Thursday, May 28, 2009

Antara Ketua Pengawas Dan Pemangku Ketua Pemuda

Saya mendapat tahu yang Khairy Jamaluddin ada gelaran baru sekarang... 'Ketua Pengawas'. KETUA PENGAWAS? HAHAHAHAHAHA....

Apabila saya diberitahu oleh seorang yang rapat dengan pergolakan dalaman exco Pemuda, dikatakan gelaran ini diberikan oleh sesetengah exco setelah menerima surat pekeliling dari pejabat KJ menyatakan perlantikan Timbalan Ketua Sekretariat atau Biro Pemuda UMNO haruslah mendapat 'persetujuan' Ketua Pemuda. Ini menimbulkan kegusaran ramai ahli exco, terutama sekali yang menang pertandingan tempohari, kerana:
  1. Ahli exco yang memang bukan kem KJ tak sukalah kalau ada machai KJ hendak dilantik untuk menjadi 'spy' di biro mereka pula. Inilah disyaki akan berlaku dengan adanya syarat 'persetujuan'nya dalam perlantikan Timbalan mereka.

  2. Ahli exco ada juga sangsi ini cara untuk sama ada memastikan segala publisiti kerja baik mereka diraih tempiasnya oleh KJ ataupun mungkin lebih buruk lagi... mempermudahkan sabotaj dijalankan terhadap program-program!

  3. Sebagai ahli politik, ahli-ahli exco tersebut juga mengharapkan dapat meraih sokongan melalui lantikan-lantikan tersebut... tetapi kalau ini di bawah 'persetujuan' KJ... ada la yang bakal tumpang tempias pula! (Dah la KJ ada sejarah memberi gambaran kepada para lantikan Pak Lah dahulu kononnya beliau terlibat dalam pilihan bapa mertuanya tersebut... dia belajar dari Anwar Ibrahim la tu!)

  4. Ahli exco yang geng KJ pula merasakan seperti KJ tidak mempercayai mereka!

Nescaya tindakan kurang bijaksana KJ ini semakin melemahkan kedudukan beliau. Walau dilihat masih ada Pemuda UMNO yang cuba memperbaiki keadaan sama ada dengan memberi maklum-balas kepada KJ dalam majlis mahupun sewaktu perjalanan mesyuarat exco, biro, dsb, tindak-tanduk YB Dato' Razali Ibrahim, yakni 'Pemangku' Ketua Pemuda UMNO, tidak membantu.

Dato' Razali sering digambarkan sebagai 'gentleman' yang tidak hidung tinggi terhadap perwakilan Pemuda walaupun sudah selesai pertandingan mahupun kini berjawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ahli-ahli exco yang dirujuk juga menceritakan bagaimana Dato' Razali tetap memberi muka kepada KJ si Ketua Pengawas, walaupun beliau kini semakin mampir rasmi Pemangku Ketua Pemuda. Kematangan yang digambarkan Dato' Razali inilah kini mengancam kedudukan KJ.

Sudah pasti ada ketegangan di antara kedua-dua individu tersebut. Namun penulis diyakinkan ini bukanlah disebabkan oleh Dato' Razali.

Ada yang mungkin bertanya, kenapa penulis masih menulis demikian tentang KJ. Sebabnya adalah Pemuda UMNO memerlukan sinar, harapan, akan adanya jalan keluar dari kegelapan era rejim KJ memimpin Pemuda UMNO. Memang ada. Malah, hasil tindakan Ketua Pengawas di atas, semakin ramai exco Pemuda kini merancang program tanpa merujuk... malah sudah ada yang sama sekali tidak mempedulikan beliau! Nasib baiklah juga ada Pemangku Ketua Pemuda...

8 comments:

windtalker said...

Selagi ada orang macam hang dalam pemuda UMNO, Pemuda UMNO takkan mampu membawa perubahan. dah kalah buat macam orang kalah, keputusan perwakilan harus dihormati. KJ Ketua Pemuda. Razali bijak dalam hal ini apabila memberi penghormatan yang sepatutnya kepada KJ sebagai Ketua Pemuda.

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

windtalker. Terima kasih atas teguran. Namun, saya rasa saudara/i salah sedikit tumpuan tenaga. Dari menegur saya yang kalah ini, baiklah habiskan tenaga saudara/i menegur YB KJ.

Malang sekali, beliau menang tapi tak buat macam orang menang. Penuh sangsi dan defensif, sehingga ada tertubuh 'think tank' membersihkan imej beliau dalam Pemuda UMNO! Beliau sendiri kelihatan tak berani berubah. Ye lah, dok harap setiakawan aje...

Tambah lagi, UMNO subur kerana tak semua membuta tuli menyokong pemimpin. UMNO subur kerana ada yang terus mengkritik pemimpin yang salah, walaupun beliau baru menang pertandingan. Hormat tak bermaksud kelu dan mengampu. Hormat kekadang hasilnya teguran bertalu-talu...

Era Pak Lah sudah tamat...

Parpu Kari said...

HMMM....YA ALLAH, KAU SELAMTKANLAH PEMUDA UMNO DARI BALA BENCANA! AMIN!

Parpu Kari said...

WELL SAID BRO! TAJAM DAN PEDAS! MENUSUK KALBU!

Gekko said...

Wei Melayu tak sedar diri. Kau KALAH BERTANDING duduk la diam-diam. Kita tengah cuba bersatu baik dari mana-mana kem pun. Kau ni BODOH ker apa. Aku rasa kau baik keluar dari UMNO la dan join PKR. Sebab perangai kau ni sama macam ANWAR, perangai tak tau la... sama kut. Hahahaha.

Gekko said...

Kenapa kau nak dengki sangat dengat KJ ni... sebab dia tak lantik kau jadi EXCO agaknya. Hahaha. Aku dengar kau ada mintak kat dia kan.

Jangan JADI DURI DALAM DAGING bai.

Kau tu dah lah berperangai lembut, jangan sampai main bo%$*t cam Anwar dah la ye. Sian bini hang.

hamidi said...
This comment has been removed by the author.
JALILMM said...

Sdr Akram,

Gaya politik sdr sangat konsisten tetapi terlalu berpaksi kpd sesetengah pemimpin sahaja...TDM tak betul semua dan mukhriz x betul semua...malah kj juga ada benda baik yang dia buat....positifkan diri dan hujah sdr....tulisan sdr saya suka..tq

jalilmm.blogspot.com

Tangential Malay Search Results