Kenapakah kita begitu cepatBerMusuh dengan Kawan danBerKawan dengan Musuh?
There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Wednesday, January 28, 2009
Aduhai UMNO... Kawan DiLawan, Lawan DiKawan
Maklum-Balas Awal Cadangan Pembubaran Sayap UMNO
Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen, mencadangkan supaya sayap-sayap UMNO (Puteri & Putera; Pemuda & Wanita juga kah?) dihapuskan untuk membenteras politik wang.Camana nak terbang kalau tak ada sayap? Apa punya cadangan ni? Inilah tikus yang cuba memperbaiki labu...Isunya, adakah punca politik wang daripada sayap ataupun tanpa sayap kita bebas dari politik wang? Siapakah yang menyuburkan politik wang? Siapakah sebenarnya yang beriya menghebohkan politik wang?Apakah sakit kepala, kaki yang menjadi mangsa?
- Bukankah tugas Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen dengan Lembaga Disiplin pimpinannya untuk membenteras politik wang? Maka adakah beliau melihat kebanyakan kes datang dari sayap atau dari induk parti?
- Apakah pendapat Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila melihat kerjanya sekarang kelihatan dikerjakan oleh MACC? Adakah ini wajar ataupun lojik? MACC di bawah bidang kuasa siapa? Mengapakah pendapat tentang ini tidak dikeluarkan dahulu? Kami ahli UMNO semua kebingungan Tan Sri...
- Apakah motif mediamasa yang mengeluarkan pendapat ini? Adakah ia bakal disusuli oleh tindakan ganas MACC terhadap calon-calon sayap pula? Akan bakal adilkah tindakan ini kelak?
- Mungkinkah ini usaha untuk memperlekehkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen sendiri, secara langsung melumpuhkan lagi Lembaga Disiplin selepas peranannya dirampas MACC yang dikatakan juga dipengaruhi parti pembangkang di Parlimen?
Maaf YM Tan Sri dan sanak saudara yang mungkin terkilan memandangkan bapa serta anak saling berkawan dalam UMNO mahupun NGO, tetapi walau ahli biasa, kami juga bertanggungjawab memantau, mendesak dan menegur...
Monday, January 19, 2009
Kuala Terengganu: Antara Mitos Dan Fakta Di Sebalik Kekalahan
- Pengundi pada PRK KT dan PRU 12 adalah sama, sebab tidak banyak yang mungkin berubah pada daftar selain kematian.
- Pengundi Cina lebih ramai mengundi BN.
Berdasarkan statistik di atas, yang saya dapat terjemahkan sedikit adalah:
- Undi PAS meningkat dari PRU-12, tetapi sebahagian besar boleh dijelaskan oleh faktor kebanyakan pengundi Bebas beralih kepadanya serta pengundi PAS yang ramai sedikit keluar memandangkan mereka kalah dengan majoriti kecil sahaja dahulu. Tambah pula, calon PAS kali ini bukannya 'orang luar'.
- Hanya segelintir pengundi UMNO dahulu yang mengundi PAS kali ini, kalaupun ada. Ini kerana selepas dikira peningkatan undi PAS berdasarkan faktor di atas, peralihan undi dari UMNO boleh dicongak hanyalah sekitar 100-200 undi. Ini juga memberi petanda menarik tentang pengaruh calon.
- Yang mengalahkan BN adalah PENGUNDI BN YANG RAMAI TAK KELUAR MENGUNDI BERBANDING PRU-12. Terlihat jumlah undi BN yang berkurangan hampir sama jumlahnya dengan majoriti kemenangan PAS. Memandangkan undi Cina meningkat, AHLI DAN PENYOKONG UMNOLAH YANG TAK KELUAR MENGUNDI WAN FARID DI KT.
Kenapakah Ahli Dan Penyokong UMNO KT Tidak Keluar Mengundi Ketua Bahagian Mereka?
Orang yang paling banyak dituduh membawa kekalahan kepada BN di KT adalah calon sendiri, yakni Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sewaktu diumumkan sebagai calon, sms di antara ahli-ahli UMNO amnya meluahkan kekecewaan atas pemilihan beliau yang kelihatan sebagai usaha Pak Lah dan menantunya memperkasakan penyokong setia mereka sebelum peralihan kuasa.
