Friday, December 11, 2015

Hubungan 1MDB Dan Derma: Bagaimana DS Najib, DS Zahid Serta Tun Dr M Semua 'Betul'...?

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini (PAU2015) bakal melakarkan sejarah kelakar penuh tragis sekali lagi apabila DS Najib berdiri 'solo' pada sesi penggulungan, demi mengelak ancaman nyata dari ucapan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin (TSMY) serta Naib Presiden, DS Shafie Apdal, mahupun 'bayang-bayang' kerisauan beliau terhadap kesetiaan DS Zahid Hamidi dan YB Khairy Jamaluddin (KJ). Namun, usaha terakhir ini pun pasti tidak akan dapat menyelamatkan beliau dari scenario kegagalan PAU2015 meredakan isu-isu hangat 1MDB serta 'Derma' RM2.6B ke akaun peribadi DS Najib.

Namun jurublog telah mengambil peluang meneliti kembali ulasan para penganalisa isu tersebut yang kini dapat dinilai bersama pendedahan-pendedahan baru, terutama kekeliruan kenyataan sama ada seorang sahaja 'Pak Arab' yang menderma ataupun lebih dari satu. Hasil analisa tersebut adalah teori bagaimana kenyataan yang kelihatan bercanggah di antara DS Najib, DS Zahid dan Tun Dr M sebenarnya boleh semua diterima sebagai 'benar', sekaligus menyuluh hubungan jelas di antara 1MDB dan Derma tersebut.

Mari kita lihat maklumat yang ada:

  1. Tun Dr M menuduh Derma RM2.6B bersamaan sekitar US$700Juta yang diterima ke akaun DS Najib asalnya dating dari 1MDB.

  2. DS Najib pula menjelaskan yang RM2.6B merupakan derma ikhlas dari seorang 'Pak Arab' misteri.

  3. DS Zahid Hamidi pula telah baru-baru ini menjelaskan bahawa apabila beliau menyatakan pernah berjumpa penderma tersebut, beliau memaksudkan wakil-wakil 'Pak Arab' yang baik hati. Inilah sebabnya beliau membahasakan pertemuan tersebut dengan lebih dari seorang 'penderma'.

  4. Di antara pergerakkan wang 1MDB yang menimbulkan banyak kemusykilan adalah bayaran sejumlah US$1.83B ke rakan-niaganya PetroSaudi International (PSI), kononnya sebagai dana pelaburan bersama.

  5. Pengasas PSI adalah seorang 'Pak Arab' bernama Tarek Essam Ahmad Obaid. Beliau pasti diwakili pelbagai individu lain dalam pertemuan-pertemuan di seluruh dunia.
Maka, benarlah yang:

DS Zahid bertemu dengan wakil-wakil 'Pak Arab' dermawan sekiranya yang ditemui adalah Tarek Obaid atau wakil-wakilnya dari PSI. Betulkah? Wallahualam... tetapi bacalah lagi untuk memahami bagaimana munasabahnya teori yang 'Pak Arab' PSI-lah dermawan yang begitu ikhlas sedia men'derma' sejumlah besar RM2.6B tersebut...

Wang derma RM2.6B diterima DS Najib dari seorang 'Pak Arab', dan bukanlah secara langsung dari 1MDB. Kebetulan sahaja yang 'Pak Arab' yang dimaksudkan adalah Tarek Obaid atau syarikat miliknya, PSI, yang juga kebetulan sahaja merupakan rakan kongsi penerima US$1.83B  atau hampir RM7Billion dari 1MDB!!!

Maka memang DS Najib menerima derma ikhlas dari 'Pak Arab' berkenaan... dah PSI dapat dah RM7B dari 1MDB, apalah sangat kalau RM2.6B dari PSI disalurkan balik ke akaun peribadi 'Penasihat' 1MDB, DS Najib! DS Najib pun gembira sebab dapat duit derma ikhlas dari Pak Arab PSI, bukan 1MDB... bukan... kebetulan sahaja PSI baru dapat habuan dari 1MDB tu...

Akhirnya, Tun Dr M pun cakap betul. Duit derma RM2.6B tu dari 1MDB lah, secara tidak langsung. Sebabnya, tak salah untuk seorang pemerhati berhemah seperti Tun Dr M memahami yang derma RM2.6B dari Pak Arab PSI tu asalnya sebahagian wang hampir RM7B dari 1MDB. Sebenarnya, kerja memutar wang seperti ini boleh juga ditakrifkan sebagai jenayah 'money laundering' menurut agensi polis sedunia, Interpol. Patutlah Tun Dr M gusar!

