Monday, September 29, 2008

Analisa Hasil Keputusan Mesyuarat MKT UMNO 26/9/2008: Keputusan MENANG-menang Ala Pulau Batu Putih Untuk Pak Lah

Pada waktu menulis, 5 Ketua Bahagian UMNO sudah pun mengisytiharkan niat Bahagian mereka untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden serta Timbalan Presiden parti bulan depan. Selain dari Bahagian Cheras, Titiwangsa dan Besut yang dilaporkan sebelum ini, nampak gaya Ketua-Ketua Bahagian Batu Pahat serta Shah Alam juga turut melafazkan niat yang sama.

Ini menunjukkan perbezaan paling lahir antara senario politik UMNO sebelum dan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO (MKT) pada hari Jumaat lepas, yakni 26 September 2008. Terlihat selain dari pemimpin bawahan serta ahli-ahli biasa UMNO melahirkan hasrat Pak Lah berundur dari jawatannya secepat mungkin, kini pemimpin-pemimpin besar parti parpangkat Ketua Bahagian ke atas semakin terbuka kelantangannya.

Tetapi sebelum kita merumuskan MENANG dan menang di tangan siapa pasca 26 September, haruslah kita mendedahkan rentetan peristiwa serta agenda yang dibawa ke mesyuarat MKT tersebut.

Pak Lah Meredah MKT Mencari Selamat

Sejurus sebelum mesyuarat tersebut, telah pun berlangsung 2 lagi mesyuarat MKT yang beragenda memantapkan kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO, namun sebaliknya melemahkan lagi pegangan kuasanya. Malah selesai mesyuarat MKT pada minggu sebelumnya, ada akhbar pro-kerajaan yang berani memaparkan bagaimana Pak Lah begitu didesak berundur oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti sehinggalah DS Najib bertindak melindunginya.

Walaupun ada yang mengecam DS Najib kerana laporan yang beliau terampil melindungi Pak Lah dari kritis berterusan ketika mesyuarat, namun tindakan Najib ternyata bijak kerana ia kemudian membolehkannya:
  1. Menunjukkan dirinya masih memegang kepada sopan-santun Melayu yang menghormati ketua walau yang lemah dan penghindarnya ke tampuk kuasa.

  2. Pada masa yang sama, paparan bagaimana Najib melindungi Pak Lah di MKT menunjukkan beliau jelas lebih berpengaruh namun tidak rakus kuasa.

  3. Ia juga membuka jalan untuk DS Najib menggubah penyelesaian krisis sesuai dengan kepentingan politiknya.

Ternyata kedudukan Pak Lah sebagai Presiden, beserta kerabat serta sahabat politik beliau semakin parah. Malah, kemungkinan Pak Lah tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya telah diutarakan secara terbuka di MKT oleh Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz. Mamandangkan ancaman yang melanda, dikhabarkan bahawa beliau dan anak-anak buahnya di Tingkat 4 kemudian telah merangkakan strategi baru yakni:

  1. Menunda Perhimpunan Agung UMNO bersama pemilihan ke bulan Jun 2009.

  2. Menunda Mesyuarat-Mesyuarat Bahagian ke bulan April 2009.

  3. Memperkuatkan kedudukan Pak Lah dengan menukar-ganti kementerian Pak Lah dengan DS Najib, dengan harapan Datuk Mohd Nor Yaacob dapat mengawal keadaan di Kementerian Kewangan.

  4. Sepanjang masa ke bulan April, segala hasil yang boleh diagihkan dari Kementerian Pertahanan akan digunakan untuk memperkuatkan kedudukan politik Pak Lah.

  5. Memastikan Pak Lah menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO, atau setidak-tidaknya, menguburkan usaha mencalonkan DS Najib ke jawatan tersebut.

Untuk menggerakkan strategi tersebut, Pak Lah terpaksa memanggil satu lagi mesyuarat MKT. Maka menurut maklumat dalaman, beliau telah mencuba dahulu untuk mendapatkan persetujuan DS Najib untuk menunda Perhimpunan Agung serta Mesyuarat-Mesyuarat Bahagian. Seperti diduga, DS Najib membantah cadangan tersebut, namun segala sebab teknikal yang diberikan beliau tidak diendahkan.

Khabarnya Pak Lah termakan hasutan orang-orang terdekat dan menganggap DS Najib hanya mencari helah. Maka beliau pun mula memasang kakinya di MKT untuk menyokong strategi baru tersebut.

Strategi Pak Lah Dipatahkan Keluhuran Perlembagaan UMNO

Malang bagi Pak Lah, DS Najib bukan berhelah, tetapi telah mengutarakan isu-isu teknikal yang benar dan jitu. Sekiranya Pak Lah berkomplot dengan Setiausaha Agung UMNO, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansur, mungkin beliau dapat dinasihatkan tentang masalah-masalah tersebut. Malangnya, Pak Lah telah sekali lagi berpaut kepada pemikiran anak-anak buahnya di Tingkat 4 yang Sijil Ijizah Berjela Hebat-Hebat Belaka, Namun Pengalaman Dan Bijaksana Tidak Seberapa.

Oleh itu, apabila cadangan untuk menunda Perhimpunan Agung ke bulan Jun 2009 dibentang, ia telah dengan serta-merta menerima bangkangan kerana menurut perlembagaan parti, Perhimpunan Agung boleh ditunda selama maksima 18 bulan sahaja. Oleh itu, Perhimpunan Agung UMNO haruslah diadakan paling lambat pun pada bulan Mei 2009 untuk mengelakkan UMNO dari diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Hasil yang paling parah untuk Pak Lah dari bangkangan ini adalah persoalan kenapakah Pak Lah tidak tahu-menahu tentang halangan Perlembagaan tersebut? Ia juga menunjukkan Pak Lah tidak merujuk kepada Setiausaha Agung parti mahupun yang sepengetahuan dengannya dalam menggubak cadangan tersebut. Dalam kegagalan hasil kebingungan ini, dengan mudah sahaja strategi Pak Lah di patah-patahkan.

Tak kiralah betapa lincah dan lantangnya pedukung Pak Lah di MKT dalam usaha penundaan Mesyuarat Bahagian, kegagalan awal membuka peluang untuk mematahkan segala rencana. Tambah lagi dengan pelbagai halangan Perlembagaan seperti masalah had umur bertanding Pemuda dan Puteri yang mungkin membangkitkan kemarahan sekiranya apa-apa penundaan dilakukan serta kos pembatalan mesyuarat, rencana Pak Lah terhalang.

Namun, bila dilihat keputusan akhir MKT menunda Perhimpunan Agung ke bulan Mac 2009, ia seolah-olah berbau kemenangan buat Pak Lah. Tetapi benarkah begitu?

MENANG Najib Dan menang Pak Lah

Sebenarnya, keputusan untuk meneruskan sahaja Mesyuarat Bahagian seperti dijadualkan sementara menunda Perhimpunan Agung ke bulan Mac memberi banyak kelebihan kepada DS Najib dan pasukannya. Pak Lah pula kelihatan seolah-olah menang, tetapi kemelut di sebalik mesyuarat-mesyuarat MKT bertujuan memperkasakannya tersebut kini boleh dijadikan sebagai bukti jelas yang beliau tidak ikhlas apabila berjanji akan berundur dalam masa terdekat.

Maka menangnya Pak Lah kerana pada lahirnya, beliau berupaya kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia setidak-tidaknya sehingga bulan Mac 2009, dan sepanjang masa tersebut berupaya menggerak jentera kerajaan untuk memantapkan kedudukannya. Namun ini bergantung kepada kemungkinan beliau menerima cukup pencalunan untuk mempertahankan kedudukannya...

Maka MENANGnya DS Najib kerana:

  1. DS Najib kini tidak perlu akur dengan pelan peralihan kuasa. Malah para penyokongnya kini boleh memukul canang secara terbuka untuk mencalunkan beliau sebagai Presiden UMNO dengan bukti utuh yang Pak Lah tidak ikhlas berdasarkan tindak-tanduknya baru-baru ini. DS Najib pula tidaklah rakus...

  2. Berita yang niat Pak Lah menunda Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung adalah semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukannya kini menyemarakkan lagi kemarahan akar-umbi parti terhadap beliau.

  3. Apabila DS Najib berjaya mendapatkan pencalunan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Presiden, dan terutama setelah Pak Lah tidak cukup pencalunan, tempoh 4 bulan dari tamatnya Mesyuarat Bahagian terakhir pada bulan November hingga ke Mac memberikan beliau banyak masa untuk memperkukuhkan kedudukan. Itu pun kalau beliau tidak dilantik DYMM YDP Agong menjadi Perdana Menteri dari bulan Disember ini!

Lafazan niat pencalunan DS Najib oleh 5 Ketua Bahagian tersebut, termasuk dari Besut, yang dipimpin bekas penyokong setia Pak Lah, Datuk Idris Jusoh, membawa bukti keMENANGan awal DS Najib. Pak Lah pula tak cukup 58 Bahagian yang setia padanya. Paling banyak pun 47 Bahagian, dan 11 darinya di Pulau Pinang, yang kini tergoncang hasil layanan buruk terhadap Datuk Ahmad Ismail tempohari.

Insya'Allah... kita diselamatkan Allah dari bencana berterusan menjelang Syawal ini...

Akhir kata, ingin saya mengucapkan kepada semua pelayar blog ini Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin. Blog ini akan ber'cuti raya' sebentar...

6 comments:

Anonymous said...

Well done

A Hamid's East of the West said...

Saudara,
Kebenaran itu nyata. InsyaAllah tuhan akan menolong kita orang Melayu terhadap manusia yang khianat dan tidak amanah itu, yang mementingkan menantu dan keluarga dari bangsa seperti amanah jawatan yang dipegang.

Concerned Malaysian said...

how about ku li? Does he stil has chance? Won't he make a better PM than N?

bosan said...

Musa Hitam kata kesediaan dolah dalam peralihan kuasa sebagai berani atau courages kerana 99% pemimpin tidak seberani dolah ketika berkuasa. Musa Hitam yang berada di majlis aildilfitri menteri besar johor macam kerang busuk menonjolkan diri.

Musa Hitam yang selalunya berterus terang dan jarang berlapik kali ini menjadi 'pembohong besar' kerana pengunduran dolah bukan kerana berani tetapi desakan bertalu talu walaupun dolah sudah menepis beberapa kali, hingga la ni pun masih dok berdalih dan masih mahu menyelamatkan diri hingga akar umbi tertanya tanya kenapa dan apa motifnya, atau apa yang ditakutkan sangat dolah untuk terus liat turun.

Dalam masa terdekat dolah juga akan memanggil komponen BN untuk diterangkan tentang peralihan kuasa dan kenapa UMNO menganjak perhimpunan agung. Apa jarum yang dolah nak masukkan pula kali ini.

Bertemu sanak saudara dan kenalan di hari raya, tidak lepas topik politik, pendek kata, dolah TKO, dalam 100 orang, 99 orang kata no.lah, dan seorang lagi dok berangan anwar jadi pm.

band0tue said...

bagus...tapi saya lewat baca posting ni...saya pun dah tulis dalam blog;

http://nawawidahalan.blogspot.com/

berhubung isu ini dan kemungkinan yang berlaku selepas ini, insyaAllah.

Tuhan akan selamatkan kita kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan naik semula di akhir zaman.

Islam naik bukan melalui politik demokrasi. Islam naik melalui sistem Tuhan yang unik, iaitu melalui kasih sayang. Selamat lagi menyelamatkan.

pistolair said...

Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia? – Bahagian Satu: Belanja Lumayan, Anak Suami Tak Dilayan

Sebelum rakyat dan ahli-ahli UMNO memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri negara, wajarlah tingkahlaku dan dosa anak Perdana Menteri kedua Malaysia ini diselidiki sepenuhnya. Tolak ketepi dahulu kebarangkalian pengbabitannya dengan pembunuhan ngeri Altantuya Sharibuu yang mengaibkan kerajaan Malaysia di mata dunia. Imbasan ringkas sejarah busuk Najib dan isterinya Rosmah sudah cukup untuk mengajar kita betapa bahaya parti dan negara jatuh ke tangan gandingan suami-isteri (atau lebih sesuai, ISTERI-suami) ini.

Belum sempat keperitan hati keluarga mangsa-mangsa Helikopter Nuri diubati, kronisme dan nepotisme Najib-Rosmah terserlah dengan penggantian Nuri dengan Eurocopter, meskipun ia merupakan model paling mahal sejauh 25% dan tidak diuji medan perang. Mengapa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sekian lama enggan memeterai perjanjian untuk Sikorsky Blackhawk yang jauh lebih murah dan mempunyai rekod cemerlang di zon-zon perang?

Jawapannya datang dalam bentuk seorang adik bernama Nazim Razak yang muncul berkecimpung dalam isu-isu pertahanan negara sungguhpun merupakan seorang arkitek. Dengan rangkaian luasnya dengan pencipta-pencipta Eurocopter, Nazimlah sebenarnya yang menandatangani perjanjian Eurocopter sekaligus meraih komisen besar sewaktu rakyat Malaysia sibuk memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Yang cukup membimbangkan kita, sebenarnya bukan Najib yang berkomplot langsung dengan adiknya Nazim dalam hal Eurocopter ini. Tetapi isterinya Rosmah, yang berkelakuan seperti wanita sihir atau "witch" dalam cerita kanak-kanak Inggeris! Rosmah cukup bijak; wanita durjana ini menghabiskan wang yang diberi Nazim, untuk bersuka ria di London. Siapa tak kenal Rosmah dan perangai borosnya itu di negara perantauan. Dalam satu kes, cukai-tambah-nilai sahaja dilaporkan oleh penguatkuasa di England sebanyak 50, 000 pound (sekitar RM350 000)! Jika cukainya yang tak sampai 20% pun sudah bernilai RM350 ribu bayangkanlah berapa tinggi nilai sebenar perbelanjaannya.

Tak cukup lagi dengan keborosan di kedai-kedai mewah di London, Rosmah juga menghabiskan RM 500 ribu untuk pembedahan plastik dan botox di London tahun lepas. Jika tak percaya, lihat sajalah wajah wanita sihir itu dulu dan sekarang; mustahil cukup tempe di Malaysia ini!

Mungkin sikap Rosmah ini tidaklah memeranjatkan, jika kita lihat sejarahnya yang lampau. Sudahlah mencuri suami orang (Najib pada awalnya berkahwin dengan Tunku Puteri), Rosmah cuba sedaya upaya menghalang Najib untuk menghadiri majlis akad nikah anaknya sewaktu bersama Tunku Puteri, Nizar Najib bersama anak usahawan mahsyur dan bekas Exco Wanita UMNO Malaysia Dato' Maznah Hamid. Kuatnya pengaruh Rosmah ke atas suaminya, Najib hampir-hampir akur dengan saranan Rosmah untuk tidak ke majlis tersebut.

Setakat ini sahaja bahagian satu siri Rosmah Bakal Perdana Menteri Malaysia. Tiga isu yang dikupas setakat ini:

1) Perjanjian kronisme Eurocopter yang menguntungkan Rosmah
2) Perbelanjaan lumayan Rosmah di London (wang rakyat!!)
3) "Queen Control" hinggakan perkahwinan anak sah Najib pun tidak direstui

Tangential Malay Search Results