Saya tidak terkejut mendengar Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) dituduh rasuah oleh segelintir pemimpin UMNO hasil kejayaannya mendapat pencalonan terbanyak, tetapi ini bukan kerana Mukhriz rasuah! Apa-apa kesangsian di hati saya, ia dileraikan apabila seorang Ketua Pemuda Bahagian menceritakan tempohari,"Saya sendiri calonkan Khairy, tetapi perwakilan nak Mukhriz, nak buat apa! Satu sen Mukhriz tak belanja, 200 lebih perwakilan mengundi pencalonannya!"
Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak kerana sokongan padu dari bawah yang mahukan beliau sebagai Ketua Pemuda, dan kadangkala ini bercanggahan dengan pendapat atau kehendak para pemimpin Pemuda bahagian. Namun kenapakah beliau begitu tertuduh walau bukti satu habuk pun tak nampak? Ini kerana:
- Mukhriz sendiri tidak menyangka para perwakilan begitu menginginkan beliau dicalonkan untuk bertanding. Beliau dan kemnya dari awal lagi menyatakan kelayakannya bertanding pasti dengan pencalonan 'cukup makan'. Kalau ini gambaran beliau akan kelemahannya, ada para pemimpin yang tertanya-tanya dari manakah datang kekuatannya secara tiba-tiba!
- Ada pula pemimpin UMNO yang berpendapat rasuahlah cara termudah untuk mendapat sokongan dari ahli di mana-mana peringkat, baik Cawangan, Bahagian dan Kebangsaan. Kerana itulah apabila timbulnya fenomena sokongan 'dari bawah' seperti ini untuk Mukhriz, mereka kebingungan dan cukup bersedia buruk sangka, lalu menuduh. Sebenarnya mereka harus mencermin diri dan bertanya, kenapa saya hanya mampu main duit sahaja?
- Kemungkinan besar kekuatan sokongan akar-umbi terhadap Mukhriz telah menggemparkan bukan sahaja saingannya untuk jawatan Ketua Pemuda, tetapi pemimpin segenerasi dengannya yang kini terasa 'terancam'. Yang merunsingkan adalah bagaimana pesaing-pesaing ini cukup sedia menggunakan fitnah sebagai senjata menangani sokongan popular Mukhriz.
Tetapi tidak mengapa. Unsur-unsur negatif politik memang harus diharungi mana-mana pemimpin dalam perjuangan, namun yang penting adalah "Qulil haq walau ka nal muran" yakni ”Berkata benar walaupun pahit”. Dan di sini ingin saya lakarkan kisah rasuah yang lebih penting diperkatakan oleh perwakilan langsung ditangani oleh setiap ahli demi mengembalikan UMNO ke perjuangan asalnya.
1993: Seorang Ketua Bahagian ditanya anak buahnya bagaimana politik dibiaya. Dibawa anak buahnya dalam Perdana sekeliling desa. Ditunjuk titi baru merentas sungai. "Komisyen 5%," katanya. Kemudian ditunjuk pula bumbung baru sekolah. "Lagi 5%". Sambil menunaikan tanggungjawab sama-sama membiayai ongkos perjuangan.
2008: Anak buah kini kaya-raya walau sekadar Naib Ketua Pemuda sahaja. Dibawa Ketua Bahagian lamanya tadi dengan helikopter berlegar di udara kota. Ditunjuknya,"Tengok Dato', Jambatan, Wisma dan Asrama baru tu?" "Mana Dato'?",tanya Ketua Bahagian kembali kerana hanya terlihat tanah merah merata-rata. "Ha, Ha, Ha! 95%! 95%! 95%!,"gelak sang Dato' muda megah tak bertempat. Geleng kepala Ketua Bahagian lama...
Kita kalah kerana rakusnya pemimpin hingga terlupa tanggungjawab kepada rakyat rupanya. Bukankah sudah tiba masa untuk BERANI BERUBAH!?