Maka saranan jurublog kepada semua yang sekecewa mengenai kedangkalan ucapan dasar sekaligus pelbagai kekurangan pada PAU2015, setidak-tidaknya, usaha mengambuskan lagi skandal 1MDB dan derma semakin gagal hasil usaha para pengambus di sekeliling DS Najib sendiri. Sekali lagi kita ramai-ramai doakan agar DS Najib sedar akan kesalahannya serta dosa-dosanya kepada rakyat Malaysia dan beliau undur sendiri sebelum diundurkan...

Ikhlas, @AMUbaidahS

#UndurNajib    

27 comments:

berasiam said...

Najib berjaya mempromosikan istilah derma rm2.6 bilion. Ramai yang guna pakai istilah derma seolah2 duit rm2.6 bilion itu benar2 derma. Sedangkan pendedahan asal oleh wsj adalah bersumberkan maklumat siasatan pihak berkuasa Malaysia yang ditugaskan menyuasat 1mdb. Dalam pendedahan itu wsj dengan yakin menunjukkan jejak wang rm2.6 bilion dari mula hingga berakhir dalam akaun peribadi najib. Terdapat satu lagi jejak wang sebanyak rm42 juta yang melibatkan dr sam, ceo ihsan perdana. Wang rm2.6 bilion berjaya diubah sebutannya menjadi derma pada pau kali ini. Wang rm42 juta itu langsung tidak disentuh sedangkan dr sam dan beberapa orang lain telah ditahan reman oleh sprm dalam siasatannya.

Anonymous said...

PAU 2015 membayangkan gejala Cash Is King yang Tun Dr Mhathir kata DS Najib sebutkan kapada dia itu betul ada dan berkalu. Walau bagaimana keras dan menonjol pun amaran yang di beri kapada ahli ahli perwakilan di masa taklimat sabelom PAU itu, masih di ragukan mengapa mereka tidak mendebatkan skandal !MDB dan RM2.6 bilion yang telah memalukan UMNO dan negara di dunia.

Sebab nya ia lah kuat nya gengaman Cash Is King itu terhadap mereka yang biasa nya berani menimbulkan isu isu bagi menjaga dan memajukan hak dan kepentingan UMNO.

Anonymous said...

Saya percaya dengan apa yang Tun Dr Mahathir kata berkenaan RM2.6 bilion itu.

Saya percaya apa yang bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis kata berkenaan "hidden hands" atau tangan ghaib.

Anonymous said...

Saya amat dukacita tindakan melucutkan jawatan Peguam Negara dari TS Gni Pattail engan alasan dia sakit masakan tidak ada doktor yang mengsahkan dia sakit hingga tak boleh berkerja.

Begitu juga tindakan menukarkan pegawai pegawai tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB dan RM2,6 bilion itu dengan alih alih dan serta merta dan kemudian di flip flopkan salepas pegawai pegawai SPRM sembahyang hajat.

Anonymous said...

Bila kah Peguam Negara baru akan mengaktifkan semula Pasukan Penyiasat Khas 1MDB dan RM2.6 bilion itu?

Anonymous said...

Tak masuk akal mengatakan RM2.6 bilion itu derma. Walau bagimana kaya pun si Arab atau sesiapa.

Derma biasa nya di beri kpd yang miskin atau tidak berupaya. Najib atau UMNO atau Malaysia begitu ke?

Atau di beri utk sesuatu tindakan atau pergerakan bagi tujuan tujuan yang baik. Jika demikian, mengapa tak di sebut tujuan nya? Najib tak kata apa fasal tujun. Pendek kata, dia ha nya berkata pendek - dia tak pernah ambil wang utk keuntungan peribadi.

Yang cuba beri tujuan kpd "derma" itu ia lah kuncu kuncu nya. Bercanggah dari utk lawan Al Qaeda, ke lawan ISIS, ke lawan DAP. Mengarut.

Kalau utk UMNO, mengapa tak masuk ke dlm ekaun UMNO. Dan di sebut di dalam Penyata Kewangan UMNO dan di laporkan kpd Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies"?

Kalau penderma tak mahu di perkenali, mengapa kasi "derma" itu? Takkan dia tak tahu bahawa memberi kpd seorang PM dan ketua pertubuhan politik di sesuatu negara akan menjadi kontroversi? Sekarang telah menjadi skandal yang belom nampak hujung pangkal.

Apa kah Najib tak mau cakap tujuan "derma" yang di buat di sekitar PRU13 kerana takut di belasah dek Pembangkang membelanja jauh berlebihan dari yang di benarkan undang undang dan peraturan yang berkenaan?

