Thursday, July 02, 2009

Antara Ketua Pengawas Dan Pemangku Ketua Pemuda - Bhgn II

Saya pernah menulis bagaimana konflik kian mekar di Pemuda UMNO antara 'Ketua Pengawas'nya, YB Khairy Jamaluddin atau KJ dengan 'Pemangku' Ketua Pemuda, YB Dato' Razali Ibrahim. Kini pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini pasti meruncing hasil 'pengiktirafan' PAS bahawa Dato' Razalilah pemimpin Pemuda yang lebih sesuai berinteraksi dengan Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Hassan Tantawi.

Ini jelas apabila Razali dan Nasharuddin bersama-sama terlihat berusaha menghidupkan lagi muafakat demi perpaduan Melayu menerusi cadangan "wacana" antara Pergerakan Pemuda kedua-dua parti yang merupakan usaha terkini PAS untuk merapati jurang persefahaman dengan UMNO. KJ tak nampak pun...

Tiba-tiba... terbit pula KJ dengan sidang akhbarnya sendiri tentang usaha tersebut! Wah, sang Ketua Pengawas boleh pula mencadangkan yang perbincangan tidak patut 'dihadkan' kepada hal Islam dan perpaduan Melayu sahaja, tetapi isu-isu semasa juga! WOI! Orang Melayu bimbang tentang hal ni! Tau la sdr KJ minat 'isu-isu semasa', tapi biarla kita FOKUS tentang yang penting untuk orang Melayu, bukan sekadar isu diminat KJ! Dahlah lepas KJ SIBUK PULAK NAK JEMPUT PEMUDA BN LAIN JOIN SAMA! SABOTAJ KE?

Hari ini, Karpal Singh memberi sebab kenapa KJ tidak layak menjadi pemimpin Pemuda dalam perbincangan serius seumpama diterajui YB Dato' Razali dan Nasharuddin... Karpal tempik yang KJ "KORUPSI!" dalam Parlimen! Malang bagi UMNO yang kali ini Karpal di buang Dewan kerana menyatakan yang benar dipersetujui oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri...

17 comments:

  1. Ubaidah, cukuplah. Seperti saudara saya juga tidak menyokong khairy semasa pemilihan tempohari. tapi lepas menang kena terimalah beliau sebagai Ketua Pemuda. banyak agenda lain yang perlu diperhalusi terutamanya isu politik berkaitan Kedah.

    ReplyDelete
  2. faiz. Terima kasih atas teguran saudara yang saya rasa lebih telus dan ikhlas dari komen yang seumpamanya.

    Masalah terbesar yang dihadapi Pemuda pada masa ini adalah masalah kredibiliti. Masalah kredibiliti tersebut semakin menjadi-jadi selagi KJ kekal Ketua Pemuda. Exco Pemuda sendiri mengakui ini dengan adanya 'think-tank' untuk memperbaiki imej KJ!

    Soalnya bukannya soal penerimaan tidaknya KJ sebagai Ketua Pemuda. Saya terima KJ menang dan dia kini Ketua Pemuda. Saya juga berpendapat yang beliau patutnya DILUCUTKAN JAWATAN DAN DIGANTUNG KEAHLIAN PARTI kerana didapati bersalah RASUAH. Dengan menerima hukuman demikianlah KJ dapat berjasa dan memperbaiki imej UMNO, apatah lagi Pemuda.

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:19 pm

    Saudara Akhramsyah,
    Kenapa saudara begitu bersungguh sungguh memperjuangkan nasib Karpal Singh. Tidakkah saudara tahu tentang penghinaan Karpal Singh terhadap pergerakkan pemuda, pejuang bangsa melayu dan UMNO secara am.
    Saya rasa tak eloklah saudara terus dengan semangat anti Khairy ni. Tiada masalah kredibiliti dikalangan Pemuda UMNO. Mana buktinya? Setahu saya, Pergerakkan Pemuda telah dapat berjaya mengorak cara politk yang amat matang yang berlandaskan konsep 1 Malaysia tetapi tetap memperjuangkan hak hak orang Melayu.

    ReplyDelete
  4. Salam orang muda.Anda ada mewarisi ciri2 kepimpinan ayahanda anda TS Sanusi Joned kdg2 waktu bagini terserlah ciri2 "hot blooded young man"dlm diri anda.TS Sanusi amat berkobar semangat Kemelayuannya tapi manusia tetap manusia sampai waktunya manusia tetap akan memihak kepada yang batil apabila kepentingannya tercabar.Pada saya..maaf.. TS Sanusi adalah salah seorang arkitek dlm peristiwa HARAMNYA UMNO.Saya harap dlm kemelut Pemuda UMNO hari ini anda hendaklah berlapang dada dan bertindaklah secara Islam mengakkan yang hak dan meninggalkan yang batil.Salam dan maaf

    ReplyDelete
  5. Wenger. Pasal tuduhan sdr yang saya membela Karpal tu, tak payahla saya komen panjang. Yang baca semua tahu niat di sebalik komen 'bijak' sdr.

