Monday, August 04, 2008

Pak Lah Di Malukan Lagi... Tu Lah, Orang Dah Kata, Berundur Lah...

Pagi ini, Pak Lah akan dimalukan sekali lagi dengan suatu laporan baru ke Badan Pencegah Rasuah (BPR). Laporan ini akan meniliti bagaimana Pak Lah, Presiden UMNO, telah melanggar tataetika parti dan menyogok pelbagai kemewahan ke arah ahli CAWANGAN UMNO demi mempertahankan kedudukannya. Lebih buruk lagi, Pak Lah telah bersembunyi di sebalik penggunaan jentera kerajaan!

... eh, macam kes yang Anwar masuk penjara dulu aje... Anwar salah guna SB!

Orang UMNO yang memblog ada di sini, yang berkecuali di sini, tetapi lebih parah lagi, media blog utama sudah terbit di sini! Ini belum masuk laporan kat BPR pun lagi (laporan masuk katanya jam 9.30 pagi ini!).

Dan yang perit lagi untuk Pak Lah, yang melaporkan salah-laku beliau kali ini bukan calang-calang orang, tetapi Dato' Mazlan Harun, mantan Exco Pemuda UMNO, mantan ADUN dan pewaris darah Dato' Seri Harun Idris! Laporan ini juga menyusul laporan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan, Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO atas salah-laku yang sama...

... Depa frust kot Jawatankuasa Disiplin UMNO tak buat apa-apa. Ya la, sejak 2004, Jawatankuasa Disiplin UMNO pun lebih bergiat untuk membunuh nyawa politik musuh Khairy atau menyelamatkan teman-temannya. Yang dihukum Jawatankuasa Disiplin UMNO pun boleh jadi Menteri!

Sebagai ahli, saya rasa penat sangat lah tengok benda ni semua. Baik Pak Lah berundur saja Lah, tak tahan nak tunggu dah! Datuk Seri Rafidah dalam 'melambai bye-bye-nya' pun dah bagi petanda, 2010 lama sangat Lah, tambah walau ada seorang pun yang nekad mencabar! Nak tunggu apa lagi?
  1. Tunggu malu BPR terpaksa termangu tak endah laporan Datuk Mazlan Harun yang SAHIH?! Jadi kes-kes rasuah politik lain dalam pemilihan UMNO kali ni pun tiada makna Lah kan?

  2. Nak tunggu bertambah kurang dari 28% rakyat percaya dengan kepimpinan Pak Lah ke? Kena tunggu turun sampai berapa? 20%? 10%? Kita tunggu sampai 0% Lah, amacam? Kalau macam tu sure tak perlu pergi, sebab mesti ada 3-4 orang yang mahu Pak Lah kekal... Khairy, Kamal, Kali...

  3. Nak tunggu Tok Guru dedahkan ka yang PAS tak mahu Mukabalah diadakan sebab Imam Hadhari menolak hadirnya Tun Dr Mahathir sebagai pemerhati berkecuali? Dah tak cukup malu ka, PAS menolak UMNO kerana Pak Lah tertutup hati? Nak menyatu-padukan Melayu konon....

  4. Nak tunggu Anwar semakin mampir ke tampuk kuasa ke? Ye lah, tau la KJ tu minat benar dengan Anwar tu, sejak universiti lagi, tapi...

  5. Nak kata tunggu anak-pinak kaya raya dan berkuasa pun, dah tak perlu dah. Sampai kawan keliling pun dah kaya dan berkuasa, nak tara mana lagi?

Sudah Lah Pak Lah, berundur Lah. Hero-hero UMNO yang dulu sakan nak mencabar pun la dah akur menunggu pemergian-mu... berundur sahaja Lah. Sebelum UMNO, Melayu, Rakyat dan Negara Malaysia malunya tak tersorong ke mana pun angkara Pak Lah tak malu ingin kekal berkuasa...

10 comments:

DukeOfUMNO said...

hehehhe....bro...hang ingat Pak Lah ni tau malu kaaa? hehhehe...Pak lah ni jenih muka tembok!...jenih tak tau malu! hehehhhe...28% pun dia still kata dia dapat "mandat besar"! 28% pun dia still kata dia "popular"! 28% pun dia still kata dia "menang besar"! hehehhhe...jenih tak tau malu punya orang...

