Nampak gaya seolah-olah Pak Lah sudah semakin hampir pergi. Mungkin juga kerana berkat Ramadhan, Allah S.W.T. membuka jalan untuk kebaikan ini buat rakyat Malaysia yang tawakal kepadaNya.
Namun Allah tidak akan mengurniakan kebaikan ini tanpa usaha. Oleh itu, apakah cara terbaik untuk rakyat marhaen memastikan Pak Lah berundur secepat mungkin dan dengan penuh kehormatan? Dengan penuh perasaan ghibtah terhadap kejayaan Kickdefella diberi perlindungan oleh polis baru-baru ini, saya mendapat ilham.
Bagaimana kalau kita semua, seluruh rakyat Malaysia, menhantarkan kad Hari Raya kepada Pak Lah yang berisikan segala hasrat yang dipendam. Begini lebih kurang saya bercadang untuk menulis sebagai pesanan Hari Raya untuk Pak Lah:
Assalamualaikum Pak Lah. Sempena Hari Raya Aidul Fitri, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya serta memohon maaf sekiranya kata-kata dan penulisan hamba Allah ini sepanjang pemerintahan Datuk Seri mengguris hati. Walaupun saya sedar apa yang ditulis dan dikatakan tentang kelemahan pentadbiran Datuk Seri benar belaka, namun pasti menimbulkan juga perasaan sakit hati yang menjadi tumpuan permohonan maaf ini.Ingin juga saya mengesyorkan Datuk Seri mengambil kesempatan dari ucapan sempena 1 Syawal ini untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh atau atas nama pentadbiran Datuk Seri. Insya'Allah, rakyat Malaysia akan memaafkan Datuk Seri sekiranya ucapan yang sama diakhiri dengan pengisytiharaan perletakan jawatan Datuk Seri dari semua jawatan kerajaan dan UMNO pada tarikh sebelum 9 Oktober 2008.
Mungkin bahasanya perlu saya perbaiki, tetapi bagaimana? Mahukah rakyat Malaysia mengajukan permohonan seumpama ini kepada Pak Lah sempena Hari Raya Aidul Fitri ini? Inilah masa dan peluang terbaik untuk kita bersama-sama memastikan pemergian Pak Lah dari tampuk pemerintahan secara terhormat. Mari kita usahakan bersama...
4 comments:
Saya setuju sekeping kad hari raya tersebut disiap buat dengan design dan ucapannya sekali, mungkin boleh didapati dalam pelbagai bentuk (6 jenis) tetapi semuanya menjurus ke objektif yang sama - rakyat meminta maaf kepada paklah, paklah meminta maaf pada rakyat dan akhir sekali, pengistiharan perletakan semua jawatan dalam kainet dan parti.
Harga satu set (6 keping) lebih kurang RM10 boleh di dapati semua gedung khususnya kedai mamak suratkhabar. Harap peluang perniagaan ini disahut oleh usahawan yang sudah menceuri diri dalam idang 'printing'. Ini satu peluang buat duit yang lumayan.
Cuma diharap, posmen dapat menyampaikannya sendiri di peti surat rumah paklah kerana ditakuti kad kad tersebut dilarang masuk lalu dicuarah ke laut.
Salam Bro,
Let's all send this Raya message through our blogs.
This is a noble way getting him to realize that he needs to go and leaving on the note that you suggested is like being visited by the Angel of Death on a Thursday night after reciting the Yassin and being prayed for by the Friday Congregation before being laid to rest!
A beautiful exit for the man! Most Malaysians will forgive him.
Bro, let's moreh sometime this week.
Paklah tak jadi letak jawatan - kad raya - aku kensel tak jadi hantar - flip flop
macam mana nak letak jawatan. kan baru dapat post defense minister. KJ/Kamarudin/jean and the geng tak sempat nak songlap duit tentera pulak. habis depa songlap semua. baru la depa POKBODOLAH letak jawatan. scomi nanti KESIAN pulak tak dapat contract.
Post a Comment