- Reaksi Majoriti Kawan-Kawan Dalam UMNO: Memang amnya bersetuju tanpa persoalan. Yang ini tak perlulah saya ulas lagi, sebab dah sesuai dengan naluri UMNO memperjuangkan hak Melayu walau kelihatan ekstrim.
- Reaksi sekumpulan pemimpin UMNO dan juga pengkritik, amnya meminta usul dipanjangkan sedikit kerana cadangan kelihatan terlalu ringkas dan mungkin cetek intipatinya. Ini saya akui kerana untuk dimuatkan dalam sms; akan saya panjangkan lagi di sini.
- Reaksi kumpulan yang merasakan 'Melayu tak perlu kuota lagi', 'Melayu dah cukup pandai' dan 'Lebih baik dibenarkan Melayu bersaing secara terbuka'. Mungkin ini juga pendapat yang sebenarnya dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mengemukakan ide memberi kuota 20% kemasukan bukan Melayu ke UITM sewaktu berkempen untuk undi kaum Cina di Permatang Pauh.
Ingin saya tangani dahulu Reaksi 3. Walaupun saya setuju ramai orang Melayu dan Bumiputra yang cukup mantap perisian awal pendidikannya sehingga boleh bersaing dengan pelajar bukan Bumiputra, ini amnya merangkumi anak-anak keluarga berkelas menengah (middle class) ke atas yang lazimnya bermastautin di bandar atau sesetengah pekan besar.
Kalau dilihat secara menyeluruh, terlalu ramai Bumiputra, baik di luar bandar mahupun dari kalangan miskin di kota (urban poor) yang perisian pendidikannya masih belum cukup untuk bersaing secara langsung dengan pelajar bukan Bumiputra. Ini bukan sebab kurangnya kebolehan minda Bumiputra, tetapi hasil terbatas peransangan fikiran kerana pendapatan keluarga tak cukup untuk membiayai buku-buku, komputer, aktiviti pelajaran luar sekolah dan sebagainya.
Faktor budaya antara kelas pendapatan juga suatu perkara yang mempengaruhi kebolehan bersaing. Amnya, anak-anak Melayu dan Bumiputra yang dimanfaatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan mungkin juga akan menghargai cadangan ini, tidak dapat mengalami budaya mengejar ilmu di rumah kerana situasi keluarga yang terperangkap dalam budaya rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Inilah sasaran DEB dan juga cadangan seumpama yang saya kemukakan.
Seorang pemberi komen blog menyatakan yang anak Bumiputra yang dilindung kuota umpama singa dikandang yang gemuk tetapi lemah berbanding anak seekor singa yang kurus di hutan. Masalahnya, perumpamaan itu kurang tepat, kerana anak-anak kita amnya singa yang tempang pada lahirnya, kerana kurang perisian pendidikan, yang bakal maut jika dilepas terus ke hutan. Harus dikandang dahulu sehingga sembuh tempangnya sebelum dilepas bersaing di belantara.
Sekarang kita bergerak ke Reaksi 2, yakni sama ada cadangan tersebut pada lahirnya terlalu cetek perisian untuk dibawa ke hadapan. Saya bersetuju yang cadangan ini haruslah diberikan sedikit lagi, dan saya mengatakan ini Bab 1 kerana mungkin dengan maklum-balas, boleh kita perincikan bersama.
Pertama, kenapa 30% kepada Melayu dan Bumiputra sahaja. Bangsa dan golongan lain tak ada yang miskinkah?
Saya memberi tumpuan kepada cadangan untuk kebaikan Melayu atas tanggungjawab saya sebagai seorang pemimpin akar-umbi Melayu. Tetapi saya juga menyolong jika ada yang mencadangkan kuota juga untuk kaum India - katalah 7% minima, berdasarkan demografi, sebab yang miskin tegar di kalangan kaum India pun ramai. Kalau nak berikan kepada kaum Cina susah sikitlah, sebab sebagai satu komuniti, mereka cukup kaya dan takkan lah nak perlu kuota!
Malah, apa kata kita adakah kuota lebih tinggi untuk IPTS di Sabah dan Sarawak, di mana miskin tegar Bumiputra pun terlalu ramai. 50%?
Dari segi praktiknya, bagaimanakah kuota 30% IPTS boleh dijadikan kenyataan?
