Wednesday, September 10, 2008

MKT UMNO Pimpinan Pak Lah Tidak Lagi Mengutamakan Kepentingan Melayu?

Nampak gaya MKT UMNO bukan lagi Melayu yang punya. Nampak gaya seperti tak terlayan pun isu kemasukan semula Tun Dr M ke UMNO. Malah, Datuk Ahmad Ismail seolah-olah dizalimi sekali dengan digantung 3 tahun oleh MKT selepas perbincangan selama 3 jam!

3 JAM TAK CUKUP UNTUK MENERIMA SEMULA TUN DR M KA?!

3 JAM DAN AGENDA BANGSA LAIN DIBINCANGKAN SAHAJA?!

Tetapi jangan bimbang Datuk Ahmad Ismail. Menurut trend Pak Lah, kalau dah digantung tu, sekiranya Datuk terus lantang, ada peluang dilantik Menteri! Tak percaya, tanya Dato' Zaid Ibrahim...

Adakah kemungkinan digantung oleh UMNO atau setidak-tidaknya dilayan buruk oleh MKT pimpinan Pak Lah apabila mempertahankan hak dan sejarah Melayu itu boleh menjadi sumber kebanggaan. OK-lah kalau macam itu, mari kita ahli UMNO beramai-ramai terus membincangkan isu 'pendatang' ini dengan lantang sekali bakal menggantikan suara lantang Datuk Ahmad Ismail yang sudah digantung.

Busuk-busuk pun, MKT Pak Lah gantung kita pulak! Bangga betui la ...

Kemaskini 1...

Seorang pemberi komentar kruel telah mengutara tuduhan tersirat yang Datuk Ahmad Ismail bersekongkong dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memporak-perandakan BN menjelang 16 September 2008. Begini maklum-balas saya (diubah-suai sedikit dari segi bahasa dan penambahan perisian):
Melayar blog tersebut, boleh dikatakan kemungkinan Datuk Ahmad Ismail masih bertindak untuk Anwar Ibrahim itu ada. Tetapi kita juga harus sedar, pada suatu masa dahulu, majoriti ahli UMNO juga penyokong Anwar, termasuklah Tun Dr M sendiri. Tetapi kita tidak boleh membuat andaian beliau masih menyokong Anwar berdasarkan sejarah silam, fakta tidak mencukupi dan berbaur fitnah jadinya. Lagipun ini tidak penting!

Kalaupun Ahmad bersekongkong dengan Anwar hingga kini, ini tidak bermakna MKT UMNO bertindak wajar dengan penggantungnya. Kes hasutan Ahmad masih di bawah siasatan polis, maka itu boleh dijadikan helah untuk setidak-tidaknya menunda tindakan sehingga ia selesai. Dan kenapakah ia tidak dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin UMNO dahulu?

Sekiranya Pak Lah ingin sangat menunjukkan keprihatinan UMNO, kenakan hukuman tertunda atau 'suspended sentence' pun jadilah. Ini akan memberikan kita masa untuk pernilaian sebenar dibuat dengan saksama dan bermaruah.

Yang lebih penting untuk Melayu adalah kembalinya Tun Dr M ke pangkuan. Maka kenapakah pengembalian Tun ke UMNO tidak diutamakan sebelum hal ini? Ini parti siapa? Tindakan MKT melambatkan ketibaan Tun Dr M ke pangkuan tidak mengutamakan Melayu langsung!

Dan nampak gaya, keamanan yang konon diharapkan oleh tindakan MKT pun belum tiba. Gerakan dan MCA pun masih cengil... konon hukuman ke atas Datuk Ahmad tak cukup beratlah dan belum mahu menyambung tali silaturahim dengan UMNO Pulau Pinang lagi! Buat malu UMNO dan orang Melayu sahaja!

8 comments:

kRUEL said...

dear a.m,
got this from rocky bru...is this ahmat what he say he is?

http://sahathevan.blogspot.com/2008/09/who-does-ahmad-ismail-of-bukit-bendera.html

Unknown said...

And Gerakan says...it is not enough!

The cheek! I mad, no, i am fuming mad!

Is this what UMNO has been reduced to? Forever trying to appease others? Bak kata pepatah melayu 'kera di hutan disusukan, anak dirumah kelaparan/kebuluran!'
(hmm i had actually written a disclaimer clarifying that the proverb is as is and i do not mean to refer to the other races as kera, but enough apologizing and being afraid... it is as it is!. but by making this statement, i am making an indirect disclaimer too, smart no? melayu bukan semua bodoh)

I cannot beleive the MT is so naive to think that punishing Ismail will actually please such a people. People who has lost all credibility with his own race and now leveraging on Ismail, the Malays, to garner support.