33 comments:
SAYA YAKIN KEMENANGAN PENCALONAN MUKHRIZ ADALAH TULIN ATAS KESEDARAN DAN SEMANGAT PEMUDA YANG MAHUKAN PERUBAHAN
BERBEZA DENGAN GOLONGAN LAMA GOLONGAN MUDA ERA MUKHRIZ INI DILIHAT LEBIH BERJIWA DAN SEMANGAT TULIN UMNO BERBANDING LAIN-LAIN KUMPULAN
KEPADA GOLONGAN INILAH KITA MELETAKKAN HARAPAN AGAR UMNO TERUS RELEVAN. YANG LAMA BENAR-BENAR TELAH MENGECEWAKAN KAMI
Dok main rasuah ni,depa tak takut ke kat hukuman Allah nanti di akhirat ?
Dah sampai masa merealisasikan umno tu Islamik.
Buangkan hukum rimba.
Pencalonan Mukhriz adalah suara akar umbi. Mukhriz dilihat berupaya membawa pemuda UMNO kembali ke asas perjuangan dan dapat menjadi suara pendesak yg berkesan. Saya juga percaya, dengan kemenangan Mukhriz sbg KP, akan membawa pemuda lebih dekat dgn masyarakat dgn pelbagai aktiviti kemasyarakatan secara sukarela (bukannya sebab RM dan etc etc).
di bahagian saya sendiri yg muhkriz menang besar undi ,kawan sy ketua cawangan bagitahu hebat depa main duit ..
dalam UMNO ,muhkriz jangan la berlagak dia paling bersih ,buat malu ja jika benda tu betul2 berlaku
politik wang ni sejak zaman mahathir lagi..tak perlu selindung lagi
DOA DAN HARAPAN AKAR UMBI BERSAMA DATO MUKHRIZ.DOA saya tetap mengiringi DATO MUKHRIZ.MY NUMERO UNO.
Untuk malukan Mukhriz dan tuduh dia main politik wang mudah sahaja. Seseorang bernama Kamarul mengaku datang dari Jerlun wakil Mukhriz berjumpa dengan Kariman dan memberinya sejumlah wang untuk dibahagi bahagikan kepada perwakilan. Si Kariman akan berjumpa Dolah, Sabri, Rikan dan lain lain dan memberi sedikit wang dan membisikkan untuk nama Mukhriz dicalon dan disokong nanti.
Persaolannya betulkah 'Kamarul' itu agen Mukhriz ??? atau sekadar seseorang yang dihantar oleh orang lain untuk memburukkan Mukhriz.
Agen2 palsu ini akan terus berkeliaran di seluruh negara untuk membawa cerita yang sama dan ada di antaranya diupah khusus untuk menulis di blogg untuk membuat beberapa pengakuan palsu, mereka akan menulis secara amatur dan seolah olah perkara itu benar benar berlaku.
Kepada mana mana pemimpin, jika mereka menggunakan wang dengan niat membeli sokongan untuk meraih kuasa, mereka mungkin menang tetapi bukan di gelanggang sebenar, mereka bukan pejuang. Mereka daging busuk atau bangkai bernyawa.
matalebam. Komen saudara sudah dibuang kerana blog ini bukan gelanggang fitnah. Kalau nak fitnah orang pun janganlah pilih yang saya kenal kewibawaannya. Walaupun tak semua penyokong Mukhriz saya kenal dan ada segelintir saya kurang setuju, ada yang disebut saudara jelas fitnah.
Buat pengetahuan saudara, posting saya bukan berniat mengaju tuduhan rasuah kepada calon KP lain seperti dilakukan oleh saudara, tetapi untuk menangani usaha menjatuhkan pemimpin dengan fitnah dan menarik perhatian pembaca tentang masalah Rasuah yang lebih besar menular di dalam parti.
gekko. Seperti saudara matalebam, saya membuang komen saudara kerana berbaur fitnah, walaupun saya tak kenal orang yang difitnah saudara.
Mungkin saudara boleh jelaskan, kalau betul Mukhriz pasang orang di Rembau, kenapakah nama beliau tidak dicalonkan pun? Apakah benar ini kerana orang yang ingin mencalonkannya dan Razali Ibrahim ditarik keluar dewan oleh seorang berjeket hitam? Jelaskanlah sebelum fitnah baru menhantui KJ.
pejuang melayu. Syabas kerana tidak menabur fitnah kepada orang baru dalam komen saudara. Terlihat saudara ikhlas tetapi mungkin tersalah-pengaruh. Saudara masih muda, maka saya nasihatkan pemantauan saudara diperincikan supaya tidak terpedaya oleh alasan mereka yang kalah.
