Saturday, August 16, 2008

Cadangan Kuota Minimum 30% Pelajar Melayu & Bumiputra Di Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Berikut adalah draf sms saya kepada Ketua Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia.

Saudara Ahmad Ikmal. Bagi mengimbangi kedudukan kuota 55% Bumiputra sahaja di IPTA tempatan berbanding 45% bangsa lain & mengubat hati umat Melayu yg terluka hasil cadangan 10% kemasukan UITM dibuka kepada bukan-Melayu, ingin saya mencadangkan di sini Kuota Minimum 30% Pelajar Melayu & Bumiputra Di Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta, sesuai dengan prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Memandangkan kedudukan & kelantangan suara saudara dalam isu-isu tersebut, saya percaya usul berikut bakal dibawa ke Perhimpunan Agung kelak & membuah hasil.

Ikhlas,
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi
Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi

16 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Cadangan itu tidak masuk akal sama seperti cadangan tanam padi di atas bumbung..

Patutlah sekadar jadi Ketua Pemuda cawangan sahaja, idea sengal..

Jangan sampai idea ini sampai ke pengetahuan KJ, buat dia gelak besar sahaja..

sebenarnya said...

apa salahnya kalau cadangan ini dilakukan, tapi saya rasa pemimpin umno atau menteri yang menjaga hal ehwal perlajaran ni biasanya nak jaga periuk nasi poket diri sendiri saja! bukannya nak tolong rakyat sgt pun, exco biro berkenaan tiba2 saja muncul melenting pun pelik juga, knp selama ni tak melenting? inilah sifat org kita, bila kena jolok jea baru nak tunjuk taring, bila ada org kita bg cadangan lain sikit, dah nak kata tak masuk akal! seeloknya kita sama2 perah otak fikir apa yang nak buat untuk anak cucu kita nanti...............

Unknown said...

Rasanya bab pendidikan ni, tak perlula kita berkouta-kouta lagi.. rasanya orang Melayu banyak yang dah pandai-pandai... pada pendapat saya la, walaupun di hapuskan kouta tu, melayu tetap teramai kat pusat pengajian tinggi. Takkan ada orang boleh keluar dengan statistik mengatakan sebaliknya pasal mereka tahu, ini kenyataan yang betul..iaitu bangsa Melayu sekarang ramai dah pandai bijaksana dan Melayu tak perlukan lagi kouta di pusat pengajian tinggi.

Yang kita harus fokuskan ialah bagaimana nak tambah lagi universiti yang bagus, perbaiki mutu pendidikan dan penyelidikan. Kita juga harus fikir apakah mekanisme yang bagus supaya semua orang miskin (tak kira bangsa mana) dapat melanjutkan pelajaran mereka.

Ada banyak lagi isu yang perlu ditekankan untuk membantu orang melayu selain menekankan isu kouta ini. Contohnya macam
1) Penekanan untuk menguasai bahasa Mandarin, Arab dan English.
2) Mentaliti berniaga lebih baik dari bekerja

Sesebuah bangsa akan maju apabila mereka punyai daya saing, cukup pendidikan dan pengalaman (sejarah).

Jika bangsa melayu sentiasa diberi tongkat, ia memperlahankan momentum untuk jadi maju.

Saya tidak kata saya tidak hargai DEB.. saya sendiri dibesarkan dalam DEB. Saya akui DEB banyak bantu saya. Saya mahu DEB terus bantu Melayu tapi dengan cara yang baru. Melayu perlu lebih maju dari apa yang kita lihat dan kecapi sekarang.

Unknown said...

Sudahlah kluangman...berhentilah menjilat KJ..guna kan akal kamu yang panjang untuk berhujjah..dan jangan lah nampak kelemahan orang lain sahaja...kelemahan sendiri pun harus di lihat juga. Naik bosan dengan ahli politik kelas ketiga ni.

frossonice said...

Tak perlu ada kuota lagi. barulah melayu lebih rajin untuk berusaha dan bersaing.

seperti harimau di kandang zoo dan harimau di hutan. harimau dalam kandang memang kenyang kerana disuap makan tapi pastinya tidak segagah harimau di hutan yang mungkin lebih kurus tapi pastinya jauh lebih kuat kerana sentiasa berusaha gigih...

whackthembugger said...

Nay, sebagai bekas pelajar UiTM dan sekarang mempunyai dua anak yang menuntut diUiTM Segamat dan Melaka (Alor Gajah), saya syorkan bahawa UiTM sentiasa dikhaskan untuk warga Bumiputra sahaja dan tidak patut dibuka kepada bukan Bumiputra walaupun 1 (satu) peratus. Pada tahun hadapan, insha’alah anak ketiga saya juga akan menuntut diUiTM.

