Monday, August 28, 2006

The Pantai "Political-Economic Bail-Out"

It would seem the Pak Lah administration is now responsible for a new political phenomena in Malaysia, the "Cross-Border Politico-Economic Bail-Out".

For the first time in history, a financial arm of the Malaysian Government (Khazanah) is BAILING-OUT a FOREIGN ENTITY (Parkway) for the sake of saving the POLITICAL Miss-Step of the Finance Ministry.

Khazanah has now come in to save Parkway's and Pak Lah's bacon by forming a 'JV' with Parkway, supposedly in the works for the 'past year':

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/8/29/business/15270310&sec=business

Questions that remain include ...

1 - How much is this due to Pak Lah's admin suddenly realising the extent of betrayal to national interest his Finance Ministry has committed in allowing the Parkway deal to go through in the first place?

2 - Why has Parkway been allowed to profit from this deal after only 10 months when Parkway is in reality in a very difficult position with Malaysian regulations allowing Parkway to be forced to dispose of FOMEMA and Pantai Medivest, its two most profitable subsidiaries, at low prices to Malaysian/Bumiputra investors; 2 of whom were recently rejected!

Note that Pantai accounts for ~50% of Parkway's EBITDA growth over the past year, and the FOMEMA and Pantai Medivest portions of Pantai in turn accounts for ~50% of Pantai's profitability.

3 - Why is Pak Lah allowing Khazanah to bail-out Parkway, a foreign entitiy owned and controlled by Singaporean and US interests, when he has the day before refused to assist Petronas in sorting out Petronas' problems in Chad? Are Singaporean and US companies now a bigger priority to Pak Lah's admin than Malaysian companies?

4 - With Khazanah in a position of such strength, why is Dato' Azman Mokhtar's Khazanah so generous towards Parkway, 'buying' Pantai shares at a 5% PREMIUM to Market Value (Khazanah's JV is 'buying' the Pantai shares from Parkmay @ RM2.65/share whilst 26 August 06 Market Closing Price is @ RM2.51/share)!

5 - Khazanah is also being doubly generous, by endorsing and facilitating Parkway's INCREASE in ownership and allowing Parkway to continue to CONTROL Pantai whilst it is now a clear Minority Shareholder. Why not commit to Pantai being Malaysian run, as it had been for many years of growth prior to Parkway's acquisition of it?

It is unbelievable Dato' Azman has not gone for Parkway's jugular in this - or has he been stopped from doing so by the "4th Floor"?

Some open discourse also on the web:

http://www.jeffooi.com/2006/08/its_khazanah.php#more

Update:

It would appear questions remain of the legality of the original purchase of the controlling share of Pantai in the first place by Parkway. With the Proton-MV Agusta and ECM Libra-Avenue scandals, are we seeing yet another symptom of an Enron-like desease spreading across the Economic Management of our country? See details here...

http://rockybru.blogspot.com/


It would seem that the government continues to guide Malaysia down a meandering course towards political and economic oblivion...

Tuesday, August 08, 2006

Pertempuran Mahathir <-> Pak Lah Juga Merupakan Pertempuran Ideologi Ekonomi Dan Pembangunan (Bahagian 1)

Tun Dr Mahathir pada zaman pentadbirannya telah menggerak pembangunan negara bedasarkan prinsip "Economic Nationalism" atau Ekonomi Nasionalis. Prinsip Ekonomi Nasionalis bukanlah prinsip baru yang dibawa oleh Mahathir, malah ia juga didukung oleh Perdana-Perdana Menteri sebelumnya. Tetapi yang berbeza adalah pendekatan lebih aktif dan mendorong yang diambil oleh Mahathir.