Kalau betul teman saudara melihat berlakunya salah-laku sedemikian, kenapakah aduan tidak kedengaran? Padahal aduan jelas dikemukakan di Bahagian lain, seperti Gelang Patah? Teman saudara sepatutnya mengaku sahaja akar-umbi mahukan Mukhriz, tetapi orang-orang yang terancam ni memfitnah dalam panik!
Akhir kata, sudah cukuplah nak kata semua aral ini timbul pada zaman Tun Dr M. Yang rasuah sebelum zaman Tun nak salahkan siapa pula? Habis tu, 5 tahun Pak Lah memimpin parti, kenapa tak mengambil tanggungjawab, sehingga keadaan menjadi semakin buruk!
Tak habis-habis nak salahkan orang lain, beginikah pejuang? Pemuda harus mencerminkan diri dahulu, baru mantap dan jauh dari Rasuah...
akram,
di baling apa kurangnya,
ada egen pihak tertentu turun ke baling. semasa Dato` Azeez berucap memuji KJ dah kena booo, dan semasa pencalonan KP ada orang menjerit " dah dapat duit dah". Namun alhamdulillah Dato` Mukhriz dapat pencalonan di baling. Harus diingat 3 undi untuk KJ hanya 1 undi utk MM.
Jangankan calon KP, calon timbalan presiden pun ada egen turun bagi duit di cawangan untuk mencukupkan pencalonan. Kalau report sapa yang nak dengaq. kes pemuda Baling senyap sunyi sampai la ni.
Kalau nak di ikitkan UMNO memang sudah hilang kredibiliti. Lembaga disiplin boleh disekat. Perhubungan negeri macam patung dan buat keputusan berat sebelah.
Akram....
kalau macam ni lah UMNO akan di muziumkan juga akhirnya. Banyak sangat tangan-tangan ghaib yang jadi mastermind untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Apakah hebat sangat KJ ni. Semua orang sedar yang kekalahan banyak tempat PRU12 adalah salah satu berpunca dari kebencian rakyat kepada KJ. Namun Perwakilan UMNO menyerlahkan kebodohan kerana melihat politik sempit untuk memenangkan seseorang tetapi kesan akan berpanjangan hingga PRU13. Jangan keciwa sekiranya PRU13 UMNO/BN tinggal 1/3.
Pejuang-pejuang UMNO la ni tiada keiklasan dan mudah dipermainkan. Cuba bayangkan apa akan terjadi pada PRU13 sekiranya KJ menjadi KP. Orang atas pagar akan lari dan memihak pembangkang. Jangan harap mereka berpatah balik untuk menyokong UMNO.
Meraka tahu apa yang berlaku dalam UMNO. UMNO yang kini hilang kredibiliti demi menjaga orang tertentu. UMNO yang kini hanya untuk orang kaya. UMNO yang kini hanya cakap tak serupa bikin. UMNO yang kini menjadi SDN BHD. UMNO yang kini menjadi milik anak beranak. UMNO yang kini menjadi tempat untuk pesalah berlindung.
SEMOGA KEMBALI KE PANGKAL JALAN..
Saudara penulis,
Saya rasa tuduhan saudara terhadap pemimpin lain adalah tidak adil. Untuk pengetahuan saudara, saya salah seorang ahli yang telah mendapat bayaran dari AGEN MUKHRIZ di Jempol.
Mukhriz pun terlibat dalam RASUAH juga. Jangan la nak menegakkan benang yang basah.
Saya ada simpan bukti. Kalau tuan berhajat nak dengan rakaman saya. Sila hubungi saya.
gekko. Dah saya jelaskan kenapa komen saudara dipadamkan, kerana ia menghambur fitnah. Malah telah saya huraikan lagi bagaimana ide Mukhriz menabur di Rembau tak masuk akal - nama dia tak naik pun! Lepas tu saudara hina saya, jadi saya padam lagi! Saya rasa saudara harus belajar dari www.
www, sila e-mail saya direct untuk kita berhubung tentang 'bukti' saudara. Saya sedia melihat bukti dan akan saya bawa ke 2 bekas Sec-Gen parti untuk mendapat nasihat sekiranya sahih. e-mail saya akhramsyah_sanusi@yahoo.com
Elok kita biarkan perwakilan menggunakan kuasa membuat keputusan memilih mana mana calon yang mereka suka untuk menjadi 'ketua' mereka.
