Sunday, September 07, 2008

Tun Dr M Akan Menyertai Semula UMNO Untuk Menyokong Usaha KuLi Merebut Jawatan Presiden UMNO

Ingin saya memberi pengesahan di sini bahawa khabar angin yang kini tersebar melalui sms yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kembali UMNO tidak lama lagi untuk menyokong usaha KuLi merebut jawatan Presiden UMNO Disember ini adalah berita yang sahih.

Untuk memastikan kesahihan berita ini, silalah sujuk kepada dua orang bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Niat kembalinya semula Tun Dr M ke UMNO ikhlas, untuk menyelamatkan negara dari ancaman kelembapan berterusan kepimpinan Pak Lah.

Soalnya sekarang, adakah kepimpinan UMNO akan dengan ikhlas menerima kembalinya Tun Dr M? Atau adakah pelbagai halangan dan 'spin' baru yang akan menjelma? Walau dalam bulan Ramadhan Mubarak? Kita saksikanlah nanti...

Kemaskini 1...

Desas-desus menyatakan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha mengembalikan Tun Dr M ke pangkuan UMNO. Sekiranya benar, sudah tentu ia akan memperkuatkan kedudukan TS Muhyiddin untuk merebut apa-apa jawatan sekalipun dalam pemilihan UMNO kelak.

Menarik juga maklum-balas sms yang menyatakan pertandingan Presiden UMNO pada Disember ini mungkin sekali antara KuLi dan Najib. Bicara kegentingan UMNO selesai PRK Permatang Pauh tempohari, disusuli tindakan kepimpinan Bahagian-Bahagian UMNO Pulau Pinang mempertahankan kedudukan Dato' Ahmad Ismail dengan sinis membisik penolakan kepimpinan Pak Lah.

Persoalan kedua, mampukah 'hujan kain pelekat' yang pasti akan datang menyelamatkan Pak Lah sekarang?

Kemaskini 2...

Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kuasa menjelang 16 September adalah antara pemangkinkan usaha mengembalikan Tun Dr M ke UMNO. Ternyata Tun Dr M lebih berupaya menangkis dakyah Anwar dari kepimpinan sekarang. Antara sorotan yang membimbangkan masyarakat Melayu, baik UMNO, PAS mahupun berkecuali adalah kemungkinan kerajaan Anwar bermajoriti bukan Melayu dan bukan Islam!

19 comments:

syarimann said...

TDM akan kembali ke pangkuan UMNO pasti membawa satu senario politik yang menarik. Itu tak penting, yang penting TDM dapat mengembalikan MARUAH MELAYU yang telah terluka dek pucuk pimpinan yang amat lemah. Kalau dulu TDM keluar UMNO bersyarat-paklah berundur, kali ini masuk UMNO pun hendaklah bersyarat iaitu ahli2 UMNO hendaklah memastikan paklah berundur sepenuhnya. Bukan saja ahli UMNO yang patut sokong TDDM tapi semua orang melayu mesti sokong TDM supaya negara kita tidak terlepas kepada pengaruh asing.

whackthembugger said...

UMNO and BN are in deep shit due to directionless and incompetent actions of those at the top; any move by a most senior and great statesman like Tun to assist in resolving the leadership crisis must be respected. By now UMNO members should be aware of UMNO and BN dire consequences arising from the continued ill governance by the present leadership. Things cannot remain as is. Hopefully and God Willing, Tun’s renewed efforts together with other UMNO members will enable Ku Li and Mukriz to make the mark in restructuring/ revamping UMNO and BN to meet the challenges and dangerous threats of the day. This is the best news for quite a while. HIDUP MAHATHIR.

rahman332 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bro brotherhood, said...

Bro Akram,

And PR is about to lose deir dream rite under d butt of bro AnWar,..heheh..wat can I say..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO ANWar & PLah!!

p.s. bergenang ayaq mata baca article bro, a flikering lite at d end of d tunnel..hope Tun M will b able to engineer d downfall of PLah & stop bro AnWar in his track..

A M Ubaidah S said...

Terima kasih Rahman 332 atas komentar, tetapi saya terpaksa padamkan untuk memastikan fokus kepada topik ini tidak dicelaru oleh komentar yang berpaksikan tokoh lain dari dibincang, yakni KuLi dan Tun Dr M serta pergerakan baru ini. Tambahan pula, anjakan pendapat saudara mungkin dituduh fitnah yang ingin meng'hijack' topik ini.

Saya cadangankan saudara memblog secara langsung apa yang ingin saudara dedahkan, atau ajukan pendapat saudara menerusi saluran lain. Mungkin juga ada posting saya yang lain yang lebih sesuai dikepilkan pendapat saudara berikut.

wanbaki said...

