Monday, September 15, 2008

Yang Berbudi Di Tinggal-Tinggalkan, Yang Membakar Kelambu Di Timang-Timangkan...

Sungguh menghairankan apabila dilihat perlakuan kepimpinan Pak Lah; Yang Berbudi (Tun Dr M) Di Tinggal-Tinggalkan, Yang Membakar Kelambu (Datuk Zaid Ibrahim) Di Timang-Timangkan...

Terlalu ramai masyarakat Melayu amnya dan ahli UMNO khususnya, tua mahupun muda, yang menyambut baik perletakkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab perihal undang-undang tersebut. Malah yang tua ramai memang asalnya tidak setuju Zaid, setelah digantung kedudukan partinya kerana mengamalkan politik wang, diangkat menjadi Menteri, apatah lagi dalam hal undang-undang serta kehakiman!

Yang muda pula, walaupun ada yang pada awalnya mengagumi kelantangan suaranya, terlalu ramai kini merasa hambar akibat tindak-tanduk Zaid yang menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Zaid tidak menghalang, malah menggalakkan supaya kedudukan mahkamah syariah dipersoalkan oleh Bar Council harbi. Dah lah tu, ada hati pulak nak tuntut perletakkan jawatan pemimpin UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin yang lebih Melayu kelakuan darinya.

Maka begitu tenang rasanya hati bila pembakar kelambu seperti Datuk Zaid ini dengan sendirinya mahu berundur.

Tetapi apakah ini? Kenapakah Pak Lah MENOLAK perletakkan jawatan Zaid? Bagi cuti pulak tu! Katanya supaya Zaid boleh memikirkan semula niat perletakkan jawatannya. Amende ni? Kata nak dia kekal kerja, tetapi bagi cuti! Kenapakah Datuk Zaid ini dimanjakan sebegitu sekali? Pak Lah memerlukan sangat ka pencalonan darinya kalau beliau menang sebagai Ketua Bahagian Kota Bharu?

Yang merunsingkan kaum muda lagi adalah, kenapakah Pak Lah masih belum mengadakan mesyuarat khas MKT untuk mengaktifkan semula keahlian Tun Dr Mahathir? Takkanlah orang berbudi macam Tun pun kena tunggu borang lagi?! Malah, atas dasar mengagumi kesetiaan mereka, MKT sepatutnya mengaktifkan semula SEMUA ahli yang meletakkan jawatan bersama-sama dengan Tun! Yang Datuk Zaid boleh pulak dibuat manja...

Masih Melayukah, masih Islamkah kepimpinan Pak Lah kalau begini perlakuannya? Wallahualam...

2 comments:

all about food said...

bukan apa tu, Pak Lah and KJ nanti tak ada geng nak backup depa TIME DEPA nak buat benda yang bukan melayu or unislamic.. maklumlah, Pak lah kan kawen ngan Jeen.kalau Zaid tak ada, susah sikit nak tukar program yang menyesuaikan diri dia dengan JIN. OOPS!!!

Mustafa said...

Kenapa Encik Akramsyah,

Ayah pun mau masuk UMNO semula ke? Segan nak isi borang balik ke? T

Tangential Malay Search Results