Monday, January 19, 2009

Kuala Terengganu: Antara Mitos Dan Fakta Di Sebalik Kekalahan

Ada pelbagai teori kenapa BN kalah di Kuala Terengganu. Saya sendiri hanya hadir menyumbang 'atas padang' pada 10-11 September melalui program kerjaya untuk pelajar serta lepasan IPT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Namun, dari pengalaman tersebut, digandingkan dengan aktiviti media dan perbincangan dengan kawan-kawan, kita dapat menilai serta menjangkakan kekalahan yang bakal melanda.

Kini jari menuding ke sini-sana kononnya pemimpin UMNO ini dan itu menyumbang kurang atau lebih dalam usaha di Kuala Terengganu. Sebagai seorang profesional, saya rasa lebih penting saya ajukan fakta untuk dinilai, kemudian ajukan beberapa teori, termasuklah pemerhatian di manakah kempen BN kelihatan melopong dari segi perisiannya.

Statistik

PRU-12: Undi BN - 32,562 Undi PAS - 31,934 Undi Bebas - 685 Undi Rosak - 931
PRK KT: Undi BN - 30,252 Undi PAS - 32,883 Undi Bebas - 193 Undi Rosak - 665

Ditambah lagi beberapa cebis maklumat kepada statistik di atas:
  1. Pengundi pada PRK KT dan PRU 12 adalah sama, sebab tidak banyak yang mungkin berubah pada daftar selain kematian.

  2. Pengundi Cina lebih ramai mengundi BN.

Berdasarkan statistik di atas, yang saya dapat terjemahkan sedikit adalah:

  1. Undi PAS meningkat dari PRU-12, tetapi sebahagian besar boleh dijelaskan oleh faktor kebanyakan pengundi Bebas beralih kepadanya serta pengundi PAS yang ramai sedikit keluar memandangkan mereka kalah dengan majoriti kecil sahaja dahulu. Tambah pula, calon PAS kali ini bukannya 'orang luar'.

  2. Hanya segelintir pengundi UMNO dahulu yang mengundi PAS kali ini, kalaupun ada. Ini kerana selepas dikira peningkatan undi PAS berdasarkan faktor di atas, peralihan undi dari UMNO boleh dicongak hanyalah sekitar 100-200 undi. Ini juga memberi petanda menarik tentang pengaruh calon.

  3. Yang mengalahkan BN adalah PENGUNDI BN YANG RAMAI TAK KELUAR MENGUNDI BERBANDING PRU-12. Terlihat jumlah undi BN yang berkurangan hampir sama jumlahnya dengan majoriti kemenangan PAS. Memandangkan undi Cina meningkat, AHLI DAN PENYOKONG UMNOLAH YANG TAK KELUAR MENGUNDI WAN FARID DI KT.

Kenapakah Ahli Dan Penyokong UMNO KT Tidak Keluar Mengundi Ketua Bahagian Mereka?

Orang yang paling banyak dituduh membawa kekalahan kepada BN di KT adalah calon sendiri, yakni Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sewaktu diumumkan sebagai calon, sms di antara ahli-ahli UMNO amnya meluahkan kekecewaan atas pemilihan beliau yang kelihatan sebagai usaha Pak Lah dan menantunya memperkasakan penyokong setia mereka sebelum peralihan kuasa.

Namun perasaan ahli dan penyokong UMNO di KT terhadap beliau patutlah diutamakan. Memandangkan beliau Ketua Bahagian yang tak tercabar di peringkat Bahagian, mungkin difikirkan tiada calon lain yang lebih sesuai darinya. Tetapi malang sekali, penerimaan seseorang sebagai calon bukan tergantung pada dirinya sahaja, tetapi juga keterampilan atau tidak orang di sekelilingnya.

Tetapi sebelum dikupas dengan lebih lanjut, mari kita perjelaskan logik di sebalik pendapat yang faktor calon merupakan faktor penentu (walaupun ramai di antara kita cuba menidakkannya sewaktu kempen PRK KT). Apakah yang berbeza di P036 di antara PRU-12 dan PRK KT?

  1. PM? Sama. Peralihan kuasa belum pun berlaku dan ini jelas dari pilihan calon. Sudah tentu Datuk Seri Najib akan memilih calon yang kurang pincang sekiranya beliau sudah pun berkuasa. Pak Lah sahaja yang dalam keadaan genting sekalipun bersedia memilih penyokongnya sebagai calon.

  2. Barisan Kepimpinan UMNO? Juga Sama. Paling tidak pada peringkat Pemuda, selain Ketua-Ketua Pemuda Bahagian baru, barisan kepimpinan Pemuda Negeri dan Nasional ternyata serupa dengan PRK-PRK lepas.