Kejutan..
Thanks akram... actualy saya terkejut selepas terima sms. tp sekiranya betul maka kita UMNO perlukan satu anjakan yang besar. tak perlu takut tapi percayalah masih ada golongan yang masib buta dalam UMNO. Takut hilang sesuatu yang ungkin hilang.

kluangman said...

TDM tidak mampu melakukan apa apa yang lebih berkesan dari sebelum ini (selepas keluar UMNO) di luar UMNO atau dari dalam UMNO jika diterima semula..sayang semuanya sudah telambat.

TDM wajar terus berada di luar UMNO seperti yang dijanjikannya, Tun tidak patut termakan gula gula mana mana pemimpin UMNO untuk membawanya kembali ke dalam UMNO dengan 'kononnya' ahli ahli UMNO beramai ramai akan menyokongnya. Semua ini adalah 'bohong' dan ia sekadar merosakkan reputasi TDM sendiri.

Jelas ahli ahli UMNO sendiri khususnya pemimpin UMNO sekarang yang tidak mahu menyahkan Dolah itu sendiri, mereka masih mempertahankan Dolah, mereka besetuju BN masih majoriti. Bagi meeka Dolah sekadar lemah biasa sesuai dengan lembeknya, bagi meeka tidak ada cacat celanya Dolah, lebih lebih lagi sejak berbini baru dan KJ mula mendiamkan dii..Pealihan kuasa seperti yang dijanjikan adalah menu alternatif yang mampu menenangkan ahli UMNO.

Jadi apa perlu (apa kejaddahnya) orang luar seperti TDM masuk semula UMNO dan ingin mahu melakukan perubahan. Masa TDM telah berlalu, tanggungjawab mendaulatkan UMNO terletak kepada pemimpin sekarang..

Jika UMNO gagal berubah hari ini dengan kepimpinan yang ada sekarang, biarlah Anwar menambahmusnahkan menambahcepatkan lagi kubur UMNO..

Hanya ada SATU SAHAJA LANGKAH KERAMAT yang mungkin memulihkan UMNO, Kerajaan dan Negara hari ini iaitu Dolah sendiri kena berjumpa dengan Tun, menatang dan menerimanya kembali ke dalam UMNO sebagai Penasihat Presiden dan Perdana Menteri. Mampukah Dolah merendahkan egonya..

azlina said...

baru mingu lepas hari khamis dapat peluang berjumpa Tun di tingkat 86. tetap berkarisma and he did mentioned that the politics in Malaysia is not good. of course this is a big news and WELCOME BACK TUN. hope lepas ni politik malaysia akan menjadi lebih menarik dengan kembalinya Tun di dalam politik Malaysia.

rahman332 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
amoker said...

is it 'semakin lemah' or grossly incompetent?

TPJ said...

Salam Ramadhan Bro.

Remember when we met while you bought your first sahur at Makbul two Mondays ago?

I said if you have any influence cover Tun, please ask him not to openly pick Tengku Razaleigh to be the next PM because history has shown that all his picks have been disastrous. I'm just afraid that he might jinx Tengku Razaleigh's bid by naming him as his choice, if you know what I mean.

When Tun came to JB and met with us toying with the idea of leaving the party and getting us to do the same, I told him if we did that, it would give the current leader a neat UMNO clear of his detractors. Not a good idea. Then I asked why we shouldn't swing our support for TRH when clearly he is the sole candidate that was willing? He dismissed it then by asking if TRH can get the necessary numbers. Now, we've wasted more than 2 months since then with his departure and return from and to UMNO and his wasted support for Najib until recently.

Bro...sometimes the elder statemen need to take some heed from the younger leaders. We may be young but not all lack the foresight.

Wasallam.

TPJ
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

A M Ubaidah S said...

Rahman 332. Saya rasa tidak patut saudara cuba menyampaikan komentar yang telah pun saya padamkan sebelum ini atas sebab-sebab di atas. Mungkinkah benar saudara ingin meng'hijack' topik ini dengan taburan fitnah?

Sekali lagi saya cadangankan saudara memblog secara langsung apa yang ingin saudara dedahkan, atau ajukan pendapat saudara menerusi saluran lain.

A M Ubaidah S said...

tpj. In many ways I must agree with you. Perhaps even an experienced statesman like Tun Dr M has to be forgiven for the hubris of believing that his perfect candidate, at any time, will do the right thing. And this after so many previous 'perfects'' have not! But at least the man has the humility to acknowledge he is not maksum... unlike some...

