Hari ini akan berlangsung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO dengan agenda utamanya untuk menangani isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang kononnya berbaur perkauman. Menarik sekali, isu tersebut bukanlah yang terpenting untuk ditangani oleh Pak Lah dan ahli MKT UMNO pada hari ini.
Saya bukan berniat menyinggung perasaan di sini, tetapi amnya, masyarakat Melayu tidaklah begitu mementingkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail buat masa ini. Ini kerana kami pernah mendengar kenyataan dan perbuatan yang lebih berbaur perkauman dari pemimpin-pemimpin semua parti, baik BN mahupun bukan BN, di Malaysia. Perbezaannya, orang Melayu amnya tidaklah sesensitif kaum Cina.
Tengok sahajalah bagaimana orang Melayu tak berapa kisah pun tentang penghinaan yang dihamburkan kepada kami yang kononnya mensia-siakan DEB. Orang Melayu juga tak berapa kisah apabila seorang anak Cina yang mempermainkan azan dan lagu Negaraku betapa dipertahankan perbuatannya oleh pemimpin Cina. Malah bila Islam dipertikaikan kedudukannya, kami tetap sabar menangkis segala usaha dan dakyah dengan emosi yang ala kadar sahaja.
Di internet, rata-rata sentimen anti-Melayu meleluasa, seperti persoalan yang sering ditimbulkan tentang sama ada Melayu benar-benar penduduk 'asal' Malaysia. Kami tak menuntut maaf kerana kesedaran bahawa wujudnya tamadun Melayu di Semenanjung ini sejak sebelum Masihi lagi. Malah, bila dibilang hero ulung Melayu Hang Tuah itu sebenarnya seorang Cina sekalipun, kami tak marah
Ini pun belum masuk cerita Hindraf lagi, yang menuduh Melayu pembunuh, penyamun, penyeleweng dan macam-macam lagi! Diraikan pula pemimpin Hindraf sehingga sekarang ada yang dah jadi wakil rakyat hasil tuntunan undi bukan Melayu... dan juga Melayu! Begitu pemaaf sekali Melayu!
Jadi orang Melayu amnya mungkin hairan sedikit dengan kemarahan yang ditujukan terhadap Ahmad Ismail oleh kaum Cina. Ada juga yang terkilan kerana ada pula pemimpin Melayu yang merasakan perlunya UMNO meminta maaf atau menyatakan kekesalan tentang kenyataan ini. Namun kepada orang Melayu, isu Ahmad Ismail bukanlah isu terpenting yang harus ditangani MKT UMNO hari ini.
Lebih penting bagi orang Melayu amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya, MKT UMNO haruslah meluluskan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO hari ini. Tak perlulah MKT menunggu borang permohonan keahlian Tun Dr M. Benarkan sahaja pendaftaran Tun Dr M di Cawangan beliau dihidupkan semula. Semalam Tan Sri Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuan Tun untuk kembali ke pangkuan UMNO. Nah, tunggu apa lagi!
Inilah masanya Pak Lah dan kepimpinan UMNO menunjukkan budi-bahasa mereka terhadap pemimpin Melayu yang berjasa. Setidak-tidaknya, keinginan Tun Dr Mahathir untuk kembali ke UMNO haruslah diraikan dengan lebih semangat dari penerimaan semula Ezam Mohd. Nor tempohari.
Ezam, yang bukan sekadar meninggalkan UMNO, tetapi memburuk-burukan kepimpinan negara di Indonesia, memecah-belahkan lagi Melayu melalui PKR dan menghambur hina merata-rata dengan NGO-nya begitu diraikan kembalinya dahulu. Maka wajiblah MKT UMNO menyambut kepulangan Tun Dr M dengan lebih hebat lagi! Si Ezam bekas musuh perosak bangsa manakala Tun Dr M penabur budi dan pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air!
Maka di sini ingin saya rakamkan harapan ramai ahli muda UMNO yang kerdil ini supaya MKT mengutamakan kepentingan Melayu hari ini. Utamakanlah pengembalian pendekar Melayu ulung lagi berjasa kita, Tun Dr Mahathir, ke pangkuan UMNO sebelum kehendak kaum lain dilayani dengan apa-apa keputusan terhadap Datuk Ahmad Ismail.
Kemaskini 1...
Diharap pelayar halaman ini juga sudi membaca sendiri kenyataan akhbar Datuk Ahmad Ismail tentang isu yang membabitkannya, samada dengan ringkas atau yang berkait dengan pelbagai kenyataan dan pendapat lain. Lihat sahajalah betapa remehnya isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang diwar-warkan oleh orang bukan Melayu. Padahal beliau pernah berjasa besar kepada mereka dahulu! Jelas pemimpin Melayu patut mengutamakan kepentingan Melayu dahulu!
Kemaskini 2...
Nampak MKT UMNO bukan lagi Melayu punya. Nampak seperti tak terlayan pun isu kemasukan semula Tun Dr M ke UMNO. Malah, Datuk Ahmad Ismail dizalimi sekali dengan digantung 3 tahun oleh MKT selepas perbincangan selama 3 jam!
3 JAM TAK CUKUP UNTUK MENERIMA SEMULA TUN DR M KA?!
3 JAM DAN AGENDA BANGSA LAIN DIBINCANGKAN SAHAJA?!
Tetapi jangan bimbang Datuk Ahmad Ismail. Menurut trend Pak Lah, kalau dah digantung tu, sekiranya Datuk terus lantang, ada peluang dilantik Menteri! Tak percaya, tanya Dato' Zaid Ibrahim...
8 comments:
Dear Akram
I shall not lament too long on the Malays being overly apologetic - tapi tak bertempat (misplaced). But please bear with with me for a while.. sorry.
The Malays are sometimes too quick to apologize to a fault. Sometimes we even apologize when we tripped over a rock. Aduh mak, mintak maaf!
I believe that for the Malays, mintak maaf, mintak ampun is a deemed as an essential element of politeness and humility. It is regarded quite highly within the community. We have been taught this from young " apasal sepak adik? pergi minta maaf".
The problem is, others see it as an element of submission, cowardice and 'takdakteloq-ness'. So when you apologize to them, some become smug and arrogant, rather than conciliatory. And since it would also raise their ratings within their community (as the person who submitted the Malays) they will find every reason to make you mintak ampun.
Saya juga minta maaf sebab saya fikir sesetengah pemimpin melayu sekarang ini dayus. Bak kata orang kelantan - tak dak teloq!
I say enough is enough!
Excellent that Tun is rejoining UMNO but i feel that there are shortcomings in handling this matter.
One - I feel that Muhyiddin handled the rejoining matter badly. Tun doesn't rejoin a party everyday - hence you have to make sure that you get the best impact. From what i saw on the TV, it appeared that Muhyiddin was too proud over the fact that he 'managed' to bring Tun back into the fold, rather than focusing on what did it mean? What is Tun's cause and how does he intends to do it.
Two - where is the avenue for people like me to contribute to Tun's cause this time. is he backing Ku Li? then how could I help? When is the announcement? The last thing i want is another internal bickering session between Tun and Abdullah wheich gets nowhere. Show me (us) the way. What is the theme, when is the campaning, how do we contribute? money, speakers?
Tun doesn't rejoin a party everyday. Make the best of it!
Sorry again - panjang pulak comment ni. Mintak ampun.
Minta maaf my oh my... jangan bimbang, komen saudara tidak terterlalu panjang... ampun kalau tersalah faham. LOL
:)
Dear Akram,
I was glad that "my oh my" shared the same view with me."I feel that Muhyiddin handled the rejoining matter badly" The lacking of sincerity is too obvious. Not to mention the spin which was carried out by the media that made Tun look like a fool. Explain this : Tun berjumpa dengan saya atas permintaannya, kata Muhyiddin.
Tak lama lagi issue Tun masuk semula ke dalam UMNO akan "dikendurikan" oleh puak-puak yang juak.Oleh itu kepada mereka yang sering meminta Tun masuk UMNO semula dan "menyelamatkan" mereka, maka bertindaklah sekarang! Selamatkan Tun sebelum menjadi lumat.
Akram, I'm serious too about the following :
Show me (us) the way. What is the theme, when is the campaining, how do we contribute? money, speakers?
P.S. So fed-up with being at lost.
Salam,
my oh my,
rasanya orang Kelantan tak cakap - 'tak dak teloq'. Rasanya itu slang Kedah.