Namun perasaan ahli dan penyokong UMNO di KT terhadap beliau patutlah diutamakan. Memandangkan beliau Ketua Bahagian yang tak tercabar di peringkat Bahagian, mungkin difikirkan tiada calon lain yang lebih sesuai darinya. Tetapi malang sekali, penerimaan seseorang sebagai calon bukan tergantung pada dirinya sahaja, tetapi juga keterampilan atau tidak orang di sekelilingnya.
Tetapi sebelum dikupas dengan lebih lanjut, mari kita perjelaskan logik di sebalik pendapat yang faktor calon merupakan faktor penentu (walaupun ramai di antara kita cuba menidakkannya sewaktu kempen PRK KT). Apakah yang berbeza di P036 di antara PRU-12 dan PRK KT?
- PM? Sama. Peralihan kuasa belum pun berlaku dan ini jelas dari pilihan calon. Sudah tentu Datuk Seri Najib akan memilih calon yang kurang pincang sekiranya beliau sudah pun berkuasa. Pak Lah sahaja yang dalam keadaan genting sekalipun bersedia memilih penyokongnya sebagai calon.
- Barisan Kepimpinan UMNO? Juga Sama. Paling tidak pada peringkat Pemuda, selain Ketua-Ketua Pemuda Bahagian baru, barisan kepimpinan Pemuda Negeri dan Nasional ternyata serupa dengan PRK-PRK lepas.
- MB? Lain, tetapi ini tidak dilihat sebagai faktor penting kerana kalau ia mempengaruhi keadaan, sudah tentu lebih ramai pengundi UMNO dahulu kini memangkah PAS. Tetapi, menurut congakkan dari statistik di atas, hanya segelintir para pengundi UMNO dahulu yang tergamak untuk beralih ke PAS, maka pengundi UMNO amnya masih ada kesetiaan kepada kepimpinan BN dan UMNO Terengganu.
- Calon? Yang ini sahajalah banyak bezanya. Dari segi umur, keperibadian, persahabatan dan lain-lain lagi... termasuk gelagat keluarga...
Telah dikatakan antara nasib malang yang menimpa Dato' Wan Farid adalah tindak-tanduk abangnya Wan Hashim, termasuklah dalam merebut jawatan Naib Ketua Bahagian KT dari arwah Dato' Razali Ismail beberapa bulan sebelum PRK KT. Tindakan Wan Farid 'meredhakan' tindakan abangnya ditafsirkan sebagai usaha mematikan riwayat politik Dato' Razali yang popular di kalangan guru. Memandangkan beribu para guru merupakan pengundi Kuala Terengganu...
Wan Farid juga banyak dikaitkan kepada isu-isu pedih untuk rakyat Terengganu dan ada yang mengatakan yang keperibadian beliau juga tidak menyenangkan! Tak kenal maka tak sayang, tetapi kekadang dah ketemu pun cemuh juga! Semua ini mungkin dibilang oleh orang sebagai serangan peribadi terhadap Wan Farid, tetapi kita harus akui yang dalam mana-mana pilihanraya, keperibadian calon menjadi tumpuan dan haruslah dipantau...
Kesilapan PRK KT = Kesilapan PRU-12
Sebagai pemerhatian akhir, saya melihat banyak kelemahan BN di KT yang membawa kekalahan sebenarnya sama seperti sewaktu PRU-12 - ya lah, calon lemah macam mana pun, kalau strategi rapi, setidak-tidaknya bolehlah menutup jurang. Di kebanyakan tempat di mana BN kalah padahal sepatutnya menang pada PRU-12 dan dialami juga di PRK KT:
- Calon yang dipilih tidak sesuai dengan kehendak pengundi mahupun akar-umbi UMNO di kawasan Parlimen atau DUN tersebut. (Ni 2nd lasy time saya sebut!)
- Perjalanan kempen dan jentera ditambat semangat kerana faktor pertandingan dalaman parti. Semasa PRU-12 kerana faktor pemilihan Bahagian menjelang. Di PRK KT, masing-masing hero-hero UMNO bersaing tonjolan demi Mesyuarat Agung Mac ini.