  3. MB? Lain, tetapi ini tidak dilihat sebagai faktor penting kerana kalau ia mempengaruhi keadaan, sudah tentu lebih ramai pengundi UMNO dahulu kini memangkah PAS. Tetapi, menurut congakkan dari statistik di atas, hanya segelintir para pengundi UMNO dahulu yang tergamak untuk beralih ke PAS, maka pengundi UMNO amnya masih ada kesetiaan kepada kepimpinan BN dan UMNO Terengganu.

  4. Calon? Yang ini sahajalah banyak bezanya. Dari segi umur, keperibadian, persahabatan dan lain-lain lagi... termasuk gelagat keluarga...

Telah dikatakan antara nasib malang yang menimpa Dato' Wan Farid adalah tindak-tanduk abangnya Wan Hashim, termasuklah dalam merebut jawatan Naib Ketua Bahagian KT dari arwah Dato' Razali Ismail beberapa bulan sebelum PRK KT. Tindakan Wan Farid 'meredhakan' tindakan abangnya ditafsirkan sebagai usaha mematikan riwayat politik Dato' Razali yang popular di kalangan guru. Memandangkan beribu para guru merupakan pengundi Kuala Terengganu...

Wan Farid juga banyak dikaitkan kepada isu-isu pedih untuk rakyat Terengganu dan ada yang mengatakan yang keperibadian beliau juga tidak menyenangkan! Tak kenal maka tak sayang, tetapi kekadang dah ketemu pun cemuh juga! Semua ini mungkin dibilang oleh orang sebagai serangan peribadi terhadap Wan Farid, tetapi kita harus akui yang dalam mana-mana pilihanraya, keperibadian calon menjadi tumpuan dan haruslah dipantau...

Kesilapan PRK KT = Kesilapan PRU-12

Sebagai pemerhatian akhir, saya melihat banyak kelemahan BN di KT yang membawa kekalahan sebenarnya sama seperti sewaktu PRU-12 - ya lah, calon lemah macam mana pun, kalau strategi rapi, setidak-tidaknya bolehlah menutup jurang. Di kebanyakan tempat di mana BN kalah padahal sepatutnya menang pada PRU-12 dan dialami juga di PRK KT:

  1. Calon yang dipilih tidak sesuai dengan kehendak pengundi mahupun akar-umbi UMNO di kawasan Parlimen atau DUN tersebut. (Ni 2nd lasy time saya sebut!)

  2. Perjalanan kempen dan jentera ditambat semangat kerana faktor pertandingan dalaman parti. Semasa PRU-12 kerana faktor pemilihan Bahagian menjelang. Di PRK KT, masing-masing hero-hero UMNO bersaing tonjolan demi Mesyuarat Agung Mac ini.

  3. Jentera atas padang di PRK KT mungkin tidak serancak PRK lain, tetapi setidak-tidaknya bergerak untuk menambat hati pengundi yang ada dalam kawasan dan di persekitaran. Malangnya, ia gagal menambat hati pengundi yang menetap di luar kawasan dan pulang untuk mengundi! Pengundi-pengundi ini juga harus dipantau dengan lebih rapi.

  4. BN gagal memikat hati pengundi muda. Ini mungkin kerana cara yang kurang sesuai, gerak-kerja media yang tidak menyeluruh dan mengabaikan sedikit media baru serta penonjolan pemimpin Pemuda yang kurang kredibiliti sebagai penarik minat pengundi muda.

  5. Kempen PAS dan yang bersekutu dengannya kian hari semakin rancak, tetapi kempen BN pasang-surut sepanjang tempoh yang ditetapkan. Ini merbahaya.

Maaflah kiranya pedih, tetapi Qulil haq walau ka nal muran... dan kalau kita tidak berubah...

Meleraikan Mitos Penolakkan Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak

Pada masa sekarang ada pelbagai mitos yang timbul mengaitkan kekalahan BN di PRK KT sebagai petanda penolakkan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib. Rasa saya ini adalah propaganda pembangkang dan para peminat Pak Lah yang lain. Sekiranya DS Najib ditolak, sudah tentu lebih ramai penyokong UMNO yang lama memangkah PAS, sepertimana sekiranya MB baru ditolak, tetapi ini tidak berlaku. Seperti dihujahkan di atas, faktor calon menjadi faktor utama di PRK KT.

Lagipun, rasanya kurang sesuai untuk kita nilai sokongan penduduk seluruh negara terhadap DS Najib dari keputusan satu PRK sahaja. Kalau kita lihat secara amnya, rakyat lega sedikit dengan adanya pelan peralihan kuasa. Malah pembangkang pun menunjukkan kebimbangan mereka yang UMNO dan BN akan kembali tegar selesai peralihan kuasa pada bulan Mac. Kalau tidak, kenapakah pemimpin pembangkang beria-ia mahukan Pak Lah kekal di tampuk kuasa?

