Thursday, December 18, 2008

Cabinet Mematahkan Cadangan Penswastaan IJN? Terima Kasih Datuk Seri Najib...

Setelah membatalkan kontrek Eurocopter yang diragui nilainya sejurus selepas mengambil alih Kementerian Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan berjasa sekali lagi kepada rakyat Malaysia dengan mematahkan cadangan pincang menswastakan Institut Jantung Negara (IJN).

Selain kepincangan cadangan tersebut akibat risiko kenaikan kos rawatan kepada pesakit miskin, ia juga kelihatan dipacui niat dendam dan kerakusan. Maka wajarlah tindakan menolak cadangan tersebut melalui keputusan kabinet. Pengaruh terbesar dalam keputusan tersebut ternyata kepimpinan DS Najib.

Ini penting kerana sebelum ini ada juga usaha untuk mengaitkan beliau kepada cadangan yang bulat-bulat dikeji oleh rakyat kebanyakan. Samalah seperti kebanyakan projek-projek lain yang melibatkan Khairy Jamaluddin (KJ)...

Dengan penuh ikhlas, ingin saya merakamkan terima kasih saya kepada DS Najib, bagi pihak ibu bapa dan mertua saya yang semua bekas pegawai kerajaan; termasuklah bapa mertua saya yang dioperasi di IJN tempohari serta berubat sesekali di sana hingga kini. Terima kasih juga kerana menjawab persoalan isteri saya,"Adakah kerajaan mahu mengurangkan suatu 'perk' dari kakitangan kerajaan melalui penswastaan ini?". Ternyata kepimpinan DS Najib tidak mahu...

Dikatakan keputusan menolak cadangan ini akan diumumkan oleh DS Najib pada sidang akhbar jam 5.30 petang ini di Kementerian Kewangan, insya'Allah...

Dendam Musa Hitam, Rakusan KJ Merobek Jantung Sang Miskin Sementara Pak Lah Rela Senyum Kambing...

Siasatan lanjut tentang isu penswastaan IJN mendedahkan 2 persona yang memacu cadangan tersebut:

  1. Cadangan pengambil-alihan IJN khabarnya diketengahkan ke pengurusan Sime Darby oleh Pengerusinya sendiri, Tun Musa Hitam. Tun Musa mungkin tak sabar untuk terus melanjutkan dendamnya terhadap Tun Dr M dengan memunahkan suatu lagi sumbangan pemimpin yang diderhakainya dahulu. Lihat sahaja bagaimana Tun Musa sedia menyokong usaha Pak Lah membatalkan Jambatan Bengkok dahulu dan menangkis teguran Tun.

  2. Dikhabarkan Tun Musa bergerak atas cadangan Khairy, yang walaupun kini sibuk mengejar undi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan baru dapat anak baru, terlihat berbincang ligat dengan pihak pengurusan IJN. Hanya satu perkara sahaja yang mungkin menarik perhatian KJ dari pengejaran kuasa dan keluarga, DUIT! Kemungkinan besar usaha pembelian IJN akan meraih komisyen lumayan kepada bank teman-teman KJ, seperti BII dahulu...

Ini menimbulkan beberapa lagi persoalan:

  1. Tun Musa Hitam dan KJ ni tak terfikir ka yang IJN dan khidmat kesihatannya kepada pegawai kerajaan serta orang-orang miskin sepatutnya dianggap terlalu murni untuk dicemar dendam atau dihakis kerakusan mereka! Pemimpin apa berfikiran dan bermoral rendah macam ni?

  2. Kalau Sime Darby, malah Pengerusinya sendiri yang mencadangkan ide pincang ini, kenapakah pihak media pada awalnya menuding jari ke arah Kementerian Kewangan. Nak humban lumpur atas nama baik Datuk Seri Najib sama ka depa ni?

