Syukur Alhamdulillah di hati masyarakat Melayu apabila mendengar berita yang Pak Lah telah mengisytiharkan niatnya untuk bersara dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri menjelang Mac 2009. Rakyat Malaysia juga amnya menerima baik keputusan Pak Lah, walaupun ramai yang masih tertanya-tanya kenapa beliau harus menunggu begitu lama dan tidak meletakkan jawatan serta-merta untuk membolehkan pemulihan UMNO dan kelemahan kerajaan ditangani.
Malah dalam ucapan beliau semalam, Pak Lah sendiri telah mengakui kelemahan kepimpinan dan pentadbirannya, termasuklah usaha-usaha berumur 3, 2 dan 1 tahun yang masih ingin dikerjakannya dalam masa 4-5 bulan sebelum berundur. Namun mungkin inilah cara UMNO menghormati pemimpin walau di penghujung riwayat politiknya, masih diberi muka. Rakyat pasti akan terus memerhatikan kuasa kini di tangan siapa dengan harapan perubahan yang diingini didahulukan.
Tetapi di sinilah pada hemah saya para pejuang UMNO harus waspada. Terlihat semalam masih ada para pemimpin dan ahli UMNO yang ingin Pak Lah kekal selama yang boleh. Mereka pasti terdiri dari yang berkepentingan, seperti setiausaha politiknya, Datuk Reezal Merican, yang telah begitu memautkan masa depan politiknya kepada Pak Lah. Mungkinkah mereka akan bertindak lebih agresif lagi dalam masa 4-5 bulan sementara Pak Lah masih memegang kuasa?
Maka pada masa kita dalam UMNO berkongsi syukur, gembira dan lega, sementara disaksikan langkah peralihan kuasa jelas mara ke hadapan, wajiblah kita berwaspada. Yang mementingkan diri di kalangan pengikut Pak Lah mungkin akan terus menimbulkan pergolakkan, termasuklah mencalonkan Pak Lah semula sebagai Presiden UMNO! Pak Lah sudah terbuka hati ingin pergi. Biarlah beliau bersara dengan cara bermaruah dan sedikit hormat yang kekal pada dirinya
Malah dalam ucapan beliau semalam, Pak Lah sendiri telah mengakui kelemahan kepimpinan dan pentadbirannya, termasuklah usaha-usaha berumur 3, 2 dan 1 tahun yang masih ingin dikerjakannya dalam masa 4-5 bulan sebelum berundur. Namun mungkin inilah cara UMNO menghormati pemimpin walau di penghujung riwayat politiknya, masih diberi muka. Rakyat pasti akan terus memerhatikan kuasa kini di tangan siapa dengan harapan perubahan yang diingini didahulukan.
Tetapi di sinilah pada hemah saya para pejuang UMNO harus waspada. Terlihat semalam masih ada para pemimpin dan ahli UMNO yang ingin Pak Lah kekal selama yang boleh. Mereka pasti terdiri dari yang berkepentingan, seperti setiausaha politiknya, Datuk Reezal Merican, yang telah begitu memautkan masa depan politiknya kepada Pak Lah. Mungkinkah mereka akan bertindak lebih agresif lagi dalam masa 4-5 bulan sementara Pak Lah masih memegang kuasa?
Maka pada masa kita dalam UMNO berkongsi syukur, gembira dan lega, sementara disaksikan langkah peralihan kuasa jelas mara ke hadapan, wajiblah kita berwaspada. Yang mementingkan diri di kalangan pengikut Pak Lah mungkin akan terus menimbulkan pergolakkan, termasuklah mencalonkan Pak Lah semula sebagai Presiden UMNO! Pak Lah sudah terbuka hati ingin pergi. Biarlah beliau bersara dengan cara bermaruah dan sedikit hormat yang kekal pada dirinya
Saudara Ubaidah,
ReplyDeleteJika Dollah benar2 ikhlas dan sedar apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan UMNO, dia akan pastikan penyokong2nya tidak akan melakukan atau menambahkan 'kerosakan' yang telah dilakukan. Kalau benar Dollah ikhlas dan sedar, dia mesti berusaha bersungguh2 selagi ada hayat dibadan untuk 'perbaiki' kerosakan yang telah dilakukan. Kalau benar Dollah ikhlas dan sedar, dia tidak lagi 'memikirkan tentang dirinya' tetapi orang Melayu, agama dan negara kerana itu tanggungjawab dan amanah pemimpin. Itu kalau benar Dollah ikhlas dan sedar, kalau tidak, ia akan memahitkan dalam diri setiap anak Melayu dan sejarah sehingga lapisan generasi yang terakhir tentang siapa pemimpin yang mengkhianati dan merosakkan bangsa. Kalau benar Dollah ikhlas dan sedar, umat Melayu akan memaafkan Dollah kerana orang Melayu mudah lupa atau mungkin 'terlupa'.
