Wednesday, June 29, 2011

Betulkah Saya Kata Bersih 2.0 Bengong?

Memandangkan kenyataan pendapat saya sebagai Presiden MAYC mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang diwartakan Bernama nampaknya diguna-pakai oleh ramai pihak, termasuklah Malaysiakini, rasanya ada baiknya saya membetulkan sedikit yakni berkenaan penggunaan perkataan 'Bengong'.

Sebenarnya, yang saya sebutkan dalam temuramah menerusi telefon adalah yang Belia akan Bingung akibat berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0, apatah lagi sekiranya seronok menyertainya. Saya tidak mengatakan Belia akan Bengong kalau turut serta... ya lah, kan menjawab soalan Bernama, takkanlah saya nak guna perkataan Bengong!

Yang menariknya, Malaysiakini pula menyalah-tafsir sama termasuklah konteks penggunaan perkataan Bengong yang kononnya digunakan oleh saya. Ia mewartakan yang saya menyifatkan mereka yang bakal menyertai perhimpunan haram sedemikian sebagai Bengong. Ini juga tidak betul, saya tidak menyifatkan mereka yang bakal menurut serta Bengong, hanya mungkin sekadar Bingung.

Tetapi kalaulah ada yang mewartakan yang saya merasakan penganjur Bersih 2.0 sebagai Bengong, walaupun saya tidak menyatakan sedemikian kepada Bernama, namun ia merupakan laporan yang tepat! Pada saya, memang Bengong (fools) yang menganjur Bersih 2.0. Apa diorang tak nampakkah apa yang bakal berlaku? Ka sengaja nak berlaku sedemikian?

Walaupun perhimpunan Bersih yang asal di'hijack' oleh DS Anwar Ibrahim, namun niat di sebaliknya merupakan niat murni untuk menyahkan seorang pemimpin yang dipercayai oleh semua yang terlibat, semakin membinasakan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia, yakni Pak Lah. Bersih yang asal digerakkan oleh begitu ramai tokoh dari setiap pola politik, agama dan bangsa di Malaysia.

Malangnya, Bersih 2.0, jelas tidak mendapat sokongan dari kesemua pihak. Malah, ada yang mengatur perhimpunan anti-Bersih pimpinan Perkasa pun merupakan antara pengelola serta perancang Bersih 1.0. Yang si DS Anwar Ibrahim pula, nak 'hijack' nanti pun lebih bermasalah, sebab KJ pun sibuk juga nak 'hijack' perhimpunan pada 9 July! Lagi Bengong!

Kesimpulannya, saya harap semua aktiviti haram di jalanan pada 9 July tu baik batal sajalah. Buang-buang masa dan duit sahaja! Kalau ada yang mencabar saya kenapa MAYC tidak menyertai setidak-tidaknya perhimpunan anti-Bersih 2.0 bersama NGO lain, saya sedia menjawab, kita di MAYC tidak ada masa, tenaga mahupun kewangan untuk dibazirkan dalam perhimpunan syok sendiri seperti ini.

Lebih baik MAYC memanfaatkan ahli kelab-kelab MAYC dan mahupun golongan Belia amnya dengan program-program yang lebih membina. Di sinilah harus ditumpukan masa, tenaga dan kewangan MAYC, bukan berdemonstrasi jalanan...

1 comment:

Anonymous said...

Mohon maaf di atas kesilapan Bernama mengenai 'bengong' tu.

Firdaus-

Tangential Malay Search Results