Mendapat degree atau diploma pertama ialah pendekatan kerjaya pada phasa pertama dan semua pelajar Bumiputra harus diberi peluang tersebut dengan menuntut diUiTM sekiranya mereka mahu. Selepas berjaya diUiTM, mereka boleh terus berkerja dan/ atau pun melanjutkan pelajaran ditempat pengajian tinggi yang lain, didalam atau luar negeri. Harus dimaklumkan beberapa jurusan diUiTM sudah diiktiraf sebagai terbaik diMalaysia dan pelajar lepasan UiTM sangat dan sentiasa dihendaki olih majikan kerana jurusan professoinalismanya (termasuk pengiktirafan/ kerjasama dengan instituisi pelajaran luar negeri). Apa yang perlu ialah membanyakkan perluang kerjaya kepada pelajar pelepasan UiTM dipasaran swasta.

Sesiapa yang berpendapat dengan memasukan pelajar bukan Bumiputra akan memperbaiki prestasi pelajar Bumiputra sebenarnya menipu diri sendiri. Apa yang harus dipupukkan kepada pelajar UiTM ialah mencabar or mempersaingkan kemampuan diri mereka sendiri supaya lebih berjaya (melalui krusus motivasi) serta memberi ekposure yang berkaitan

Mempersaingkan dengan bangsa lain sudah dapat berlaku di sekolah sekolah menengah dimana pelajar Bumiputra dapat berinteraksi dengan pelajar bukan Bumiputra; tidak perlu melanjutkan persaingan seumpamanya diUiTM.

Mengawal pengeluaran pelajar Bumiputra professional melalui satu master instituisi seperti UiTM memang sudah terbukti hasilnya. Membuka UiTM kepada bangsa lain dan memperolehi kuota Bumiputra di tempat pengajian tinggi swasta yang lain mungkin akan memberi masaalah yang tidak dapat dikawal dengan sempurnanya termasuk mutunya dan kelakuan pelajar.

ketam said...

Just wonder kenapa anwar,keluarga dia dan semua penyokong da yg beragama islam bermati-matian mempertahankan PERAKUAN BERSUMPAH BALA,RAJA PETRA,DR MYANMAR tetapi menafikan sekeras-kerasnya PENGAKUAN BERSUMPAH yang dibuat oleh SAIFUL dengan nama ALLAH??
Adakah mereka lebih percaya PENGAKUAN BERSUMPAH Mahkamah daripada PENGAKUAN BERSUMPAH dengan nama ALLAH??

alhadee said...

Cadangan itu tidak masuk akal sama seperti cadangan tanam padi di atas bumbung..
=========

Hahahahaha

Hang memang kelakar la kluangman.

Dah bagi tau KJ tak? Aku pun dah tergolek2 gelak baca cadangan nie. Sama seperti first time baca cadangan tanam padi atas bumbung.

Mungkin IQ nie inherit dari keturunan kot.

Pak Malau said...

Cadangan tu tak berapa lengkap bagi aku. Apa kata syarikat-syarikat swasta,tak kira milik siapa, semua level dari pekerja bawahan sampai peringkat pengurusan diwajibkan melaksanakan kouta ini.

all about food said...

saya bekas UITM and why can't these people leave UITM alone. dah puas bansga melayu di robak robek, di lacur, dan di perguna oleh pemimpin untuk kepentingan diri politik masing-masing. i just really upset with whole scenario of malaysian politik. i wish malaysia is still tanah melayu yang mana orang melayu adalah unggul dan lain cuma sebagai residence saja.

Quantum Metal Consultant said...

Kenapa kita masih cakap pasal 'Melayu' ketika teras perjuangan UMNO itu sangat sangat tidak relevan sekarang.

Memperjuangkan Melayu yang mengakibatkan orang lain memperjuangkan kaum masing masing adalah langkah mundur, tidak mempunyai penghujung, tidak menjadi titik pertemuan keadilan sejagat.

Ugama harus menjadi teras kepada semua kerana setiap ugama memperjuangkan keadilan, berbaik dan harmoni. Dengan cara ini Islam boleh berkembang dan didakwah dengan cara baik, manusia juga berpeluang dari ugama lain untuk berhijrah ke Islam untuk mendapat sama hak di sisi Tuhan, kerana taqwa sahaja yang membezakan setiap manusia ini tanpa mengira bangsa.