Dalam keadaan sekarang wajar Dolah 'U' Turn dengan sokongan pecacainya untuk kembali berkuasa sebagai Presiden jika dia dbenar benar ingin melihat 'pukulan maut' dari ahli UMNO yang sudah menolaknya. Dalam keadaan sekarang wajar dolah melupakan niatnya, walaupun ada, untuk kembali kerana ada sebahagian yang mahu melupakannya atau memaafkannya hinggalah Su Kun (Bapa Kehancuran Pulau Pinang) mencadangkan Dolah wajar diberi penghormatan sebagai "Bapa Demokrasi' kerana sebelum ini tidak begitu demokrasi.
ReplyDeleteDolah juga harus belajar dan faham, bahawa sebaik sahaja dia mengumumkan tidak bertanding Perdana Menteri (jawatan Presiden UMNO sebenarnya tidaklah sebegitu penting seperti PM) maka sesaat jua lebih 50% dari kaki bodek dan ampu nya telah pun berebut rebut mencium tangan Najib, semuanya sudah menukar janji taat setia dari Dolah kepada Najib dengan sekelip mata kecuali beberapa nama yang sudah sukar dihilangkan bau Dolah dari badannya seperti Neena Merican dan Mat taib.
Najib telah mengumumkan pantangnya bahawa dia sukar menerima 'pengkhianat' bererti Najib sudah merasakan UMNO akan menjadi hak milik mak bapaknya, dan sesiapa yang tidak setuju dengannya adakah akan dianggap 'pengkhianat'?????
Adalah benar dan wajar, UMNO tidak akan mudah pulih sekadar menukar kulit tanpa menukar isinya. UMNO hanya akan terus relevan jika kepimpinan diteruskan antara gandingan KuLi dan Muhyiddin, selain dari itu, UMNO masih tetap di takok lama yang sedikit sangat pembaharuannya.
Adakah UMNO dianggap hebat dan mampu relevan jika masih ada wajah wajah seperti KJ, Kerismudin, Shahrir, Mat taib, Ali Rustam dan beberapa nama lagi.
Saudara,
ReplyDelete5.5 bulan mencukupi untuk melakukan pelbagai perubahan. Tapi mampukah Pak Lah? Dah dibagi 5 tahun pun masih terhegeh-hegeh, cukupkah 5 bulan? TDM pun dah hentam habis. Kalau Pak Lah mau dan sanggup dia masih boleh buat. Tapi buatlah perubahan positif. Nampak berbeza dan berani. Jangan flip-flop. Reezal Merican boleh balik India tanam kacang, Khairy boleh belah.
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? (Bahagian 3): Sanggup Bunuh Untuk Lepaskan Diri
ReplyDeleteDalam bahagian ini, kami mengupas isu hangat pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibuu dan pengbabitan terus Najib Tun Razak dan isteri durjananya Rosmah. Pendedahan ini semata-mata mendidik ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pasangan suami isteri yang barangkali bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara tidak beberapa lama lagi. Moga-moga ia akan menginsafkan kita semua supaya berwaspada terhadapa gandingan Najib-Rosmah ini dan memantau gerak-geri mereka selepas jawatan Perdana Menteri disandang hasil taktik tikam belakangnya terhadap Abdullah Badawi, yang walau banyak cacat-celanya sebagai pemimpin, tidak langsung menampakkan perangai rakus ala-Najib.
