Thursday, December 18, 2008

Cabinet Mematahkan Cadangan Penswastaan IJN? Terima Kasih Datuk Seri Najib...

Setelah membatalkan kontrek Eurocopter yang diragui nilainya sejurus selepas mengambil alih Kementerian Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan berjasa sekali lagi kepada rakyat Malaysia dengan mematahkan cadangan pincang menswastakan Institut Jantung Negara (IJN).

Selain kepincangan cadangan tersebut akibat risiko kenaikan kos rawatan kepada pesakit miskin, ia juga kelihatan dipacui niat dendam dan kerakusan. Maka wajarlah tindakan menolak cadangan tersebut melalui keputusan kabinet. Pengaruh terbesar dalam keputusan tersebut ternyata kepimpinan DS Najib.

Ini penting kerana sebelum ini ada juga usaha untuk mengaitkan beliau kepada cadangan yang bulat-bulat dikeji oleh rakyat kebanyakan. Samalah seperti kebanyakan projek-projek lain yang melibatkan Khairy Jamaluddin (KJ)...

Dengan penuh ikhlas, ingin saya merakamkan terima kasih saya kepada DS Najib, bagi pihak ibu bapa dan mertua saya yang semua bekas pegawai kerajaan; termasuklah bapa mertua saya yang dioperasi di IJN tempohari serta berubat sesekali di sana hingga kini. Terima kasih juga kerana menjawab persoalan isteri saya,"Adakah kerajaan mahu mengurangkan suatu 'perk' dari kakitangan kerajaan melalui penswastaan ini?". Ternyata kepimpinan DS Najib tidak mahu...

Dikatakan keputusan menolak cadangan ini akan diumumkan oleh DS Najib pada sidang akhbar jam 5.30 petang ini di Kementerian Kewangan, insya'Allah...

13 comments:

Omong said...

Poor Najib

He has been tested non-stop, even before becoming the PM.

Let's hope he has the strength to shoulder the great responsibility.

ChengHo said...

Najib terlalu lembik beliau misti menamatkan spekulasi yg beliau bertanggungjawap untuk penswastaan IJN pengerusi IJN dan Pengerusi Sime Darby misti ditamatkan kontrak nya.

Hang Tuah said...

Kalau nak bodek Najib pun kerana tahu Najib akan jadi PM, janganlah obvius sangat, nak muntah aku :)

setahu saya najib yang meluluskan eurocopter dan Pak Lah hanya mengumumkan

Mr. Padedoh said...

Kah kah kah
“We are in the process of finalising the matter with the Ministry of Health although in principle we have no objection to the proposal…

“Given the need for better treatment of heart diseases and the competition from new hospitals coming up, it is possible to pinch doctors from IJN,”

~ PM2B

And this is the reply from those who are about to get pinched!

“The perception is misconceived and must be corrected accordingly to safeguard and preserve the trust placed upon us by our patients………As proven by our consultants attrition rate and longetivity in serving this institution, it is logical to surmise that, on the whole, we are happy with the current scheme and proving it by remaining with IJN”


But dont angry me. Will need your help when you get your promotion!

Pemuda IKS said...

Salam perkenalan,

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

anaklangkawi said...

nice blog.

Hairan bagaimana sejak akhir2 ini Paklah byk membuat kenyataan @ polisi yg jelas mmberi tandanya..

dalam hati ini terfikir adakah PAklah cuba utk sabotaj Najib disaat2 akhir?

wallahwaqlam..
http://other-perspektif.blogspot.com/

syarimann said...

Pengalaman kawan yang mampunyai anak yang mendapat rewatan di IJN s10 tahun yang lalu: 'orang mcm aku yang yg tak berkemampuan memang perlukan rawatan yg terbaik utk anak aku yg sakit jantung sejak dari kecil, dah dekat RM100k aku habiskan sampai tergadai rumah aku, yg aku terasa sgt ialah bila giliran org berkemampuan 'diutamakan' dr org yg tak berkemampuan spt aku apabila tggu giliran nak operation', aku harap sgt IJN tk diswastakan'
mendengar sbhagian rintihan ini membuat kita seolah olah dianaktirikan oleh kerajaan 'hadhari' ini.

azlina said...

Biarlah IJN untuk rakyat semua sebab bukan semua mampu untuk mendapat rawatan di hospital swasta.

kluangman said...

Anggaplah apa sahaja yang keluar dari mulut Paklah adalah yang 'terbaik untuk rakyat'. Paklah sekadar ingin menambah 'jasanya' yang sudahpun banyak ditaburkan kepada rakyat dan dia lakukan semata mata bukan untuk bermegah atau untuk dikenang tetapi semuanya untuk kebaikan rakyat.

Paklah tak memandang harta atau wang ringgit, dia dah cukup dengan apa yang dia ada, anak menantunya pun dah kaya raya, 7 keturunan makan pun tak habis.

Janganlah tohmah dan tuduh Paklah yang bukan2, dalam sejarah, kita akan sukar dapat dan temui pemimpin seperti Paklah, hingga ke hari ini pun terlalu sukar dan susah untuk diberi gelaran yang sesuai.

Sebagai membalas budi baik dan jasa Paklah, elok ahli UMNO angkat KJ sebagai pemimpin muda pelapis untuk berdamping dengan Najib, sekurang kurangnya sebagai penasihat.

Tidak salah untuk Najib terus melantik Paklah sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri Malaysia Seumur Hidup untuk membolehkan negara ditadbir dengan adil, saksama dan telus.

rantong said...

Persoalan yang mungkin kita tidak tahu, dan seseorang yang hampir dengan IJN perlu beritahu kepada kita semua. Adakah selama ini kos rawatan di IJN adalah murah? Kita sibuk-sibuk mengatakan bila diswastakan, rawatan akan jadi mahal. Berapa mahalkah kos rawatan jantung dan lain-lain di IJN sekarang ni berbanding di hospital swasta, dan berapa murahkan kos rawatan di IJN ini bagi orang ramai yang mengatakan mahal. sesiapa ada maklumat, berilah komen & idea anda. Tolong..tolong ... orang yang ada kaitan langsung dgn bidang perubatan, IJN atau mana2 hospital sahaja yang beri info. Blogger2 tin kosong, main jauh..jauh..

Che Dean said...

tidak perlu orang yang bijak pandai untuk mengagak bahawa isu IJN adalah sensitif dan unpopular.

Jika Najib sendiri yang mencadangkan penswastaan IJN maka kita boleh ucap bye-bye kepada BN come PRU 13.

so many issues so little effort.

Harap Najib is better than his predecessor.

http://pulaichondongtoday.blogspot.com/

TPJ said...

Happy New Year Bro!

Hope 2009 will catapult you into the UMNO Youth Executive Committee.

Make sure you kick a*s when you're in and make a difference!

Wasallam.

Orang Tanjung said...

Nasib baik tak jadi diswastakan. Kalau tidak, pesakit yang selamat menjalani rawatan jantung di IJN akan mati sakit jantung bila tengok bil melambung tinggi.

Tapi rasanya penangguhan pengswastaan ini ada kaitan kut dengan pilihanraya kecil Kuala Terangganu... Jgn abis pilihanraya kecil tu, kena pulak B-END kalah, terus dia swastakan IJN udah ler...

Tangential Malay Search Results