Bayangkanlah jika anda dilahirkan sebagai seorang Melayu, mampukah anda menukar status sebagai bangsa lain, begitulah juga sebaliknya. Perjuangan ke arah 'memenangkan' kaum sendiri bukanlah perjuangan tulin sebaliknya akan menimbulkan prasangka buruk dan sengketa dendam yang berterusan.

Marilah kita mencari realiti, jika anda seorang Islam Melayu hari ini mempunyai kawan Islam India, adakah anda mempunyai prasangka buruk terhadapnya seperti sekarang ( jika dia India Hindu )..jawablah dengan ikhlas.

Jelas Islam boleh menyatukan jika kita mengambil itu sebagai teras, perjuangan demi Islam, berjaya atau gagal, tetap murni dan 'syahid', InsyaAllah..

Quantum Metal Consultant said...

UMNO hanya perlu menukar dengan mendahulukan Islam sebagai teras dan perjuangan, selepas itu semuanya berjalan dengan baik walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyingkirkan saki baki pemimpin sekarang yang Islam tetapi unIslamic.

whackthembugger said...

One need not show off oneself as a Muslim to fight for the rights of Muslims and in this case the Malays as a race. We Muslims are individually judged by our deeds and answerable directly to Allah based on our individual intentions and actions, thus our association as a branded Muslim party may not necessary lead us to the right path. Even via a racial party and racial based politics like UMNO, we individually and as a grouping can assist other fellow Muslims and appreciate the rights of Non-Muslims; that’s the beauty of Islam for we have been made from different races with the sole purpose of submission to Him. Allah is most kind in telling us that if we don’t have resources in spending in His ways, we can do so by chanting via dzikir and other similar actions.

I am sure one can find in Islam’s rich history how Islamic based parties have disintegrated, degenerated and their religious ideals come to naught after temptation and corruption for the lust of the worldly have crept in. In Islam, it is said “There’s no compulsion in Religion” and there are many righteous ways in approaching His path. Let us Malays as Muslims be united, not get ourselves vary of polemics and be realistic in recognising each capabilities as kalifahs in this temporary abode called Malaysia.

Unknown said...

Kluangman. Terima kasih kerana menghidupkan ruang diskusi di sini. Saya rasa lebih baik saya merujuk kepada ahli tentang kekeliruan saudara apabila memisahkan antara perjuangan Melayu dan dakwah Islam di Malaysia. ABIM jelas mempertahankan kedudukan Melayu dalam usaha dakwah Islam-nya.

Tak percaya? Rujuklah:
http://www.malaysiakini.com/news/88009
http://www.abim.org.my/component/content/article/21-e-akhbar-abim/306-hormati-hak-orang-melayu-seminar-abim-lulus-enam-resolusi.html

msleepyhead said...

By continuously implementing any quota whatsoever is just saying the education system is a failure in that it is unable to produce competitive, capable individuals after 11 years of schooling up to SPM.

At the same time you are appointing yourself to speak on behalf on all bumiputeras who may or may not want the quota and admitting that, yes, we are a weak race and without the quota none of us will be good enough to enter university on our own.

Why not ask the IOC to provide a quota for the Olympic Games as well and that 30% of the members of the Olympic contingent should be bumiputeras. Why stop at education?

Stop saying you are weak or have been trampled by others. If someone is good, you find out what makes them good and work harder than them. You want university entrance but you do not wish to compete on equal terms set by the education system helmed by no other than your own people. It is no different than sports, if you can't qualify to reach the finals, it simply means you're not good enough, go back and reflect on your performance, train harder and come back again. Nobody gives a twinkie to any excuses you may have.

The Portuguese, Dutch and Brits all came and left. Not much has changed in 500 years have it.

Unknown said...

SATU CADANGAN YANG AMAT BODOH, TAHUKAH KAMU KENAPA ORANG MELAYU TIDAK INGIN BELAJAR DI IPTS...DUA PERKARA YANG PENTING 1. KOS BELAJAR DI IPTS SANGAT TINGGI DIBANDING DENGAN KOS MEMBELAJAR DI IPTA (KAMU TAK AKAN FAHAM SEBAB KAMU ANAK TAN SRI) 2. BAHASA PENGANTAR DI IPTA ADALAH BEHASA INGGERIS, SEBAB TUH BUDAK MELAYU YANG MASUK KE IPTS PUN LARI SETELAH SATU PENGGAL.

Tangential Malay Search Results