  3. Adakah Datuk Shahrizat Jalil sebagai bekas menteri yang memantau kebajikan dan, lebih penting lagi dari segi percaturan politik Melayu, calon Ketua Wanita UMNO serta isteri Pengerusi IJN akan bertindak dibalik tabir untuk membatalkan cadangan ini? Atau adakah kemungkinan isu ini akan dibiar digunakan oleh Tan Sri Rafidah untuk menyerang Datuk Shahrizat?

Diharapkan Datuk Seri Najib dapat menutup sebaik-baiknya isu ini supaya tidak diperkatakan lagi yang kerajaan BN sudah hilang arah dan terus mengaibkan rakyat walaupun di ambang peralihan kuasa...

Wednesday, December 17, 2008

Jantung Bakal Dirobek Dari Badan Penduduk Termiskin?

Buat pengetahuan semua yang melayari blog yang tak seberapa ini, kerajaan Pak Lah kini merancang untuk menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada syarikat swasta Sime Darby. Yang menjadi tanda-tanya adalah, kenapa?

Alasan yang diberi adalah kerana terlalu ramai doktor yang meninggalkan IJN untuk bekerja di hospital-hospital swasta. Namun kenyataan ini menyembunyikan fakta yang ramai doktor lama bertaraf Profesor dan 'Guru' bedah jantung masih kekal gembira di IJN. Mereka cukup matang dan sudah pun lumayan hidup maka melihat khidmat mereka di IJN sebagai kesempatan mencurah budi kepada rakyat dengan merawat sambil mengajar sekaligus mendalami kepakaran tersendiri.

Yang ramai meninggalkan IJN itu merupakan anak didik mereka yang masih tercari-cari rezeki lumayan. Namun begitu, ada segelintir, terutama yang terbaik antara kaum doktor IJN muda kekal disamping guru-guru mereka, berkhidmat, mengejar kepuasan fikiran tanpa mementingkan wang ringgit. Para doktor muda pula ramai berpusu-pusu, berbaris untuk memasuki IJN untuk berguru di sana. Maka tidak benarlah gambaran yang IJN semakin ketandusan doktor pakar.

Ada juga dipersoalkan kenapa IJN, yang diasaskan oleh Tun Dr M untuk memberi khidmat rawatan jantung kepada masyarakat miskin kini ingin dijual ke pihak swasta yang usahanya memerah setiap sen keuntungan dari 'pelanggan'... ya, bukan pesakit, tetapi 'pelanggan'... Wajarkah diharapkan syarikat swasta, walaupun ianya Sime Darby, sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), untuk memberi khidmat masyarakat yang begitu besar sekali?

Saya ada teori saya sendiri. Dikatakan ide ini dibuahkan di Kementerian Kewangan sendiri. Mungkinkah kerajaan Malaysia kini begitu kesempitan wang akibat krisis ekonomi serta keborosan dan kelembapan penjanaan ekonomi baru sepanjang kerajaan 3-beranak Pak Lah memerintah yang institusi sosio-ekonomi seperti IJN pun perlu dilelong?

Kemungkinan kedua adalah ini juga satu strategi untuk memburukkan pengendalian Kementerian Kewangan pada masa Datuk Seri Najib menjadi menterinya. Kita belum lagi melihat pengesahan ide ini bertunas dari Kementerian tersebut, tetapi kini diwar-warkan oleh media-masa yang suka mencanangkan khabar-angin negatif tentang bakal Perdana Menteri kita.

Oleh itu saya berharap benar Datuk Seri Najib atau para pegawai setianya memberhentikan terus cadangan yang kurang wajar malah kata-khabar tentangnya sekalipun kerana ia kian memincangkan agenda kemasyarakatan Barisan Nasional. Kekalkanlah IJN di tangan kerajaan untuk kepentingan masyarakat termiskin...

Thursday, December 11, 2008

Semata-Mata Dahagakan Kemenangan, Ingin Diceraikan Terus Pemuda Dari Sejarah

Saya tengah memilih isu untuk menyambung semula penulisan di sini; memang agak susah memilih, Bukit Antarabangsa lah, Sekolah Satu Aliran lah. Tetapi tercetus pula niat di hati untuk bercerita tentang usaha memekakkan telinga Pemuda, terutama sekali Perwakilan untuk pemilihan bulan Mac ini dari mendengar pendapat orang-orang lama.

