Friday, August 01, 2008

Berhemah Anwar Bila Ke Permatang Pauh...

Pelbagai teori dan andaian sudah dilemparkan mengenai keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh setelah laluan diberi oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah. Tetapi sebenarnya semua teori dan andaian tersebut pada pendapat saya jauh dari sasaran. Keputusan tersebut adalah keputusan yang paling berhemah mungkin diambil oleh beliau dalam memilih kerusi Parlimen. Ini kerana:
  1. Pengundi Permatang Pauh tetap setia kepada Anwar dan perjuangan PKR untuk membebaskannya walaupun pada PRU-11, tahun 2004, sewaktu merudumnya pembangkang. Inilah cara terbaik untuk berterima kasih kepada mereka, dengan kembalinya Anwar ke 'kampung'nya.

  2. Dr Wan Azizah pula tidak pernah senang sebagi seorang ahli politik. Beliau seorang pakar kedoktoran mata terkemuka yang berpolitik semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya. Maka semestinya Anwar, sebagai seorang suami yang baik, haruslah membalas kesetiaan dan pengorbanan isterinya dengan mengalihkan beban kepimpinan dari Wan Azizah ke bahunya sendiri dengan secepat mungkin.

  3. Sekiranya Anwar bertanding di tempat lain dan menang, akan hadir 3 beranak dari keluarganya di Parlimen mewakili PKR! Maka akan timbulah pelbagai andaian yang beliau tidak lain tabiat dari kerajaan Pak Lah-KJ atau berperangai seperti parti DAP (Lim Kit Siang, Karpal Singh dan zuriat mereka). Setidak-tidaknya, PKR masih kekal 2 beranak kepimpinannya.

Tetapi ini semua seolah-olah tidak disedari apabila Anwar dikecam oleh Khairy Jamaluddin (KJ) atau Khairy al-Oxfordi. Kita boleh terima mungkin pendapat KJ yang sebab Anwar memilih demikian kerana beliau takut kalah. Sememangnya KJ sendiri memang pakar dalam hal takut kalah ini, maka pendapat beliau mungkin boleh diterima.... tetapi...

Perlu diingat yang KJ tiada kemampuan untuk membaca Anwar, bukan sahaja kerana hinggusnya masih mengaburi fikiran, tetapi kerana fasal 3 di atas mungkin tiada makna untuk beliau. Ya lah, kita pun kena faham, KJ ni dah biasa sangat dah pengalaman berkerajaan dua beranak dengan Pak Lah. Tambah pula, KJ kan Singapura di bawah kulitnya, maka beliau memang sedia menerima senario seperti di sana, di mana Lee Kuan Yew sekeluarga mengongkong semua kuasa!

Saya rasa cukuplah setakat ini saya mengulas tentang KJ. Tetapi ingin saya memberi 2 cadangan tambahan:

  1. Ada baiknya Dr Wan Azizah mengembalikan gelaran Datuk Seri beliau, kerana rasanya ini tidak sesuai dianugerahkan dan memperkecilkan anugerah Datuk yang diberikan kepada Nicol David yang lebih berjasa. Akuilah akhirnya yang perjuangan Wan Azizah adalah untuk suami dan keluarganya, bukan untuk agama, bangsa mahupun tanah air. Kalau anugerah Datuk atas jasa beliau di bidang kedoktoran mata mungkin boleh...

  2. Diharapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi kesempatan untuk keputusan petisyen pilihanraya di Kulim diputuskan sebelum menetapkan tarikh pilihanraya kecil. Mungkin kalau petisyen tersebut berjaya, pilihanraya kecil boleh dilakukan serentak demi mengurangkan beban kos pada rakyat...

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Anwar telah meletakkan syarat kepada dirinya sendiri dan juga sebagai satu simbol hidup dan matinya dalam politik.

Dia kembali ke 'asalnya' di Permatang Pauh untuk mengukur samada dirinya masih diterima oleh pengundi keramat yang akan menentukan masa depannya di politik tanah air, tidak perlu menjadi jaguh di tempat lain kalau tidak mampu berkokok di kampung halaman sendiri. Inilah rasmi Anwar dalam terus berjuang.

Di dalam pemerintahan Dolah yang serba 'flip lop' ini, peranan KJ secara jelas dan di hadapan sangat diperlukan. Bercita cita tinggi seperti KJ sebagai anak muda adalah simbol kekuatan dan bukan satu kesalahan.

Sudah sampai masanya KJ perlu diberi peranan penting dan jelas dalam kepimpinan UMNO dan Dolah, dia perlu di beri peluang dan di adili sebaiknya, adalah kejam untuk kita mensabitkan segala tindak tanduk kerajaan sekarang di pengaruhi KJ tetapi dalam masa yang sama kita agak sinis apabila anak muda ini bersuara.

Dalam politik, bukan siapa yang baik, tetapi yang penting siapa yang pandai, KJ atau Mukhriz.

UMNO PARTI PENJARA said...

saya nak tunggu 2010.

Relax lah..awal lagi ;)


Saya nak tengok najib menang sendiri di pemilihan parti nanti..

Baru best :)

(sori kalau ada yg kecik hati)


KOMEN TERAKHIR SAYA..
NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA.

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Tangential Malay Search Results