- Jentera atas padang di PRK KT mungkin tidak serancak PRK lain, tetapi setidak-tidaknya bergerak untuk menambat hati pengundi yang ada dalam kawasan dan di persekitaran. Malangnya, ia gagal menambat hati pengundi yang menetap di luar kawasan dan pulang untuk mengundi! Pengundi-pengundi ini juga harus dipantau dengan lebih rapi.
- BN gagal memikat hati pengundi muda. Ini mungkin kerana cara yang kurang sesuai, gerak-kerja media yang tidak menyeluruh dan mengabaikan sedikit media baru serta penonjolan pemimpin Pemuda yang kurang kredibiliti sebagai penarik minat pengundi muda.
- Kempen PAS dan yang bersekutu dengannya kian hari semakin rancak, tetapi kempen BN pasang-surut sepanjang tempoh yang ditetapkan. Ini merbahaya.
Maaflah kiranya pedih, tetapi Qulil haq walau ka nal muran... dan kalau kita tidak berubah...
Meleraikan Mitos Penolakkan Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak
Pada masa sekarang ada pelbagai mitos yang timbul mengaitkan kekalahan BN di PRK KT sebagai petanda penolakkan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib. Rasa saya ini adalah propaganda pembangkang dan para peminat Pak Lah yang lain. Sekiranya DS Najib ditolak, sudah tentu lebih ramai penyokong UMNO yang lama memangkah PAS, sepertimana sekiranya MB baru ditolak, tetapi ini tidak berlaku. Seperti dihujahkan di atas, faktor calon menjadi faktor utama di PRK KT.
Lagipun, rasanya kurang sesuai untuk kita nilai sokongan penduduk seluruh negara terhadap DS Najib dari keputusan satu PRK sahaja. Kalau kita lihat secara amnya, rakyat lega sedikit dengan adanya pelan peralihan kuasa. Malah pembangkang pun menunjukkan kebimbangan mereka yang UMNO dan BN akan kembali tegar selesai peralihan kuasa pada bulan Mac. Kalau tidak, kenapakah pemimpin pembangkang beria-ia mahukan Pak Lah kekal di tampuk kuasa?
Saya berharap analisa saya di atas dapat diterima dan saya sedia menerima teguran, tambahan, kritikan dan pengajaran melalui komen. Janganlah kita cetek fikiran seperti ahli propaganda pembangkang, dan 'penganalisa media' luar negara yang kini beria-ia membaca pelbagai mitos dari keputusan PRK KT ini...
Sunday, January 11, 2009
Gaza - Kenapakah Israel Menyerang Sekarang? Apakah Tindakan Susulan Yang Sesuai?
Saturday, January 03, 2009
Penswastaan IJN Nak Diteruskan? HAH! AMENDE NI?!!
- Sime Darby kini bukan lagi di bawah pengaruh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang amnya dipimpin dan dipelopori nasionalis berjiwa rakyat. Tetapi kini, PNB menerima arahan langsung dari Jabatan Perdana Menteri! (Tingkat 4 le tu kut?)
- Yang betul-betul mengejar cita-cita di Sime Darby sekarang adalah saudara Hisham Hamdan. Hah? Siapa tu? Mari kita perincikan sendiri antara kita siapakah gerangan anak muda ini sehingga terancam kesihatan pegawai kerajaan yang berumur, pesara serta masyarakat miskin hasil angkara beliau... selain sang pendendam dan sang rakus la... Mungkin kalau ada kawan atau saudara dia yang terbaca, boleh cuba tanya dia sedikit?
- Dan tak payahlah kita nak cerita tentang manfaat IJN ini diswastakan... macamlah kita ni pandai benar. Padahal, orang yang memulakan dasar penswastaan, Tun Dr M, pun secara jelas menentang usaha tersebut. Yang mencadang tu lebih arif benarkah dari beliau? Orang Sime Darby pun tahu, nak ambil IJN ni sebab nak buat untung! Bukan nak terus menolong masyarakat! Harga minyak sawit dah turun beb...
Cerita ini pasti bersambung...