Ternyata apa yang dilakarkan sebelum ini tentang kemelut di peringkat MKT pada bulan Ramadhan kian membawa kenyataan baru buat UMNO. Berita yang menyusup dari mulut ke mulut, sms lagi sms dan kini blog berblog adalah persetujuan 4 mata Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang Presiden UMNO sekarang tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang Mac 2009, malah akan berundur dari jawatan-jawatan kerajaannya pada 8 Oktober ini.
Namun sudah tentu reaksi pertama sesiapa yang menerima berita ini adalah,"Betul ke? Boleh percaya ke Pak Lah akan kotakan janji yang ini, apabila terlalu banyak sebutan manis dahulu beliau ingkari?"
Jelas sekarang yang Pak Lah sedang membuat percaturan terakhir demi menyelamatkan riwayat politiknya, cita-cita menantunya, kekayaan anaknya dan kesenangan penyokong setianya yang lain. Di antara gerakan beliau:
- Menghantar perutusan demi perutusan merayu Najib supaya menyokong kehendaknya untuk kekal lama sedikit lagi di tampuk kuasa. Ini telah dicuba beberapa kali dan tetap gagal.
- Atas nasihat menantunya KJ yang tersayang, disuruhnya Datuk Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, walaupun bekas Ketua Pemuda tersebut lebih layak dan hampir tentu menang jika Naib Presiden sahaja menjadi sasarannya.
- Digerakkan jalinan sahabatnya untuk memberi gambaran yang akar umbi masih mahukan Pak Lah kekal sebagai Presiden UMNO. Ini bakal disusul pula dengan satu lagi mesyuarat MKT, diikuti mesyuarat BN, di mana usul mengekalkan beliau akan dipertahankan habis-habisan.
- Sebagai langkah berjaga-jaga, ahli-ahli Tingkat 4 akan disusup masuk ke pejabat DS Najib. Ini bukan semata-mata menjaga kedudukan beliau sekarang, tetapi juga untuk memastikan sekiranya pupus riwayat politik Pak Lah, peninggalannya seperti KJ, Kamal dan hubungan 'erat' sengan Singapura kekal abadi!
Fasal 2, 3 dan 4 akan dihuraikan lagi...
Datuk Zahid Hamidi Diperkudakan Khairy
Ayahanda Datuk Zahid Hamidi merupakan murid Tok Guru Abdullah Fahim, yakni nenda Pak Lah, di Sekolah Agama Idrisiah Kuala Kangsar. Oleh itu, bagi meleraikan kesangsian kepadanya sebagai penyokong Anwar Ibrahim dahulu, Datuk Zahid telah berikrar setianya kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri, kononnya berasaskan wasiat ayahnya. Kerana itulah Zahid diangkat ke kabinet pada zaman Pak Lah.
Menjelang Syawal, Datuk Shabery Cheek telah menimbulkan seribu tanda-tanya dengan teori beliau yang mungkin akan ada 'kuda hitam' muncul mencabar kedudukan Timbalan Presiden UMNO. 'Bola tanggung' ini disambut pengisytiharaan Datuk Zahid akan niatnya bertanding untuk jawatan tersebut. Datuk Shabery juga seorang yang diberi kepercayaan oleh Pak Lah sebagai 'generalnya', setelah beliau berpaling tadah dari gurunya KuLi.
Permainan media Datuk Shabery bukan seperti wayang kulit kelaziman UMNO, malah berunsur kebaratan... ala Tingkat 4. Sememangnya ide untuk Datuk Zahid bertanding Timbalan Presiden bukannya datang sendiri, dan tidak pernah dicetuskan oleh bekas tuan politiknya DS Najib. Beliau sebenarnya diarahkan oleh Pak Lah untuk bertanding. Kononnya ini untuk memastikan TS Muhyiddin yang dianggap Pak Lah sebagai dalang kejatuhannya, tidak 'menang percuma'.
Pada mulanya, saya pun memikirkan pencalonan Datuk Zahid sebagai Timbalan merupakan suatu cara untuk memecah-belahkan gandingan Najib-Muhyiddin demi menyelamatkan Pak Lah dari kubur politik. Tetapi menurut seorang ahli Majlis Tertinggi, Datuk Zahid diarahkan demikian untuk menyelamatkan hidup politik Khairy Jamaluddin! Teori terbaru adalah, KJ merancang untuk ber-'cai' dengan Datuk Zahid sebagai calon Ketua Pemuda beliau!