Mintak mahaf lah menegur.
Dear anak Putera Acheh,
First of all, let me introduce myself, I am mix-malaysian, and as my religion is Islam.... I am branded as Malay.... Thank you, Lord O Mercifull.
Secondly, not an UMNO member, not register as any party's member yet; as tercari-cari mana haluan.... totally lost in the midst of hypocracies....and the unheard tears of the cries for freedom....
Thirdly, my opinions..... Which is so racists.....I refused to apologize to my Chinese and Indian relatives...... kinda reminds me of kacang lupakan kulit proverb... Hahahaha....
Here's my 2 cents......
Tun will NEVER be accepted back into UMNO unless there's some sort of radical pressure... from his old buddies who's still strong in UMNO....and believe me, it won't make the news in the main-stream media or even surat-khabar nyamuk....perhaps in some blogs...yours...huh?
Mat Mail should never apologize for insulting the Chinese.... The **** with GERAKAN.... MCA, should they decided to join the fray.... DAP, of coursela bertepuk tangan sakan....He is to explain himself today to PakLah, Najib.... and of course disula hidup-hidup for national harmony to prevail....
Apapun, may the Lord The Knowledgeable.... work his wonders again in favour of Tun"s acceptance in UMNO.... and somehow TURN down the verdict on Anwar's.... but the increasing "short-selling" mania.... the monetary and materials gains MOU (un-officially) signed is an epidermic that works increasing dangerously as an epidermic that poisoning the heart, the mind, the soul, the body.... susahlah sikit.....It's like racing a kapchai and a Mercedes CLS around the country.....but then, *baru teringat*, kapchai ada banyak kat Mesia.... Hahahahaha.... Do you catch my drift? Hahahahahaha.... (Biasala...just making the playing field level jer....after all, politic is never "dirty"....always cleanlah....as Nurnilam Sari, my wife used to tell me....)
Lastly....a song dedicated to you and the whole of Langkawi.... NEVER to Rembau, Pekan and Kepala Batas, apatah lagi Permatang Pauh...
"Apa khabar orang kampung...sudah lama tak berjumpa.... kirim-kirimlah berita....agar kita berbahgia...."
Assalamualaikum.
Dear Akram
I find it funny-Ahmad's statement was first labeled racist by Sin Chew Daily...which itself is a newspaper made in a language comprehensible predominantly by a single race.
So it is a 'race' based newspaper alleging racism??? Lets pause and ponder - how does that work?
(Minta maaflah, mencelah sekali lagi. I do not know how to insert it in my original comment)
Masih banyak lagi 'Ahmad Ismail' di dalam UMNO dan Melayu itu sendiri, malah Ahmad Ismail telah menyelamat satu 'keadaan' di mana sepatutnya isu kemasukan Tun dipebincangkan.
'Ahmad Ismail' adalah manifestasi luahan kecewa orang Melayu terhadap pemimpim UMNO yang koro dan sudah hilang maruah.
Kita jangan terlalu emosi dalam mengharapkan Tun diterima bagai ditatang minyak yang penuh, tidak akan ada permaidani merah, kompang dan peluk memeluk, tidak ada sedu dan tangis dan jauh sekali bermaaf maafan. Orang Melayu hanya cepat menunjukkan budi bahasa kepada oang asing, bukan kepada keluarga dan kawan kawan sendiri. Itu lumrah Melayu.
Tun tidak perlu rejoin UMNO, sudah terlambat, UMNO, pemimpin dan seluruh ahlinya masih bodoh sombong.
Dont care lah whether Mahyuddin handled it badly. Yang penting accept and bring back Tun Mahathir inside UMNO. At least during Tun M's tenure as PM for the last 22 years this country was enjoying prosperity among all the races. Of course nobody is perfect and of course you cannot make the whole 25 million to be happy and satisfied. But at least we do know that during Dr M's time the people were not racist, enough to eat and practically we were able to improve our lives better than before Dr m and better than now ! Even the whole world acknowledge that this country prospers better than any other developing countries.
For those who want to support KU Li, he has his website. Try to surf into his website.
For now..we hope all Malays can advise Abdullah Badawi to step down soonest so that this country can be repaired without his interference or his family's interference.
Post a Comment