Prinsip Ekonomi Nasionalis merupakan prinsip yang mementingkan kepentingan dan hala-tuju negara secara menyeluruh, termasuk dari segi politik, keadilan sosial, kebudayaan, keselamatan dan lain-lain dalam menggubal rancangan dan menggerakkan pembangunan ekonomi negara. Antara ciri-cirinya prinsip Ekonomi Nasionalis Mahathir ini termasuk:
  1. Aktiviti-aktiviti ekonomi utama atau strategik di Malaysia haruslah dimiliki, dikuasai atau sekurang-kurangnya melibatkan syarikat atau rakyat Malaysia sebagai penggerak utama.
  2. Pembangunan negara tidak boleh mengancam, malah harus terus menjamin kemerdekaan Malaysia dari segi fizikal, mahupun ekonomi, kebudayaan, pemikiran dan sebagainya
  3. Pembangunan haruslah seiring dengan pengagihkan kekayaan ke segenap masyarakat secara aktif untuk memperbesarkan kelas pertengahan ("middle-class") supaya ini semakin menjadi kelas majoriti rakyat Malaysia. Pengembangan kelas pertengahan ini juga mengutuhkan lagi ekonomi dalaman negara dengan membangunkan aktiviti ekonomi dalam negara.
  4. Pembangunan haruslah meningkatkan daya-saing dan kedudukan Malaysia di mata dunia.
  5. Dengan adanya 4 ciri-ciri yang awal, kerajaan Malaysia juga harus melibatkan diri dalam projek-projek penjanaan ekonomi tersebut secara langsung.

Pendek kata, Ekonomi Nasionalis mementingkan rakyat, badan atau syarikat Malaysia sebelum yang asing. Ekonomi Nasionalis mementingkan rakyat yang ramai sebelum yang sedikit dan mementingkan manfaat untuk semua sebelum manfaat untuk individu. Ekonomi Nasionalis juga pada lahirnya agak "populist"; contohnya ia mementingkan pengurangan pengangguran sebelum pembangunan ekonomi yang menyebabkan penganguran.

Kerana itu, kerajaan Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir terlihat jelas dengan aktif menjanakan ekonomi negara dengan projek-projek Mega seperti jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS atau nama tidak rasminya, Lebuhraya Mahathir Mohamad), Koridor Raya Multimedia, KLCC, Proton, dsb. Namun, hasil lebih penting dari projek-projek ini bukanlah bangunan, jambatan, kereta, kilang atau lebuhraya yang dibina sahaja.

Ekonomi Nasionalis memberi kepentingan kepada projek yang memberi lebih manfaat kepada kumpulan rakyat yang terbesar. Inilah sebab kenapa PLUS diutamakan dahulu dari projek-projek Mega yang lain. PLUS dibina sebagai projek yang boleh memanfaatkan rakyat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, jalinan kawasan kepadatan penduduk paling tinggi dan perkumpulan penduduk paling ramai di Malaysia.

Falsafah ini juga terlihat dalam perjalanan sesuatu projek Mega. Contohnya, dalam pembinaan LRT di Kuala Lumpur, penempatan stesen dan landasan adalah berdasarkan kepadatan penduduk yang terbesar dan penduduk yang paling mundur ekonominya. Makanya, kawasan kepadatan tinggi berpendapatan rendah seperti Gombak diberi keutamaan berbanding kawasan kepadatan rendah berpendapatan tinggi seperti Bukit Damansara.

Dari segi ekonomi, pra-syarat kerajaan Mahathir yang pembangunan projek-projek Mega wajib melibatkan syarikat Malaysia, juga telah membangunkan pelbagai syarikat tempatan yang kini berupaya merentap dengan syarikat-syarikat dari negara yang lebih maju untuk p elbagai projek di seluruh dunia. Syarikat-syarikat seperti UEM, MMC-Gamuda dan YTL inilah yang bakal terus menjana pembangunan Malaysia di masa hadapan.