Ini bukan perkara rumit. Kerajaan hanya perlu memasukan kuota tersebut sebagai syarat perlesenan IPTS dari tahun ke tahun. IPTS sendiri boleh usahakan dengan bank-bank untuk memberi pembiayaan pelajaran kepada pelajar mereka. Apa salahnya juga sekiranya PTPTN juga membenarkan pinjaman untuk ke IPTS. Tetapi PTPTN haruslah menghadkan bantuan supaya setara dengan pembayaran ke IPTA. Ya lah, takkan PTPTN nak tolong taukeh IPTS menjadi lagi kaya!
Menarik sekali, para pelajar Melayu dan Bumiputra akan didedahkan kepada pelbagai sumber kewangan untuk menyambung pelajaran atas usaha IPTS untuk mencapai kuota! Sumber tersebut mungkin tiada dalam fikiran pelajar tersebut sekarang kerana masalah budaya pembelajaran yang diperkatakan. Ini akan saya panjangkan lagi dalam Bab 2 Insya'Allah, memandangkan sudah ada maklum-balas tentang masalah ketidak-mampuan Bumiputra membayar yuran IPTS.
Tidakkah ini akan merugikan golongan bukan Bumiputra?
Tidak! Kerana menurut imbangan Pembekalan dan Permintaan atau 'Supply and Demand', sekiranya masih ada kehendak dari pihak yang mampu membiayai pendidikan ke IPTS dari golongan bukan Bukiputra, jumlah atau saiz IPTS tentu akan dikembangkan! Malah, cadangan ini mungkin memperkayakan lagi sistem pendidikan tahap universiti kita!
OK lah, akan saya sambung lagi selepas mendapat maklum-balas, Insya'Allah...
6 comments:
Saya tak suka berfikir dan hanya mengikut kata kata ketua kita. Kan senang.
Industri Pendidikan adalah satu bentuk perniagaan yang berpotensi maju dan menguntungkan. Seperti juga sukan, seharusnya ciri ciri perkauman diketepikan dengan memberi hak samarata untuk rakyat mendapatkannya.
Mengadakan kuota untuk tujuan mengawal bukan pilihan yang baik apalagi kalau ia mendatangkan kerugian kepada pengusahanya.
Semakin rakyat berpendidikan, berilmu, negara akan terus maju dan setiap bangsa di bumi Malaysia akan menikmati keuntungannya. Hanya bangsa yang malas akan ketinggalan, hanya kerajaan dan pemimpin yang korupsi akan tidak dapat lagi undi.
Kerajaan perlu mmberi fokus ketat tanpa kompromi kepada KUALITI lepasan IPTA/S dan menggalakkan pembukaan IPTA/S dengan kuantiti yang memenuhi keperluan pasaran. Kerajaan dengan kerjasama swasta perlu mengadakan mekanisme bagaimana bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/pinjaman/geran/dll dapat disalurkan kepada setiap pelajar untuk membiai kos pendidikan.
Pelaburan kerajaan dan juga swasta dalam bidang pendidikan sebenarnya tidak pernah ada kerugian dalam jangkapanjang. Ia merupakan infrastruktur kepada pemangkin ekonomi.
Hari ini, dalam situasi sekarang, cuma kita memerlukan kerajaan yang ikhlas dan bijak untuk tangani semua isu. Isu2 yang kita lewati sekarang inipun bukanlah isu rumit atau yang tidak pernah kita lalui sebelum ini tetapi kerana kerajaan sekarang terlalu 'LEMAH' maka isu walaupun kecil menjadi besar dan panik di kalangan rakyat.
Isu hak Melayu yang kian terhakis adalah 'lagu' UMNO untuk mendapat sokongan setelah hampir kehilangan kuasa. Cadangan KUOTA adalah cadangan alternatif yang karut untuk kerajaan mendapatkan dan memberikannya secara percuma menggantikan subsidi.
Jangan cuba cuba jadi 'hero' atas langkah dan cadangan yang 'mundur' ini.
1. Memang satu cadangan yang bagus tetapi jangan longgarkan peraturan bagi pelajar bukan Bumiputra masuk keUiTM. Semangat Ketuanan Melayu dan crri-ciri survival perlu ditekan kepada pelajar-pelajar UiTM untuk meningkatkan prestasi mereka.
2. Cadangan 30% Quota Bumiputra IPTS lebih sesaui dikhaskan untuk jurusan atau bidang yang tidak terdapat diUiTM. Mutu jurusan-jurusan professional yang sedia ada diUiTM patut dikemaskini dan dipertingkatkan untuk relevansi dan daya saing masakini termasuk selaras dengan yang ada diIPTS.
