Akhbar Sin Chew Jit Poh merupakan pencetus kontroversi kata-kata 'pendatang' oleh Datuk Ahmad Ismail. Terlihat Sin Chew sahaja melaporkan kata-kata yang dikatakan menghina pada ucapan beliau, padahal ada wartawan dari sekurang-kurangnya 2 lagi akhbar lain hadir ke majlis tersebut.
Sebagai seorang pemerhati, saya hairan yang akhbar Sin Chew tidak pernah mempertahankan dirinya dengan mengulang-cetak 3 perenggan ucapan Datuk Ahmad yang dibilang berunsur perkauman tersebut. Yang diulang-ulang cuma perkataan 'pendatang' dan anggapan kata-kata tersebut disebut dalam konteks perkauman yang menghina kedudukan masyarakat Cina Malaysia.
Sin Chew juga berulang kali menyatakan Datuk Ahmad hanya mula membantah dan menafikan apa yang ditulis setelah lebih seminggu edisi akhbar tersebut diterbitkan. Tak terfikirkan Sin Chew, masyarakat Cina mahupun rakyat Malaysia, yang Datuk Ahmad mungkin tidak pun tahu apa yang dicetak kerana beliau tidak dapat membaca laporan akhbar berbahasa Cina tersebut? Tak tahu pula saya kalau beliau tahu membaca bahasa Cina, tetapi setahu saya tidak.
Mungkin juga Datuk Ahmad telah difahamkan apa yang dicetak beberapa hari sebelum kenyataan akhbarnya yang pertama, tetapi memilih untuk berdiam diri. Ini dengan harapan api perkauman yang dicanang terus oleh pemimpin Cina dan juga akhbar seperti Sin Chew reda. Lojik juga andaian ini, kerana sebagai seorang pemimpin UMNO yang sedia berbudi memenangkan ADUN dan wakil rakyat Cina di semua kerusi di Bukit Bendera, beliau mestilah berkawan Cina.
Ternyata beliau terpaksa memberi kenyataan hanya selepas penjelasan kekesalan UMNO oleh Datuk Seri Najib ditolak oleh pemimpin Cina. Pada masa itulah beliau bangun menjelaskan yang intipati ucapannya telah disalah-tafsirkan. Datuk Ahmad jelas menuding jari kearah wartawan Sin Chew pelapor perkara yang tidak dilaporkan oleh wartawan akhbar lain.
Akhbar Sin Chew kemudian menafikan kenyataan Datuk Ahmad yang ucapannya disalah-tafsirkan. Tetapi yang menghairankan saya, Sin Chew tidak membuktikan penafian mereka dengan mengalih-bahasakan apa yang mereka cetak ke Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris untuk dikongsi dengan majoriti masyarakat Malaysia yang tidak memahami tulisan bahasa Cina. Malah Sin Chew mengolah kata-kata dan tindakan DS Najib untuk dijadikan sebagai bukti!
Kononnya, kerana DS Najib juga hadir di majlis di mana Datuk Ahmad Ismail memberi ucapan dan mendengar ungkapan tersebut, pasti DS Najib memohon maaf kerana beliau sendiri berpendapat yang Datuk Ahmad bercakap melampaui batas. Padahal, DS Najib tak meminta maaf pun atas apa yang dikatakan Datuk Ahmad Ismail, cuma sekiranya apa yang dikatakan menyingung perasaan! Malah, ada kemungkinan DS Najib sendiri setuju dengan apa yang diutarakan!
Namun yang membingungkan saya adalah, kenapakan Sin Chew begitu berputar belit dalam hujahnya apabila menyerang Datuk Ahmad Ismail? Kenapa tidak diwar-warkan sahaja bahagian ucapan yang menimbulkan kontroversi ini, kali ini dalam bahasa Melayu dan Inggeris, supaya rakyat Malaysia semua dapat menilai sendiri sama ada betul apa dikatakan keterlaluan, atau sebenarnya isu ini sengaja dipermainkan dengan niat yang jahat, atau mungkin betul Cina sensitif?
Tetapi akhbar Sin Chew harus waspada, sekiranya apa yang dicetak sebagai kata-kata Datuk Ahmad Ismail sebenarnya sama ada tidak keterlaluan mahupun senang disalah-tafsirkan atau lebih teruk, salah sama sekali menurut saksi yang hadir di majlis itu, mungkin sekali yang digantung bukan Datuk Ahmad Ismail, tetapi akhbar Sin Chew sendiri!
Datuk Ahmad akan 'survive' pergantungan 3 tahun dengan mudah, malah mungkin kembali ke UMNO sebagai hero pembela sejarah kedudukan Melayu, penduduk asal Malaysia. Tetapi mampukah akhbar Sin Chew 'survive' pergantungan lesen selama itu?