Would like the opportunity to actually have a proper chat with you some time tpj. Perhaps I can ask our mutual now not so BIG friend to set it up?

zeme said...

Salam saudara Akram,

Tidak mengejutkan untuk Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO seterusnya memberi sokongan penuh kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Jika dahulu Tengku Razaleigh memberikan laluan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi orang kedua kepada Tun Hussien Onn, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk Tun Dr Mahathir mengembalikan kepercayaan Tun Hussein Onn kepada Tengku Razaleigh memimpin UMNO. UMNO akan kembali menjadi bersinar andai gandingan Tengku Razaleigh (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden) diketengahkan dalam keadaan parti yang boleh disifatkan nazak kini.

Wasalam.

noor faiza said...

Walau apapun, terima kasih pada Tun sekali lagi kerana menyelamatkan UMNO dan BN sekali lagi.

Dengan desas-desus 'sahih' ini, maka reda lah situasi lompat parti yang mungkin terjadi di kalangan para MP yang semakin resah.

Dengan itu juga, legalah hati rakyat jelata yang mengutamakan kemajuan negara berbanding dengan memuaskan nafsu seorang 'Pm in Waiting'.

Alhamdulillah..

Ismat Hafizi said...

This is a good development.
TDM returning to UMNO. Hopefully these UMNO shit heads would have the brain to follow what TDM recommends to save the party from shit head like Anwar&Puke Lah.
Anyway, i think the scenario will definitely increase Muhyiddin's credibility for the 2nd top post in UMNO. Save the nation from Sodo Anwar as the fate of Muslims will be at stake here. You know when the other races have their hand in Islam, thats it. We are toasted.
Better prevent than cure.
DOWN with NWO AGENDA!!!

Siapalahaku(taman negara) said...

Salam ramadhan buat semua bloggers.kenyataannya sekarang org melayu sudah tidak mempercayai kepimpinan umno lagi. siapa pun yg memimpim umno amat sukar utk mengembalikan jeyakinan rakyat setelah apa yg umno telah buat kepada rakyat.Segala duit rakyat telah dgn rakusnya dipoketkan oleh pemompin pemimpin UMNO yg kunonnya berjuang utk bangsa dan negara.sudahlah saudara ku.jgnlah menjernihkan air sg kelang yg dah mmg tak akan jernih itu..lebih baik kita kuburkan umno berserta pemimpin pemimpin yg rakus kan bangsat yg menyiksa rakyat, slogan umno utk rakyat hanya untuk membutakan mata rakyat sahaja. sudahlah. rakyat sudah tida buta hati lagi.

kulitpisang said...

http://www.kulitpisang.com

Muhyiddin jangan jadi liar
Oleh Sabrani Muin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO pernah berkata, kalau kanak-kanak pun bila ditanya cita-cita mereka, ramai yang akan menjawab mahu jadi perdana menteri.

Jadi, apa salahnya kalau beliau yang sudah bertahap sekarang ini bercita-cita menjadi perdana menteri. Semasa Tun Mahathir menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menunggu dilantik ialah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.
Muhyiddin konfiden beliau akan dipilih kerana Pak Lah pun memang melihat Muhyiddin sebagai seorang personaliti yang berkebolehan. Lebih-lebih lagi Tan Sri Musa Hitam cukup rekomen Muhyiddin jadi timbalan perdana menteri.

Agak lama juga jawatan itu kosong dan teka teki pun mula berlegar di pasaran politik. Pak Lah memang cukup payah untuk membuat keputusan kerana dua orang sedang menunggu ketika itu. Tetapi Mahathir sudah kias-kias dalam kenyataannya dan akhirnya ‘memaksa’ Pak Lah supaya buat keputusan cepat dan pilih Najib.

Kesungguhan Mahathir itu menyebabkan Pak Lah akur dengan permintaan Mahathir dan lantik Najib sebagai timbalannya. Malangnya ketika itu, berita yang sampai ke telinga Muhyiddin yang Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri, Muhyiddin tidak percaya lagi hinggalah ianya tersiar dalam akhbar.

Dari situlah satu bintik hitam tumbuh di sudut hati Muhyiddin. Walaupun ketika itu beliau terpaksa bersama-sama menteri lain mengucapkan tahniah kepada Najib, tetapi hati Muhyiddin cukup sebak dan kecewa. Malah ada yang menyifatkan hatinya parah.

Tidak berapa hari kemudiannya, Pak Lah membuat penyusunan kabinet yang mana Muhyiddin ditukarkan menjadi menteri pertanian dan asas tani dengan peruntukan yang cukup besar berbandingkan dengan kementerian lain. Itulah cara Pak Lah memujuk Muhyiddin yang cukup pandai menyorok perasaan marah dan kecewanya.