Kalau mencari bukti, kita akan disajikan dengan bukti yang benar, dan bukti palsu yang dibenarkan. Mana satu yang kita mahu percaya ??? Masing masing sudah punya 'kiblat' dan fanatik dengan pilihan sendiri.
Percayalah, jika aduan kepada Lembaga Disiplin dibuat dengan telus dana dimanupulasikan, separuh dari calon dan separuh dari perwakilan akan menjadi 'tidak layak'. Jika dihalusi lagi dengan bukti benar + bukti palsu yang dibenarkan, maka semua calon dan perwakilan akan jadi 'tidak layak'. Perhimpunan Agung March nanti akan sunyi dan akhirnya Paklah kembali berkuasa atau UMNO diharamkan sekali lagi kerana banyak sangat duit haram.
Dalam apa jua keadaan, berhati hatilah, musuh musuh UMNO juga sedang bersedia memusnahkan Melayu dan Islam menerusi UMNO.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa perbuatan calon-calon menggunakan wang untuk membeli undi dalam pemilihan parti itu akan menjejaskan peluang Umno dalam pilihan raya umum akan datang.Katanya, semua orang tahu yang pemimpin Umno menggunakan wang untuk terpilih memegang jawatan parti.
Bagaimanapun, katanya, bukan kesemua pemimpin Umno itu menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti.Namun, tambah Dr Mahathir, majoriti daripada mereka berbuat demikian.Katanya, mereka boleh menjadi pemimpin dalam Umno tetapi rakyat tidak akan memilih orang yang rasuah dalam pilihanraya umum nanti
Apa yang sebenarnya mahu disampaikan oleh Tun Mahathir,apakah beliau mahu menyatakan bahawa antara yang main duit adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo dan yang bersih tidak main duit adalah anak beliau Mukhriz. Tak perlu lah Tun berhipokrasi, Tanya Mukhriz sama ada dia main duit atau tidak , banyak bukti terkumpul mengatakan bahawa beliau lah yang paling besar main duit , masakan Anaz orang kuat Tun kini telah mendapat gelaran baru , Anaz ATM .Inilah cara Tun berkempen untuk anak nya, walaupun tidak jelas tetapi akan ada sususlan yang akan membersihkan nama Mukhriz . Siapalah Mukhriz dalam arena politik, seorang ahli perniagaan yang bagaikan payung terjun menyertai politik , Masih ingat dalam satu wawancara politik , apabila di tanya apakah pencapaian terbaik beliau , dengan selamba dan bodoh beliau ,menjawab , semua produk Fiber Optik di Malaysia adalah dari kilang beliau.lain orang tanya lain dia jawab
gekko. Yg ini saya tak padamlah kerana saudara sudah melampaui batas dgn menghina Tun Dr M. Biarlah pembaca menilai sendiri kualiti tohmahan saudara.
Maaf semua, Anaz saya benarkan dikorban fitnah semoga pembaca menyedari kekejian yg sanggup digelumangi pembenci calon yg bersih didukung akar-umbi... tapi faham jugalah, cybertroopers ni nak makan juga...
"Masih ingat dalam satu wawancara politik , apabila di tanya apakah pencapaian terbaik beliau , dengan selamba dan bodoh beliau ,menjawab , semua produk Fiber Optik di Malaysia adalah dari kilang beliau.lain orang tanya lain dia jawab "
.............................
Ini jawapan sebenar Mukhriz berhubung 'kilang fiber optik'
Q- You were not in the limelight when your father was prime minister. You were in business.
During that period, did you get any patronage from your father?
A- I am not the type of person who wants to live under the father’s armpit, meaning that my whole life depends on him. We were not allowed to work with the government when he was Prime Minister, forbidden, that is. So our only option was the private sector. From a very young age, each time we went for holidays, his (Dr Mahathir’s) definition of a good holiday includes paying visits to factories. From a young age, I have seen the workings of factories and after a while, this got programmed into the mind and my interest developed. Better still if someone pays you for the products (you churn out). That was how I got into optic cable manufacturing. It is to meet a need in the country because at that time, all our cables were imported. I was the first to produce it locally
Dan ini pula jawapan sebenar Mukhriz berhubung pencapaian terbaiknya.
