Wednesday, December 17, 2008

Jantung Bakal Dirobek Dari Badan Penduduk Termiskin?

Buat pengetahuan semua yang melayari blog yang tak seberapa ini, kerajaan Pak Lah kini merancang untuk menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada syarikat swasta Sime Darby. Yang menjadi tanda-tanya adalah, kenapa?

Alasan yang diberi adalah kerana terlalu ramai doktor yang meninggalkan IJN untuk bekerja di hospital-hospital swasta. Namun kenyataan ini menyembunyikan fakta yang ramai doktor lama bertaraf Profesor dan 'Guru' bedah jantung masih kekal gembira di IJN. Mereka cukup matang dan sudah pun lumayan hidup maka melihat khidmat mereka di IJN sebagai kesempatan mencurah budi kepada rakyat dengan merawat sambil mengajar sekaligus mendalami kepakaran tersendiri.

Yang ramai meninggalkan IJN itu merupakan anak didik mereka yang masih tercari-cari rezeki lumayan. Namun begitu, ada segelintir, terutama yang terbaik antara kaum doktor IJN muda kekal disamping guru-guru mereka, berkhidmat, mengejar kepuasan fikiran tanpa mementingkan wang ringgit. Para doktor muda pula ramai berpusu-pusu, berbaris untuk memasuki IJN untuk berguru di sana. Maka tidak benarlah gambaran yang IJN semakin ketandusan doktor pakar.

Ada juga dipersoalkan kenapa IJN, yang diasaskan oleh Tun Dr M untuk memberi khidmat rawatan jantung kepada masyarakat miskin kini ingin dijual ke pihak swasta yang usahanya memerah setiap sen keuntungan dari 'pelanggan'... ya, bukan pesakit, tetapi 'pelanggan'... Wajarkah diharapkan syarikat swasta, walaupun ianya Sime Darby, sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), untuk memberi khidmat masyarakat yang begitu besar sekali?

Saya ada teori saya sendiri. Dikatakan ide ini dibuahkan di Kementerian Kewangan sendiri. Mungkinkah kerajaan Malaysia kini begitu kesempitan wang akibat krisis ekonomi serta keborosan dan kelembapan penjanaan ekonomi baru sepanjang kerajaan 3-beranak Pak Lah memerintah yang institusi sosio-ekonomi seperti IJN pun perlu dilelong?

Kemungkinan kedua adalah ini juga satu strategi untuk memburukkan pengendalian Kementerian Kewangan pada masa Datuk Seri Najib menjadi menterinya. Kita belum lagi melihat pengesahan ide ini bertunas dari Kementerian tersebut, tetapi kini diwar-warkan oleh media-masa yang suka mencanangkan khabar-angin negatif tentang bakal Perdana Menteri kita.

Oleh itu saya berharap benar Datuk Seri Najib atau para pegawai setianya memberhentikan terus cadangan yang kurang wajar malah kata-khabar tentangnya sekalipun kerana ia kian memincangkan agenda kemasyarakatan Barisan Nasional. Kekalkanlah IJN di tangan kerajaan untuk kepentingan masyarakat termiskin...

6 comments:

  1. Janganlah jadi rakyat yang asyik merayu dan meminta minta kepada kerajaan yang rakyat sendiri telah pilih PRU12 dahulu.

    Janganlah minta simpati case by case. Terlalu 'selekeh' untuk terus bersikap demikian.

    Jika kerajaan mahu membuat apa apa keputusan, kita harus 'tengok dan lihat' dan bersedia samada dengan wang ringgit (untuk kes ini) dan seterusnya bersedia untuk menumbangkan kerajaan sekarang di hari yang akan datang.

    Terlalu banyak 'kelemahan' kerajaan hari ini rasanya dan terlalu penat untuk kita menasihat dan berhujah, lantak dia..

    Kita buat keputusan bila masa hak kita sampai.

    ReplyDelete
  2. Di TV sekejap tadi Najib tidak menafikan akan menswastakan IJN tetapi berjanji akan menentukan caj kepada pesakit tidak akan membebankan rakyat.... Boleh pakai ke?. Dulu semasa bekalan letrik, air, telekomunikasi diswastakan jajji macam tu jugak

    Harapan BN menang di KT semakin jauh. Najib pun macam tak boleh pakai!

    ReplyDelete
  3. bagi ja kat sime semua apa yang ada.... dah gasak NCER berjuta2... petani tengok projek billion2, boleh tengok jaaaa.... nak tolong petani?????????? hampas.

    ReplyDelete
  4. Ini memang kes tikus membaiki labu!

    I wonder who originated the idea?

    I wonder who is going to be the main adviser? CIMB? Aseam? AM?

    I for one, cannot phanthom the value proposition on this deal apart from giving the national treasury to Sime Darby, just for it to make it worse. Deja vu

    It also appears as if this a corporate proposal for the sake of having a corporate proposal. Look at synergy drive, it was a proposal, but that was all. after the exercise, no efficiency increased, no profit getting better. But the advisers gets away with millions of advisory fees.

    Apa diorang ingat kita ni bodoh sangat ke?

    http://diataspagar.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. I've written this piece entitled Najib Statement On IJN Doesn't Jive.

    Would appreciate if you or anyone could double check and confirm the insider info exposed.

    ReplyDelete
  6. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

    ReplyDelete