Dari segi sosio-budaya pula, laungan "Malaysia Boleh" tidak mungkin sebati dalam pemikiran masyarakat Malaysia di penghujung era Mahathir sekiranya kejayaan pelbagai projek dan inisiatif ekonomi yang lepas tidak terlihat keberkesanannya. Rakyat Malaysia melihat jelas yang kita sendiri berupaya membangunkan negara sendiri tanpa perlu berpaut kepada mana-mana pihak atau negara luar.

Dalam politik antarabangsa, pembangunan ekonomi Malaysia pada era Tun Dr Mahathir membolehkan Malaysia bertegas dalam pelbagai isu namun kekal pada kedudukan berkecualinya. Ketegasan kerajaan Mahathir dalam mendukung kebenaran yang membayangi kehendak rakyat Malaysia, seperti dalam isu Palestin, mendorong negara-negara lain untuk mengagap Malaysia pimpinan Mahathir sebagai pemimpin negara-negara seumpamanya.

Ekonomi Nasionalis juga memberi rakyat banyak kelebihan secara tidak langsung. Contohnya, prinsip Ekonomi Nasionalislah yang mendorong kerajaan Mahathir mengekalkan subsidi petrol dan diesel serta harga elektrik yang lebih murah di Malaysia selama yang boleh dan hanya merubah atau menaikkan harga sekiranya terdesak dan juga secara beransur.

Walaupun tindakan ini berhasrat meningkatkan daya saing industri kecil dan berat negara dengan mengurangkan bebanan kos, ia juga membolehkan rakyat menikmati harga keperluan tenaga yang murah. Mahathir dengan prinsip Ekonomi Nasionalis sedia melihat kerugian ditampung oleh TNB dan pemegang-pemegang sahamnya yang lebih mampu asalkan tindakan dalam mengekalkan harga rendah memanfaatkan negara secara keseluruhan.

Dasar-dasar Ekonomi Nasionalis Mahathir juga jauh pandangannya. Selain dari Wawasan 2020 yang hingga kini kerap diwar-warkan, dasar-dasar khusus kerajaan Mahathir dari awal pentadbirannya juga bersifat begini. Contohnya Dasar Kependudukan Negara untuk mencapai 70 Juta penduduk menjelang 2100 berhasrat memantapkan kemerdekaan ekonomi negara dengan meramaikan rakyat yang bakal menjana ekonomi tempatan.

Kita akui bahawa walaupun banyak usaha yang berjaya membangunkan ekonomi pada era Mahathir, tidak kurang juga kegagalan yang menimpa usaha kerajaannya. Contohnya, isu Perwaja, isu kronisma dan kelumpuhan ekonomi negara setelah diserang spekulator asing pada tahun 1997-98 terus menghantui beliau. Namun, secara keseluruhan, Tun Dr Mahathir telah membuktikan model Ekonomi Nasionalis Malaysia boleh membawa jaya.

Namun prinsip Ekonomi Nasionalis tidaklah begitu popular di alam kapitalisma Barat yang mementingkan kepada pembangunan yang dijana oleh sektor koprat atau individu hampir secara eksklusif. Lazimnya, di Barat, kedudukan kerajaan dalam ekonomi hanyalah dalam hal pembentukan dasar fiskal atau pencukaian untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan menarik pelabur mahupun usahawan.

Dikalangan negara Barat, hanya negara Perancis yang jelas mengamalkan prinsip Ekonomi Nasionalis.

Sejak tampuk kepimpinan negara beralih kepada Pak Lah, ternyata prinsip Ekonomi Nasionalis semakin terkubur. Pak Lah bukanlah seorang ahli ekonomi dan beliau sendiri mengakuinya dengan penubuhan pelbagai badan tambahan untuk menasihati beliau dan kerajaan di dalam bidang ekonomi. Malangnya, hampir kesemua badan penasihat yang menasihati Pak Lah sekarang dipelopori oleh ahli ekonomi berpendidikan atau berideologi Barat yang anti-Ekonomi Nasionalis.

Tangential Malay Search Results