Tetapi kelihatan seperti usaha menyelamatkan Pak Lah mahupun menantunya melalui pencalonan Datuk Zahid mungkin gagal ala 'lompat kerusi' Anwar Ibrahim, dengan tiba-tiba munculnya begitu ramai calon-calon Timbalan Presiden lain, termasuklah kuda yang 'lebih hitam', Ketua Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
Inilah bahananya bila KJ ingin bermain kuda-kuda politik, akibat dia 'tak reti', menjadi olokan pula akibatnya pemilihan UMNO nanti!
Pergerakkan Jalinan Sahabat Pak Lah
Pada hari ini, timbul pula fenomena baru. Rupa-rupanya setelah lebih seminggu gagal mempertahankan Pak lah menerusi kempen sms dan khabar angin yang tak menjadi, Datul Reezal Merican dan Che Alwi 'Al-Ketereh' kini berusaha menggerakkan usaha baru untuk menyelamatkan Pak Lah. Mereka merancang untuk mendapatkan nombor IC atau Pasport Ketua-Ketua Bahagian, kononnya sebagai tanda rayuan akar-umbi supaya Pak Lah kekal berkuasa.
Apa? HAHAHAHAHAHAHA!
Itulah reaksi awal saya apabila mendengar tentang usaha baru ini. Tetapi ada lagi. Kononnya di antara yang memukul canang membantu Reezal dan Che Alwi adalah tidak lain dari Tan Sri Senator Jins Samsuddin bersama sekelompok besar sahabat-sahabat lama Pak Lah! Betul, percaya lah...
HAHAHAHAHAHAHA!
Memang melucukan, tetapi tetap merbahaya, kerana dengan modal inilah mereka merencanakan mesyuarat MKT UMNO untuk diadakan sebelum 8 Oktober bagi membolehkan lagi usaha mendesak pengekalan kuasa Pak Lah. Atau mungkin rencana mereka untuk menggunakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sudah pun dijadualkan pada jam 3.30 petang Rabu ini?
Kan teman setia Pak Lah, TS Koh Tsu Koon, baru sahaja menang kedudukan Presiden Gerakan tanpa bertanding, selesai menggoreng hidup-hidup maruah tokoh politik Melayu Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail. Malah salah seorang calon Pemuda Gerakan pun baru-baru ini ada mengatakan UMNO patut mendapatkan persetujuan parti komponen BN lain untuk menggantikan Pak Lah... ada ka! Kureng...
Waspadalah semua ahli, terutama pemimpin UMNO, Pak Lah dan para pengikutnya kelihatan bersedia melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa..
Tingkat 4 Berpindah Tuan Ke DS Najib
Bagi anak-anak muda, bukan sahaja dalam UMNO, malah di seluruh negara, perkembangan inilah yang paling menimbulkan kerunsingan di antara gerak percaturan sekitar peralihan kuasa awal ini. Rancangan melantik mentor Khairy Jamaluddin di Oxford dahulu, yakni Omar Mustapha Ong, sebagai Setiausaha Politik ataupun Penasihat Ekonomi DS Najib di Kementerian Kewangan membawa petanda jelas akan adanya rancangan ini.
Malah Omar Mustapha Ong terlihat sudah pun mengatur langkah membawa ahli tingkat 4 lain masuk ke pejabat baru mereka, walaupun sebelum perlantikan beliau diisytiharkan rasmi lagi! Di antara mereka yang sudah mula disusup masuk adalah 'penasihat media', Hardev Kaur, yang berbau perisik Singapura ala Brendan Pareira.
Bagaimanakah mungkin Omar Mustapha Ong ini berjaya menyelinap masuk ke pejabat DS Najib? Mungkin kerana beliaulah antara ahli Tingkat 4 yang paling licik sekali. Pada masa ahli Tingkat 4 berebut-rebut mencari tenggek di pejabat Pak Lah, Omar dengan sabar memohon tempat di sis DS Najib, dengan bantuan teman-temannya Abdul Razak Baginda dan Rohana Tan Sri Mahmood. Dengan cara tersebut, beliau berjaya mendapatkan label 'orang Najib'.
Namun hubungan Omar dengan Tingkat 4 tidak dapat disembunyikan, memandangkan beliaulah bekas ketua kumpulan ini sejak masa di Universiti lagi. Omarlah yang menjadi 'Tok Guru' KJ di Oxford sebagai senior beliau sehingga KJ diberi kepercayaan menjadi penyunting majalah Ethos edaran kumpulan pelajar Malaysia elitis tersebut di England.
