanggungjawab dan kepecayaan Dolah untuk merangka strategi secepat mungkin bahawa kedua dua jawatan tesebut WAJIB dibekukan walau terpaksa membayar harga yang tinggi.

    Dalam hal ini bersedialah kita untuk melihat beberapa biji 'bom' lagi yang akan digugurkan, bukan untuk mematikan, tetapi memadai mencederakan mangsa dan sasaran.

    Peristiharan tersebut tidak akan mendamaikan politik Malaysia, ia akan menjadi lebih parah, politik kebinatangan akan teus bermaharajalela hingga ke akar umbi sehingga Disember.

    Ayuh Melayu, jom kita heboh hebohkan, berpesta berpolitik, bergossip siang dan malam..kita tinggalkan seketika ekonomi dan ilmu, tidak ada yang perlu kita bimbangkan, bukankah bumi Malaysia, tuannya Melayu ????

    ReplyDelete
  5. bro,

    masa dia kata tu pun G apa G string 500 org tu trpedaya.. PLah kata 'Saya akan letak jawatan" kemudian dia diam sat, puak2 G4 ni seronok dan tepuk lepaih tu PLah tambah " pada bulan Jun atau pertengahan tahun 2010(??) yg tepuk tu dah termalu tp tepuk gak la pasai ada yg tak ketahuan paham apa yg PLah cakap, cuma paham tang nak letak jawatan aja..hehehe.. sory ekk..

    SAY NO TO NWO!!

    The biggest conspiracy of all is the claim that there are no conspiracies!
    ~ Michael Rivero

    The keenest sorrow is to recognize ourselves as the sole cause of all our adversities.
    ~ Sophocles


    "In politics, stupidity is not a handicap."
    ~ Napoleon

    "He who knows nothing is closer to the truth than he whose mind is filled with falsehoods and errors."
    ~ Thomas Jefferson

    "This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it."
    ~ Abraham Lincoln

    ReplyDelete
  6. Hancur Hancur Hancurrrrr UMNO kalau dalam masa 2tahun menuju 2010 ni Dolah masih memimpin UMNO ...

    aku tak seronok langsung walaupun 0.000001% dengan pengumuman Dolah nak lepas jawatan kat Najib dua tahun lagi .... sebabnya, waktu peralihan kuasa tu (kalaupun betul dia tak munafik kali ni - aku percaya dia akan munafik lagi) UMNO dah tak sempat untuk diselamatkan lagi oleh Najib. PRU13 akan menjanamkan UMNO, BN dan Najib sendiri ....

    Dolah! tolonglah.... Hang blah lah cepat Dolah! Aku dah menyampahhhh!!! .....

    ReplyDelete
  7. kita kata tidaaaaaak.tapi umno kata yaaaaa.otak depa dah jadi pak turut,ia bermula pada zaman Tun M.

    sekarang Tun M can see what he had done. Ust fadzil pun dulu berdoa supaya dia panjang umur,so that he can see what he had done....he will live more long years , till KJ becomes a PM.Then only he taubat.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak setuju dengan cadangan pelan peralihan kuasa yang dicadangkan. 2 tahun terlalu lama. Apakah Pak lah boleh mengawal UMNO dan BN untuk tempoh 2 tahun akan datang sedangkan sebelum ini kucar-kacir dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

    Petikan itu seperti di bawah:

    From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

    Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

    Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

    Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

    Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

    Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

    Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

    Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

    Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

    Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

    Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

    Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

    Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

    Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

    Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

    Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

    Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

    Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

    Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

    Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

    Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

    Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

    Berani lakukan perubahan!

    Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

    ReplyDelete
  10. Akram,

    Saya rasa seprti ada suatu "coincidence" apabila sejurus selepas PM membuat pengumuman peralihan jawatan, akhbar The Star menerbitkan sebuah artikal oleh kolumnisnya, Huzir Sulaiman mengenai para pemimpin Malaysia yang tidak meletakkan jawatan selepas terbabit di dalam sesuatu skandal atau salah laku seperti pemimpin-pemimpin di negara lain.
    Beberapa contoh telah diberikan di dalam artikal tersebut di sini: http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=wideangle&file=/2008/7/13/columnists/wideangle/1575681&sec=Wide%20Angle
    Mungkin perkataan "bercadang" itu memang bukan disengajakan namun suatu yang dijangkakan.

    ReplyDelete