"Al-haya'u minal iman..." malu itu sebahagian dari Iman...sabda Rasulullah S.A.W...

mohsein shariff said...

seperti kebiasaan paklah,
akan menunggu bila waktunya akan tiba..
tp kali ini mungkin satu penantian yang menyakinkan atau menyeksakan..
kita pun kena sama2 tunggu

Unknown said...

Cant believe you actually think Wan Azizah should return her title. Okay, agreed she was in it initially for her husband, but surely it's become obvious to anyone but you UMNOputras that she's come into her own as a committed leader of us plain rakyat. If she didn't have the guts and gumption to stick to it during the 'lean' times circa 2004, we might not have had the 8 march political tsunami. For that, I nominate her the 'Mother of Malaysian Reform'. What say you? Oops, forgot.. you Umnoputras dont care two hoots about reform...

whackthembugger said...

I have some relatives who were supportive of DSAI and Wan Azizah in Sodomy 1 and hated Mahathir. So when Mahathir resigned, they were overjoyed that Pak Lah became PM. These relatives, staunch Muslims and very generous, look up to Badawi and DSAI because of their Islamic credentials.

Now after 5 years, they became despaired with PM because he shouldn’t be what he is to-day – a big flip flop and disastrous to Malay and Muslim unity as well as for the country. Now with Sodomy 2 and hearing first hand information (from reliable sources as RPK would put it) that DSAI was all the while a heterosexual, they shunned away from supporting DSAI. Their respect for Wan Azizah also has diminished.

So Chandra Mohan, you are not a Muslim and therefore you do not know how generally Muslims adhere to the story of Prophet Lot and his wife in the Quran. PAS’ apparent support for DSAI is message to PM and not their support for a sodomite. Wan Azizah would be a shame to staunch Muslims once DSAI’s sodomite habits are exposed beyond any reasonable doubt; how could a Muslim wife support such behavior from her husband! Sure you can nominate her for “Mother of Malaysian Reform” and see the title wither soon enough. All the best to your dreams and hope you will get best weather as you go fly kites.

Quantum Metal Consultant said...

16hb Ogos penamaan calon, 26hb pengundian untuk Permatang Pauh.

Sementara besok 7hb Anwar di kehendaki hadir di mahkamah.

Jelas Anwar mahu mengheret pengundi Permatang Pauh dan mengharap simpati rakyat untuk melihat kerajaan kejam atau kurang adil. TDM telah mendahului dalam membei pendapat ini.

Alangkah kecilnya dunia ini.

sebenarnya said...

moga tuhan yang maha berkuasa akan terus menjaga bumi malaysia.

Quantum Metal Consultant said...

7hb, pusingan pertama, kemenangan kepada Anwar, tidak mengaku bersalah, bon peribadi RM20k dan paspot tidak ditahan.

Kata peguambela Anwar - MAHKAMAH ADIL

Adakah mahkamah adil atau tidak bergantung kepada kayu ukur yang dipakai oleh si pariah ini...

A Voice said...

Perhaps this would interest you ... KPMM 2008: ANSARA Mahu Terokai Persoalan DEB.

Appreciate you could assist to promote event.

Editor Bossku said...

Dah memang dia muka tak tau malu.

Samwan said...

Abang Akram,

Kalau BPR buat siasatan pun. Bukan Pak BODOlah yang kena tindakan.

Mengikut kata cerdik pandai UM-NO Hamid Albar. Yang memberi rasuah tidak dikenakan tindakan. Sebaliknya penerima rasuah.

Jadi orang cawangan dan bahagian yang kena. Ramai tu. Sapa yang malu. Pak BODOLah atau ahli UM-NO.

Apa pun pada saya, perjuangan UM-NO yang didokong oleh pemimpin sekarang membawa UM-NO keambang kehancuran.

Tambahan pula, anak bangsa Melayu UM-NO (UMNOputra) sendiri pun dah tak mahu berbahasa Melayu. Mungkin nak menarik minat pembaca luar Malaysia agaknya.

Double standard jugak perjuangan PutraUM-NO
Perjuangan UM-NO dah tak relevan lagi dah. Satu tindakan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.

Tangential Malay Search Results