Saya tengah memilih isu untuk menyambung semula penulisan di sini; memang agak susah memilih, Bukit Antarabangsa lah, Sekolah Satu Aliran lah. Tetapi tercetus pula niat di hati untuk bercerita tentang usaha memekakkan telinga Pemuda, terutama sekali Perwakilan untuk pemilihan bulan Mac ini dari mendengar pendapat orang-orang lama.
Memanglah, begitu ramai yang ingin membisukan 'orang lama' paling glamer, Tun Dr M. Kata-katanya bukan sekadar pedas untuk sesetengah pihak, tetapi juga jitu dan sedia diterima-pakai oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia, apatah lagi orang-orang UMNO. Kini, terlihat usaha membisukan 'orang lama' lain, baik yang sudah bersara seperti Ayahanda saya, Tan Sri Sanusi Junid mahupun yang masih segar aktif seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Orang-orang lama berjasa ini diherdik dan dituduh macam-macam, semata-mata untuk menghindar dari suara mereka didengari. Namun 'penutup mulut' orang lama ini mungkin terlupa atau bertuankan mereka yang begitu dahagakan kemenangan sehingga sanggup meneruskan perceraian generasi muda Melayu dari sejarah. Perceraian inilah antara ancaman yang memincangkan pergerakan Pemuda UMNO sekarang.
Tanpa sejarah, apakah kita? Bagaimanakah Pemuda bakal mempertahankan maruah, hak dan kepentingan Melayu tanpa memahami sejarah perjuangan kita sehingga ke hari ini. Apakah harta dan kuasa mencukupi untuk memperkasakan barisan kita, jika tiada semangat waja dari kesedaran akan hak yang bersandarkan sejarah? Iman mungkin membawa kemurnian pada diri, tetapi konteks duniawi tidak harus ditinggalkan, dan ini hanya boleh wujud dengan sejarah.
Mungkinlah kelompok anti-sejarah ini cukup sedia membisukan 'orang lama' kerana mereka pun bukanlah Melayu sebenarnya. Maka pada mereka, buat apa sejarah, yang penting hanya kuasa dan harta semata-mata. Biarlah anak muda pun menidakkan suara berpengalaman dari zaman keunggulan UMNO, sebab pada mereka, biarlah temberang meleluasa, biarlah sejarah kita sampai dah nak hilang, asalkan mereka sendiri Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Inilah yang dikatakan 'Orang-Orang Putus Jari, Datang Membawa Minyak Tanah Dan Korek Api' dan harus 'Kita Tentang, Kita Pijak, Sampai Lumat, Kerana Ia Menyalahi Hakikat...' Wallahualam...
Salam Saudara,
ReplyDeletePemuda Umno perlu di perkasakan dengan ilmu sejarah yang mendalam tentang segalanya asas perjuangan UMNO. Ada kedapatan yang buta tentang perjuangan dan sejarah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang kita dahulu.Harpan saya kiranya Saudara menang ,InsyaALLAH buatlah sesuatu untuk pemuda mengenai sejarah perjuangan kita.Saya berpendapat kiranya kita masak, penuh dan beriisi dengan pengetahuan sejarah barulah api perjuangan lebih marak lagi.Good luck to you bro.
salam...
ReplyDeletelama-lama sekali pun booooommmm...ha ha ha... tuunggu lagi... kita runtuhkan keangkuhan seperti runtuhnya bikit antarabangsa...
Sejarah bukannya semata-mata dapat dipelajari sebagai subjek di institusi pendidikan. Sejarah lebih berkesan diterapkan dari generasi terdahulu ke generasi kemudian melalui saluran tidak rasmi iaitu sebagai tradisi keluarga. Tercerainya sejarah dari generasi muda masa kini bukanlah tanggung jawab sistem pendidikan formal semata-mata tetapi lebih kepada perubahan cara hidup yang dialami oleh masyarakat sekarang. Himpitan ekonomi menekan tradisi keluarga untuk berubah, membataskan interaksi orang tua dengan anak-anak, seterusnya menghakis peluang untuk sejarah diperturunkan dari generasi lama ke generasi baru berlaku. Tanpa sejarah, generasi kini terkuntang kanting mencari jatidiri. Tanpa sejarah, mereka akan hilang semangat mempertahankan diri. Tanpa sejarah, mereka akan sesat dalam dunia yang semakin mencabar serba serbi.
ReplyDeleteBukan orang UMNO atau Melayu sahaja yang semakin tercerai dari sejarah, Cina juga menghadapi keadaan serupa, begitu juga kaum-kaum yang lain. Bayangkan bagaimana keadaan negara apabila generasi yang tercerai sejarah ini menua dan menggantikan generasi dewasa kini. Ketuanan Melayu, lupakanlah saja. Bangsa Malaysia, entahlah.