    Bukti kredibiliti Pemuda UMNO terletak pada sambutan rakyat kepada Pemuda khususnya, terutama sekali menjelang pilihanraya.

    Walaupun saya bangga saudara Tuan Aziz kini menjadi calon di Manek Urai, saya bimbang akan kesan -ve yang dibawa kepada kempennya apabila sdr KJ yang berkempen sebagai pemimpin Pemudanya. Kalau Karpal boleh mengherdik-hina KJ di Parlimen, apakah yang bergolak dalam hati kecil orang Melayu kita.

    Wallahualam yang salah betulnya. Yang saya berikan adalah pendapat.

    ReplyDelete
  6. Sdr don4672. Saya berasa cukup terharu apabila melihat sdr tergerak untuk mendaftar diri ke blogger semata-mata nak menghambur fitnah lapuk terhadap Ayah saya.

    Kalaupun tidak kerana itu profil sdr menunjukkan sdr baru pada bulan ini berdaftar ke Blogger, saya tetap terharu yang baru beberapa hari shj berdaftar, sdr sudi juga menabur fitnah di sini.

    Alhamdulillah...

    Buat perhatian semua yang ingin tahu, biasanya kalau org marah kpd saya atau Ayah saya, inilah antara tohmahan yang dihamburkan.

    Buat pengetahuan semua juga, Ayah saya Setiausaha Agung UMNO semasa ia diharamkan selepas pemilihan UMNO 1987. Yang menyebabkan haramnya UMNO adalah yang iri hati menangnya Tun Dr M & teamnya, baik dalam UMNO, mahupun di mahkamah. ROS bersetuju UMNO didaftarkan semula oleh team Tun Dr M kerana berpendapat, TDM, Tun Ghafar dan TS Sanusi TIDAK BERSALAH.

    Sekian, imbasan sejarah...

    don4672. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menjelaskan kekeliruan sejarah. Tetapi saya memohon sdr janganlah menghina Ayah saya ataupun tokoh lama UMNO yang lain dengan menyamakan kedudukannya dengan KJ. KJ PERASUAH YANG MASIH TERUS MENJAHANAMKAN PARTI. KJ bukan pembina, KJ sekadar peneguk nikmat jasa lama mertuanya...

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:56 am

    Saudara Akhramsyah,
    Pembangkang penuh dengan fitnah dan dakyah dia. Semua pemimpin Melayu yang berpotensi depa akan cuba sebaik baiknya untuk menghina mereka dan memfitnah mereka. Lagipun, anak Karpal Singh sendiri telah menghina Perdana Menteri dengan tuduhan yang begitu berat tapi tak berasas. Disini kita dipanggil untuk menunjukkan kematangan berpolitik dan tahu menahu strategi mereka ni. . Berkat usaha dan pengorbanan dalam berjuang pasti akan membuahkan hasil. Jangan terlalu memikirkan hal-hal dalaman yang remeh temeh kerana ia mampu menghancurkan UMNO dari dalam.

    ReplyDelete
  8. Akhram,

    geram betul nampak. Tak elok marah2 sgt nanti ur BP naik lagi pulak. I agreed KJ tak sepatutnya diberi mandat. Tapi atas dasar persatuan bersabar lah skit, tapi tak blh lupa asas kenapa KJ tak blh jadi ketua. Ada sebab kenapa KJ menang bukan semua tak baik bro. Adakah berjuang utk memisahkan pangkat KJ lebih dari segala2nya?

    ReplyDelete
  9. Sdr Boyot. Malangnya KJ sudah menjadi simbol segala yang buruk tentang UMNO, khususnya Pemuda. Beliau menjadi ikon Rasuah, contoh penerima nikmat dari kuasa orang tua tanpa jalinan hak dan sesuai dengan gelaran 'UMNO-putra'. Ini malang buat UMNO kerana ternyata majoriti yang meraih untung dari UMNO hingga sekarang adalah orang Melayu yang berkeperluan.

    Kalau dahulunya, senang benar untuk kita mengatakan golongan 'UMNO-putra' ini dakyah pembangkang semata-mata, dengan ada-nya KJ sebagai Ketua Pemuda, nah, 'bukti' untuk dakyah pembangkang terpampang di depan mata!

    UMNO juga rugi orang yang kelihatan berbakat seperti KJ begitu comot sekali imej dan kredibilitinya sehingga tiada guna untuk parti, walau apapun yang dicubanya. Mungkin strategi terbaik baginya adalah untuk berundur sebentar sambil berkhidmat masyarakat demi menebus dosa-dosanya, baik yang benar atau dusta.

    Hujah saya khusus demi kebaikan parti, bukan untuk kepentingan sesiapa.