Pada hari pengumuman itu, di pejabatnya penuh dengan penyokong, saudara mara dan kawan-kawan yang datang melihat Muhyiddin meluahkan rasa tidak puas hati. Padanya Pak Lah sudah belot dan tidak patut berlaku. Tetapi kenyataannya, Muhyiddin benar-benar terkilan dengan lantikan itu. Kaedah yang dibayangkan, dari jawatan menteri, kena jadi ‘petani’ pula.

Bagaimanapun, Muhyiddin juga telah menunjukkan satu prestasi kerja yang cukup baik dan banyak membuat perubahan agak besar dalam industri pertanian. Hubungan Pak Lah dengan Muhyiddin dilihat baik dan Najib juga berulang-ulang kali mengatakan tidak akan melawan ‘tauke’. Malah macam-macam Najib kena kata, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan melawan Pak Lah.

Orang lama dalam politik tidak percaya kata-kata Najib kerana itu adalah cakap-cakap poltik sahaja. Dalam politik boleh cakap siang lain, malam lain. Mereka tidak ada musuh kekal dan tidak ada kawan yang kekal. Bila perlu, mereka berkawan. Bila bermusuh, siap, mereka akan cari jalan dengan apa cara sekalipun untuk menjahanamkan kawan.

Walaupun selepas pilihan raya ke 11 Muhyiddin sekali lagi ditukarkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil tempat Tan Sri Rafidah Aziz yang sudah bagaikan bertunggu tanggak di situ sekian lama. Itu pun Muhyiddin terima kerana tempat itu adalah untuk menteri kanan sahaja. Memang tepat bagi Muhyiddin kerana beliau adalah menteri kanan. Campaklah di manapun, beliau akan jayakan kementeriannya dengan berkesan.

Tetapi bintik hitamnya semakin berbuku apabila Pak Lah sekali lagi menyakitkan hatinya kerana mengumumkan Najib diberi jaminan dalam satu peralihan kuasa pada Jun 2010 nanti. Hanya dua tahun sahaja lagi. Tetapi bagi Muhyiddin, terlalu lama.

Bagi orang menunggu, sesaat seperti sejam. Sejam seperti sehari. Sehari seperti sebulan. Sebulan seperti setahun dan dua tahun itu seperti dua kurun lamanya. Kalau beliau tidak bertempik sekarang, maknanya peluang Muhyiddin untuk jadi perdana menteri akan menemui saat putih mata. Namun beliau faham, sebelum jadi PM, mesti jadi TPM dahulu.

Atas sebab itulah Muhyiddin memberi perhatian kepada dua orang iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Najib Tun Razak. Antara dua ini, Muhyiddin terpaksa dekati diri mereka. Tidak hairanlah Muhyiddin menyokong Ku Li sambil menjolok Najib supaya pergi ke jawatan nombor satu dalam pemilihan UMNO Disember ini. Jangan tunggu sampai 2010.

Dengan hati yang ‘bengkek’, Muhyiddin tidak lagi peduli apa akan jadi pada UMNO dan baginya kalau tak dapat jadi TPM pun tidak mengapa asalkan ada orang yang boleh menggugurkan Pak Lah dengan secepat mungkin. Kerana itulah Muhyiddin berkata beliau sanggup hadapi risiko apabila bertindak menggesa Pak Lah mengalih tarikh peralihan kuasa itu Disember ini.

Dalam perkara ini, tidak hairan nanti, Muhyiddin juga boleh mencadangkan supaya Tun Mahathir dicalonkan supaya menjadi Presiden UMNO buat kali kedua buat sementara sahaja untuk memilih siapa yang patut jadi perdana menteri. Kerana itu juga Muhyiddin dengan besar hati membawa mesej hasrat Mahathir untuk menyertai UMNO semula.

Misi penting Muhyiddin sekarang ialah bukan lagi untuk jadi PM, tetapi lebih mahu melihat Pak Lah jatuh lebih awal kerana itulah orang yang membuatkan hati nalurinya terkilan untuk memegang jawatan perdana menteri. Pada hal, Muhyiddin bukan suka sangat dengan Mahathir, Najib dan Ku Li. Dia hanya buat-buat suka sahaja buat sementara ini.

Adalah malang bagi Najib dan Ku Li yang mempercayai Muhyiddin yang hanya menangguk di air keruh. Kalau selepas ini Muhyiddin jadi ahli PKR dan bersekongkol dengan Anwar Ibrahim pun ramai yang tidak hairan boleh berlaku.

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,AV女優,聊天室,情色,性愛

Tangential Malay Search Results