Thursday, December 18, 2008

Dendam Musa Hitam, Rakusan KJ Merobek Jantung Sang Miskin Sementara Pak Lah Rela Senyum Kambing...

Siasatan lanjut tentang isu penswastaan IJN mendedahkan 2 persona yang memacu cadangan tersebut:

  1. Cadangan pengambil-alihan IJN khabarnya diketengahkan ke pengurusan Sime Darby oleh Pengerusinya sendiri, Tun Musa Hitam. Tun Musa mungkin tak sabar untuk terus melanjutkan dendamnya terhadap Tun Dr M dengan memunahkan suatu lagi sumbangan pemimpin yang diderhakainya dahulu. Lihat sahaja bagaimana Tun Musa sedia menyokong usaha Pak Lah membatalkan Jambatan Bengkok dahulu dan menangkis teguran Tun.

  2. Dikhabarkan Tun Musa bergerak atas cadangan Khairy, yang walaupun kini sibuk mengejar undi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan baru dapat anak baru, terlihat berbincang ligat dengan pihak pengurusan IJN. Hanya satu perkara sahaja yang mungkin menarik perhatian KJ dari pengejaran kuasa dan keluarga, DUIT! Kemungkinan besar usaha pembelian IJN akan meraih komisyen lumayan kepada bank teman-teman KJ, seperti BII dahulu...

Ini menimbulkan beberapa lagi persoalan:

  1. Tun Musa Hitam dan KJ ni tak terfikir ka yang IJN dan khidmat kesihatannya kepada pegawai kerajaan serta orang-orang miskin sepatutnya dianggap terlalu murni untuk dicemar dendam atau dihakis kerakusan mereka! Pemimpin apa berfikiran dan bermoral rendah macam ni?

  2. Kalau Sime Darby, malah Pengerusinya sendiri yang mencadangkan ide pincang ini, kenapakah pihak media pada awalnya menuding jari ke arah Kementerian Kewangan. Nak humban lumpur atas nama baik Datuk Seri Najib sama ka depa ni?

  3. Adakah Datuk Shahrizat Jalil sebagai bekas menteri yang memantau kebajikan dan, lebih penting lagi dari segi percaturan politik Melayu, calon Ketua Wanita UMNO serta isteri Pengerusi IJN akan bertindak dibalik tabir untuk membatalkan cadangan ini? Atau adakah kemungkinan isu ini akan dibiar digunakan oleh Tan Sri Rafidah untuk menyerang Datuk Shahrizat?

Diharapkan Datuk Seri Najib dapat menutup sebaik-baiknya isu ini supaya tidak diperkatakan lagi yang kerajaan BN sudah hilang arah dan terus mengaibkan rakyat walaupun di ambang peralihan kuasa...

5 comments:

  1. Tok Najib menerima rasiko kemarahan Rakyat . Sampai bulan march nanti Musa Hitam dan pengerusi IJN perlu ditamatkan kontrak mereka . Najib perlu memperbaiki imej beliau . Message yg terbaik Musa Hitam dan Pengerusi IJN perlu diberhentikan sebelum menjelang tahun 2009.

    ReplyDelete
  2. AKRAM.. HANG LONDEH BAGI SEMUA TENGOK... DI SEBALIK TABIR TU PELIK2 SANGAT... SAYANGNYA ADA LAGI BANGKAI-BANGKAI UMNO YANG HENDAK DI CIUM AHLI UMNO SENDIRI...

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:13 pm

    Tak ada sebarang usaha ke untuk perhalusi apa dia tujuan dan matlamat penswastaan IJN dari segi luar konteks politik? Rata2 orang ramai mengaitkannya dengan politik. Cuba kaji dahulu dari segi positif penswastaan itu. Kemudian, buat ulasan yang benar2 menumpukan aspek kebaikan, bukannya politik semata2. Kembangkan fikiran, luaskan minda..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:58 am

    Saudara,

    Saya harap saudara boleh menggunakan logo "Selamatkan IJN" (berbentuk jantung yang dipanah) dalam blog saudara. Logo itu boleh didapati dalam blog rocky bru atau di http://simedarbywatch.blogspot.com

    Salam

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:34 am

    Musa Hitam sebenarnya masih bermain politik walaupun sudah bersara dari politik. Dendam politiknya tak pernah pudar dan apabila ada peluang dia pasti akan melepaskan buah keras terhadap musuhnya untuk melepas dendam kesumat yang bersarang dalam hatinya. Bagi saya Musa Hitam lebih merbahaya dari komunis tapi bawah sikit dari bahaya Anwar..
    Namun jasanya tetap dikenang..

    ReplyDelete