Lihat sendirilah dakyah tidak seimbang Sin Chew dalam pernilaian ini. Yang ini mahu pulak di alih-bahasakan, malah ditulis langsung, dalam bahasa Inggeris!
7 comments:
Su Kun, MCA dan Gerakan serta akhbar2 china telah memainkan peranan mereka dengan baik dan berkesan untuk menampakan Ahmad Ismail sebagai 'perkauman' dan sekaligus untuk 'mengenakan' umno yang sudah kelihatan letih dan lembek. Bila lagi kalau tidak 'mengenakan' umno jika erpeluang kerana mereka sering merasa 'tertekan' akibat kekalahan memalukan di PRU12 yang lepas. Masing2 menuduh jai kepada UMNO tetapi tidak pula beani menuduh Dolah secara langsung.
Sin Chew tidak patut digantung lesen keana pemimpin UMNO tidak pandai memainkan sentimen bahawa akhbar itulah sebenarnya 'racist'. Inilah kelemahan pemimpin UMNO dibawah telunjuk Dolah, buta dan tuli. Bagaimana mahu digantung lesen Sin Chew kalau Najib sendiri terburu buru ke depan memohon 'maaf bodoh'.
Apa yang berlaku sudah berlaku, semuanya menunjukkan daya tahan, daya kawalan UMNO makin lemah, Ahmad Ismail akan diampunkan dan kembali aktif sedikit masa lagi jika UMNO mampu berwajah baru. Ramai akan menghunuskan keris sekali lagi di dewan perhimpunan UMNO disember nanti, kita lihat siapa yang akan kena 'tikam'.
yang pandai baca suratkhabar cina tu, bini pak lah. so, go figure.
1. Mengapa pemimpin UMNO tidak mendesak Sin Chew beri kenyataan pulak.
2. Mengapa pemimpin UMNO tidak mendesak supaya Sin Chew memohon maaf kepada Tok Mat dan semua orang melayu.
3. Mengapa pemimpin UMNO tidak mendesak supaya Sin Chew menjelaskan apa yang disiarkan yang menyebabkan kemarahan orang-orang cina.
4. Mengapa pemimpin UMNO separti jumud dengan menghukum selepas ditekan oleh orang cina tanpa membuat siasatan terpeninci.
5. Mengapa pemimpin UMNO tidak melayan tuntutan dari orang UMNO sendiri tetapi melayan tuntutan orang cina agar Tok Mat di hukum.
6. Mengapa pemimpin UMNO mengganggap menghukum Tok Mat adalah lebih penting dari kembalinya Negarawan Ulung ke dalam pangkuan UMNO yang boleh memberi kekuatan kepada UMNO.
7. Mengapa pemimpin UMNO begitu taksub kepada DSAAB sehingga lupa UMNO akan runtuh kerana KEEGOAN, KESOMBONGAN, KEANGKUHAN.
http://wanbaki.blogspot.com/
1. Biarlah apa nak dilaporkan oleh Sin Chew dan wartawan nya; itu memang cara permainan mereka. Yang saya diberitahu, MCA, DAP and Gerakan bersama sama meminta supaya wartawan Sin Chew dibebaskan daripada tahanan ISA. Ini menununjukkan mereka bertindak sebagai satu kaum untuk membela nasib bangsa mereka seperti kita Melayu harus bersatu untuk mempertahankan Ketuanan Melayu demi bangsa dan Islam.
2. Kejadian tersebut diatas menunjukkan bahawa politik perkauman (race based politics) memang membara pada ketika ini dan ini amat lah baik untuk BN dan UMNO. Cakap-cakap pasal politik pelbagai kaum (multi racial politics re Malaysian Malaysia dan Ketuanan Rakyat) hanya lah impian sahaja dan memang satu penipuan (deception) yang digunakan untuk merebut kuasa dan bukan untuk kepentingan Rakyak. Oleh yang demikian, dengan sendiri nya ianya akan lemah dan dengan kepimpinan yang baru dan berkeliber, UMNO dan BN akan, insh’alah mengembalikan keyakinan Rakyat terhadap UMNO dan BN.
3. Dengan “kebebasan” yang diberikan kepada bloggers asalkan tak melaui batas, marilah kita membakar dengan panas segala isu-isu yang kita rasa kurang senang atau sihat yang dibawa olih Pakatan terutamanya DAP dan PKR terhadap kaum kita dan Islam supaya corak politik yang dibawa oleh DSAI dengan kuncu-kuncu pentadbiran Amerika Syarikat termasuk Bar Council dan ahli politik PKR/ DAP akan ditolak oleh rakyat kita.
