Sunday, June 28, 2009

Kegusaran Terhadap Pindaan Perlembagaan UMNO

Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru yang diketuai penulis baru selesai mesyuarat tahunan pada hari Sabtu lepas. Ketua Pemuda Bahagian, saudara Norsaidi Nanyan berbesar hati menghadiri majlis dan sudi memberi sepatah-dua kata sebagai ucapan penangguhan mesyuarat.

Mesyuarat tahun ini agak santai kerana tiada pemilihan dan kami bersyukur dapat juga cukup kuorum untuk bermesyuarat! Namun yang mengecewakan adalah, mesyuarat tidaklah seharusnya sesantai ini, kerana bukan sahaja kita dalam usaha merebut kembali negeri Kedah dengan mempertahankan kedudukan BN di Langkawi, tetapi tahun ini Mesyuarat Agung UMNO akan meminda perlembagaan!

Tetapi kita di cawangan pun sebenarnya tertanya-tanya, kalau betul perlembagaan nak dipinda, mana dia usul yang nak dibawa untuk meminda? Kenapa tak dibawa ke mesyuarat cawangan untuk dibincang? Atau mungkinkah prosesnya hanya beberapa cawangan atau bahagian sahaja diberikan kepercayaan untuk berdebat dan berbincang tentang pindaan perlembagaan?

Proses apa pun hendak diambil untuk meminda perlembagaan UMNO, yang menimbulkan kegusaran penulis dan ramai ahli UMNO lain adalah bagaimana sesetengah cadangan pindaan diketahui ahli melalui akhbar! Contohnya, saya mendapat tahu yang ada cadangan melanjutkan usia 'Pemuda' ke 45 tahun. Dahlah cadangannya kita tak suka - tapi tak apa, kita buat usul mengekalkan umur Pemuda kat 40 - tapi kenapa tak dihebahkan khusus kepada ahli dulu?

Pindaan perlembagaan bukan hal remeh, tetapi satu proses seakan pembedahan organ yang rumit ke atas badan organisasi UMNO. Untuk memastikan pembedahan berjalan dengan lancar, segala kegusaran anggota yang mungkin menyebabkan halangan mahupun kegagalan haruslah ditangani dengan berhemah. Berhemah kerana kalau tidak, anggota yang tak diubat awal mungkin bernanah atau menjadi kanser padahal pembedahan difikirkan berjaya.

UMNO bukannya organisasi yang berdasarkan retorik semata-mata seperti PKR, di mana tak relevan yang ahlinya kini boleh mengundi pemimpin pusat, sebab DS Anwar Ibrahim yang bukan ahli pun lebih berkuasa sebagai 'penasihat'. UMNO bukan PAS di mana 'Mursyidul Am' tak diundi lebih berkuasa dari Presiden yang diundi. UMNO bukan (lagi?) parti milik Bapa-Anak/Menantu seperti DAP. UMNO parti yang pada dasarnya masih demokratik, maka haruslah diubat dengan betul.

Janganlah usaha pindaan perlembagaan ini menjadi suatu lagi peluang untuk pemimpin menunjuk gah. Janganlah pandai-pandai nak pinda perlembagaan di luar lingkungan memperkukuhkan amalan demokrasi dan mengelakkan dari gejala RASUAH dari terus menular di dalam parti. Janganlah kecualikan ahli pada mana-mana peringkat sekalipun untuk memberi maklum-balas mahupun ide tentang pindaan tersebut.

Dari usaha mempertuakan Pemuda dan cadangan seperti menaikkan kuorum untuk mesyuarat tahunan yang bakal membunuh Cawangan pada tahun bukan pemilihan, kenapa tidak pertimbangkan:
  1. Penggunaan semula perkataan RASUAH dalam semua perbincangan parti tentang 'Politik Wang'. Dah RASUAH tu cakap aje RASUAH! Kata nak benteras, tetapi kemudian maniskan pula namanya. Shakespeare menulis lebih kurang,"Bunga Ros dengan nama apapun tetap harum baunya". Maka RASUAH pun sama busuk perlakunya betapa dirempah namanya sekalipun!

  2. Pembatalan semua hukuman 'amaran' kepada ahli yang didapati bersalah mengamalkan RASUAH oleh Lembaga Disiplin. Kalau dah RASUAH tu, GANTUNG TERUS!!! Apa amaran-amaran lagi, BUAT MALU AJE! Tengoklah budak yang menang lepas kena hukum 'amaran' aje lepas buat RASUAH... sekarang bila ada PRK aje, dialah jadi MASALAH!

  3. Memberi jalan-cara jelas bagaimana menangani situasi apabila ahli didapati bersalah RASUAH di luar. Contohnya, sekiranya ahli dihukum kerana RASUAH selepas tangkapan bukan sahaja SPRM, tetapi Pesuruhjaya Sekuriti dan mana-mana pihak yang bersabit. Sebaiknya kalau diluar dah dihukum sebab RASUAH, secara serta-mertalah Lembaga Disiplin hukum untuk RASUAH dalam parti!

  4. Serta-merta melucutkan apa-apa jawatan parti dan menggantung hak ahli memegang jawatan sepanjang menjalani hukuman penjara atau apa-apa pergantungan di luar (bankrap atau tak layak menjadi pengarah syarikat) kerana didapati bersalah kerana RASUAH.

  5. Tetapi dalam meminda perlembagaan dan undang-undang kecil parti seperti di atas untuk membenteras RASUAH, kenalah disediakan peraturan jelas tentang duit minyak (had bayaran sepanjang kempen, kelayakan menerima, dsb), mengadakan keraian atau majlis semasa kempen, sumbangan kepada program semasa kempen dan sebagainya.

  6. Best juga kalau perlembagaan memberi hak mutlak berkempen kepada mana-mana ahli dalam pertandingan dalam parti. Ini masa kempen dalam parti tak boleh buat ceramahlah, tak boleh ada majlislah, mengarut aje. Parti politik apa macam ni?

OK, melalut sikit bab-bab akhir... tapi kalau simpan aje nanti nanah bang...

3 comments:

wanbaki said...

hantam saja la labu...

yang masalahnya senarai ahli baru yang daftar tak da niiiii...
buat kerja macam orang bodoh...pantang ada keja mintak tapi bodoh buat kerja..bila tanya ja dah hantaq kl.... Follow UP la mangkok ayun...

sory bang... emo skit.. bukan kat baling ja kot, kat tempat lain pun sama...bukan apa, nak bagi elok...

Sang Kancil said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi said...

Sang Kancil. Tolong berikan maklum-balas yang relevan. Agak memalukan dan sedikit kurang ajar menumpang kat blog orang semata-mata untuk menghebahkan propaganda. Dahlah profil saudara/i pun tak berani nak dedahkan. Kalau nak sangat hebah, usahakanlah blog sendiri. Maklum-balas saudara/i telah saya padam kerana tidak relevan dengan isu yang saya ketengahkan. TQ

Tangential Malay Search Results