Q- And your track record?
A- When I said I want to play the role of an agent of change, I think people have seen that I have been consistent in voicing out and demanding change. So, the "dare to change" theme of my campaign does not come across as something uncharacteristic of me. That’s how I differentiate myself from the other two candidates.You wanted change and the change has come with party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi stepping down ....
Much as Datuk Seri Abdullah stepping down represents the change that we want, and I must admit that is something I have been requesting, this does not mean Umno is suddenly becoming relevant again. There is no guarantee the support we have lost will return. That was why I asked for the transition to be expedited, to be brought earlier. We really have no time to lose because the change we seek is going to take time. It’s not going to happen overnight.
................................
Kepada gekko, janganlah cerdik tak boleh ditumpang dan bodoh tak boleh diajar dan ada dua saolan yang saya ingin bertanya:
1- berapa jumlah yang awak dapat sebagai balaci penulis upahan dan
2 - awak ni pandai baca omputih ke tidak.
akram..
Inilah dia politik kerat orang lain untuk menaikkan orang lain. Memperburukkan orang lain untuk menterjemahkan kebaikan pihak yang lain.
Bila Niat menghalalkan cara, apapun boleh berlaku. Namun akar umbi yang tahu siapa meraka mahu. Perwakilan membawa harapan dari cawangan namun apabun boleh berlaku.
orang yang bising2 ni mungkin tak dapat kot. Mungkin dia ni jadi pengandar. Biasa lah musim duit luruh. Tak dapat la tu.....
" Sepak salah, tak sepak kalah"... apapun tak kira lah sapa KP asal jangan KJ..kerana.... LU KIPIQ LA SENDIRI... bukan kata cina india yang tak suka,,,,,,melayu pun 60% tak suka .... cerita apa ni...kalau dia menang perwakilan yang ke KL ja yang suka kat dia
WOI KELUANGMAN! AKU TENGOK MASA MUKHRIZ DI WAWANCARA DEKAT ASTRO AWANI. DALAM BAHASA MELAYU. SEORANG PELAJAR TANYA APA PENCAPAIAN YANG MUKHRIZ RASA BOLEH DIBANGGAKAN FAHAM.
DIA JAWAB KILANG FIBER OPTIKNYA...
JANGANLAH JADI BODOH SOMBONG PULAK!
Tengok dengan perasaan anti dan benci apalagi dah dapat 'habuan' tentulah otak tak berapa betui..
Kalau itu salah satu kejayaannya, kira ok lah jugak, apa pula kejayaan puak hang.. buat company kecik dua rianggit beli company besaq dua juta..sapa ajaq hang.
Alah Akhram, lu kena boo apa cerita kat kedah itu hari konvension melayu?
Kadangkala susah juga mahu kita salahkan Mukhriz kerana taraf pendidikan beliau yang pernah mendapat Gred 3 ketika mengambil perperiksaan SPM, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak yang tidak matang. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Mujurlah Mukhriz enggan berdebat, jika tidak apalah lagi keyataan kelakar yang akan kita dengar.
matalebam. Sorry, saya tak pernah pi konvensyen sedemikian di Kedah. I rasa you dok ingat adik saya kut, Azfar.
Ye lah, adik saya tu memang suka pakai hentam aje kat konvensyen masa Q&A dan kekadang kena boo. Takpe, dia kan muda lagi, darah gemuruh la. Ramai anak muda yg lebih glamer kena boo dalam UMNO...
Jika nak tengok suara akar umbi...lihat kepada pencalonan dari seluruh bahagian..Mukhriz adalah pilihan akar umbi. Mac 2009 nanti sudah tak relevan kerana itu pilihan perwakilan yang mewakili begitu kecil peratusan akar umbi...
SAYA SETUJU PAK TEH....
KALAU KJ MENANG BUKAN KEHENDAH AKAR UMBI.. PERWAKILAN G2 YANG NAK.. BILA ADA PILIHAN RAYA SURUH 2 ORANG TU JA LA P LAWAN...