3. Masaalah utama – Fasih Bahasa Ingris. Ramai pelajar Bumiputra lepasan tingkatan 5 kurang fasih dalam bahasa Ingeris dari segi lisan atau pun penulisan. Olih demikian, sekira mereka didedahkan kepada tahap Bahasa Ingeris yang telalu tinggi seperti yang terdapat dalam IPTS, mereka mungkin terkejut atau terkaku sehingga menyebabkan mereka kurang yakin diri. Kita mesti ingat bahawa Bahasa Ingeris memang kurang digalakan oleh setengah ibu bapa yang hanya mementingkan pertuturan Bahasa Malaysia dan ada yang juga tidak langsong mengalakkan anak mereka cenderong dalam Bahasa Ingeris.
Oleh yang demikian, walaupun pinjaman atau scholarship boleh disediakan dengan mudah, anak muda kita yang kurang fasih dalam Bahasa Ingeris pasti akan gagal diIPTS dan kita harus bertanggung jawab. Mengalakkan lebih ramai pelajar Bumiputra ke IPTS patut dimulakan hanya selepas anak muda kita fasih dalam Bahasa Ingeris. Pengunaan Bahasa Ingris harus digalakan diperingkat persekolahan dan juga dirumah. Kalau tidak, anak muda kita lebih selamat terus berada diUiTM. Walaupun tempoh jangka masa yang lebeh panjang untuk menamatkan pelajaran, anak muda kita akan akhirnya mendapat degree/ diploma mereka.
Sebagai contoh, pelajar UiTM akan mengambil 3 tahun untuk mendapat diploma accountancy dan dua tahun lagi untuk degree. Pelajar diIPTS seperti Segi College hanya mengambil 2 tahun untuk diploma dan setahun lagi untuk degree; degree itu pula diiktiraf seluruh dunia seperti CPA (Certified Public Accountants Australia). Bila disbandingkan mutu Bahasa Ingeris yang digunakan diIPTS, ramai anak muda kita diUTM tidak dapat tandingi persembahan mutu setinggi itu.
4. Terdapat beberapa insituisi antarabangsa yang hanya akan memberi kelongaran dalam beberapa mata pelajaran (exemption) kepada institui yang terbuka kepada semua bangsa. Instituisi antarbangsa ini mengunakan prinsip human rights untuk menekan bangsa kita untuk menerima falsafah cara hidup mereka. Oleh demilkian mereka yang menuntut diUiTM mungkin kurang dapat menafaat tersebut jika dibandingkan dengan mereka yang menuntut diIPTS. Walaubagaiman pun kita tidak harus tunduk kepada tindak tanduk kejahilan ini dan terus mencari jalan lain supaya gradaun UiTM boleh meneruskan pendidekan mereka sekiranya mereka mahu.
5. Satu lagi rintangan yang amat susah dielakan dan yang merosakkan prestasi pelajaran anak muda kita ialah impak gejala-gejala dunia yang buruk seperti dadah, melepak, seks, merempek dll. Ianya juga berluasa diluar Bandar. Oleh yang demikian, unsor unsor tidak baik ini harus ditandinggi dengan lebih teliti dan hebat.
Maaf abe MIE, tetapi komen abe, walaupun menarik, agak terlari dari topik, maka haruslah dipadamkan. Harap abe dapat terus melayar dan memberi komen yang lebih relevan dengan topik
Kuantiti IPTS hatta IPTA sekalipun jika mencakupi pasaran masih tidak memadai jika peluang pekerjaan tidak dicipta melebihi pasaran atau memenuhi pasaran.
Isu kemiskinan atau ketinggalan bukan bergantung semata mata kepada isu pendidikan, soal pegangan ekonomi juga memainkan peranan. Sebab itulah isu perkauman tidak harus dimainkan di peringkat pendidikan kerana ia menjejaskan dan dimainkan pula di peringkat pekerjaan yang majoritinya di malaysia dipegang oleh kaun China dan perkhidmatan di peringkat kerajaan sudah statik dan mungkin mengecut. Lanjutan umur persaraan ke tahap 58 tahun merupakan langkah mundur dan menahan peluang graduan baru memasuki perkhidmatan awam. Dalam usia emas di bidang bukan kemahiran, sumbangan dayamaju mereka amat tidak produktif.
Sudah sampai masanya di Malaysia, semua kaum tidak menuntut apa yang tiada dalam perlembagaan negara, apa yang sudah menjadi hak kepada kaum tertentu wajar dihormati dan diikuti. Memadailah perkuatkan perpaduan Malaysia dengan berkongsi kek yang cukup besar, tidak ada isu tambahan permintaan dari kaum tertentu dalam perkongsian kek ini.
Semua kaum perlu bekerja keras dalam peluang yang sedia ada. Yang tertinggal hanya yang malas.
Post a Comment