Maaf sebab lama tak menulis. Buat masa sekarang, saya agak kesibukan bekerja, menyelesaikan hal keluarga dan sedikit-sebanyak terlibat dalam kempen pencalonan pemilihan UMNO.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada Kepimpinan, Perwakilan dan Ahli Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian tersebut atas kesudian mencalonkan saya untuk bertanding untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Kebangsaan.
Ini termasuklah Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Alor Star, Kampar, Setiawangsa, Subang Jaya, Pontian, Johor Bharu, Cheras, Tebrau dan Batu Pahat. Budi baik saudara sekelian amat saya hargai. Terima kasih juga kepada individu-individu yang begitu ramai berjasa kepada saya dalam membawa hasrat ini ke hadapan, terutama sekali Big Dog, "Dato' Boss" ANSARA, Denang serta kenalannya yang kini ramai menjadi kenalan saya dan tak boleh dilupakan, geng kita di Utara.
Tak lupa juga diajukan terima kasih kepada ramai kawan yang memahami dan menghormati prinsip saya walaupun mungkin kini sedang berlawan, terutama sekali Datuk Seri Khir Toyo dan pasukannya. Musuh nyata kita bersama sampai bila-bila hanyalah dua sepanjang pertandingan ini, Khairy Jamaluddin dan gurunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kelihatan saya cukup sudah pencalonan untuk bertanding, saya masih mengesyorkan teman-teman yang berniat untuk mencalonkan saya, terutama sekali dari bahagian-bahagian di negeri selain bahagian di atas supaya teruskan sahaja niat tersebut kiranya sudi, untuk memastikan tiada aral melintang menyebabkan hilang kelayakan saya bertanding kelak.
Namun saya tidak tamak. Kiranya saudara merasakan ada baik mencalonkan yang lain memandangkan saya sudah cukup pencalonan, dipersilakan. Malah saya juga ingin mendorong saudara untuk mempertimbangkan pencalonan teman-teman saya berikut, yang agak baru dalam asam-garam politik, namun mungkin dapat membawa perisian baru dalam politik pemuda, yakni:
- Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki yang boleh dilayari pendapatnya di http://www.asyrafwajdi.com/
- Dr Faizal Bin Tajuddin yang penulisannya membela Melayu
Saya memohon pelayar warkah ini untuk menghubungi saya melalui komen atau e-mail kiranya ada berita baru tentang pencalonan saya atau berniat untuk membantu sekarang atau kemudian. Saya juga memohon jasa baik mereka yang mungkin mengetahui tentang maklumat pencalonan saya dari Bahagian-Bahagian lain tolong ajukan ke sini, takut ada yang belum menerima pernyataan penghargaan dari saya.
Pemuda Mesti Berani, BERANI BERUBAH!
Lawan Tetap Lawan, Lawan Setiakawan...
Count me in.
ReplyDeleteYazdi - BTU7
Thanxs So Much fren ...
ReplyDeleteTahniah kerana terus mendapat pencalonan. InsyaAllah sahabat akan berjaya !
Terima kasih juga kepada Akhram kerana sudi mention kami kawan-kawanmu di Utara nun ... InsyaAllah persahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila ...
Esok Jumaat 17/10 Pemuda K.Kedah akan bersidang (petang) di Dewan TNB Jalan Putra. InsyaAllah kami sedaya upaya akan bawakan hasrat murni BERANI BERUBAH dan barisan exco yang terbaik untuk Pemuda Malaysia.
Sokong bro F!
Sokong Akhram!
Sokong DMM!
Kita semua mesti BERANI BERUBAH!
AloQStaQ
012434....
Visited Dr Asyraf blog..tried to post comment tapi tak dapat...could i tumpang the posting to him here.
ReplyDeleteThanks.
Dr Asyraf,
First time visiting your blog, read about it through Akramsyah's posting.
Firstly, let me say that I do not know you personally, I was once quite close to your Uncle Abdullahhilhai..he was my junior at UIA. Also I ni pun budak Kampung Tunku.
May I point certain things which to me is an honest opinion.
Your blog ni lacks HUMILITY. First impression for visitors is macam overly `self promotion'.
Eventhough I do not know you personally, the way you write about your academic background, gambar muka yang terpampang is a complete turn off.
A good example of a humble looking blog with substance is Akramsyah's.
Sorry, my intention is not to overly criticise but the image presented is so the ugly side of UMNO... yang kita semua nak ubah. Hope you understand.
If you format is based on Dr Mahathir's blog...itu lagi suicidal coz DrM has already reached a certain level while you are just about to start.
Wallahualam...I do not want to add too much because this is my first posting here..nanti jadi musuh.
Wasalam.
how about the story that dato' mukhriz is giving out angpow RM250-RM1,000 to people during 'pemuda bahagian' assembly? is this true or is it a smear campaign by other camps
ReplyDeleteTahniah Saudara Akhram atas kejayaan saudara mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian tersebut.
ReplyDeletePemuda UMNO harus berubah menjadi 'harimau' parti bukan anak-anak suruhan Majlis Tertinngi. Kita hormati yang lebih tua dari kita tetapi tidak bermakna mereka harus betul dalam segala apa yang dilakukan.
Yang nyata sekarang didalam UMNO dan Pemuda, pengkhianat bangsa wujud dikalangan kita dan harus kita sangkal dan tanggalkan topeng pengkhianat-pengkhianat ini.
Saya bersama saudara dan juga ramai lagi di seluruh negara, memberi amaran kepada mereka-mereka ini, "Your Time Is Up, We Hold The Higher Ground Now".
Salam,
ReplyDeleteSaya sudah lama hendak berubah dan akhirnya menyerah jawatan dalam Pemuda Caw/Bahagian Air Hitam Johor .. Mungkin saya tidak sabar seperti rakan-rakan lain.. saya bertindak sendirian kerana saya hendak berubah.
Pesan saya kepada Akram... jangan selesa dengan pencalonan.
Jangan leka kerana hari pemilihan adalah penentu dan bukan hari pencalonan.
Jangan berkempen melalui Ketua Pemuda tetapi terus kepada perwakilan dan pastikan mereka 'Independent Voters'
Rata-rata Profesional Melayu di Bahrain memberikan perhatian dan sokongan moral kepada kumpulan Mukhriz.
Semoga beliau benar-benar membawa perubahan yang amat sukar dilakukan diperingkat akar umbi.
Salam UMNO
Presiden Kelab Malaysia
Bahrain
basic. Maaf lambat komen. Setahu saya Dato' Mukhriz tak memberi Ang Pow mana-mana, maka mungkin sekali apa yang dikisahkan adalah fitnah semata-mata.
ReplyDelete