Saya berharap analisa saya di atas dapat diterima dan saya sedia menerima teguran, tambahan, kritikan dan pengajaran melalui komen. Janganlah kita cetek fikiran seperti ahli propaganda pembangkang, dan 'penganalisa media' luar negara yang kini beria-ia membaca pelbagai mitos dari keputusan PRK KT ini...

9 comments:

kuanderas said...

Ini adalah masanya untuk
1.Membawa Tun Dr.Mahathir ke dalam UMNO dan menjadi Presiden.

2.Mungkin cadangan ini tidak logik, tetapi UMNO ketiadaan figure atau tokoh yang mampu menyatukan ahli sehingga ke akar umbi dalam masa terdekat ini.

3.Tun Dr.Mahathir perlu menjadi Presiden manakala Najib menjadi Perdana Menteri dan dipandu oleh Tun.

4.Najib tidak akan mampu menyatukan UMNO, beliau tiada political will yang mampu menterjemah kepada political action.

5.Setelah sekian lama play safe dalam politik, sukar untuk Najib melakukan tindakan radikal.

6.Tun Dr.Mahathir perlu kembali sebagai Presiden UMNO, kapasiti sekarang sebagai bloggers & pengulas bebas tidak cukup.


p/s: Jika terdapat pilihanraya kecil sebelum Pak Lah meletak jawatan. BN pasti tewas lagi!!!

Gekko said...

Saya dengar saudara menyatakan bahawa kita tewas di Kuala Terangganu disebabkan oleh KJ. Mengapa? Saya ada bukti saudara berkata sedemekian sewaktu berkempen di Melaka baru-baru ini.

Jangan lah memburukan orang lain bagi mendapat perhatian perwakilan. Sikap suka tuduh menudun ini lah yang melemahkan UMNO. Saudara tidak layak bertanding EXCO. Itu pandangan pribadi saya.

Kawan Pemuda MELAKA

akusayangumno said...

Gekko,

Klaau puji kj tap pa kot? Dan-dan layak jadi calon exco pemuda?

He he he....gekko, tau eja perkataan liabiliti tak? adakah makna dia bagus, hebat, elok, baik, kelebihan? atau macamana?

Siapa yag dianggap menjadi liabiliti kepada umno sekrg ini? Salam Setia Kat Wang Gekko.....

undi G2 kedah untuk Akram, insyaAllah. Sdr Ikmal juga layak dicalonkan, betul tak Akram?

Gekko said...

Kepada aku sayang UMNO,

Kalau kau sayang sangat kat Akram ini aku tak kisah. Nak undi pun tu hak kau. LIABILITI...tau..tau... Cuba eja RASUAH POLITIK oleh MM (Yang konon tak beri wang).

Apa-apa pun nilai la diri sendiri dulu sebelum bertanding.. PAHAM!!!

A M Ubaidah S said...

Wah, saya posting lama dah, tapi tiba-tiba hangat!

Gekko, saya tak kata KJ faktor kalah semasa di Melaka, orang Melaka yang sebut ini jadi modal kempen pembangkang, dan ini saya terpaksa setujulah. Memang di KT pembangkang rata-rata kondem KJ. Yang faktor terbesar kalah seperti yang saya hujahkan, faktor calon. Tetapi calon tu, siapa yang pilih...

Saudara akusayangumno, terima kasih. Dan ya, Saudara Ikmal pun layak bertanding & setahu saya sedia mempertahankan kedudukan.

budak-kom said...

meletakkan calon proksi pl yang sememangnya d tolak semasa pru 12...dan meletakkan orang yang melawan arwah dengan duit..salah ke yang dia ni bagitau...

Gekko said...

Akram, KJ yang pilih calon KT??? Kau ni pun pemikiran dah sama macam pembangkang dah. Yang hang dok percaya tu kenapa?

PEMUDA MELAKA cakap kau yang bagi fakta tu. Ada recorded.

Kalau nak bertanding pun cari la modal penambah baikan yang kau boleh bawa. Bukan condem calaon KP.

A M Ubaidah S said...

Eh Gekko. Saudara kata ada rekod? Siapa rekod? Apa yang direkod? Macam saudara mengikut-ikut aje pergerakan saya. Takde masa lah kita nak kondem KJ, ramai orang lain dok sibuk buat benda tu, tak payah saya nak campur bagai setitis dalam lautan kritis!

Btw, baca sikit komen saya tentang siapa memilih calon. You faham ke tak faham?

Gekko said...

Tulis lain cakap lain...

Tangential Malay Search Results