Memanglah, begitu ramai yang ingin membisukan 'orang lama' paling glamer, Tun Dr M. Kata-katanya bukan sekadar pedas untuk sesetengah pihak, tetapi juga jitu dan sedia diterima-pakai oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia, apatah lagi orang-orang UMNO. Kini, terlihat usaha membisukan 'orang lama' lain, baik yang sudah bersara seperti Ayahanda saya, Tan Sri Sanusi Junid mahupun yang masih segar aktif seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Orang-orang lama berjasa ini diherdik dan dituduh macam-macam, semata-mata untuk menghindar dari suara mereka didengari. Namun 'penutup mulut' orang lama ini mungkin terlupa atau bertuankan mereka yang begitu dahagakan kemenangan sehingga sanggup meneruskan perceraian generasi muda Melayu dari sejarah. Perceraian inilah antara ancaman yang memincangkan pergerakan Pemuda UMNO sekarang.

Tanpa sejarah, apakah kita? Bagaimanakah Pemuda bakal mempertahankan maruah, hak dan kepentingan Melayu tanpa memahami sejarah perjuangan kita sehingga ke hari ini. Apakah harta dan kuasa mencukupi untuk memperkasakan barisan kita, jika tiada semangat waja dari kesedaran akan hak yang bersandarkan sejarah? Iman mungkin membawa kemurnian pada diri, tetapi konteks duniawi tidak harus ditinggalkan, dan ini hanya boleh wujud dengan sejarah.

Mungkinlah kelompok anti-sejarah ini cukup sedia membisukan 'orang lama' kerana mereka pun bukanlah Melayu sebenarnya. Maka pada mereka, buat apa sejarah, yang penting hanya kuasa dan harta semata-mata. Biarlah anak muda pun menidakkan suara berpengalaman dari zaman keunggulan UMNO, sebab pada mereka, biarlah temberang meleluasa, biarlah sejarah kita sampai dah nak hilang, asalkan mereka sendiri Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Inilah yang dikatakan 'Orang-Orang Putus Jari, Datang Membawa Minyak Tanah Dan Korek Api' dan harus 'Kita Tentang, Kita Pijak, Sampai Lumat, Kerana Ia Menyalahi Hakikat...' Wallahualam...

Monday, December 01, 2008

I Was In Bangkok Last Week... Missing The ISA!

I repeat my too frequent apology for not keeping my blog up to date yet again, but this time I have a great excuse... I was busy planning for a workshop in Bangkok with a staff member being away 3rd week of November, then, I WAS IN BANGKOK LAST WEEK. On Wednesday 26 Nov, I was one of the travellers stranded when the international airport was closed!

Fortunately, I'm employed by a great Oil & Gas co. which formed crisis team focussed on getting the 50+ non-Thai employees that were there on workshops or business visits back home. The Thai team (thanks Khun Ath, Chalee, Thanes, et al) pilled us all on a train on the afternoon of Thursday 27 Nov that arrived safely in Butterworth in the afternoon of the next day.

The experience confirmed 2 things for me:
  1. The international media does over-dramatise events somewhat. I ran up a stiff handphone bill over 48 hours as I needed to re-assure my family of my safety due to the nonesensical reporting of chaos in Bangkok. Much of Bangkok, and indeed Thailand, was actually unaffected. I even had freinds disappearing to the entertainment districts at all hours with no reports of danger or change in 'scenery'.

  2. The ISA is a useful tool to avoid percisely such nonsense (protestors closing down country and region's airport hub) from damaging a country's interests. Many Malaysians that were with me pinned for the ISA! Indeed, in Malaysia, the ISA would have been employed even such nonsense could begin. Interestingly also, no one among us raised a voice in protest of this view of the ISA in Bangkok last week. Maybe they were being polite?

Tangential Malay Search Results