Sunday, July 13, 2008

Trafik Tersekat Kerana Demonstrasi, Rakyat Marah Kerana Pak Lah Tak Mahu Pergi!

Hari ini ramai orang lambat masuk pejabat. Bos saya pun baru sms memberi arahan terkini sambil merungut tentang sekatan jalan yang melambatkan ramai murid ke sekolah mahupun pekerja ke pejabat hari ini. Sekatan jalan sebenarnya bermula sejak hari Sabtu petang. Sebabnya? Biasalah, nak melindungi Pak Lah!

Pada hari ini, Speaker Dewan Rakyat akan memutuskan sama ada Wakil-Wakil Rakyat boleh mengudi percaya atau tidaknya mereka kepada Pak Lah. Seperti biasa, Anwar & co pun merancang nak demonstrasi lagi di Parlimen... tak puas di Kelana Jaya hari tu kot. Maka polis pun dikerah untuk mula menyekat jalan masuk KL SEJAK DUA HARI LEPAS! Takutnya Pak Lah kepada Anwar... kononnya lah....

Sebenarnya, Pak Lah tak patut takut Anwar, tetapi Pak Lah patut takut rakyat, terutama sekali orang-orang Melayu, tambah lagi ahli UMNO yang tengah marah atas kebangangan ide kekalnya Pak Lah sebagai presiden parti hingga 2010. Eh, betul ke orang UMNO marah? Kenapa banyak sangat dalam akhbar dilaporkan sokongan padu kepada Pak Lah?

Tak perlu tengok akhbar la nak tahu orang UMNO masih marah Pak Lah dan mahu dia pergi SEKARANG! Hadir sahaja majlis mana-mana. Tolak orang yang masih berani mengampu kerana projek, semua nak Pak Lah Blah. Saya menghadiri majlis NGO yang disertai ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang pada hari Sabtu, dan nada mahukan Pak Lah Blah begitu bergema. Di majlis perkahwinan seorang Datuk YB UMNO dari Perak semalam, bisik-bisik di tepi dewan bernada sama.

Ternyata di luar akhbar dan pada peringkat bawah parti, niat mencalonkan Najib sebagai Presiden parti masih berarus kencang dan hanya terlawan oleh niat mencalonkan KuLi untuk jawatan tersebut. Pak Lah jarang-jarang sekali disebut... kalau ada yang menyebut, terus orang bawah syak... nak kontrek la tu! Ternyata, UMNO dari peringkat bawah inginkan perbincangan, perdebatan, bukan dikekang!

Kini di peringkat cawangan sekalipun ahli UMNO semakin meluat bila menyedari yang Pak Lah yang mula melanggar tata-etika yang diterbitkan MKT baru-baru ini. Dah la bila dijemput ke KL untuk taklimat, kos perjalanan dan hotel tanggung. Ada yang dapat RM100-300 untuk 'belanja' dan kain pelikat sama! Murahnya difikirkan Melayu... dengan kain pelikat nak dibeli sokongannya! Sekarang agen Biro Tata Negara (BTN) pula sudah di hantar turun berkempen untuk Pak Lah!

Dengan berlakunya pelbagai usaha Pak Lah untuk kekal di tampuk kuasa sekarang... boleh percaya ka dia benar-benar mahu pergi? Di Teluk Kemang, sebulat suara, semua yang membayar RM30 untuk mendengar ucapan Tun Dr M dan TS Sanusi menyatakan mereka TIDAK PERCAYA PAK LAH ikhlas mahu pergi pada 2010. Kalau macam ni, baik Pak Lah pecat dirinya sekarang...

Maka, wakil rakyat BN mana, ahli perlimen UMNO siapa yang akan menyertai usaha membuang Pak Lah pada hari ini? Atau adakah wakil rakyat pun menyokong Pak Lah kerana projek...

7 comments:

  1. Orang melayu ni tak semacam orang Aceh.Selagi boleh makan ,boleh projek utk juaknya di atas mereka akan sokong.Kalau jatuh pun akan pacak misai depa.Aku sampai mampuih pun tak caya kat orang umno .Your father must know more about the malays.

    ReplyDelete
  2. Hari ini, ahli UMNO harus menyematkan di dalam minda dan hati mereka bahawa UMNO akan mampu untuk terus relevan TANPA Dolah dan Najib.

    Kedua duanya pengkhianat kepada bangsa Melayu (termasuk Acheh) apabila hari ini ketuanan Melayu, keistimewaan Melayu, hak Sultan dan Raja atau amnya Perlembagaan dicabar dengan sewenang wwenangnya.

    Dan sudah ada suara meminta PM dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya bukannya berteraskan PM dari kalangan pemimpin Melayu Islam. Bagaimana suara2 dajal dan biadap ini boleh terpacul kalau tidak kerana pemimpin melayu yang dayus..

    Tumpuan harus diberikan kepada Mahyiddin..

    ReplyDelete
  3. Mahyuddin dan Ku Li masih boleh dipertaruhkan...yang lain2 phooraahh.

    ReplyDelete
  4. salam bro,

    Mengapa mesti dengar cakap Sanusi dan Tun Mahathir?????

    ReplyDelete
  5. Bro KZ. Bukan mesti dengar, tetapi bagi pendapat saya wajar dengar. Dan dengar pun, belum tentu setuju!

    Yang menarik adalah, kenapa Pak Lah tak ingin kita dengar suara tokoh seperti yang dua ini... tetapi sedia memberi suara kepada Kit Siang, Karpal... dan Anwar Ibrahim...

    ReplyDelete
  6. Salam bro,

    Pendapat peribadi saya, secara kolektif Pak Lah gagal sebagai Perdana Menteri.

    Sebagai Perdana Menteri apabila dia menerima jawatan maka dia kena memajukan terus negara dalam banyak aspek utama seperti ekonomi, hubungan antara kaum yang menjamin keharmonian negara dll.

    Kita akui tidak semestinya Pak Lah perlu mengikut pelan pemimpin terdahulu. Tetapi kalau sungguhpun Pak Lah ikut pelan tersendiri, pelan itu mestilah memacu negara lebih baik dari sebelumnya atau setidak-tidaknya sama paras juga dengan sebelumnya. Ini adalah antara asas.

    Tetapi ini semua sangat longgar malah kekukuhan asal yang di bina oleh pemimpin sebelum, yang sepatutnya diperkukuhkan lagi oleh Pak Lah dalam eranya, sebaliknya menjadi haru biru.

    Minda ringkas saya kata Pak Lah gagal. Minda ringkas saya kata yang positif itu baik dan kalau yang negatif banyak sangat terhasil, sudah tentulah ada kepincangan berat. Ada banyak serba tak kena.

    Semoga Bro diberi kekuatan.

    salam hormat

    ReplyDelete
  7. KITA TGK SAPA YG MENANG KAT PERMATANG PAUH...

    NAZA

    HTTP://ENAZA.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete