Thursday, December 12, 2013

Mencatur Kejayaan Di Myanmar

Ramai yang tertanya-tanya tentang nasib serta pergerakkan blogger ini sejurus selepas pemilihan UMNO tempohari. Sejak Oktober fokus blogger berubah ke arah rezeki, yakni kembali ke kerjaya di bidang Pengurusan Syarikat Minyak, dan keluarga, khususnya memajukan projek 2 tahun yang diusahakan bersama di antara beberapa keluarga pemain catur di bawah latihan pemain no 1 negara kini, Mok Tze Meng.

Alhamdulillah,  projek catur yang blogger ini maksudkan kini sudahpun mencapai hampir kesudahan diharapkan cemerlang. Semalam, kontinjen catur Malaysia ke Sukan SEA di Nay Pyi Taw, Myanmar, telah beraksi buat kali pertama dalam permainan Catur Tradisional Myanmar. Walaupun pemain Malaysia tidak berjaya meraih pingat lagi, ia sekadar selangkah ke hari ini yang memberi 2 peluang keemasan untuk meraih pingat melalui acara Catur Tradisional Myanmar berpasukan. Kita doakanlah kejayaan pasukan kita bersama-sama.

Dengan penyertaan Malaysia ke semua acara Catur pada Sukan SEA ini, yang melihat 18 acara di pertandingkan, sekaligus 18 peluang meraih pingat emas, Malaysia adalah di antara hanya 4 negara yang menyertai kesemua acara pada pertandingan ini, walaupun 8 negara telah menghantar kontinjen Catur ke Myanmar. Sambutan Persekutuan Catur Malaysia di bawah pimpinan YBhg Tan Sri Ramli Ngah Talib terhadap peluang mempertingkatkan prestasi dari 1 Gangsa yang dimenangi pada Sukan SEA ini amatlah dihargai.

Ada yang mungkin tertanya-tanya pula sekarang, kenapakah blogger mengatakan ini projek keluarga? Ini kerana 3 dari anak-anak kami terlibat! Setakat ini, anakanda Aqil sudahpun mula beraksi dalam acara Catur ASEAN Standard Individu dan semalam berjaya seri dengan GM Eugene Toray. Anakanda Ayesha pula terlibat dalam acara Catur Berpasukan pada hari ini. Pada masa ini, kami sudah cukup berbangga dengan keupayaan mereka mewakili negara. Diharap berkat doa dan usaha, bakal bertambahlah sebab untuk kami meraikan mereka.

Alhamdulillah, pasukan Catur telah memenangi pingat pertamanya yakni Gangsa bagi acara Catur Tradisional Myanmar Berpasukan Lelaki. Semoga ini mencetuskan semangat kemenangan berterusan bagi pasukan Catur negara di Sukan SEA ini.

5 comments:

Anonymous said...

Itu yang layak pun....

Quantum Metal Consultant said...

Saya sentiasa menyokong tuan setakat ini selagi perjuangan dulu dan sekarang tidak berubah.

Menang dan dapat jawatan dan pangkat tetapi gagal melaksanakannya, apa ertinya - plus kena maki dan taraf menteri tetapi dianggap biadap.

Tuan hanya ingin menyumbang bakti tetapi apabila ditolak secara peibadi tidak ada yg rugi.

Selamat maju jaya.

BUNDAPOKER.COM AGEN TEXAS POKER DAN DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA said...

nice info

kaleb said...

catur kita emang mantap..


Baguspedia
Baguspedia
Baguspedia
Baguspedia
Baguspedia

Unknown said...

gen bola piala euro
agen bola piala euro
prediksi bola
prediksi bola
berita bola
berita bola
kontes seo SITUS88BET SITUS JUDI AGEN BOLA SBOBET CASINO ONLINE DAN BANDAR TARUHAN EURO 2016

SITUS88BET SITUS JUDI AGEN BOLA SBOBET CASINO ONLINE DAN BANDAR TARUHAN EURO 2016

Tangential Malay Search Results