OK KA MACAM TU..
Salam hormat...
Tiada apa lagi komen yg dapat saya katakan berkenaan pencalonan Mukriz.
Saya faham sangat bahawa setiap orang akan mempunyai pendapat masing-masing berkaitan kejayaan seseorang yg melepasi kuota pencalonan. Kalau bukan pilihannya, pasti akan dikatakan menabur wang & sebaliknya.
Bagi saya, um-NO perlukan perubahan secara menyeluruh termasuklah orangnya. Bukan setakat bertukar baju tetapi orangnya tetap sama.
Dalam konteks ini, sekiranya Mukriz melepasi kouta pencalonan tanpa melibatkan penaburan wang, itu adalah peringatan bahawa akar umbi sebenarnya mempunyai kuasa memilih pemimpin mereka sendiri.
Masalahnya suara akar umbi selalunya akan disekat oleh kepimpinan peringkat cawangan lagi dengan tatacara mesyuarat yg hanya membuang masa sahaja.
Nak ditulis pastinya panjang tetapi anda semua sedia maklum & tahu perjuangan para pemimpin sekarang samada untuk kantung sendiri atau utk bangsa.
Itulah yang terjadi pada melayu Tanjung...
I hope akarumbi will request for December to have the Perhimpunan, thus cutting all the unnecessary crab on rasuah!!!! We need to the new president to steer the ship immediately to the open and wild sea ahead!!!!!
The time to make money in UMNO is over, we have to built up the trust as the main priority.
Akhram,
I think you better join the politic seriously and start it for yourself rather that to support others cause you are way much better than them. Your talent shines ever since you were in school. Percayalah, dengan sikap optimistik anda, anda boleh pergi jauh. By the way, Wellcome back since dah lama sangat duduk kat negara lain
Siapa bakal Ketua Pemuda UMNO? bagi yang melihat hanya dari segi mata kasar tanpa punya kira-kira atau sempua akan terus berkata, tentulah Mukhriz. Bila ditanya apa alasan mereka berkata begitu, jawab mereka ringkas, tengok saja pada pencalonan. Bagi saya jika ada orang yang berkata begini, saya tahu saya membuang masa saja melayan dan berbicara mengenai politik kerana saya merasakan orang ini tidak membuat homework atau kata mudah tidak melihat jauh trend dan statistik turun naik gelombang senario politik dalam UMNO.
Jika mood saya baik dan merasa seakan mahu melayan saya akan menyambung perbualan, jika tidak saya akan terus membisu dan akan melupakan saja bicara politik. Jika saya ingin menyambung perbualan saya, saya akan bertanya, what’s make. you say that ? Apakah Mukhriz akan menang hanya berdasarkan pencalonan. Apakah pencalonan menjanjikan kemenangan ? Saya juga akan bertanya pasal market trend di luar sekitar kempen menjelang pemilihan UMNO. Pastinya saya akan dapat berbagai-bagai jawapan. Mungkin saya akan bertanya lagi. Kenapa Tun terdesak sehingga menulis artikel yang memburukkan calon Ketua pemuda pemuda lain.
Apakah ranking Mukhriz kini sudah ke tahap yang membimbangkan sehingga Tun gelabah untuk mempertahankan ke populariti anak manjanya itu.Tun bijak membaca trend politik. Tun sudah nampak Mukhriz berada ditahap tidak stabil. Tun terpaksa membantu Mukhriz. Namun apa saja yang akan Tun lakukan, pemuda bukanlah buta dan tidak dapat menilai kan permata dengan kaca. Sampai bila Mukhriz mahu bertahan dibawah ketiak Tun. Jika setiap kali statement yang keluar dari mulut Mukhriz mencerminkan tahap pemikiran yang rendah. Setiap kali beliau membuka mulut, setiap kali popularitinya menjunam.