Sempena nama majalah inilah Omar kemudian menamakan syarikat pakar perunding beliau, Ethos Consulting, yang ditubuhkan bersama rakan akrab beliau Datuk Zaki Zahid, yakni agen utama KJ di Tingkat 4 Pak Lah. Ternyata sepanjang zaman Pak Lah berkuasa, Ethos Consulting merupakan pakar perunding projek kerajaan yang paling digemari, terlibat dengan pelbagai kegagalan Pak Lah, termasuklah koridor-koridor dan peranapan industri otomotif negara.
Pembaca yang ingin tahu bolehlah melawat sendiri pejabat syarikat Omar Mustapha Ong yang kini bernama Ethos & Co, di bangunan TSH Group, syarikat berkait dengan Datuk Kalimullah Hassan. Menarik sekali, bangunan TSH ini juga menempatkan pejabat Koridor Utara atau NCER, pimpinan orang setia Pak Lah dan penghubungnya dengan Tan Sri Vincent Tan, Datuk Anuar Zaini. Ia juga merupakan pejabat Tune Money yang dipimpin Tengku Zafrul al-Avenue Capital...
Alangkah sedihnya bagi anak-anak muda se-Malaysia kiranya pemergian Pak lah tidak mematikan riwayat kuasa penderhaka generasi kami di Tingkat 4. Adalah harapan kami yang ini tidak terjadi.
Percaturan Yang Lebih Menyelamatkan KJ Dari Pak Lah?
Menarik sekali apabila dilihat percaturan terakhir tersebut di atas tak tentu menguntungkan Pak Lah sangat, tetapi jelas menguntungkan Khairy Jamaluddin dan teman-temannya di Tingkat 4. Sayang sangatkah Pak Lah kepada KJ, atau mungkinkah...
Mungkin tak patut kita persoalkan sayang Pak Lah ini. Kalaulah Pak Lah sedia bertukar kementerian sekalipun untuk menjamin kekayaan anak kandungnya, mana mungkin tidak beliau membakar dirinya demi masa depan sang menantu... Wallahualam...
Kemaskini...
Ada ura-ura menyatakan yang Pak Lah akan berusaha untuk menunda Mesyuarat-Mesyuarat Bahagian ke bulan Febuari pada hari ini! Kononnya ia memberi lebih masa bagi para pemimpin dan perwakilan Cawangan UMNO ke Bahagian untuk dibeli! MashaAllah!
Bukan Mukhriz atau Khir Toyo yang digeruni KJ, ada tokoh pemuda dari Negri Sembilan mampu menggugatnya...http://kluangmanexpress.blogspot.com/
ReplyDeleteHi All ...
ReplyDeleteJust to add a note of my observation ... which I think should be taken quite seriously by all ... especially UMNOs and BNs. Was I the only one that reads in the government's 'tolerence' media ... with Kapal Singh of all people are making front-page statements to defend Pak Lah as PM ... To me when your greatest foe ... starts defending your position to your very onw controlled group/assembly ... that's the sign that the game is almost over. In fact he's doing a beeter job then the rest of the UMNO leaches ... how about that?
Wasalam.
INFO TERKINI:
ReplyDeleteFAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD
RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Salam Bro,
ReplyDeleteMenang sorak , kampung tergadai...
itulah percaturan politik Pak Lah n the kroni
carcoon
Bro, you gotta be kidding....Hardev Kaur?!!!.....itu journalist kaki bodek! All she does is pad-up news - from 1 short statement ... tambah background panjang-panjang, twist sana-sini...jadilah `news worthy'. Hey, I am talking from experience...she used to be my boss. Honestly...its not really journalism, merely reporting and `putar-belit-ing'!!!
ReplyDeletePengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden bukanlah sesuatu yang total di dalam demokrasi... banyak perkara seperti U Turn, No Turn, Y Turn hatta No Entry pun boleh di putarbalikkan atau seperti boomerang.
ReplyDeleteIa merupakan paluan gendang untuk si pahlawan dan juak juaknya turun padang menunjukkan badan dan kekuatan. Siapa yang kena serang, siapa yang menyerang, siapa yang bawa guni kosong, siapa yang bawa karung emas dan berlian. Pada masa itu si penyangak dan si pahlawan sudah seakan sama 'hensem'nya dan sukar dikenalpasti.
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Bahagian Satu: Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan
ReplyDeleteSebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.
Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?
Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.
Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.
Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!
Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.
Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:
1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui
Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? (Bahagian 3): Sanggup Bunuh Untuk Lepaskan Diri
ReplyDeleteDalam bahagian ini, kami mengupas isu hangat pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibuu dan pengbabitan terus Najib Tun Razak dan isteri durjananya Rosmah. Pendedahan ini semata-mata mendidik ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pasangan suami isteri yang barangkali bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara tidak beberapa lama lagi. Moga-moga ia akan menginsafkan kita semua supaya berwaspada terhadapa gandingan Najib-Rosmah ini dan memantau gerak-geri mereka selepas jawatan Perdana Menteri disandang hasil taktik tikam belakangnya terhadap Abdullah Badawi, yang walau banyak cacat-celanya sebagai pemimpin, tidak langsung menampakkan perangai rakus ala-Najib.
Bagi yang mendapat info dari SB dan mereka-mereka yang dekat dengan individu-individu berkaitan, tidak syak lagi bahawa Najib-Rosmah memang mengenali Altantuya dan memang terlibat dalam pembunuhan wanita itu. Ceritanya cukup dramatis dan layak dijadikan skrip untuk sebuah filem Oscar.
Segala-galanya bermula sekali lagi dengan amalan korupsi Najib. Skandal kapal selam buatan Perancis SSK Scorpene wujud semata-mata kerana sebuah klien Perancis untuk firma guaman Rosmah. (Pelik bin ajaib, firma guaman Rosmah ini hanya mempunyai satu klien Perancis itu sahaja!) Dalam rundingan kontrak ini, Razak Bagindalah yang menjadi broker Najib, sepertimana yang lama dia lakukan selama bertahun-tahun sebelum ini. Untuk menggelapkan duit rakyat, komisen perjanjian Kementerian Pertahanan-SSK Scorpene ini serta wang haram Najib-Rosmah diberi terus kepada Razak Baginda yang 'menyimpan' wang itu untuk Najib-Rosmah, agar salahlaku Najib ini lebih sukar dikesan Kerajaan atau BPR.
Tapi dalam proses perundingan untuk kontrak SSK Scorpene ini muncul seorang wanita Mongolia bernama Altantuya yang dikenalkan oleh Najib kepada Razak untuk membantunya kerana fasih berbahasa Perancis. Tapi Altantuya tidaklah sebodoh mana yang disangka Najib: dia sedar bahawa rundingan untuk SSK Scorpene ini sebenarnya berbau rasuah, dan dia juga tahu bahawa jika dibongkarkan kepada umum, nescaya hancurlah karier politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Apa tidaknya, rahsia kelamin Najib pun mampu dibongkarkan Altantuya yang beberapa kali meniduri Najib, lelaki yang terkenal gila seks dan skandal.
Maka berbekalkan keyakinan, Altantuya pun mula meminta semacam 'wang perlindungan' dari Najib, melalui Razak Baginda, untuk menyimpan rahsia-rahsia Najib. Razak yang sudah sekian lama tidak tahan dengan Altantuya pun memohon Najib melakukan 'sesuatu'. Dengan rangkaian kenalan polis dan tenteranya itu, Najib pun mengizinkan Razak Baginda melakukan apa yang perlu untuk 'menutup mulut' Altantuya sekaligus! Walaupun kami tidak mengatakan bahawa Najib sendiri yang membunuh Altantuya, tetapi hakikatnya Najib benar-benar mahukan masalah Altantuya ini diselesaikan segera dengan apa cara sekalipun, dan pembunuhan ngeri Altantuya ini dilakukan atas restu Najib sendiri.
Tapi Najib mana mampu bergerak tanpa isteri durjananya. Tiada suatu kisah pun yang lengkap tanpa pendedahan pengbabitan si durjana Rosmah itu. Tentunya anda ingat kes kenyataan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang juga bekas anggota SB di khalayak ramai didampingi Anwar Ibrahim, bahawa Najib memang mengenali Altantuya cukup rapat sekali. Tapi keesokannya Bala menarik balik kenyataannya dan terus melarikan diri dari negara ini dan kini bersembunyi di Kolkata.
Hai, takkan lah tarik balik terus lari jika tiada 'arahan' yang dikeluarkan atau takut nyawanya diancam. Dan mana mampu Anwar Ibrahim itu mengancam nyawa Bala pun! Yang sebenar-benarnya, Rosmah sendiri yang memberi wang RM500 ribu kepada Bala pada hari itu untuk dia menarik balik kenyataan bersumpahnya itu dan cabut keluar negara; jika dia sekali-kali pulang tanpa izin Rosmah nescaya akan ada peluru menantinya.
Begitulah kisah Altantuya dan penglibatan Najib-Rosmah ini. Gandingan inikah yang akan memimpin Melayu dan Malaysia? Sedih aku dibuatnya!