Sunday, August 23, 2009

YB Radzhi Lari Dari PKR, Bukan Ke PAS, Tapi Kenapa Tidak Ke UMNO?

Sejak semalam bertubi-tubi penulis menerima sms tentang hal larinya YB Mohd Radzhi Salleh, ADUN Lunas, dari PKR. Katanya beliau ADUN bebas sekarang. Katanya beliau rela terus berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui PAS (?!) walaupun beliau sekarang ADUN bebas. Katanya beliau sedia kekal di Exco kerana ini sesuai dengan hak DYMM Sultan Kedah melantiknya lalu beliau juga sedia dipecat Sultan.

Sebab kenapa YB Radzhi keluar parti? Katanya kerana,"...PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi."

OK, setakat ni, nampak gaya skrip yang cukup 'standard' sahaja, tetapi mungkin boleh kita ajukan beberapa teori akan kenapa YB Radzhi mengambil beberapa keputusan:
  1. Kenapakah beliau keluar parti PKR. Yang ini ada banyak teori, tetapi sebenarnya saya sendiri akui TAK TAHU tentang hal ini! Ahli Parlimen PKR Padang Serai, YB N Gobalakrishnan dah cukup hangat menuduh YB Radzhi dan yang keluar parti bersama dengannya, sehingga terbubarnya PKR Bahagian tersebut, macam-macam - strategi nak menang PRK Permatang Pasirlah, semuanya dah lama bertindak-tanduk memang mencurigakanlah...

  2. Kenapakah YB Radzhi tak lari ke PAS memandangkan beliau sedia untuk kekal di Exco Kerajaan Negeri? Siapa kata dia tidak mencuba? Soalnya sekarang, kalau dia cuba pun, PAS tidak mungkin sedia menerimanya kerana ini pasti akan menimbulkan ketegangan di antara PAS dan PKR Kedah. Dah la PAS dan DAP Kedah tak ngam pasal babi! Lagi pun, Pengerusi PKR Kedah, YB Ahmad Kassim, memang rapat dengan PAS sejak zamannya di ABIM lagi.

  3. Soalan yang paling menarik sekali, kenapakah YB Radzhi tak lari ke UMNO! Ha, ini soalan cepumas ni! Yang ni kena huraikan sedikit lagi... di bawah...

KENAPAKAH YB RADZHI TIDAK MENYERTAI UMNO:

  1. Jelas YB Radzhi, beliau tidak mahu dikatakan 'kena beli'. Wah, nampak gaya kalau ada orang lompat ke UMNO atau BN, akan terus dilabel 'kena beli'! Bukannya kerana prinsip atau kepincangan parti Pakatan mahupun untuk berkhidmat dengan lebih berkesan. Tetapi terus kena label 'kena beli'! Malah, YB Radzhi lebih rela tak berparti dan seksa menguruskan ADUNnya tanpa bantuan dari kena label 'kena beli' dari masuk UMNO!

  2. Kenapakah ada imej 'kena beli' pada yang lompat ke UMNO/BN? Mungkinkah kerana UMNO masih berimej 'membeli' undi? Mungkin ini bukan kerana aksi BN pada PRU atau PRK, tetapi cerita beli-jual undi pada pemilihan dalaman parti adalah antara yang menjijikkan rakyat! UMNO pula masih membiarkan mereka yang sudah bertaraf ikon korupsi berleluasa dalam parti! Manalah orang tak anggap yang melompat ke UMNO jenis 'dibeli'?

  3. YB Radzhi juga mengatakan,"selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu (2008), saya lihat hala tuju parti (PKR) telah berubah. Ia menjurus kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan." Ha, mungkinkah sebab YB Radzhi tak menyertai UMNO kerana pada beliau parti kita sama buruk dengan PKR yang baru ditinggalkannya? Mungkinkah ini juga tanggapan rakyat?

Ramai 'pakar' akan membuat pelbagai terjemahan terhadap keluarnya YB Radzhi dari PKR, tetapi saya lebih tertarik dengan soalan kenapa beliau tidak menyertai UMNO. Soalan inilah harus diberi perhatian oleh pemimpin UMNO untuk memperbaiki keadaan, kerana kalau tidak, bukan sekadar wakil rakyat lawan yang kecewa sahaja bakal menolak Barisan Nasional dan parti tunjangnya!

1 comment:

Pakteh said...

Salam..
Pakteh merasakan YB Radzhi jika ingin join UMNO berfikir banyak kali kerana seperti diketahui umum, beliau adalah antara individu yang dikhabarkan membuat tuntutan perjalanan yang melampau. Pakteh tidak pasti samada SPRM sudah/sedang siasat kes ini seperti kes 2 bekas YB PKR di Perak yang disiasat berkaitan rasuah.
Jika UMNO menerima pelarian dari PKR yang mempunyai isu seperti rasuah, dimanakah nilai UMNO yang mementingkan bersih cekap dan amanah.
Persoalan mengapa beliau tidak join UMNO mungkin boleh disamakan dengan kes di Perak.
Apapun, spesis ini hanya menjadi beban jika join UMNO sekarang. Lebih manis jika sekadar menyokong BN sebagai YB bebas.

Tangential Malay Search Results