And as i wrote in my previous comments, any acts done by UMNO will only make them more arrogant and they will keep pushing for more. They want to be the hero, the champion for some, at UMNO's expense. They simply do not have the same set of values, it is a fact!

I am mad, I am ashamed for having to call these men as leaders of my community. Or has UMNO changed its name and the M no longer stands for Malayan/Melayu?

Salman Madani said...

UMNO pecat orang yang "tak bersalah".

Apa sudah jadi?

Unknown said...

Errata..Penang MCA said not enough!... low on sugar

Unknown said...

kruel. Melayar blog tersebut, boleh dikatakan kemungkinan Datuk Ahmad Ismail masih bertindak untuk Anwar Ibrahim itu ada. Tetapi kita juga harus sedar, pada suatu masa dahulu, majoriti ahli UMNO juga penyokong Anwar, termasuklah Tun Dr M sendiri. Tetapi kita tidak boleh membuat andaian ini terhadap beliau, fakta tidak mencukupi. Lagipun ini tidak penting!

Kalaupun Ahmad bersekongkong dengan Anwar hingga kini, ini tidak bermakna MKT UMNO tidak bertindak dengan kurang wajar di sini. Kes hasutan Ahmad masih di bawah siasatan polis, maka itu boleh dijadikan helah untuk setidak-tidaknya menunda tindakan sehingga ia selesai. Bagi 'suspended sentence' pun jadilah.

Dan lagi sekali, kenapa pengembalian Tun ke UMNO tidak diutamakan sebelum hal ini? Ini parti siapa? Dulu orang kata parti Pak Lah tiga beranak, tetapi setidak-tidaknya, majoriti Melayu juga tu (+ Mat Salleh Oxford sorang). Ini sudah bukan mengutamakan Melayu langsung!

wanbaki said...

hm... baguih Lah ni...
Sekiranya penjelasan dato mat seperti yang kita tau """ pra- merdeka"""- betoi laaaa... Cina semua kena terima la...
Yang Paklah p hukum tu pasai pa. Tunggu siasatan polis dulu. dah tu nak hukum pun panggil MT untuk bagi tau hukuman kepada dato mat jaaa... baik tak payah meetting... teruih la buat press conf. kan senang. Aku sedih la ada pemimpin yang macam ni....
Paling tidak pun spin la skit suruh akbar tu beri kenyataan plak. Baru fair. ambik la masa skit bagi panas dulu. Macam selalu Tun Dr Mahathir buat. ini tak dan apa lagi dah buka tari. Syumbang plak tu.
Nah sekarang belambak SMS arah orang cina boikot kedai melayu. Sekarang ni kita orang melayu sebagai kuasa membeli. Tunggu apa lagi. Yang ada bendang juai padi kepada orang melayu ja. yang ada kedai minyak juai la kepada org melayu ja. orang melayu yang keja kilang cina tak payah p keja. p motong lagi baguih. pakat-pakat susah...padam muka semua...kalaulah ini yang terjadi...masyallah....kita tau orang melayu pun tak mau jadi macam ni... orang cina pun tak suka jadi macam ni...tak da orang yang suka jadi macam ni....
So, dengar lah nasihat orang yang lebih tua, lebih pengalaman, lebih sayang kan negara. Saya yakin dan percaya orang cina pun sayang kan negara ini.
Hati gajah sama dilapah
Hati kita sama di jaga

Mustafa said...

hahaha!!! This is very entertaining. fight between yourselves fight till one dies and the other half dead. its easier for us on this side of fence to sweep you guys off when all this are done!

Then, we will start building this nation of us again, from stretch. without racial and religous bias. we will even remove the "race" and "religon" fields from all forms to be filled!!! Our children will grow up not knowing the difference between malay and chinese and indian and kadazan. we will be malaysian.

so, go on. fight!!

hahahaha

mohsein shariff said...

salam sdr,
kemelut kita semakin parah kerana MKT umpama menjadi godfathers yang ingin menentukan nasib mereka sendiri.

Mereka tak sebenarnya memementingkan 'ketenatan' UMNO sekrang

Mereka ni ibarat orang kemaruk kuasa yang dangkal akal!

Tangential Malay Search Results