4. Dalam bulan yang mulia ini, kita harus bertungkus lumus dan berulang kali meminta kebenaran dan dorongan daripada Ilahi bagi memperbaiki keadaan umat Islam diNegara kita. Kita perlu ingat musuh kita sepatutnya bukan kaum Islam termasuk PAS walaupun ketua-ketua mereka mempersendakan politik UMNO sekiranya dengan kemasukan TDM semula didalam UMNO, parti itu berkucar kacir. Sebutan saperti itu bukanlah yang disukai oleh Nabi kita yang telah menanggis apabila Baginda melihat umat Islam berkucar kacir setelah kemangkatan Baginda, lagi-lagi pada bulan yang Mulia ini; cakap ugama tapi tak serupa bikin
Salam sejahtera
Lab Test 2 : Malay should be leader for all and for peace and harmony
Key Finding : Up to most recently all are happy and peacefull. All over the world there are chaos - pain and suffering. In malaysia everyone and anyone can make money, feed the family and live comfortably. For example Million of immigrants survive better here than their country proves this. And without bombs and guns.
Key Issue : Are you not able to make more money - no. Are you not able to make friends - no. Are the malay stopping you-no. The country welcome you - yes.
Probable solution : Continue with what you are doing. Nobody disturb you.Let the simple malay carry on his responsibilities.
SHAH ALAM (Sept 11, 2008): Kota Raja Member of Parliament Dr Siti Mariah Mahmud has lodged a police report against former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo and website pembelamelayu.com for spreading malicious slander and lies about certain quarters pressuring the state authorities to tone down the call to prayer at mosque and surau in the state.
When contacted, Siti Mariah, who is also PAS central committee member, said the police must investigate and act on this immediately as malicious lies can ruin racial and religious harmony.
Pembelamelayu.com quoting Mohd Khir in his blog said Seputeh MP and Puchong Assemblyman Theresa Kok had supported a petition by the Chinese in Kinrara against the azan (call to morning prayer) in their area.
The website also alleged that Seri Serdang assemblyman Satim Diman had raised the issue at the state assembly but did not get a response.
In her report lodged at the Dang Wangi police headquarters today, Siti Mariah said Mohd Khir’s statement, published in Utusan Malaysia on Tuesday, was “malicious and aimed at raising the anger and anxiety of Malay Muslims”.
“This action by Khir, the blog and Utusan Malaysia is an obvious attempt to manipulate the sentiments of the Malay and Muslim people,” Siti Mariah said.
She said newspapers should verify the facts before publishing such reports.
(The Utusan Malaysia report quoted Khir, but Kok's name was not mentioned.)
"As a Muslim, I was upset when I read the article, but upon checking with Teresa, I found out that she had not been involved in the petition at all.”
She added that she obtained a copy of the state assembly Hansard from the Speaker’s office and found that allegations that Satim was ordered to remain seated when he brought up the issue at the state assembly was unfounded.
She said it is understood that committees of the mosques involved have also lodged reports with the police against the unfounded allegations.
When contacted, Mohd Khir said: “Let the police to investigate the allegations.”
Asked if he stood by the statements made, Mohd Khir said: “A report has been lodged, so I don’t want to say anything more on the matter.”
On Wednesday, Kok, referring to the article published on PembelaMelayu.com, denied even receiving such a complaint from residents and said she personally had no problems with the prayer calls.
Kok had also demanded a retraction and apology from Mohd Khir, Utusan Malaysia, its writer Zaini Hassan and Satim.
Salam,
Cina kini adalah kuasa pelobi di Malaysia.
Semoga pemimpin kita berkeras dan Ahmad Ismail tidak perlu mintak maaf, malah kalau ada ruang dan sekiranya perlu, saman sahaja Sin Chiew.
Orang Cina bukan tidak boleh cari makan di Malaysia, tetapi mereka mahu SEMUANYA. Itu adalah HARAM.
Saya mengambil contoh di Bahrain, baru-baru ini warga PENDATANG (India) naik tocang dan bikin beberapa siri protes. Duta India masuk campur dan mahu main politik dan tunjuk hero. Kerajaan Bahrain menggunakan diplomasi sekian lama dan ini menyebabkan mereka semakin naik tocang seolah-olah mereka yang disokong oleh kerjaan India mampu melakukan apa jua protes.
Satu hari, sekali sahaja istana Bahrain berbunyi dan kesokan harinya Duta India memohon maaf panjang lebar dan terpampang dalam akhbar. Kerajaan India pula menafikan campur tangan. Secara pisikologi, sudah kira Negara India tunduk dengan kekuatan dan ketegasan pemimpin Bahrain.
Contoh mungkin tidak releven tetapi hasilnya itu adalah contoh macamana nak jaga negara yang berdaulat.Tegas dan beri kata putus. Manakala masalah lain yang timbul pula diuruskan.
Salam.
Post a Comment