Kalau betul "derma" mengapa ada tangan ghaib/ hidden hands melucutkan jawatan dan menukarkan tempat kerja mereka yang menyiasat?

Berbagai so'alan tak di jawab. Ramai yang di jadikan mangsa. Termasuk TSMY Timbalan Presiden dan DSSA Naib Presiden UMNO yang di lucutkan jawatan kabinet mereka. Melanggar tradisi UMNO dengan tidak membenarkan TSMY sebagai Timbalan Presiden merasmikan pembukaan mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan menghalang keduua dua nya berucap di PAU.

Aku sokong UMNO sejak umur dewasa dan fahamkan politik. Aku sokong mmereka yang mahu Najib di gantikan. Kalau tak, jahanam UMNO/BN di PRU14.

Anonymous said...

Nak tahu identiti "penderma"2 itu. MACC yang pergi menemui mreka di Timur Tengah perlu keluarkan butiran yang boleh memuaskan hati rakyat bahawa mereka ada lah benar-benar Arab kaya mempunya beratus bilion, yang berupaya "menderma" US1 bilion.

Takda so'al MACC ha nya "mengesahkan" nya aje. Kita dah tau apa "tangah ghaib"/ hidden hands boleh lakukan hingga Peguam Negara pun alih alih di lucutkan jawatan dgn sewenang wenang nya. Mana tak wenang bila takda surat doktor ngatakan Gani Pattail dah tak boleh kerja.

Anonymous said...

Paling gembira si Najib bia habis PUA. Tapi dia tak boleh ingat dah habis masalah dia. Tun Mahathir di katakan not retreating, not surrendering. Suruh rakyat tunggu pos baru dia, dia tulis pasal PAU. Aku belom cek dah keluor ke.

Anonymous said...

Kena ganti Najib ni. Klo tak risiko besar UMNO kalah di PRU14.

Anonymous said...

Saya fikir Najib tak akan sedar. Malah, dia akan merasa lebih angkuh.

Kita kena terus kritik dia. Sehingga dia sedar. Dan UMNO sedar bahawa kalau Presiden tak di ganti, besar kemungkinan UMNO/BN lingkup di PRU14.

Anonymous said...

Saya amat keliru. Dalam keliru itu, tertanya tanya berbagai so'alan yang tak di jawab. Kecewa pulak bila TSMY dan DSSA di gugurkan dari Kabinet bila menanya berbagai bekenaan 1MDB dan RM2.6B itu.

Anonymous said...

Pengasas PSI .. 'Pak Arab' .. Tarek Essam Ahmad Obaid .. diwakili pelbagai individu lain dalam pertemuan-pertemuan di seluruh dunia.

Maka, benarlah DS Zahid bertemu dengan wakil-wakil 'Pak Arab' dermawan sekiranya yang ditemui adalah Tarek Obaid atau wakil-wakilnya dari PSI. Betulkah?

Betul tak betul, SPRM yang telah pigi "interbiu" apa yg di katakan "penderma-penderma" (lebih dari satu) dan di warwarkan sekitar masa PAU itu perlu mengumumkan "identiti" mereka yang di interbiu.

Dengan butiran nya, tak cukup dengn mengesahkan mereka dah jumpa "penderme penderma" itu saja.


Anonymous said...

Kalau betul maalumat ini, apa kah mungkin Tarek Obaid tak mau di umumkan "derma" nya RM2.6 B itu, mau senyak kan saja?

www.asiasentinel.com/econ.../1mdb-dubious-middle-eastern-connections...
Dec 16, 2014 - ... Tarek Essam Ahmad Obaid, a London playboy said to be a grandson of the Saudi Sheikh Obaid

Anonymous said...

Ini maalumat dari official website PSI International - kalau PSI ada lain lain pemegang saham (bukan sole ownership), apa mungkin Tarek Obaid boleh keluarkan RM2.6B dari ekaun nya dan buat "derma" dengan diam diam saja?

About Us - PetroSaudi International
www.petrosaudi.com/en/about-us/
About Us. PetroSaudi International. PetroSaudi was founded in 2005 by Tarek Essam Ahmad Obaid and private investors.

Anonymous said...

Pesuruhjaya SPRM kata pihak nya faham bahawa rakyat mahu tahu identiti "penderma" RM2.6B itu. Tapi, atas Kerajaan lah perkara mmengeluarkan maalumat itu.

DS Najib, nak tunggu apa lagi? SPRM dah pigi jumpa mereka di Timur Tengah. Kita nak tahu butiran lanjut, tak cukup kalau cakap si polan bin sipolan saja.

Jugak nak tau apa tujuan nya menderma itu.

Anonymous said...

Memang, rakyat mahukan butiran lanjut. Najib aje yng tak peduikan keluhan rakyat. Akan lingkup UMNO/BN di PRU14 kalau dia terus buat gitu.

Anonymous said...

Selagi tak di selesaikan masalah 1MDB dan RM2.6 bilion dalam ekaun bank nya dengan memuaskan, selagi itu lah kita perlu bersuara meminta DS Najib buat begitu, kalau tak, berundur.

UMNO/BN akan lingkup di PRU14 jika Najib terus memimpin dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion itu menjadi beban parti UMNO dan BN.

Anonymous said...

Ketua Polis negara kata laporan dan dokumen dokumen siastan Polis atas Justo di Thailand dah pihak berkuasa Thilnd hantar ke Peguam Negera. Polis tunggu review oleh PN untuk bertindak selanjut nya.

Kata dia rakaman interbiu yang PDRM buat tuh di buat dek Polis Thailand. Pelik pulak. Begitu sekali ke?

Jadi, mana tau rakaman atas aspek aspek sensitif itu mengikut sabenar nya atau mengikut apa yang Polis Thailand interpretasikan?

Anonymous said...

KPN kata tindakan selanjut nya juga menunggu salepas menerima laporan PAC dan Jabatan Odit Negara.

Kalau kedua dua PAC dan JON kata takda penyelewengan, amacam?

Attorney General baru takda sebut pun bila nak panggil mesyuarat Task Force on 1MDB dan RM2.6 bilion dulu tuh. Apa hal?

Belom dengor pulak apa Pesuruhjaya SPRM kata kedaan terakhir ini. Rakyat semua nak tahu fakta sabenar nya dengan sapenuh nya pasal RM2.6 bilion tuh.

Anonymous said...

Amacam rasa nya kita - Peguam Negara kata akan kaji sepenuhnya "investigation papers on the RM2.6 billion 'donation' to the prime minister and SRC International" yang di kemukakan dek SPRM.

Apa mungkin ada keputusan yang mengejutkan? Atau ada "hidden hands" di mana mana ke?

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir kata Peguam Negara tidak akan pedulikan laporan SPRM.

Berterabur macai macai Projib menafikan nya.

Masih banyak meragukan.

Anonymous said...

Peguam Negara masih belom cakap pasal Pasukan Petugas Khas yg dulu menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion. Belom adakn mesyuarat bagi mengaktifkan semula Pasukan itu, saperti yang di harapkan dek SPRM dan PDRM, sebagaimana di sebut dek Pesuruhjaya dan KPN llebih se bulan lalu.

Apa sebab nya dia buat gitu? Keluarkan kenyataan pun tak. Waaaaaaaaaaa

Pak Henra said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082-315-999-679_ terima kasih.KLIK http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل









KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082-315-999-679_ terima kasih.KLIK http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل












KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082-315-999-679_ terima kasih.KLIK http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل











KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082-315-999-679_ terima kasih.KLIK http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Anonymous said...

Pendapat berkenaan Peguam Negara dan Pesuruhjaya SPRM ini menarik memandang kpd hal Gani Petail telah di lucutkan jawatan PN dengan mengejut dan atas sebab yang takda doktor kata begitu dan ada "tangan ghaib" menukarkan pegawai pegawai tinggi SPRM cara mengejut -

AG and MACC chief are playing musical chairs
Malaysiakini (subscription) - ‎3 hours ago‎
YOURSAY | 'When the music stops, who will be the unlucky one left holding the hot potato?' MACC denies recommending 37 charges against Najib

Anonymous said...

Mencelah sikit pasal berita Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Kedah semalam kata tak sokong Mukhriz -

Pakar Perlembagaan, Professor Undang-undang UiTM, kata kedudukan Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan berdasarkan sokongan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu.

Seorang Professor yang pegang jawatan di Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kata pengumuman oleh Ahmad Bashah semalam hanyalah satu 'pandangan' dan tidak sah dijadikan 'dokumen' dalam menentukan kedudukan Muhkriz sebagai Menteri Besar.

Jadi, tak boleh Mukhriz di guling dengan Timbalan Ketua Perhubungan Negeri nya kata tak sokong aje.

Teruk sangat dah UMNO di bawah Njib nih. Nampak nya begitu keadaan selagi dia tak di ganti. Rosak sangat lah peluang nak menang PRU14.

HAFIZUL BIN HAZIQ said...

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

HAFIZUL BIN HAZIQ said...

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

Tangential Malay Search Results