    ReplyDelete
  10. saya mengambil pendekatan untuk tidak berpihak kepada sesiapa. kj pun saya hormat ubaidah pun saya hormat. cuma saya harap kita beri kj peluang selama 1 penggal. lepas pindaan perlembagaan nanti insya-allah hanya yang mewakili suara majoriti ahli UMNO akan terpilih sebagai ketua pemuda.

    mungkin kj pun sedar tentang perkara ini dan cuba mengambil sikap memperbaiki diri beliau. saya dapat rasa ada beberapa perkara positif yang beliau telah buat dan kita boleh nilai hasilnya. jika hasilnya baik mungkin lebih ramai bakal menyokongnya. sebaliknya jika hasil tidak baik pasti pemuda bakal mendapat ketua yang baru.

    namun apalah gunanya jika kita terus bercakaran sesama sendiri dan hanya mengharapkan dsai dimasukkan ke dalam jel untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kita. andaikata beliau tidak masuk jel hampir pasti umno berdepan dengan masalah besar dalam pru13 sekiranya kita terus bercakaran dan tidak bersatu.

    sementara boleh memberi sumbangan dan jasa lebih baik kita tumpu dan fikir apa yang kita boleh sumbang kepada parti dan rakyat melalui kebolehan dan keupayaan kita dan melupakan sekejap percakaran. lepas menang pru13 dan masuk musim pemilihan kita berentap kembali. barulah seronok.

    ReplyDelete
  11. noted & agreed.
    KJ mana berubah. Dia kena revamp dulu barisan exco pemuda utk bagi. sekarang ni nampak Setiakawan betul exco dia.

    ReplyDelete
  12. faiz. Maaf, sdr mungkin salah faham. Pada pendapat saya, kalau KJ kekal Ketua Pemuda, kita akan kalah PRU-13! Kalau kita menang pun, ia melawan arus golongan muda yang masih membenci beliau serta Pemuda. Tak dan nak 'seronok' pun!

    Dan kita sekarang dalam keadaan genting. Takdak masa untuk kita 'bagi peluang' kepada pemimpin yang tak upaya membawa kemenangan. Mungkin ada yang tak suka saya tetap berkeras tentang ini, tetapi sebabnya adalah kita perlukan UMNO sebagai benteng menjamin kemakmuran zuriat kita. Takdak masa kita nak terima suara pendamai yang membawa kehancuran!

    ReplyDelete
  13. SAYA ORANG LAMA DALAM UMNO.DGN KJ NI TAK DA APA NAK BANGGA SANGAT.BILA MENANG PUN KENA BOOOO...KALU RASUAH SAHIH DAH.DULU DI BUKIT SELAMBAU DAH BAGI TAU JANGAN BAWAK KJ MAI NANTI ORANG BOOO...DEPA BOKM MAI JUGA..NI GENG2 PEMUDA PAS HABAK KAT SAYA PESAN JGN BAWA KJ MAI KEDAH.ketua pemuda langkawi pun kata dulu masa kempen KJhari2 sms.la dah menang haprak..sms pun yelek.

    ReplyDelete
  14. Akhramsyah,

    Check your facts. Razali PC dengan Ketua Pemuda PAS tu, atas arahan KJ. Jemputan diberi kpd KJ, bukan Razali. Tapi last minute sangat, KJ ada meeting pagi tu, so dia minta Naib dia ganti.

    All is well with KJ and Razali. Tak payah la pecah belahkan kedua pemimpin tertinggi PPUM utk kepentingan sempit.

    Pemilihan dah habis. Work together. You talk about persepsi dan kredibiliti. Posting macam ni lah yang buat seolah2nya persepsi ttg KJ ni teruk sangat. It's getting better, and as an Umno member, you should help with that. Not go the other way round.

    ReplyDelete
  15. Siasat dulu bro... jangan ikut sedap mulut jau jer bercakap. Si RAzali tu pergi sebab KJ yang suruh. Tak percaya gi tanya Razali... dia NKP. Kenapa mesti dilaga-lagakan Razali dangan KJ? Kita perlu perpaduan bukan perpecahan.

    Hang dok dengki sangat ni apa pasal? Dia didapati bersalah dan di beri amaran sebab bukti tak kuat. Yang dok nak ungkit-ungkit lagi yu kenapa?

    Aku nak tanya kau terus terang la... Mukhriz tu bersih sangat ke? KT tu bersih sangata ke? Kalau kau kata dah lama dalam UMNO kau tau cerita sebenar bukan buat cerita nak tarik orang datang Blog hang ni.

    Pemuda Kecewa

    ReplyDelete
  16. ...Dan kita sekarang dalam keadaan genting. Takdak masa untuk kita 'bagi peluang' kepada pemimpin yang tak upaya membawa kemenangan...

    Kau bertanding exco pun kalah... maknanya kau patut blah dari UMNO la... mana boleh bagi peluang kat kau lagi...

    Pemuda Kecewa 2

    ReplyDelete
  17. Aku bukan pemuda dan aku pun bukan ameno..apa punya mangkok si Akkhramsyah ni?? buat malu orang melayu jer.

    Kadang kala meluat lah ...pi join anu war berahi al juburilah lagi baik .. pas tu entam siang malam bagi puas ko punya hati ...

    Ameno masih ada orang yang macam ini??? adakah dia diperlukan???

    ReplyDelete