Bagi yang mendapat info dari SB dan mereka-mereka yang dekat dengan individu-individu berkaitan, tidak syak lagi bahawa Najib-Rosmah memang mengenali Altantuya dan memang terlibat dalam pembunuhan wanita itu. Ceritanya cukup dramatis dan layak dijadikan skrip untuk sebuah filem Oscar.
Segala-galanya bermula sekali lagi dengan amalan korupsi Najib. Skandal kapal selam buatan Perancis SSK Scorpene wujud semata-mata kerana sebuah klien Perancis untuk firma guaman Rosmah. (Pelik bin ajaib, firma guaman Rosmah ini hanya mempunyai satu klien Perancis itu sahaja!) Dalam rundingan kontrak ini, Razak Bagindalah yang menjadi broker Najib, sepertimana yang lama dia lakukan selama bertahun-tahun sebelum ini. Untuk menggelapkan duit rakyat, komisen perjanjian Kementerian Pertahanan-SSK Scorpene ini serta wang haram Najib-Rosmah diberi terus kepada Razak Baginda yang 'menyimpan' wang itu untuk Najib-Rosmah, agar salahlaku Najib ini lebih sukar dikesan Kerajaan atau BPR.
Tapi dalam proses perundingan untuk kontrak SSK Scorpene ini muncul seorang wanita Mongolia bernama Altantuya yang dikenalkan oleh Najib kepada Razak untuk membantunya kerana fasih berbahasa Perancis. Tapi Altantuya tidaklah sebodoh mana yang disangka Najib: dia sedar bahawa rundingan untuk SSK Scorpene ini sebenarnya berbau rasuah, dan dia juga tahu bahawa jika dibongkarkan kepada umum, nescaya hancurlah karier politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Apa tidaknya, rahsia kelamin Najib pun mampu dibongkarkan Altantuya yang beberapa kali meniduri Najib, lelaki yang terkenal gila seks dan skandal.
Maka berbekalkan keyakinan, Altantuya pun mula meminta semacam 'wang perlindungan' dari Najib, melalui Razak Baginda, untuk menyimpan rahsia-rahsia Najib. Razak yang sudah sekian lama tidak tahan dengan Altantuya pun memohon Najib melakukan 'sesuatu'. Dengan rangkaian kenalan polis dan tenteranya itu, Najib pun mengizinkan Razak Baginda melakukan apa yang perlu untuk 'menutup mulut' Altantuya sekaligus! Walaupun kami tidak mengatakan bahawa Najib sendiri yang membunuh Altantuya, tetapi hakikatnya Najib benar-benar mahukan masalah Altantuya ini diselesaikan segera dengan apa cara sekalipun, dan pembunuhan ngeri Altantuya ini dilakukan atas restu Najib sendiri.
Tapi Najib mana mampu bergerak tanpa isteri durjananya. Tiada suatu kisah pun yang lengkap tanpa pendedahan pengbabitan si durjana Rosmah itu. Tentunya anda ingat kes kenyataan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang juga bekas anggota SB di khalayak ramai didampingi Anwar Ibrahim, bahawa Najib memang mengenali Altantuya cukup rapat sekali. Tapi keesokannya Bala menarik balik kenyataannya dan terus melarikan diri dari negara ini dan kini bersembunyi di Kolkata.
Hai, takkan lah tarik balik terus lari jika tiada 'arahan' yang dikeluarkan atau takut nyawanya diancam. Dan mana mampu Anwar Ibrahim itu mengancam nyawa Bala pun! Yang sebenar-benarnya, Rosmah sendiri yang memberi wang RM500 ribu kepada Bala pada hari itu untuk dia menarik balik kenyataan bersumpahnya itu dan cabut keluar negara; jika dia sekali-kali pulang tanpa izin Rosmah nescaya akan ada peluru menantinya.
Begitulah kisah Altantuya dan penglibatan Najib-Rosmah ini. Gandingan inikah yang akan memimpin Melayu dan Malaysia? Sedih aku dibuatnya!
Najib perlu meneruskan kepimpinan negara sekiranya apa yang didedahkan adalah skrip picisan tanpa usaha bukti melalui undang2.
ReplyDeleteDan penulis layak dicalonkan sebagai 'calon penulis skrip drama terbaik..'