Ketiga-tiga ahli Pakatan mempunyai matlamat berbeza dan tiada kesatuan tujuan selain benci terhadap BN; DAP mahukan Malaysian-Malaysia, PAS memperjuangkan 'Negara Islam' manakala PKR mahukan keadilan untuk DS Anwar Ibrahim, yakni menjadikan beliau Perdana Menteri. Ini lain dengan dasar kesatu-paduan BN yang dari pasca tahun 1969 berlandaskan perlunya keamanan di antara kaum di Malaysia.
Namun, kalau dilihat dari segi keputusan PRU-12 yang lepas, ketidak-samaan dasar bukanlah menjadi faktor utama kemenangan Pakatan Pembangkang di 5+1 dan kebanyakan kerusi Parlimen. Pada saya, 2 punca pokok kemenangan tersebut adalah:
- Kebencian rakyat terhadap kepimpinan, dasar dan tindak-tanduk kerajaan Pak Lah yang menyebabkan BN amnya ditolak di banyak tepi undi. Malah kalau dilihat, di banyak lokasi, BN kalah kerana pengundi BN enggan keluar mengundi. Kumpulan tidak mengundi inilah yang membawa risiko terbesar untuk BN, sekiranya mereka bukan sahaja tidak mengundi pada PRU-13, tetapi langsung menyokong parti lawan!
- Kejayaan DS Anwar Ibrahim menyatu-padukan PAS, DAP dan PKR sepanjang tempoh pilihanraya, justeru itu menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri dari kalangan Pakatan Pembangkang sahaja. DS Anwar sebenarnya adalah satu-satunya pemimpin Pakatan yang ahli dalam politik persatuan antara parti ini, hasil latihan Tun Dr M sewaktu beliau dalam persediaan mengambil kedudukan Presiden UMNO sekaligus Ketua Barisan Nasional.
Dari segi peranan DS Anwar sebagai 'gam' yang mencantumkan parti-parti Pakatan supaya terduduk bersekongkong, bersuara senada, berpesta seirama, ia telah dibuktikan berkali-kali. Contoh yang terkini adalah apabila beliau kelihatan berjaya, melalui hubungan 'Erdogan'-nya, mematikan usaha PAS untuk bermuafakat dengan UMNO untuk perpaduan ummah Melayu.
Oleh itu, kita tidak sepatutnya hairan yang 'gam' antara parti-parti Pakatan pada masa ini lekang sedikit. Ini kerana 'gam' tersebut, DS Anwar, tengah sibuk dengan kes sodomi beliau terhadap bekas pegawai khasnya Saiful! Kerana beliau kini kesibukan memantau pengendalian kes tersebut, maka tak hairanlah kita melihat DS Anwar kurang mampu meleraikan keruncingan terkini antara 'teman-teman' Pakatannya, sehinggakan mesyuarat kepemimpinan pun ditangguhkan!
Namun, BN harus waspada! Pada masa ini, perpecahan menjadi-jadi kerana ketiadaan DS Anwar sebagi penyatu Pakatan dan ini adalah keadaan yang berkemungkinan SEMENTARA sahaja. DS Anwar mungkin selamat dari tuduhan Saiful, tetapi walaupun sekiranya beliau didapati bersalah dan dipenjarakan semula, masih ada kemungkinan timbulnya 'gam' baru bagi menggantikan DS Anwar dari kalangan pemimpin Pakatan... 'gam' yang nescaya lebih berkesan!
Sebenarnya, BN tidak harus menghiraukan langsung bersatu tidaknya Pakatan Pembangkang kerana pada dasarnya, kita bukan kalah kerana PAS, DAP dan PKR menarik bebenar kepada rakyat, baik dalam Pakatan mahupun dengan sendiri. Malah, kekalahan BN berlaku sebelum Pakatan Pembangkang diisytiharkan secara 'rasmi'nya. Kalahnya BN pada dasarnya kerana isu 1 di atas; kita ditolak hasil kebencian rakyat terhadap kepimpinan, dasar dan tindak-tanduk Pak Lah.
BN seharusnya terus meningkatkan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat, baik menerusi dasar dan perkhidmatan mantap mahupun dengan meneruskan pembersihan parti-parti yakni dengan pembuangan anasir-anasir yang dibenci orang kebanyakan. Tugas berat juga harus dipikul oleh bahagian Penerangan setiap komponen BN, yang juga harus celik media di alam kepelbagaian sumber maklumat, terutama bagi menarik pengundi muda. Futsal dah tak cukup oi!
BN juga harus waspada yang kita tidak terus 'syok sendiri', bukan sahaja dengan apa dilihat sebagai kejayaan di dalam parti, tetapi juga anggapan perpecahan lawan di luar. Yang penting adalah pendapat rakyat dan isi hati pengundi terhadap BN... kerana merekalah yang bakal menentukan nasib pemimpin menjelang PRU-13...
tahniah atas penulis kali ini yang cukup mantap. sememangnya isu rakyat dan pengundi yang menjadi keutamaan kita. saya sendiri berharap agar kerajaan dapat meneruskan pembelaan rakyat terutamanya kepada orang Melayu. pada pandangan saya kerajaan terutamanya UMNO boleh memenangi hati orang Melayu di bandar melalui projek perumahan rakyat dalam bandar iaitu penawaran rumah kos rendah mengikut kuota 70-30 kepada rakyat. manakala di luar bandar melalui projek Felda Baru.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSaya quote beberapa idea sebagai sokongan di blog saya!
http://pilihan-anda.blogspot.com
correct,correct,correct, nak kata apa lagi memang tepat sekali tripel 20. Isu perubatan kena ambil berat skit. Ramai sangat org yg terpaksa minta derma utk dapatkan khidmat perubatan yg baik
ReplyDeleteaik 3 komen je?sorry la bro, analisis u rakyat benci pak lah hanya 50 peratus je tepat.rakyat takla cetek sgt pemikiran k. faktor kerejaan BN byk sgt rasuah berleluasa tak diambil kira?
ReplyDeleteanakmuda setuju.. apapun anakmuda sedih...melayu berpecah..iskh2!!
ReplyDeleteanakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com