UMNO sekarang telah kembali normal dan bukannya tidak waras lagi seperti mula-mula UMNO berada dalam keadaan panik dahulu ketika terkejut dengan Tsunami PRU. Trend dalam market sekarang adalah :
1) Pemuda mahukan seorang Ketua Pemuda yang datangnya dari kerusi Ketua Pemuda Negeri.- Mukhriz bukan Ketua Pemuda Negeri, mahu pun Khir Toyo
2) Pemuda sekarang mahukan Ketua Pemuda yang berani, bijak serta tegas dan komited kepada sayap Muda UMNO ini.- Mukhriz tidak komited kepada sayap ini mahupun Khir Toyo
3) Pemuda mahu seorang ketua yang boleh menghadapi dan bertentangan dengan Anwar Ibrahim.- Mukhriz tidak boleh lakukan ini, begitu juga Khir Toyo. Pernahkah kita tengok Mukhriz dan Khir Toyo menegur Anwar Ibrahim, mereka tidak ada keberanian untuk melakukan ini.
4) Pemuda sekarang mahukan ketua pemuda UMNO yang boleh menghadapi sikiu, yang boleh menghadapi Hindraf.- Mukhriz tidak boleh melakukan ini mahu pun Khir Toyo yang tidak mungkin boleh menghadapi Hindraf. Jika Khir bercerita pasal Hindraf maka akan keluar lah isu-isu Kuil yang di roboh.
5) Pemuda mahukan pemimpin yang kuat dan bukan lembik. - Sendiri mahu ingat siapa antara mereka yang kuat dan siapa kah si lembik.
6) Pemuda juga mahukan pemimpin yang beradab dan tidak biadab kepada Pemimpin tertinggi UMNO Khususnya mereka yang telah lebih lama dalam UMNO dan yang telah lama menikmati garam dari mereka - Mukhriz agak biadab dan Khir Toyo juga terikut menentang kepimpinan tertinggi.
Pemuda juga kini seringkali diingatkan agar kembali ke trek asal, menolak mereka yang memberikan rasuah, trend pemuda sekarang berada ditahap yang normal, Khairy mempunyai peluang yang baik jika Pemuda berada dalam keadaan yang normal. Kita tunggu Tun dedahan siapakah yang benar-benar main duit, kita lihat Tun akan meletakkan anaknya disatu tahap yang paling bersih dan kononnya anaknya tidak main duit dalam membeli pencalonan. Bagi pemuda yang menerima duit dari agen-agen Mukhriz, fikirkanlah, jenis hipokrasi anak dan ayah. Apakah ini adalah calon yang pemuda mahukan, Apakah sebenar yang Pemuda mahukan ?
Terbaru mengenai statement Mukhriz….. Mukhrz tak mampu pegang dua jawatan sekali. Jika Hishamuddin boleh jadi ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, Mukhriz tak boleh. Dia tak mampu, katanya kalau ketua Pemuda - Ketua Pemuda sahaja, ini bermaknan kita akan dapat Ketua pemuda yang hanya mampu jadi Ketua Pemuda sahaja. Kesian satu stetment yang kurang akal lagi dari Mukhriz sebab nak ikut Khir Toyo.
Petikan : Baru-baru ini Datuk Seri Dr Khir Toyo beliau tidak berhajat nak pegang sebarang jawatan kerajaan jika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia…rupanya Datuk Mukhriz Mahathir juga berpegang kepada pendirian yang sama. Bercakap kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata ini kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian untuk tarik balik sokongan rakyat di lima negeri yang Barisan Nasional kalah. Katanya ia tidak ada kena mengena dengan soal kemampuan untuk pegang jawatan dalam kerajaan. Menurut Mukhriz kalau nak pegang kedua-dua sekali ‘payah sikit’. Sebab saya ada businnes nak jaga... BODOH PUNYA MUKHRIZ
Akhram it was you that Prof Kachar ask to sit down because of your bad childish behaviour, you are a disgrace to our race. You are so poyo lah. But if i was there i would havr laughed at you terbahak bahak. Kelakar siut lu kena halau. Tak ngaku pulak tu.
Macam mana EXCO boleh menang? silap silap Khir Toyo ur boss. HAHAHAHAHAH!
saya dengan sini yakin Dato Mukhriz tidak terlibat dengan rasuah...
itu semua agenda pihak2 tertentu dalam BN sendiri untuk menjatuhkan beliau...
alhamdulillah Dato Mukhriz menang dan diharap dia menang lagi dan dapat membawa pembaharuan baru kepada pemuda khususnya...
amin..
Post a Comment