Saturday, January 03, 2009

Penswastaan IJN Nak Diteruskan? HAH! AMENDE NI?!!

Saya dikejutkan dari demam tahun baru dengan sms berteks,"Awas, penswastaan IJN akan diteruskan! Lawatilah Rocky."

Reaksi pertama saya? HAH! AMENDE NI?!! DAH LUPA DARATAN KE MAKHLUK YANG MENGEJAR KERJA NI?

Maka dengan ini, saya pun menyertai jeritan perit masyarakat siber menentang usaha menswastakan IJN, dengan berlencanakan:
Selain itu, siasatan kita tentang angkara siapakah ini berterusan. Dari koridor HQ Sime Darby, kami dibisikkan maklumat:
  1. Sime Darby kini bukan lagi di bawah pengaruh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang amnya dipimpin dan dipelopori nasionalis berjiwa rakyat. Tetapi kini, PNB menerima arahan langsung dari Jabatan Perdana Menteri! (Tingkat 4 le tu kut?)

  2. Yang betul-betul mengejar cita-cita di Sime Darby sekarang adalah saudara Hisham Hamdan. Hah? Siapa tu? Mari kita perincikan sendiri antara kita siapakah gerangan anak muda ini sehingga terancam kesihatan pegawai kerajaan yang berumur, pesara serta masyarakat miskin hasil angkara beliau... selain sang pendendam dan sang rakus la... Mungkin kalau ada kawan atau saudara dia yang terbaca, boleh cuba tanya dia sedikit?

  3. Dan tak payahlah kita nak cerita tentang manfaat IJN ini diswastakan... macamlah kita ni pandai benar. Padahal, orang yang memulakan dasar penswastaan, Tun Dr M, pun secara jelas menentang usaha tersebut. Yang mencadang tu lebih arif benarkah dari beliau? Orang Sime Darby pun tahu, nak ambil IJN ni sebab nak buat untung! Bukan nak terus menolong masyarakat! Harga minyak sawit dah turun beb...

Cerita ini pasti bersambung...

3 comments:

Che Dean said...

Pemimpin atasan has gone loco. at this rate, najib rating has gone down really fast. Pak Lah has done it again as your posting point out.

I have point out a few steps that we can do as common citizens and as muslims.

For you sir with all your contacts should do more. please sir!!!

http://pulaichondongtoday.blogspot.com/

Anonymous said...

Saudara,

Tahniah atas kejayaan saudara dalam memperjuangkan IJN tempohari.

Perjuangan kita kali ini ialah untuk membantah sekeras-kerasnya pembangunan KLIA@EAST di Labu oleh Sime Darby dan Air Asia. Ini adalah satu percubaan untuk "membunuh" KLIA di Sepang yang dibina oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Musa Hitam sebagai pengerusi Sime Darby ingin menggagalkan semua legasi Tun Dr Mahathir. Saya harap saudara boleh melawat blog saya iaitu http://simedarbywatch.blogspot.com. Saya telah memaparkan logo "No to KLIA@EAST". Saya harap saudara akan juga menggunakan logo itu di website saudara. Terima kasih.

Din

all about food said...

orang politik berparti and berperang kerana merebut kuasa. selain gilakan duit. dah tak cukup lagi kah duit dalam akaun bank mereka sampaikan digadaikan rakyat demi kerakusan merebut kuasa. what on earth now is going to Malaysia. pemimpn cuma pentingkan diri sendiri dari pentingkan rakyat. biar rakyat merana, papa kedana janji mereka sekeluarga hidup mewah and terus menerus menunjukkan kuasa masing-masing. dah tak ingat nak mati agaknya politician kita ni.

Tangential Malay Search Results